WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, July 6, 2010

Zaid memegang bendera Islam



ZAID bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 611 Masihi dan masuk Islam pada tahun pertama Hijrah.
Pada masa Nabi Muhammad, Zaid berperanan menulis wahyu yang diturunkan dan menulis surat bagi disampaikan kepada kaum Yahudi. Semasa mudanya, Zaid sudah mula menghafal surah dan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.
Semasa hidupnya, Zaid bin Sabit juga terkenal sebagai ahli dalam ilmu al-Quran, tafsir, hadis, dan pembahagian harta pusaka. Oleh yang demikian Zaid diberi gelaran 'ulama masyarakat.'
Zaid adalah seorang anak yatim. Semasa Zaid bin Sabit berusia enam tahun, bapanya meninggal dunia. Semasa Nabi Muhammad berpindah ke Madinah, umur Zaid pada ketika itu berusia sebelas tahun.
Usianya yang muda itu menghalangnya daripada menyertai Perang Badar dan Perang Uhud. Walaupun usianya terlalu muda, Zaid tetap bersemangat berperang melawan musuh.
Pernah pada suatu hari, Zaid berjumpa Nabi Muhammad meminta kebenaran menyertai siri peperangan tentera Islam.
"Wahai Nabi Muhammad, saya mahu pergi berperang," kata Zaid yang masih kecil itu.
"Kamu masih kecil lagi Zaid. Apabila kamu sudah dewasa nanti ikutlah kami pergi berperang," kata Nabi Muhammad kepada Zaid.
Masa berlalu. Zaid semakin meningkat dewasa. Selepas itu beliau sering menyertai peperangan di antara tentera Islam dan tentera musuh. Cerita ini dikisahkan semasa Zaid bin Sabit menyertai Perang Tabuk yang berlaku pada Tahun Masihi 631.Perang Tabuk ini berlaku di antara tentera Islam dan tentera Rom. Pada peperangan itu tentera Rom kalah dan berundur. Kejayaan ini menyebabkan ramai kabilah yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab membayar cukai kepada kerajaan Islam.
Ketika tentera Islam menuju ke medan Perang Tabuk, bendera Bani Malik dipegang oleh seorang yang bernama Amarah.
"Serahkan bendera itu kepada Zaid bin Sabit," kata Nabi Muhammad selepas terlihat bendera itu dipegang oleh Amarah.
Amarah menjadi hairan. Beliau berasa tidak sedap hati.
Beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ada sesuatu yang tidak kena dengan saya? Atau saya melakukan kesilapan tadi sehingga tuan tidak mengizinkan saya memegang bendera itu."
Nabi Muhammad tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab, "Tidak ada yang tidak kena dengan kamu.
"Sekiranya begitu, mengapa saya perlu menyerahkan bendera ini kepada Zaid? Saya juga mampu membawa bendera ini," jawab Amarah pula.
Rupa-rupanya Amarah tidak memahami maksud Nabi Muhammad.
Kemudian Nabi Muhammad menghampiri Amarah dan berkata, "Saya mahu Zaid yang memegang bendera itu kerana Zaid lebih banyak ilmu pengetahuannya mengenai al-Quran berbanding kamu."
Lalu Amarah menjawab, "Fahamlah saya sekarang."
Amarah menyerahkan bendera itu kepada Zaid seperti yang diarahkan oleh Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad bukan pilih kasih. Beliau berbuat demikian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sesuatu kelebihan pada diri mereka. Begitu juga semasa Perang Uhud, Nabi Muhammad mengebumikan mayat tentera Islam yang gugur mengikut tahap ilmu pengetahuan yang mereka miliki di dalam satu liang lahad.
Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Zaid memegang peranan penting dalam urusan pemerintahan di Madinah. Semasa zaman pemerintahan Umar al-Khattab dan Usman bin Affan, Zaid adalah sahabat yang dipercayai dapat memberikan fatwa.
Zaid bertanggungjawab memegang jawatan mufti pada ketika itu di Madinah. Fatwa Zaid yang terkenal adalah dalam bidang pembahagian harta pusaka.
Semasa Nabi Muhammad masih hidup, beliau pernah berkata, "Orang yang paling pakar dalam bidang faraid di antara kalian ialah Zaid bin Sabit."
Jelas di sini menunjukkan bahawa Zaid bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad yang banyak berjasa menegakkan agama Islam.
Kisah ini menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya seseorang individu itu mempunyai ilmu yang tinggi dan kelebihan pada diri mereka, maka orang itu disanjungi dan dihormati. Islam juga memandang mulia kepada manusia yang mempunyai ilmu dan mengamalkan ilmunya itu ke jalan yang diredai Allah.

BN tak mau ka Negara Islam atau Adakah Negara Islam retorik kita?



Penulis Tamu - Roslan SMS,

Utusan Malaysia terus memainkan percanggahan pandangan antara PAS dan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam. Hari ini ditonjolkan pula reaksi balas Pengerusi DAP itu apabila beliau berkata PAS mesti menghormati DAP berhubung pendirian parti itu yang menolak konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Di dalam ruangan Rencananya Sdr Zulkilee Bakar memainkan semula ucapan Tok Guru Nik Abd Aziz semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu di mana Tok Guru pernah berkata: “Di dada Karpal ada bulan….” (merujuk kepada jaket simbol ketiga-tiga parti yang digunakan pimpinan PR ketika itu).

Apa pun jelasnya DAP menolak Negara Islam dan PAS konsisten memperjuangkan konsep berkenaan.

Soalnya Umno bagaimana? BN bagaimana?

Saya mengemukakan persoalan ini kerana Umno dan BN seteru politik PAS dan DAP. Apabila organ Umno, iaitu Utusan memanaskan isu yang bukan isu ini sudah pasti Umno khasnya dan BN mahu menangguk di air keruh.

Bagaimana Umno dengan Negara Islam? Adakah Umno menyokong dan mempertahankan konsep Negara Islam sebagaimana yang pernah ditegakkan di zaman Rasulullah saw? Atau Umno pun lebih kurang Karpal juga atau bagaimana?

Bagaimana pula MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerabat Umno dalam BN? Terbukti mereka semua menolak konsep Negara Islam lalu apa beza antara mereka dengan Karpal?

PAS sedar dan akur penolakan konsep Negara Islam oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia, kerana itu PAS menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan. Kata Karpal yang menjadikan negara yang diperintah Umno ini sekular kerana peruntukkan Perlembagaan demikian. Karpal dan yang lain perlu faham bahawa Perlemabgaan Negara bukan Kitab Allah yang tidak boleh dipinda.

Bagi PAS amalan demokrasi diterima sebagai jalan untuk melangsungkan tuntutan perjuangan ini. Jika berpeluang amalan demokrasi yang digunapakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara sebagaimana yang berlaku di Kelantan.

Karpal adalah kawan PAS sebagaimana Soi Lek, Tsu Koon dan Samy adalah kawan Umno. PAS Berkawan dengan Karpal tetapi tidak sekali-kali menjual tuntutan Allah swt, Umno bagaimana?

Allah swt berfirman
:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al Maidah:49)

Ayat ini terkena atas semua umat Islam, PAS, Umno termasuklah kawan-kawan di Utusan, lantas adakah Negara Islam hanya retorik kita?

Kelaku KARPAL & UMNO nie sama jaa..2x5..5x2...!!!



Penulis Tamu - AnakKedah

alahai ayat karpal nie yg UMNO tak dapat paham sampai skrg2 nie...apa yg mamat nie tekankan sekarang ialah PERLEMBAGAAN MALAYSIA YG TERMAKTUB TIDAK MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM...ini yg perkara pokoknya...PERLEMBAGAAN MALAYSIA...jadi apa masalahnya..skrg nie memang pon tak ada dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA NEGARA ISLAM...yg ada cuma AGAMA RASMI AGAMA ISLAM....takan ini pon semua tak dapat faham....
jadi apa yg dibisingkan oleh UMNO nie...apa isu sebenarnya...mamat tu bercakap atas dasar LAW & PERLEMBAGAAN MALAYSIA... jadi bab ini skrg salah siapa... takan salah PAS kot sebab menolak NEGARA ISLAM... yg sebenarnya beban nie skrg ini terletak atas bahu UMNO/BN..sebab mereka yang berkuasa....tetapi HARAM TAK BAWA pun usul nie ke PARLIMEN untuk di olah semula PERLEMBAGAAN MALAYSIA untuk di masukkan ayat MALAYSIA NEGARA ISLAM.... tetapi asyik dok sebok kacau rumah tangga orang...tapi hakikatnya ekoq terus terpalit selut...
kalau anak jantan sila bawa usul ke PARLIMEN untuk masukkan dalam PERLEMBAGAAN .. bahawa MALAYSIA NEGARA ISLAM....
Ada berani.....???
Karpal minta Nik Aziz terima hakikat 

KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas menerima hakikat b:ahawa Malaysia ketika ini adalah negara sekular, bukannya sebuah negara Islam.

:Menurutnya, perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa negara ini adalah sekular dan Pas seharusnya menerima Perlembagaan berkenaan.

:"Pas harus terima apa yang saya nyatakan. Sudah kerap kali dan disokong apa yang saya katakan tadi. Ini bukan isu kompromi, tetapi soalnya sekarang adalah, isu ini perlu diterima," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mencabar beliau supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 adalah salah.

:Karpal bagaimanapun turut memberikan contoh berhubung satu kes pada 1988 bahawa hukuman gantung telah diputuskan lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

:"Jika ia mengguna pakai undang-undang negara sekular, bermakna ia negara sekular, bukan Islam," katanya.

:Pada masa sama, Karpal mempertahankan hubungan DAP-Pas tetap baik walaupun mempunyai pendirian berbeza sambil memberitahu pendirian itu perlu dihargai, diterima dan dihormati kedua-dua parti.

:"Parti-parti Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pendirian sama dalam isu penting seperti hak kemanusiaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melainkan Pas-DAP negara Islam adalah isu yang perlu diselesaikan," katanya.

:Beliau menyifatkan isu yang berlaku itu sebagai masalah keluarga dan tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR

Kerajaan Pusat Hutang Pengilang Melayu RM6juta..



RM6 juta masih ‘sangkut’ 
ALOR SETAR - Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia meminta penjelasan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung tunggakan bayaran subsidi beras ST15 berjumlah melebihi RM6 juta.

Yang Dipertuanya, Muhammad Zaini Ahmad berkata, pihaknya resah memandangkan tuntutan bayaran sejak Disember 2009 hingga Jun masih belum dibayar.

“Saya harap Menteri terbabit campur tangan segera dan memberi penjelasan kemelut yang kami hadapi ini. Kami adalah kilang-kilang beras Melayu yang menyertai skim Bernas dan dilantik Kementerian untuk mengeluarkan beras ST15, namun agak sukar untuk meneruskan operasi sekiranya bayaran tidak diterima,” katanya.

Menurutnya, akibat daripada tindakan kerajaan menangguhkan pembayaran terbabit, akan menyebabkan kilang Melayu tidak mampu meneruskan operasi pada musim kedua tahun ini yang akan bermula Julai ini.

“Kilang-kilang yang mempunyai kontrak dengan kerajaan berdepan dengan masalah kerana terpaksa menanggung kerugian dan akhirnya menjejaskan kontrak sedia ada,” katanya.

Muhammad Zaini berkata, pihaknya telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah bahagian Kawal Selia yang dipertanggungjawabkan untuk mengedar beras ST15, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

“Tuntutan bertulis diserahkan setiap bulan, namun tiada kata putus daripada Kementerian. Pengilang Melayu kini resah menunggu sama ada memperoleh bayaran atau sebaliknya. Kita tidak mahu pengilang Melayu kelak gulung tikar kerana berdepan dengan beban hutang,” katanya.

Menurutnya, persatuan berharap pembayaran dapat dibuat segera atau sekurang-kurangnya memberi penjelasan bertulis mengenai permasalahan ini.

Muhammad Zaini berkata, pihaknya juga mahu peranan Bernas dalam melaksanakan obligasi sosial terhadap pengilang Melayu melalui skim yang ada dikaji semula, selain membantu sepenuhnya pengilang Melayu memandangkan tahap kilang-kilang ini masih rendah berbanding kilang-kilang swasta.

“Pengilang Melayu juga berdepan masalah persaingan untuk mendapatkan bekalan padi termasuk pemasaran beras.

"Saya harap pihak terbabit prihatin dengan masalah pengilang Melayu dan tampil menyelesaikan masalah ini,” katanya. 


Menurutnya, terdapat lebih 60 kilang beras Melayu di Kedah ketika Lembaga Padi Nasional (LPN) beroperasi, sebaliknya jumlah itu berkurangan kepada 14 setelah kerajaan menswastakan kepada Bernas.

Sunday, July 4, 2010

Biodata Iblis & Syaitan





Nama :
IBLIS LAKNATULLAH
T.Kelahiran : 

Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri :
 
Fasik kelas pertama
Agama : 

Kufur
Tempat Tinggal : 

Hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : 

Neraka jahanam
Kawasan : 

Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan :
 
Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : 

Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Suami : 

Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…
Kaum kerabat : 
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : 

Angan angan kosong
Tempat pertemuan : 

Pasar pasar
Musuh ketat : 

Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto kerja :
 
'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi :
 
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita cita : 

Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya : 

Bila orang membaca istighfar
Logo : 

Sebarang tatu
Pejabat operasi : 

Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
Rakan kongsi : 
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan :
 
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : 

Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
Tempoh perkhidmatan : 
Sehingga hari khiamat
Matlamat : 

Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
Teman sejawat :
 
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : 

Dosa dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : 

Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran : 
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang ditakuti : 

Orang mukmin yang bertakwa
Yang dibenci : 

Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : 

Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : 

Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas yang paling disukai : 

Homoseks dan lesbian
Janji janji : 

Janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis : 

Bila orang sujud kepada Allah

Tiga Cara Gemilangkan Umat Islam



Salam bahagia kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh Allah. Islam adalah agama yang diredhoi Allah dan Islam juga merupakan agama yang selamat di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud :
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah : 3)

Tetapi kenapa sekarang ini umat Islam tidak selamat,, sentiasa melakukan maksiat, sentiasa melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sentiasa ditindas dan berpecah-belah. Ini semua berlaku adalah disebabkan oleh umat Islam tidak lagi menjalankan kehidupan yang digariskan oleh agama Islam itu sendiri.

Umat Islam sekarang ini perlu sedar bahawa mereka berada dalam keadaan yang jauh terpesong dari ajaran Islam yang kaffah (sempurna). Kembalilah berpegang kepada tali Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah, nescaya kehidupan kita semua akan jauh dari penyakit hati dan jasmani. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.”

Saya pasti umat Islam akan kembali gemilang, cemerlang dan terbilang apabila berpegang kepada Al-Quran dan sunnah, umat Islam tidak lagi akan sesat dan ditindas, umat Islam tidak akan menjadi agama yang lemah, Umat Islam akan kembali memegang ekonomi dunia, Umat Islam dijadikan sebagai contoh umat yang terbaik dan umat Islam juga akan dihormati oleh umat-umat yang lain. Inilah yang dinamakan Islam yang sebenarnya yang memberikan perlindungan dan keselamatan kepada semua umat.

Untuk memastikan Al-Quran dan Sunnah itu terus diaplikasikan di dalam kehidupan umat Islam, maka umat Islam perlulah menghormati dan mengikuti segala pendapat ulamak yang muktabar dan jangan sesekali memperlekehkan ulamak-ulamak yang muktabar sepertimana imam 4 dan lain-lain. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
 
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi)

Ulamak merupakan perintis dan titian kepada kita semua untuk menuju ke jalan Allah, tanpa mereka siapalah kita. Tanpa usaha mereka memartabatkan usaha dakwah melalui ijtihad, penulisan, kuliah dan sebagainya, maka saya rasa belum tentu umat Islam sekarang ini dapat menikmati Islam yang sebenarnya. Jelas bahawa yang menjadi perundangan Islam selain Al-Quran dan Sunnah ialah Ijmak dan Qiyas ulamak berdasarkan keilmuan mereka.

Umat Islam juga perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun berlainan pendapat dan juga mazhab, kerana ini penting untuk memastikan kekuatan Islam dalam memerangi musuh Islam. Jangan mempertikaikan perkara yang kecil dan tidak patut dipertikaikan. Pertikaikanlah perkara yang besar dan perkara yang sudah pasti melanggar undang-undang Islam seperti maksiat, zina, buang anak, arak, judi dan sebagainya. Saya percaya kalau umat Islam semua bersatu, maka satu persatu masalah yang timbul dikalangan umat Islam dapat diselesaikan dengan baik dan hikmah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Al-Imran : 103)
Kesimpulannya

Tiga perkara yang dinyatakan di atas iaitu perpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, jadikan ulamak sebagai jalan untuk menuju kebenaran Allah dan bersatu padu dengan berpegang kepada tali Allah dapat menyelamatkan umat Islam dari kesesatan yang nyata seperti gejala sosial yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini. Inilah jalan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan dapat memberikan keselamatan kepada seluruh umat.

Tangan Kiri Serang Anwar Tangan Kanan Peluk APCO



Serang Anwar Tapi Enggan Putus Hubungan Apco

Media arus perdana terus memainkan kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Washington DC, dengan pemimpin BN berganding-bahu dengan media pro-Zionis untuk mengecam dan mencemar imej pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Utusan Malaysia dan media pro-BN memetik laporan dan rencana asing untuk memaparkan Anwar tunduk kepada Washington DC selepas beliau dikritik hebat kerana kenyataan yang disifatkan anti-semitik oleh pertubuhan-pertubuhan pro-Israel.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata Anwar di Washington DC tempoh hari tidak sama-sekali memohon maaf kepada rejim Tel Aviv mahupun dan enggan menarik-balik kecamannya terhadap Rumah Putih dan mana-mana syarikat berkaitan Zionis.

Shamsul berkata demikian mengulas serangan media mutakhir ini yang mendakwa Anwar berlutut kepada komuniti Yahudi, yang berang dengan serangan Anwar terhadap persekongkolan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma rundingan berkaitan Zionis, APCO Worldwide.

Najib sebelum ini dikecam hebat kerana melantik firma kontroversi itu untuk membantu kerajaan Umno. Najib juga dikritik kerana bersekutu dengan Presiden Barack Obama dalam menekan republik Islam Iran.

Disebalik serangan terbaru terhadap Ketua Pembangkang ini, Shamsul berkata Najib, dan jemaah menteri Umno masih enggan memutuskan hubungan mereka dengan firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

“Apa yang kita lihat Utusan ,seolah-olah Utusan memainkan berita bahawa Anwar ini pula agen Yahudi, dan kemudian kita dedahkan kerajaan barisan nasional dibawah Dato’ Najib melantik firma yang didokongi oleh orang-orang yang terlibat dalam tentera perisikan ini dan kita dedahkan dalam Parlimen dan kita dedahkan bukti bahawa barisan nasional sebenarnya kerajaan yang betul-betul menggunakan khidmat Israel dan zionism ini dengan bayaran RM77 juta, jadi ada bezanya antara BN yang menggunakan khidmat terus dengan Dato’ Seri Anwar yang menerangkan apa yang berlaku di Malaysia ini,” katanya.

Pemerhati politik menyifatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kini berlumba-lumba untuk membina imej di luar negara, terutamanya untuk bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Najib juga membuat kejutan dengan mengambil pendirian untuk bersekutu dengan Washington DC dalam menekan republik Islam Iran.

Shamsul menjelaskan kewibawaan dan ketrampilan Anwar di persada antarabangsa tidak dapat disangkal mana-mana pihak, bahkan Ketua Pembangkang itu tidak perlu menikam belakang mana-mana negara Islam atau melantik mana-mana firma berkaitan Zionis untuk menjalin kerjasama dengan dunia luar.

“Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta ,beliau untuk memberi ucaptama mengenai Islam and democracy in southeast asia,itu adalah satu isu yang terus menerus diperjuangkan oleh Dato’ Seri Anwar,tokoh reformasi di rantau asia ini,mengungkapkan makna Islam dan demokrasi,dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan tokoh-tokoh penting di dalam negara Amerika,tidak timbul dia datang ke sana untuk memujuk,dan menagih simpati daripada mereka yang Yahudi dan jew dan sebagainya di Amerika,” katanya.

Shamsul berkata Anwar mengambil peluang dari jemputan Woodrow itu untuk menjelaskan bahawa penentangan masyarakat Islam Malaysia adalah terhadap ideologi Zionis, dan rejim Israel yang menjajah bumi Palestin.

Bantahan kepada pencerobohan perisik Israel ke Bukit Aman serta perlantikan firma perunding berkaitan Zionis adalah manifestasi kemarahan rakyat Malaysia yang menolak ideologi gasar itu.

“Saya yakin,penegasan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar itu jelas Dato’ Seri Anwar menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Zionism dalam konteks masyarakat Islam di rantau asia khususnya di Malaysia bahawa Zionism itu satu perkara yang bersifat ganas, satu fahaman yang membawa kepada penjajahan,dan penjarahan,satu fahaman yang membawa kepada agression,kepada keganasan dan ini yang diterangkan oleh Dato’ Seri Anwar,” katanya.

Keajaiban Telah Berlaku di Terengganu?

Ukuran kemiskinan dibuat berdasarkan perolehan pendapatan isi rumah iaitu RM529 sebulan, manakala termiskin ialah RM264.50 sebulan iaitu separuh daripada pendapatan penduduk miskin. 
Ketika Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata pada tahun 2002 kadar kemiskinan telah berjaya diturunkan dari 16.5 peratus pada 1990 ke 5.1 peratus pada 2002., Malaysia hanya mempunyai kira-kira 50,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar atau hanya satu peratus daripada keseluruhan 25 juta orang penduduk negara ini. daripada jumlah itu seramai 40,000 keluarga berada di luar bandar manakala 10,000 lagi tinggal di kawasan bandar.

``Dengan bilangan tersebut, kerajaan percaya dapat menghapuskan kemiskinan tegar ini dalam tempoh lima tahun akan datang,'' Hari ini sudah 8 tahun berlalu iaitu tahun 2010. Adakah kemiskinan tegar ini berjaya dihapuskan. Yang pasti anak Dr Mahathir dah jadi antara billionaire di Malaysia, begitu juga adik Najib Razak.

Ketika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah telah menyebut pada Ogos 2008 bahawa kerajaan mampu menghapuskan masalah kemiskinan tegar di negara ini menjelang tahun 2010 berikutan kejayaan pihak kerajaan melaksanakan beberapa program.

Sekarang sudah tahun 2010? Dah takde miskin tegar ke di Malaysia. Setiap kali naik menteri baru, adalah pelebongan baru untuk basmikan kemiskinan. Projek dilulus berjuta-juta tetapi rakyat miskin yang terlopong juga. Mana dia Menteri PPRT yang kebas duit orang miskin, Datuk Seri Aunar Musa. SPRM hanya tangkap keretanya sahaja tetapi melepaskan orangnya.

Kalau di sorot kemiskinan di Terengganu dengan hasil minyak yang melimpah ruah, lagilah ajaib. Sebelum tahun 1999 itu, Kelantan ialah negeri yang mempunyai peratusan orang miskin tertinggi iaitu 25.2 peratus; berbanding Terengganu, 22.7 peratus; dan Pahang, 9.8 peratus. Semasa Terengganu dibawah pemerintahan PAS pada 1999 kedudukan kemiskinan negeri itu telah dibaiki daripada tempat kedua iaitu dengan kadar 17.3 peratus kepada tempat ketiga (14 peratus)pada tahun 2001. Pada awal 2004 percapaian itu dibaiki lagi ke paras keempat dengan kadar kemiskinan iaitu 10 peratus setelah membuat perubahan polisi sebaliknya negeri itu kembali miskin iaitu tempat kedua (15.4 peratus) setelah BN memerintah kembali pada pilihan raya umum 2004 dan bilangan isi rumah miskin di Terengganu berjumlah 30,860 orang. Manakala Kelantan menurun ke angka 10.6 peratus
Pada tahun 2005 dilapurkan bahawa Terengganu yang menduduki tangga kedua tertinggi dalam carta kemiskinan negara selepas Kelantan, Berdasarkan rekod Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) Terengganu, ada 10,776 penduduk miskin di negeri ini termasuk 3,343 penduduk termiskin.

Tetapi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006 telah menyebut bahawa Terengganu masih menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300,. Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang Ekonomi .
Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan.

Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’. Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;

1. Sabah - 32,297
2. Terengganu - 8,300
3. Perak - 5,730
4. Sarawak - 5,243
5. Kedah - 4,938
6. Kelantan - 3,550

Walaupun Terengganu di gelar sebagai Kuwait Malaysia tetapi Terengganu yang dicatatkan mempunyai kemiskinan tegar seramai 8,300 orang. Ada kenyataan lain pula menyebut (portal kerajaaan sempena pelancaran ECER pantai timur) bahawa terdapat 7,688 orang atau 30.6 peratus miskin tegar di Terengganu iaitu di Setiu (866 orang), Marang (1,024 orang), Hulu Terengganu (1,031 orang), Dungun (1,186 orang), Kuala Terengganu (1,394 orang), dan Besut (2,011 orang); Kemaman (175 orang) Pada 30 Jun 2010,

Baru-baru ini ketika Kerajaan Terengganu merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 40,000 hektar ladang sawit bagi membantu golongan miskin, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menyebut pada 30 jun 2010 bahawa Terengganu kini mempunyai kira-kira 5,500 rakyat miskin dan miskin tegar dan pihaknya yakin jumlah itu dapat dikurang atau dihapuskan dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun projek berkenaan bermula.

Ikut jangkaan 2014 akan berkurang kemiskinan. Tup-Tup akhbar Sinar harian melapurkan beberapa hari lepas bahawa Jumlah keluarga miskin tegar di Terengganu telah menunjukkan penurunan angka drastik kepada 480 sehingga pertengahan Jun baru-baru ini.

Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT), Ahmad Abdullah berkata, penurunan ini menunjukkan kejayaan yang dicapai hasil daripada pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan penyediaan peluang pekerjaan. Menurutnya, PPPNT akan cuba membasmi keluarga miskin tegar di negeri ini kepada angka sifar pada Oktober ini atau selewat-lewatnya sebelum penghujung 2010 agar Terengganu dapat keluar daripada kelompok kemiskinan.

Ini dah pelik bin ajaib. Boleh percaya ke angka ini? Takkanlah dalam bulan yang sama, baru lancar dan projek ladang kelapa sawit masih belum dimulakan dengan tiba-tiba kadar kemiskinan turun serta merta. Dari 5,500 kepada 480 dalam bulan yang sama. Ini dah jadi “kun fa yakun”. Hebat ni. Apakah berlaku keajaiban di Terengganu. Atau berlaku penggelapan angka bagi menghadapi serangan Parti Pas yang menyebut isu kemiskinan yang tinggi di Terengganu meskipun pendapatan hasil minyaknya tinggi. Adakah kini, seluruh Terengganu kini hanya ada 480 orang yang miskin? Dan bulan Oktober atau akhir tahun ini tiada seorang lagi yang miskin di Terengganu.
Maknanya apabila diumumkan pilihanraya sudah takde orang miskin di Terengganu setelah UMNO-BN memerintah. Dari kedua termiskin menjadi tiada sorang yang miskin. Hebat-hebat. Adakah Mat Said pakai Jin Baghdad? Mengalahkan Idris Jusoh yang membuat projek yang tak pernah dilihat oleh mata! Percayakah saudara dengan keaijaiban ini? Jangan hairan nanti kalau mari melancong ke Terengganu melihat kekayaan rakyatnya yang tidak pernah kelihatan!

MAHASISWA KEMPEN,MENDESAK PIHAK UNIVERSITI MELAKSANAKAN KAMPUS SEJAHTERA



Unisel Bestari Jaya ,1 Julai 2010,(Jumaat) 2.00 pm :- Seramai 1000 mahasiswa telah turun bersama –sama mengadakan kempen bagi mendesak pihak UNISEL dalam melaksanakan Kampus Sejahtera. Wakil aktivis mahasiswa telah diminta mengulas mengenai kempen tersebut,beliau mengatakan ianya

“sebagai permulaan kempen bagi mendesak pihak pentadbiran UNIVERSITI melaksanakan Kampus Sejahtera diperingkat kampus,seterusnya akan bergerak ke peringkat Negeri dan juga seterusnya ke peringkat Nasional & Global bagi menggerakkan kempen “Kampus Sejahtera”.




Juga memberi kenyataan bahawa “Mahasiswa disemua Kampus adalah bersih dari tuduhan sarang Jemaah Islamiyyah (JI)” serta mahasiswa juga kecewa terhadap tuduhan sesetengah pihak yang diberikan terhadap beberapa pemimpin dan ulama’ yang dikaitkan dengan Jamaah Islamiyyah .Mahasiswa boleh berfikir mana baik dan mana buruk ,ini kerana mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan merupakan aset Negara yang bernilai.

Mahasiswa UNiSEL juga menuntut agar suara mahasiswa didengari dan dijadikan sebagai salah satu penilai dan pengkritik kepada sesuatu undang-undang yang dilaksanakan samaada diperingkat kampus dan juga diperingkat nasional.




Kempen tersebut telah berarak bermula dari Masjid Unisel dengan menghantar memorandum kepada Pengarah Pusat Islam iaitu Tn Hj Mokhtar yang menyatakan pendirian sebagai mahasiswa yang menginginkan Kampus Sejahtera.Memorandum itu telah disambut baik oleh Pengarah Pusat Islam dan telah menandatangani di kain rentang sambil melaungkan Takbir, bagi menghantar bersama-sama dengan memorandum tersebut kepada Timb,Naib Canselor UNISEL Prof. Madya Zainal Abidin Bin Kidam oleh Presiden Persatuan Islam di dalam UNiSel iaitu Persatuan i Rakan (Saudara Shardiansha Bin Shamsuddin).



Kempen tersebut berarak bermula dari perkarangan masjid sambil mengibarkan sepanduk dan poster seterusnya berjalan mengelilingi UNISEL.antaranya tertera Kampus Sejahtera ,Unisel Sejahtera ,Islam Bukan Pengganas ,Mahasiswa Prihatin ,Coca Cola meant “No Muhammad,No Makkah”=Penghinaan Kepada Islam ,Persekitaran Sejahtera,KedamaianUntuk Semua ,”Selamatkan Gaza,Boyscott Israel,Boycott Israel =Hanya ini mampu kita buat,Mahasiswa Sejahtera,Tolak Apco,Mahasiswa Kami Bukan Pengganas , No Couple = Sejahtera.
Kempen tersebut akan berakhir sehingga akhir malam ini dengan mendapat tandatangan kesemua mahasiswa UNISEL bagi menyatakan sokongan terhadap “Kampus Sejahtera”.Jangkaan tandatangan yang terkumpul dari pihak Persatuan i Rakan adalah sebanyak lima ribu orang mahasiswa UNISEL sehinggalah akhir malam ini.


Antara isi memorandum tersebut adalah :

Peringkat Kampus

1)Suasana kampus yang SEJAHTERA
2)Aktiviti kampus yg SEJAHTERA
3) Tata pemakaian yang SEJAHTERA
4) Pentadbiran dan sistem pengurusan yang SEJAHTERA
5) Peraturan, undang-undang dan keselamatan yang SEJAHTERA
6) Pembelajaran dan pengajaran yang SEJAHTERA
7) Te)mpat makan dan rekreasi yang SEJAHTERA
8) Kolej kediaman yang SEJAHTERA
9) Kakitangan dan mahasiswa kampus yang SEJAHTERA


Peringkat Nasional dan Global

1)Kearah keamanan dan keSEJAHTERAan yang sejagat
2) Negara yang SEJAHTERA tanpa kompromi dengan mana-mana musuh
3) MENYATAKAN penolakan sepenuhnya kewujudan negara haram yang menyalahi undang-undang antarabangsa
4) Kepimpinan yang SEJAHTERA
5) Masyarakat yang SEJAHTERA
6) Kesihatan yang SEJAHTERA
7) Kebajikan yang SEJAHTERA


Penulis Merupakan aktivis Mahasiswa UNISEL

Mashitah: UMNO menentukan masa depan Melayu!



Ustazah UMNO No.1, Mashitah menegaskan bahawa masa depan orang Melayu pastilah gelap malah orang Melayu pasti jatuh sekiranya UMNO berkubur. Kenyataan yang berbaur syirik ini kelihatannya menidakkan qada' dan qadar Allah dan menggantikannya dengan 'keagungan' UMNO. Tindakan PAS yang 'diperkuda' DAP apabila cuba berdakwah secara berhikmah turut disindar, berbeza dengan UMNO yang menjadi hero sehinggakan terbakar di sana sini. Artikel disertakan.

Wanita UMNO perlu bersemangat tinggi perjuang nasib Melayu


2010/07/03
LANGKAWI: Ahli Pergerakan Wanita UMNO perlu memiliki semangat tinggi dan ikhlas dalam perjuangan bagi memastikan nasib orang Melayu terus terjamin, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, sejarah perjuangan getir parti sejak 1946 apabila ia diwujudkan perlu diketahui serta dihayati kerana jika UMNO lemah dan terkubur, pasti orang Melayu akan jatuh serta masa depannya akan gelap di tanah air sendiri.

"Jatuh UMNO maka jatuhlah bangsa Melayu. Jika mahukan Melayu cemerlang, semestinya kita bersatu dan pertahankan UMNO," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Langkawi di sini, hari ini.
 Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; Ketua Wanita UMNO Langkawi, Mariyam Othman dan Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nanyan serta lebih 500 perwakilan wanita cawangan UMNO seluruh Langkawi. 

Dr Mashitah yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, tonggak kekuatan politik orang Melayu ialah parti UMNO.

Katanya, apa yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu adalah sesuatu yang terlalu pahit untuk dilalui bukan saja oleh ahli UMNO, malah orang Melayu keseluruhannya.

"Apa yang kita lihat, penolakan sebahagian orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan entiti Melayu dan agama Islam ini, diambil peluang oleh pihak-pihak tertentu untuk menyerang UMNO.
"Malah, apa yang menyedihkan, terdapat juga parti Islam yang menjual agama demi kepentingan diri sendiri sehingga sanggup diperkudakan, berbeza dengan UMNO yang berjuang mengikut kehendak Islam," katanya." tamat-

Teringat fatwa masyhur Mashitah bahawa ibu tunggal boleh melacur kerana darurat. Wow. Teringat juga sikap Mashitah yang tunduk diam apabila Najib dan PM terdahulu tunduk dan akur didepan tugu negara tetapi segera memanggil  PAS dengan pelbagai bahasa kesat.

Terkenang fatwanya dahulu bahawa ibu tunggal halal melacur kerana DARURAT! mungkinkah Mahitah akan berjumpa tunang mendiang Teoh untuk menjelaskan kepada beliau bahawa selaku ibu tunggal, tiada salahnya beliau melacur? Mari lihat misteri fatwa-fatwa Mashitah:
1. Fatwa halal melacur (bila darurat)
Penulis telah membaca sendiri kenyataan lengkap Mashitah dalam isu ini. Selepas satu Malaysia marah-marah, baru dia buat twist dengan mengatakan bahawa fatwanya diputer belit. Takde putar belit pun. Memang fatwa asalnya ringkas dan begitu. Dalam penjelasannya baru dia tambah itu ini untuk cover kesesatan fatwa asalnya.
2. Fatwa halal tak solat
Mashitah cukup marah sewaktu masyarakat mempertikaikan tentang bagaimana perenang negara solat dalm usaha beliau merentasi laut dengan berenang. Katanya isu solat itu soal remeh temeh!

SILA RUJUK YOUTUBE UNTUK LIHAT SENDIRI.

Terkenang jua muka terhegeh-hegeh mashitah sewaktu sewaktu seorang contestant lelaki enggan bersalam dengannya sesudah Mashitah terhegeh-hegeh menghulur tangan untuk bersalamm. program apa ntah. Hakk ptuih..

Khas Buat 40? Ulama : Hukum Ulama Menyertai Parti Politik yang penuh Kemungkaran

"
Soalan: Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.


Fazalina, Tanah Merah.

Jawapan DR MAZA: Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilihkan langkah betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Soalan yang saudari kemukakan itu adalah berkaitan Islam, maka ia hendaklah dinilai dengan pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, bukan pertimbangan emosi. Hukum dan pendapat agama hendaklah bebas dari cengkaman sentiment tertentu, sebaliknya berpijak atas fakta dan dalil. Apa yang akan saya kemukakan adalah kadar kefahaman saya terhadap dalil-dalil dalam hal ini. Pohon keampunan kepada Allah jika ia tersasar dari kebenaran. Maka, pendapat saya dalam hal ini seperti berikut;

1. Setiap pertubuhan atau kerajaan atau badan mempunyai dasar atau tujuannya yang tersendiri. Di samping slogan yang dilaungkan, kita juga hendaklah melihat bagaimanakah keadaan atau suasana di dalamnya. Meletakkan slogan yang baik atau islamik mungkin mudah, tetapi menghayatinya bukanlah semudah slogan yang dilaungkan. Ada pertubuhan atau kerajaan yang tidak berslogan Islam, tetapi suasana kebaikan dalamnya terbuka luas. Demikian sebaliknya.

Maka, penilaian terhadap sesuatu kumpulan atau parti atau pemerintahan hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Maka, saya katakan hukum penyertaaan mana-mana individu ke dalam apa-apa pertubuhan atau parti atau kerajaan bergantung kepada beberapa perkara utama; pertama: niat, kedua: peranan, ketiga: kemampuan dan kadar kebaikan dan keburukan dalam penyertaan tersebut.

2. Ertinya, jika niatnya untuk kebaikan atau mendapat keredhaan Allah, maka itu suatu ibadah. Jika untuk mendapat habuan dunia, maka ia bukanlah kebaikan yang diterima Allah bahkan akan merosakkan orang lain. Sehingga jika seseorang menyertai parti atau kerajaan yang berslogankan Islam pun, jika niatnya salah, ia tidak mendapat pahala bahkan mungkin mendapat dosa. Hal ini kita dapat lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan menteri pembendaharaan Mesir, padahal Raja Mesir ketika itu bukan seorang muslim. Sistem yang dipakai juga, bukan syariat Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan” (Surah Yusuf, 55-56).
3. Setelah niatnya betul, hendaklah dia mengetahui apakah peranan yang hendak dimainkan. Jika kumpulan atau kerajaan yang tidak sertai itu tidak Islamik atau menyanggahi prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan, apakah peranan yang dia boleh mainkan untuk membaiki suasana tersebut atau menyampaikan mesej Islam ke dalamnya. Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H):
“Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikian dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Demikian kita, jika dirasakan penyertaan kita dalam mana-mana badan atau kerajaan dapat menegakkan kebenaran atau mengelakkan kezaliman dengan kadar yang termampu, maka penyertaan itu mendapat pahala. Jika tiada siapa yang mampu lakukan kecuali kita, maka ia merupakan satu kewajiban.

4. Jika badan yang disertainya itu dipenuhi kemungkaran dan tiada peranan dalam mengubah atau mengurangkannya, maka penyertaaan ke dalamnya adalah dosa. Ini disebabkan dia menambahkan kemeriahan golongan mungkar. Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka” (Surah al-Nisa: 140).
5. Setelah betul niatnya, dan jelas peranannya, hendaklah dia mengukur kadar kemampuan diri dalam memainkan peranan tersebut. Jika dia tahu bahawa dia tidak akan mampu mengubah atau mengurangkan kemunkaran tersebut, maka dia diharamkan menyertai kumpulan atau organisasi munkar itu. Jika dia tahu dia mampu dengan kadar peranan yang ingin dia mainkan, maka itu suatu perjuangan menyampaikan mesej Islam. Nabi Yusuf a.s tidak mengubah seluruh sistem kerajaan Mesir ketika itu tetapi dia berjaya menegakkan kebaikan dan keadilan dalam menguruskan khazanah kekayaan Mesir. Rakyat Mesir mendapat kebaikan dari kedudukan Yusuf a.s.

6. Ertinya, penyertaan ke dalam organisasi yang tidak Islamik bukanlah semestinya sehingga mampu mengubah keseluruhan sistem. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi s.a.w tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabah-sahabah yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas-asas keadilan untuk rakyatnya. Nabi s.a.w berutus surat dengan Najasyi, tetapi baginda tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya dan berhijrah ke Madinah. Nabi memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi s.a.w
“Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. (Riwayat al-Bukhari).

7. Berikutnya hendaklah difikir dan ditimbang sehalus-halusnya kadar maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang akan terhasil dari penyertaan tersebut. Jika kebaikan mengatasi keburukan maka itu sewajarnya dilakukan. Jika sebaliknya, wajib dihindari. Namun dalam menilai maslahah dan mafsadah itu hendaklah berteraskan ilmu, teliti dan warak.

8. Apa pun, keikhlasan niat, tahu peranan, ada kemampuan dan penilaian yang matang adalah syarat penting dalam hal ini. Dalam Islam apa yang tidak mampu dibuat semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya. Setiap orang hendaklah menilai kadar baik dan buruk bagi setiap tindakan yang diambil berteraskan keredhaan Allah. Kita berdoa agar Allah membimbing kita semua ke jalan yang diredhaiNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails