WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, May 29, 2010

Kedah : Himpunan bantah JUDI BOLA di Sg Petani

Kedah : Himpunan bantah JUDI BOLA di Sg Petani







Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.

'Tarik balik lesen judi'


Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir. Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM. Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola". Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya


Friday, May 28, 2010

Kongres PKR: Utusan Malaysia Tetamu Tidak Diundang

Kongres PKR: Utusan Malaysia Tetamu Tidak Diundang
KOTA BARU: Akhbar utama berbahasa Melayu, Utusan Malaysia menjadi tetamu tidak diundang untuk membuat liputan kongres nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali menyifatkan media tersebut sebagai tetamu yang tidak dijemput pada kongres kali keenam parti itu yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre.
Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak akan mengambil tindakan menghalau wartawan, jurukamera dan jurufoto media itu.
"Kita tidak halang, mereka ini macam orang yang tidak dijemput tetapi kita tidak halau mereka," katanya dalam sidang media di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak media menerima sistem pesanan ringkat (SMS) yang memaklumkan wartawan daripada Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan pada kongres berkenaan.
Wartawan Utusan Malaysia, Rodelio Junjun Taucan berkata pihaknya menerima SMS itu pada petang semalam dan beliau tidak mengetahui bahawa wujudnya larangan itu.
"Saya terima SMS petang semalam ianya menyukarkan pihak kami membuat liputan kongres," katanya. - BERNAMA

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak
Susan Loone
Mei 28, 10
2:45pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.
"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.
Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.
“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. 

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

AMK dilihat tiada hala tuju

AMK dilihat tiada hala tuju
Salhan K Ahmad
Mei 28, 10
7:35pm
Ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin ditanggap dari sisi skeptis oleh para perwakilan dalam sesi perbahasan.

Ada di kalangan perwakilan yang berpandangan, ucapan Shamsul pagi ini lebih menjurus kepada serangan ke atas parti lawan.

Sedangkan AMK dilihat tidak mempunyai hala tuju khusus dalam tindakan untuk memperkukuhkan parti itu, kata wakil Batu Kawan, Ong Chin Wen.

"Tapi apakah hala tuju AMK kita dalam melatih, menghasilkan dan mewujudkan sistem pengkaderan sistematik dan berkualiti," kata ADUN Bukit Tengah itu lagi.

Wakil Padang Rengas, Meor Ahmad Ishara Ishak pula menyentuh mengenai gembar-gembur di media mengenai keutuhan Pakatan Rakyat dalam berdepan dengan isu wakilnya yang keluar parti.

"Orang di pedalaman yang tidak ada rujukan media alternatif mungkin percaya (laporan media arus perdana).

"Namun adakah dengan menyapu ke bawah karpet menunjukkan ini hanya perkara enteng.

"Ada kejadian ini telah dihidu sejak awal, tetapi mengapa tidak ada tindakan lebih proktif untuk menghalang kejadian tersebut," katanya.

Wakil Gombak, Jafrien Mohamad pula mempertikaikan mengapa terdapat golongan masyarakat tidak mengetahui mengenai pendekatan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Dalam Selangor maklumat ini tidak sampai kepada masyarakat. (Jadi) siapa yang salah? Wakil rakyat Selangor? Perhubungan Selangor atau kerajaan Selangor sendiri?

Judi bolasepak, rakyat terus protes...

Judi bolasepak, rakyat terus protes...
Abdul Rahim Sabri & S Pathmawathy
Mei 28, 10
5:02pm
Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakanbantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.
Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.
Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.
Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.

Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.

"Bayangkan, 
menteri besar Kelantan buat pengumuman judi? Saya rasa, rakyat Bachok bertindak bijak menolaknya,” kata Hatta.

Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.
'Tarik balik lesen judi'

Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.

Ketik
a dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".

Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya.

Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.
Rakyat benci judi
Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.

Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.
Bencana Allah

Dalam 
ucapannya, Ahmad Zaidy berkata judi itu adalah haram di sisi Islam kerana termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90 yang meminta umat Islam menjauhi perbuatan tersebut.

Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.

Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Tiada kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, kata Ahmad Zaidy yang juga ketua Pemuda PAS kawasan itu.
Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.
Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.
Tiada kekecohan

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.
Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".

Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.
Bantahan di Pahang dibuat semalam
Di Pahang pula, Ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Saad berkata pihaknya telah berhimpun membantah lesen judi semalam, sebelum menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob.

"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.

Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000 risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.
Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.
Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus.

Pilihanraya sudah lama: SPR masih kabur istilah rasuah

Pilihanraya sudah lama: SPR masih kabur istilah rasuah
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
THURSDAY, 27 Mei 2010 01:34

KENYATAAN MEDIA
PILIHANRAYA SUDAH LAMA: SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH

Parti Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik SPR baru hendak merujuk dan hendak belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara.  Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen 10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya  1954.

PAS yakin, SPR begitu resah  dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh “bapa  SPR” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN  telah membuat janji sewaktu  saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi. Beliau menyatakan, kalau Robert Lau dipilih pada hari ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan. Ini merupakan satu kempen yang berupa rasuah dan ugutan. Nampakanya senjata  makan tuan berkenaan dengan akta ini.


Pas mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden umno berkenaan laporan kesalahan  yang melampau. Manakala pihak SPR cubalah bebaskan diri supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput. Pengawai SPR perlu ingat supaya mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara ini.


Mereka akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada kuasa. Biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi ketika berhadapan dengan parti pemerintah. Jika sekiranya SPR tidak boleh bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar kepada Jawatankuasa Pilihanraya  Barisan Nasional sahaja.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Muktamar ke-56 saksikan kelainan

Muktamar ke-56 saksikan kelainan
Ditulis oleh Harakah Print   
THURSDAY, 27 Mei 2010 03:41


PENGKALAN CHEPA, 27 Mei - Sehingga kini lebih 50 peratus persiapan bahagian dalam dan luar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selesai menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun ini.


Muktamar Tahunan PAS ke-56 tahun ini kembali diadakan di Putik selepas diadakan di Shah Alam tahun lepas dan di Ipoh tahun sebelumnya. Pengarah Muktamar, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan telah bersiap sedia menerima tetamu, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara yang akan berkampung di Kelantan selama lima hari.


"Bagaimanapun muktamar tahun ini ada sedikit perubahan apabila majlis perasmian muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda diadakan serentak pada 9 Jun kira-kira jam 9 malam bertempat di Putik,


"Manakala keesokkan harinya ketiga-tiga dewan akan melangsungkan muktamar di tiga tempat berasingan iaitu Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama PAS Kelantan (Madu) Machang, Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre (KTC) dan Dewan Muslimat di Dewan Duyung, Perdana Resort," kataanya semasa ditemui ketika meninjau persiapan muktamar di Putik, Selasa lalu.


Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, pada pagi 11 Jun perasmian muktamar akan diadakan di Dewan Putik disempurnakan Prseiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Manakala pada sebelah petang hari yang sama, muktamar penuh akan diadakan. Muktamar dijadualkan berakhir tengahari 13 Jun.

PAS kesal, Najib gadai Tanah KTMB dengan sebiji Durian

PAS kesal, Najib gadai Tanah KTMB dengan sebiji Durian
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
THURSDAY, 27 Mei 2010 08:38

KENYATAAN MEDIA
PAS KESAL, NAJIB GADAI TANAH KTMB DENGAN SEBIJI DURIAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura,  M-S Pte Ltd.

Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!


271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.


Ini bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan. Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usahasama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.


Najib juga gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011. Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.


PAS menganggarkan bahawa kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan dimasa akan datang. Sewajarnya suatu tuntutan penjanjian pengecualian sewa atau kajian implikasi kewangan dibuat sebelum cadangan ini dilaksanakan. Kita tidak mahu, KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik Kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad. Kita tidak lupa, kedua-dua syarikat yang rugi ini juga menerima pelaburan dari Khazanah Nasional.


PAS menuntut satu penjelasan dan pembentangan khas berkaitan isu ini dalam sidang parlimen akan datang oleh Perdana Menteri. Kita tidak mahu, suatu hari nanti anak cucu kita marah kerana tanah KTMB di Woodlands digadai hanya dengan sebiji durian!

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, May 27, 2010

Muktamar PAS dijangka bahas persiapan PRU 13

Muktamar PAS dijangka bahas persiapan PRU 13
Ditulis oleh Harakahdaily   
WEDNESDAY, 26 Mei 2010 02:11


KUALA LUMPUR, 26 Mei - Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menjangkakan perbahasan pada Muktamar PAS Tahunan ke-56 yang bermula pada 11 Jun depan ditumpukan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).


Menurut beliau, tumpuan sedemikian dilihat wajar kerana kira-kira 1,000 perwakilan daripada 172 kawasan umumnya percaya bahawa PRU 13 akan diadakan pada 2011.


"Perbahasan mungkin sudah ke arah persiapan PAS, Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU 13 berkaitan bagaimana menghadapi musuh utama Umno serta media-media arus perdana yang ketara dikawal oleh mereka.


"Kita mungkin takkan menghadapi muktamar satu lagi sebelum PRU 13, muktamar inilah mungkin baik untuk kita buat apa juga persiapan," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar berkata, perwakilan umumnya mungkin tidak dapat lari daripada berbahas tentang pengalaman kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor serta berjaya di Sibu.


Ini kerana, katanya kedua-dua pilihan raya tersebut kebetulan hampir dengan muktamar kali ini.


Ujarnya lagi, walaupun bukan calon PAS yang bertanding dalam kedua-dua pilihan raya tersebut, namun trend pengundian dalam kedua-dua pilihan raya itu mencerminkan sokongan sebenar rakyat, khususnya masyarakat Melayu terhadap Pakatan Rakyat.


Implisitnya, beliau berkata, penyusutan sokongan masyarakat Melayu sekaligus memberi gambaran tidak langsung kepada PAS kerana PAS secara tradisi bertanding di kawasan-kawasan jalur Melayu majoriti.


Sehubungan itu, beliau secara peribadi menyuarakan rasa yakin bahawa muktamar merupakan wadah terbaik untuk mencari formula demi memastikan kaum Melayu bersedia memberi undi kepada PAS.


Untuk itu, menurut beliau, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijangka akan membentangkan formula PAS untuk memenangi jiwa rakyat, khususnya kaum Melayu.


Sekiranya muktamar kali ini dijadikan medan terbaik untuk mencanai formula memperkukuh parti, beliau percaya bahawa PAS boleh menjadi tiang seri utama Pakatan Rakyat seterusnya menggantikan Umno BN pada PRU 13 kelak.

SPRM rancang perangkap ahli politik

SPRM rancang perangkap ahli politik
Ditulis oleh DPPN Perak   
WEDNESDAY, 26 Mei 2010 08:47

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
SPRM RANCANG PERANGKAP AHLI POLITIK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan pendedahan Buliten Utama TV3 semalam yang menceritakan bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpan pemberi rasuah yang di lakukan oleh ‘egen provokateur’ bagi memerangkap pihak yang berusaha untuk memberikan rasuah.

Ini jelas membuktikan bahawa usaha tersebut mungkin pernah di lakukan kepada 2 orang bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang kini telah melompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Negeri Perak. Tidak mustahil SPRM telah mengumpan kedua-dua bekas Exco tersebut bagi tujuan memerangkap mereka.


Hujah tersebut di tambah dengan rakaman perbualan telefon yang dinyatakan sebagai bukti sokongan oleh SPRM (dahulu Badan Pencegah Rasuah). Usaha ini jelas mencabul hak asasi manusia kerana ianya adalah bertujuan ingin menjatuhkan seseorang. SPRM jelas dilihat ketika itu sebagai dalang bagi menjatuhkan kedua-dua bekas Exco terbabit. Islam juga tidak membenarkan pengikutnya dengan sengaja memerangkap atas dasar ingin menguji atau menganiayai mana-mana individu.


DPPN Pk amat kesal dengan usaha-usaha yang telah di lakukan oleh SPRM selama ini yang cuba memerangkap Ahli Politik terutama di kalangan pembangkang. DPPN Pk mendesak SPRM memperjelaskan tuduhan tersebut dan SPRM mesti tampil membersihkan tuduhan-tuduhan tersebut selama ini.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pemuda PAS 'gempur' premis judi

Pemuda PAS 'gempur' premis judi
Ditulis oleh Harakahdaily   
WEDNESDAY, 26 Mei 2010 04:14


KUALA LUMPUR, 26 Mei - Dewan Pemuda PAS (DPPP) akan mengedarkan risalah membantah judi kepada pengunjung premis judi di seluruh negara bermula hari ini.


Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda akan ditempatkan di hadapan premis judi secara bergilir-gilir mengikut shif sehinggalah kerajaan membatalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula Jun ini.


Menurutnya juga, DPPP mengajak semua insan yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama mereka mengedarkan risalah berkenaan.


"Bermula hari ini sehingga lesen judi dibatalkan, DPPP mengarahkan semua pemuda PAS dan menjemput semua insan prihatin yang anti judi supaya membuat shif secara bergilir-gilir untuk menunggu di hadapan kedai sport toto dan lain-lain premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah bantah judi kepada pelanggan atau pengunjung premis perjudian tersebut," katanya kepada Harakahdaily.


Beliau juga memberitahu, risalah berkenaan juga boleh didapati di blog Gerakan bantah Judi dihttp://bantahjudi.wordpress.com.


Dalam perkembangan lain, di peringkat zon timur, DPP kelantan Jumaat ini akan mengadakan demontrasi membantah lesen judi dan mendesak Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin meletakkan jawatan.


Bantahan itu akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Repek, Bachok selepas solat Jumaat.


Ia akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, timbalan DPPP Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua DPP Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.


Manakala di zon Selatan pula, bantahan sama akan diadakan perkarangan Masjid Al Azim, di bandar Melaka.

Peta Malaysia Kena Ajust Semula Akibat Pemimpin Durjana...




Malaysia: Makin Lama Makin Mengecil...

Tanah KTMB dah selamat diserah kepada Negara Berdaulat Singapura oleh pemerintah Negara Malaysia juga berdaulat yang diiktiraf.

Baru je awal bulan hari tu kecoh bila orang yang sama berjaya mengecilkan Wilayah Sempadan Negara Malaysia dengan tindakan menyerahkan 2 medan minyak termasuk sempadannya sekali kepada Negara Jiran kita yang berdaulat iaitu Brunei.

Syukur juga Negeri Kelantan dan Kedah yang bersempadan dengan Negara Berdaulat Thailand berada dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. kalau tak, tak mustahil ada Negeri lain selain Sarawak dan Johor juga akan menjadi semakin kecil.

Yang menghairankan ialah, Pencacai-pencacai penjilat jubur UMNO/BN tak ada sekor pun yang berani berkokok padahal selama ini kita dimomok bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu menjaga kedaulatan Negara Malaysia.

Blogger-blogger UMNO/BN senyap sepi. tak mungin mereka ini diam kerana sedang berzikir, mungkin sedang berzakar agaknya.

Pembela Negara Malaysia tak lagi mempertahankan kedaulatan Wilayah Negara Malaysia malah, 1 persatu Wilayah Negara Malaysia diserah kepada Negara-Negara jiran kita.

Hasilnya, Singapura makin luas, Brunei makin membesar, akan datang, tak mustahil jika Wilayah JDA dan juga CCA di sempadan Kelantan - Thailand/Vietnam akan jadi hakmilik ke2-2 Negara Berdaulat tersebut. tak mustahil ini akan berlaku kiranya UMNO/BN berjaya merampas Kelantan dalam PRU-13 nanti.

Aku teringat bila Kerajaan Negeri Perak dulu dibawah MB Dato' Seri Ir Nizar serahkan geran tanah 100 tahun pada kaum bukan MeLAYU di Perak, sampai sekarang isu ni masih dimainkan dalam mana-mana ceramah UMNO/BN.

Itu baru serah pada kaum bukan MeLAYU yang juga WARGANEGARA MALAYSIA yang memegang Kad Pengenalan warna biru.

Apa akan jadi agaknya kalau Pakatan Rakyat serah kedaulatan Wilayah Negara Malaysia macam yang UMNO/BN buat kebelakangan ni..? tak payah banyak la... bagi cenderahati berupa "sepasu" tanah dari Wilayah Negara Malaysia pun cukup la.

Agaka-agaknya berapa lama isu "sepasu tanah" dari Wilayah Negara Malaysia sebagai "cenderahati" ni akan dimainkan..?

1 hari..? 1 minggu..? 1 bulan..? 1 tahun..?

Aku agak, sampai dekat Padang Mahsyar nanti pun Pencacai UMNO/BN dok zikir lagi pasal isu ni...

Ulamak Berganding bahu Dengan Umarak Judi



Oleh ramziredang

"Mufti Harussani kata judi itu haram di dalam Islam. Itulah ulasannya bila ditanya tentang kelulusan judi bolasepak. Kalau setakat berkata judi haram di dalam Islam, budak budak tadikapun tahu judi itu haram. Apek tanam sayur kat Cameron Highlandpun tahu. India yang beragama hindupun tahu Islam melarang judi. Jadi apa bezanya mufti dengan mereka? 
Sedangkan mufti ini jugalah yang cuba menyeru dan berceramah tentang taat kepada ulil amri. Malah ada setengahnya menghukumkan haram jika tidak taat ulil amri, seperti yang diucapkan oleh Dr Uthman El Muhammady.
Kalau kita hendak menunggu mereka menghukumkan halal sesuatu yang haram tentulah agak sukar. Tetapi mereka akan sentiasa memutarbelit kata kata. Itulah gambarannya ulama dunia. Mereka menilai kehidupan dunia lebih bernilai dari ketaatan kepada hukum Allah. Sedangkan tugas mereka adalah membentuk sebuah negara menjadi negara yang direstui oleh Allah s.w.t. Mereka lupa pesan Rasullullah s.a.w supaya menegakkan hukum sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Seperti sabda junjungan kita Rasullullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh al hakim:
Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.
Jadi bolehkah kita merumuskan ada seorang mufti di negara kita yang ingin menjadi penghulu syuhada? Yang sanggup menggadai nyawa menegakkan hukum di depan penguasa yang zalim?
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan."(Hadis Riwayat Jamaah).
Allah s.w.t mencemuh dan murka kepada mereka yang memiliki ilmu(alim ulama) tetapi percakapan dan tindakan mereka tidak seiring dengan pengetahuannya. Allah berfirman (al Shaff ayat 2-3)yang bermaksud:
"Wahai orang orang yang beriman, mengapa kamu mengucapkan hal hal yang tidak(akan) kamu kerjakan? Sangat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengucapkan hal hal yang tidak kamu lakukan"
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Dailami, Rasullulah s.a.w bersabda";
Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya."
Kecaman tegas di dalam al-Quran terhadap golongan ulamak dunia dapat difahami dalam Surah Al-A’raf ayat 175 dan 176, di mana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah telah mengumpamakan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang diturunkan kepada rasul-Nya,dan berkata, “Wahai Nabi, bacakanlah kepada kaummu kisah tentang seorang lelaki daripada Bani Israil yang mengetahui ayat-ayat yang Kami turunkan kepada rasul-rasul, tetapi kemudian ia tidak mempedulikannya. Syaitan pun lalu mengikuti jalannya hingga mampu menggodanya. Maka ia pun termasuk kelompok orang-orang yang sesat. Jika kami menghendaki untuk mengangkat darjatnya ke golongan orang baik, nescaya Kami lakukan dengan memberinya petunjuk untuk mengamalkan ayat-ayat yang Kami turunkan. Akan tetapi dia lebih memilih tersungkur di bumi dan tidak mengangkat derajatnya ke langit. Dia selalu mengikut hawa nafsunya yang rendah. Keadaannya yang selalu berada dalam gundah gulana dan sibuk mengejar hawa nafsu duniawi seperti anjing yang selalu menjulurkan lidah, baik ketika dihalau mahupun tidak, selalu tergila-gila dengan kesenangan dan hawa nafsu duniawi. Sesungguhnya ini merupakan perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang kami turunkan. Maka, ceritakanlah, wahai Nabi, kisah ini kepada kaummu, agar mereka berfikir dan beriman.
Mufti Harussani atau mufti yang mana sekalipun tidak pernah mengajak umat Islam menyokong judi. Dia memang mengharamkan judi bila masa ditanya tentang hukum judi tetapi pada masa yang lain dia menyeru kita menyokong dan taat terhadap pemerintah yang menghalalkan judi. Maka ini semua memberi maksud yang sama iaitu menyokong dan bersekongkol dengan pemerintah yang menghalalkan judi. Ulamak yang menyeru taat ulil amri, yang berganding bahu dengan umarak yang menghalalkan judi. Hari Isnin mereka menyebut tentang haramnya judi tetapi hari selasa mereka menyebut tentang perlunya taat kepada ulil amri.
Ringkasnya mereka juga menghalalkan judi.

Saturday, May 22, 2010

Protes seluruh Negara Bantah Judi Piala Dunia 2010

- MASIH ADA SATU KEKOSONGAN DI SINI -
Protes seluruh Negara Bantah Judi Piala Dunia 2010
Posted on Friday, May 21 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: bumiperak

"
Jumaat 21 Mei Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak di Ipoh Perak, Permatang Pauh Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kajang Selangor dan Seremban Negeri Sembilan.


Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini adalah ‘mukadimah’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

IPOH, Perak, kira-kira 800 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang. Peserta protes dari Pakatan Rakyat termasuk bukan Islam melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," .. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.
Perhimpunan berlangsung tidak sampai sepuluh minit apabila mereka disuraikan oleh anggota polis dan berlaku sedikit kekecohan dan tarik-menarik.

KUALA TERENGGANU perhimpunan 45 minit berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.di Masjid Pengadang Baru disertai ratusan orang
Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau. Turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa. Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut bagaimanapun tidak menyertai perhimpunan kerana "kurang sihat".

PERMATANG PAUH, Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah. Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".
Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali. Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.
"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

SEREMBAN, Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, diketuai pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa. Ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi". Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.
Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

KAJANG bantahan dianjurkan diketuai Mohd Shah Mior Kosim berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.
Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.
Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."
KAPAR Sementara itu di sini pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.
Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.
Gambar-gambar di atas dirakam di Ipoh sahaja - bumiperak
"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails