Monday, December 12, 2011

Indonesia Beli 100 Kereta Kebal Tanpa Beri Komisyen....Malaysia????

Indonesia akan membeli 100 buah kereta kebal jenis Leopard dari Belanda pada harga hanya USD 280 juta. Pada mulanya mereka menganggarkan mereka hanya dapat beli 44 buah dengan harga USD 280 juta. Akan tetapi apabila mereka menghantar kumpulan khas untuk berunding terus tanpa orang tengah, tanpa broker mereka dapat membeli 100 buah dengan harga yang sama. Menarik sekali temubual di bawah apabila mereka mengatakan mereka boleh senang-senang untung atas angin USD 140 juta tetapi ianya adalah satu sikap durhaka kepada negara.


12 Desember 2011, Jakarta (TEMPO.CO)
KASAD: Indonesia Beli 100 Leopard Eks-Belanda  
Anggaran yang sudah disetujui parlemen untuk pembelian senjata selama tiga tahun ke depan Rp 14 triliun. Sebagian uang itu—US$ 280 juta (Rp 2,5 triliun) akan dibelikan seratus tank tempur (main battle tank) Leopard 2A6 buatan Jerman.
Tank kan macam-macam, ada Abrams dari Amerika, ada Leclerc dari Prancis, ada dari Rusia. Kenapa Angtan Darat memilih yang dari Jerman? 
Wakil Kasad Letjen Budiman: "Sebenarnya Leopard adalah tank terbaik di dunia, Abrams kalah. Saya pernah bawa Abrams waktu sekolah di Amerika. Leopard dari segi efisiensi bahan bakar, kelincahan manuver, ini terbaik.  
Budiman menjelaskan bahwa harga Leopard 2 yang baru amat mahal, "Kita tidak mampu membelinya." Indonesia lalu membeli tank Leopard 2A6 bekas milik Belanda. Mereka akan melepas 150 Leopard buatan tahun 2003 itu. "Tank ini tidak pernah dipakai perang, tidak pernah dipakai latihan besar-besaran. Itu dalam garasi yang sangat terpelihara.
Permintaan mereka: bersedia G to G (antar pemerintah, tanpa perantara)? Saya bilang ya. Bersedia tidak ada fee dan uang apa-apa? Saya bilang ya. Oke, kalau you bersedia, ini harga yang saya tawarkan." 
Jadi awalnya itu kami mengajukan anggaran untuk 44 unit dengan harga US$ 280 juta. Kami laporkan kepada pemerintah, dialokasikan. Ternyata, setelah tim ini kembali, kami dapat 100. Wah, kita kayak ketiban rejeki, bukan ketiban duren. Kenapa tidak? Ya kan enggak salah toh kami.  
Bisa bayangkan, kalau dengan US$ 280 juta saya bisa membeli tank yang jumlahnya dua kali lipat, berarti kan keuntungan US$ 140 juta, Rp 1,3 triliun.
Wah, saya beli apa saja bisa. Tapi kan saya jadinya durhaka. Enggak, enggak, enggak boleh begitu. Jadi ini betul betul bebas broker? Bebas sama sekali. Antar pemerintah. Kenapa Wakasad yang memimpin tim pembelian? 
Bukan saya tidak percaya orang lain, seperti Asisten Perencanaan dan Asisten Logistik. Ini karena kebijakannya bersifat sangat strategis. Sehingga harus wakasad yang memimpin. Saya yang menentukan kebijakan di belakang, supaya tidak terkontaminasi. 
Tapi sebenarnya semua itu ada hitungannya. Jadi begini, kami semua di Angkatan Darat sepakat, untuk membangun TNI itu tidak murah, karena dana negara juga tidak banyak. Kami sepakat, ketika kita sudah diberi pangkat, remunerasi (penambahan gaji), semua penyimpangan itu harus dihilangkan. Sekarang yang ada hanyalah pengabdian.
Tidak boleh lagi mengambil dari negara, karena negara sudah memberi. Untuk peralatan lain juga begitu? Artinya, seluruh kegiatan pengadaan alutista tanpa broker? Kita usahakan. 
Bagaimana dengan perawatannya? Kalau nanti kita butuh spare part, kan harus berhubungan dengan broker lagi? Nah, ini kebijakan saya juga. Niatkan, 30 persen belikan spare part. Tiga tahun, empat tahun, lima tahun, ndak mikir aku.
Sebenarnya sudah ada aturan kalau membeli barang, 30 persen sisakan untuk suku cadang. Tapi, selama ini belum dilakukan. Saya hanya mengembalikan aturan yang lama. Karena saya menganggap itu yang benar. 
Sekarang, kalau membeli barang harus sekalian sama pelurunya dan suku cadangnya. Jadi, anak-anak enggak boleh berpikir lagi, baru sekian bulan dipakai sudah rusak, enggak bisa diperbaiki. Pelatihan driver, gunner, pemimpin kendaraan, sampai teknik bertempur, manuver, dan montir. Itu masuk dalam perjanjian. 

Kak Ros... beg baru berapa harga pula?

Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai RM24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan.
Kini heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik suami Najib, Rosmah Mansor.
Kemewahan Rosmah berbelanja, pastinya dicemburui oleh Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang menadi isteri manusia paling berkuasa di atas muka bumi.
Antara jenama yang paling digemari Rosmah ialah daripada koleksi Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00). Malah ada beberapa daripada koleksi beliau merupakan 'hanya satu-satunya' yang terdapat di dunia!

Alahai, makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami/isteri untuk terus kekal berkuasa.

Hermes Matte Crocodile Birkin Bag: $US120,000 (gambar kanan)
Dinamakan sempena nama seorang penyanyi dan penulis lirik Peranchis Jane Birkin, beg tangan yang ditunjukkan di sini, hanya dijual di rumah lelongan Doyle, di New York. Penutup beg selebar 30 sentimeter dihiasai 10 karat berlian putih manakala keseluruhan beg diperbuat dengan kulit buaya. Dan inilah satu-satunya beg yang terdapat di pasaran di seluruh dunia!
Dan kita tengoklah sendiri pelbagai beg tangan yang sentiasa berbeza ketika Rosmah menghadiri pelbagai majlis dan resepsi...
Rosmah menggayakan beg tangan Hermes Birkin Elephant Matte Crocodile yang ketika mula ditawarkan pada harga USD98,500 dan akhirnya mencecah lebih USD120K! Bergaya beb...
Kita perlu belajar bagaimana Rosmah mampu menabung sejak kecil untuk membeli cincin berlian RM24.4 juta dan pelbagai beg tangan yang jika dikumpul, mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bijak Rosmah menabung...
Jom kita pakat-pakat kongsi di Facebook...

Usaha singkir bos Felda, demo esok

Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.
NONE"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.
"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.
Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdailymelaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.
Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.
Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung  penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.
azlanSementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli.
Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.
"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil.

Sunday, July 3, 2011

UMPRONO DAH GUNA ARTIS PULAK UNTUK TAKUTKAN RAKYAT....

Sastewan negara gesa para intelektual buat pendirian

Bersedia menghadapi kemungkinan ditangkap ketika hambatan terhadap penyokong BERSIH 2.0 semakin meningkat, Sasterwan Negara, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

NONEBeliau mencipta istilah 'carma' itu - singkatan kepada 'cari makan' - 
semasa pelancaran buku kartunis dan penulis satira politik, Zunar di ibunegara malam tadi.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata penulis jarang membuat pendirian dan kebanyakan mereka adalah 'carma'.

Tegasnya, sikap mereka yang tidak bersedia membuat pendirian tersebut mengakibatkan kejahatan berkembang dan merebak.

Pak Samad kemudiannya mensasarkan kritikannya terhadap editor media arus perdana yang memburuk-burukkan perhimpunan 9 Julai anjuran BERSIH 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Bagi media arus perdana, katanya, BERSIH adalah kotor. 

NONEPak Samad berkata, beliau juga terkejut mengapa wartawan yang berpengalaman dan memenangi anugerah di sana-sini, boleh memburukkan BERSIH. 

Berucap kepada kira-kira 250 hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Pak Samad berkata beliau tahu wartawan tersebut adalah dari kumpulan 'carma'.

Bagaimanapun, katanya, nasib baik masih ada sebilangan kecil penulis yang berani membuat pendirian kerana tahu Bersih adalah bersih.

NONEMajlis pelancaran buku Zunar itu - di mana Pak Samad dan ahli 
parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diundang sebagai tetamu khas - diadakan beberapa jam selepas polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Walaupun mereka yang hadir, termasuk bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, tidak berpakaian kuning, tetapi ramai yang memakai ikat tangan kuning untuk menyatakan sokongan mereka kepada BERSIH 2.0.

Seorang lelaki Cina dilihat memakai baju-T BERSIH yang diharamkan di bawah kain putih. Dia hanya menunjukkan baju-T kuning itu ketika bergambar dengan Pak Samad dan Zunar.

NAMPAKNYA UMPRONO AMAT TAKUT DENGAN PERKATAAN "BERSIH"

Apa sudah jadi dengan BN ni..terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Nampaknya UMprono ini dah guna artis pulak untuk takut-takutkan rakyat..Iklan di TV1, TV2 dan Tv3 suku dah mula gunakan artis-artis untuk larang rakyat keluar pada 9 Julai ini...Sekarang belum sampai 9 Julai Umprono yang dok melalak di jalanraya...Itu semua orang tak nampak ke??? Dah nama perhimpunan AMAN..maka akan amanlah masa itu...Kalau dah nama BERSIH..kita akan pastikan semua bersih...Jadi rupanya kerajaan BN ini tidak suka dengan BERSIH...Kalau warna kuning pun dah haram..maka warna kuning di Raja haram juga lah...Pakai baju kuning ada Perkataan " BERSIH" haram, yang Utusan Meloya tu ada nombor ekor hukum dia halal ke..??? Mana dia 40 ulama Umprono pergi??? Menteri Dalam negeri sudah boleh keluar fatwa ni...apa dah jadi ni....Rakyat Malaysia buka lah mata anda seluas-luasnya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails