WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, July 13, 2010

Saman Ekor......



KUALA LUMPUR: Police have issued more than 10 million “saman ekor” (traffic offences caught on camera) since 2000 and motorists who ignored these summonses risk being hauled to the police station.

Federal Traffic Police chief SAC II Datuk Abdul Aziz Yusof said police could bring those who were issued with warrants of arrest to the stations and they would only be released on police bail.

“They will also be barred from renewing their road tax and driving licences. So it’s best that they come forward and settle the summonses,” he said.
SAC II Abdul Aziz said that so far 2.5 million summons notices had been issued and 1.7 million road users have been blacklisted.
“Saman Ekor” is summons notice 170A which is issued for offences caught on camera, speeding, parking tickets or summonses where police could not stop the offenders.
Asked if enough time had been given to motorists to settle or sort out their summonses, SAC II Abdul Aziz said:
“At least half of these summonses dated back from 2000. They have been given enough time to settle.”
He said vehicle owners who claimed that they were not the offenders must show proof that they were not in their vehicles at the time.
“If somebody used your vehicle and a summons was issued to you, you must verify that it was someone else,” he said.
He added that if the vehicle owner brought along the actual traffic offender, the summons would be reissued to that person.
On claims by motorists that summonses were sent late or they never received them, he said all notices were sent through AR-registered mail.
He said all vehicle owners must update their particulars with the Road Transport Department (JPJ) when they move to a new address.

Bodo punya Olang..................
"
 

Malaysia perkenal Wawasan Sidratul Muntaha



WAWASAN  SIDRATUL MUNTAHA . Teks Khutbah Jumaat 9 Julai 2010.
Berdasarkan projek Allah di Sidratul Muntaha ini jelas bahawa solat fardhu lima waktu adalah program mega atau program raksaksa yang Allah fardhukan kepada umat Islam..


Solat fardhu menjadi program mega kerana ia menjadi ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan samada semasa sihat atau sakit, menjadi tonggak kekuatan agama,  menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kub
Selain itu kualiti solat ini juga akan menentukan  kualiti pelaksanaan ibadah-ibadah yang lain. 
 
Berdasarkan pemerhatian mimbar, akhlak yang kurang baik yang dideritai oleh segolongan umat Islam kini berpunca daripada solatnya tidak khusyuk  menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji.
Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan perbuatan berdosa. Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya.
Mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini.
Oleh itu sempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj sebagai mukjizat yang besar ini, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk dan sempurna agar ia mampu membangunkan anak-anak dan keluarga kita menjadi insan yang soleh selari dengan wawasan Sidratul Muntaha.  

Umno Jempol minta RM 3 Juta dari kerajaan


"Tak kan Umno Jempol je boleh minta RM 3 Juta ? Umno Rembau nak juga ? Umno Rembau mesti lebih dari RM 3 juta kerana lagi luas kawasan dan lagi ramai pengundi. Umno Pilah pun nak juta juta. Umno Telok Kemang pun nak juta juta. Umno Tampin pun nak juga. Jangan gaduh berebut juta juta udahle.

 

Kok tak dapat juta-juta ni , alamatnya banyakle masjid bocor tak dapat repair.
 
******************************
Mohon peruntukan RM3 juta tangani aduan rakyat
 
Sinar Harian 12 Julai 2010
 
JEMPOL - UMNO Bahagian Jempol meminta kerajaan mempertimbangkan kelulusan permohonan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi membiayai pelaksanaan projek-projek kecil di daerah berkenaan.
 
Ketuanya, Datuk Lilah Yassin berkata, peruntukan itu dikemukakan awal tahun ini agar pelbagai aduan dibangkitkan rakyat dapat diselesaikan.
 
“Kalau masjid bocor, parit rosak, bukan saya sahaja yang tersandar. Barisan Nasional (BN) pun boleh tersandar.
 
“Saya bimbang pembangkang mengambil kesempatan atas isu-isu terbabit untuk memburuk-burukkan BN pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di Kompleks Pentadbiran Daerah, Bandar Seri Jempol dekat sini, kelmarin

Tiada Lagi Hak Istimewa Pelajar Melayu



Semua pelajar yang dapat 9A+ dalam SPM layak otomatik dapat biasiswa kerajaan Malaysia pimpinan Umno. Kementerian Pelajaran ada berani ke siarkan dalam akhbar senarai semua pelajar dapat 9A+ dalam SPM 2009 ? Mari kita tengok ramai pelajar Melayu, 

Cina atau India. Eloklah tarik semua hak istimewa pelajar Melayu ni. Biar Melayu cemerlang dalam Akademi Fantasia, Mentor, Showdown dan apa-apa bentuk hiburan.
*******************************************
PELAJAR 9A+ TAK DAPAT BIASISWA DIMINTA MAKLUM KEPADA JPA
Berita Harian 12 Julai 2010
 
AMPANG: Pelajar cemerlang yang mendapat 9A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, tetapi tidak memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diminta memaklumkannya kepada JPA untuk ditawarkan biasiswa itu.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menunaikan dasar yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, kelmarin bahawa semua pelajar terbabit ditawarkan biasiswa JPA mengikuti pengajian ijazah pertama di dalam dan luar negara tanpa mengira kaum.
 
“Kenyataan Perdana Menteri itu pasti menggembirakan semua pihak. Jika ada yang tertinggal walaupun sebahagian besar daripada senarai (penerima biasiswa JPA) sudah diumumkan, prinsip itu kita akan guna selaras keputusan Perdana Menteri,” katanya semalam. Sementara itu, di Labuan, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lebih ramai pelajar cemerlang mendapat 9A+ dalam SPM tahun lalu akan ditawarkan biasiswa JPA berbanding diumumkan sebelum ini.
 
Beliau berkata, jumlah berkenaan melebihi 1,750 pelajar yang ditawarkan biasiswa JPA bagi mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan 100 pelajar mengikuti Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
 
Pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengenai kesediaan JPA menawarkan biasiswa berkenaan akan menyebabkan pelajar cemerlang yang ditawarkan biasiswa JPA tetapi tidak terpilih di bawah PILN, mengikuti pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan kampus cawangan terpilih bertambah berbanding 1,900 sebelum ini.
 
Beliau berkata, walaupun penawaran itu di bawah bidang kuasa JPA, Kementerian Pelajaran menjangka lebih ramai pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan itu akan ditawarkan biasiswa berkenaan.
Sehubungan itu, Mohd Puad mengingatkan ibu bapa pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang anak mereka mencapai kecemerlangan berkenaan tidak lagi mempersoalkan keikhlasan kerajaan mengagihkan biasiswa JPA.
 
"Tidak akan timbul lagi orang Cina atau India atau kaum lain bising kata anak mereka dapat keputusan baik 9A+ tetapi tidak ditawarkan biasiswa JPA," katanya.
 
Mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Mohd Puad berkata, perbincangan meja bulat Kementerian Pelajaran pada 17 Julai ini akan meneliti aspek kononnya jika ia dilaksanakan, bakal menyebabkan syarikat penerbitan buku ulang kaji dan pengusaha tuisyen gulung tikar.
 
"Pendidikan bukan untuk dijadikan bahan perniagaan. Pendidikan adalah untuk membina minda dan membentuk insan. Janganlah kita jadikan pelajaran sebagai bahan untuk membuat keuntungan. Bagaimanapun, perbincangan meja bulat akan meneliti perkara ini," katanya.

Skandal RASUAH Scorpene: Cara-cara Ektradisi Najib ke Perancis



KALAU Najib disabit bersalah, bolehkan Najib dipenjara di Perancis?? Akhbar melaporkan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam akan bertemu dengan Polis Perancis jam 2 petang waktu Paris untuk memberi keterangan berhubung pembelian Scorpene dan skandal serta rasuah yang membabitkan idola No.1 UMNO iaitu Najib. 

Ini berikutan arahan Mahkamah Perancis. Artikel ini menganalisa kaedah-kaedah mengektradisi Najib c4 ke Perancis sekiranya disabitkan bersalah dalam isu rasuah tersebut, kui kui.
Mahkamah Perancis telah mengarahkan skandal rasuah kapal selam ini disiasat berikutan permohonan Suaram. Bala turut memberi persetujuan untuk bekerjasama. Sekiranya dahulu di Malaysia, Bala boleh secara 'tiba-tiba' menarik balik Perakuan Bersumpahnya yang dibuat ke atas Najib dalam masa 24 jam, keadaan kini tidak semudah dahulu kerana Bala bukan lagi di Malaysia dan kuasa Najib kini terbatas.
Pihak pendakwa Perancis telah mengarahkan syarikat terbabit yang mempunyai rekod buruk dalam merasuah ahli politik disiasat untuk mengetahui siapa yang memperoleh rasuah aka komisyen dalam skandal kapal selam tersebut.
Bos No.1 UMNo yang menjadi pujaan hati ahli UMNO terpalit dengan kes ini apabila Altntuya mati dibunuh oleh dua orang bekas pengawalnya, dipercayai berikutan skandal kapal selam ini. Pembelian kapal selam termasuklah KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dikaitkan denga Altanuya kerana model Monggolia yang fasih pelbagai bahasa ini dipercayai menjadi jurubahasa kepada urusan pembelian tersebut tetapi tidak dibayar seperti yang dipersetujui sebaliknya dibom.
Sekiranya mahkamah Perancis mendapati sememangnya Najib terlibat, bolehkah Najib diektradisi?
terlebih dahulu, apa dia ektradisi tu? Ektradisi tu ialah satu proses undang-undang di mana satu negara menyerahkan sesorang penjenayah atau suspek jenayah kepada negara lain.
Setiap negara mempunyai kedaulatannya sendiri oleh itu tidak perlu untuk sesebuah negara menyerahkan rakyatnya kepada negara lain. Melainkan ada perjanjian ektradisi antara Malaysia dan Perancis, Malaysia tidak perlu menyerahkan Najib kepada Perancis sekalipun Najib disabitkan terbabit dalam kes rasuah kapal selam ataupun dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.
Sekiranya Najib dijatuhkan hukuman mati, proses ektradisi akan menjadi lebih sukar kerana Artikel 3 Konvensyen Eropah berhubung Hak Asasi Kemanusiaan melarang ektradisi sekiranya ia membawa kepada hukuman mati.
Seterusnya, Najib juga seorang PM justeru beliau mempunyai immuniti. Pendek kata, kalaupun Najib pergi ke Monggolia lalu menembak mati seorang Model Monggolia, Najib masih kebal berikutan imunitinya. Ini hanya contoh sahaja, contohhh!
Bagaimana pula sekiranya UMNO dan BN kalah pilihanraya? Adakah Najib masih boleh diektradisi?
Senang cerita, dari segi undang-undang, susah. Kalaupun mahkamah Malaysia sendiri mengesahkan bahawa Najib terlibat dengan pelbagai skandal, dan dibuktikan, Najib masih boleh berusaha mendapatkan pengampunan.
Meskipun begitu, terlepas dari hukuman dunia tak bermakna terlepas dari hukuman di akhirat. Dan sekiranya terlepas dari hukuman dunia tetapi hidup terhina seperti Mahathir, sehinggakan mata pun disembur, apa gunanya?
dan kita jangan pandang rendah strategi Najib dan UMNO yang dibantu oleh syarikat Zionis APCO.
Semoga Allah memberi hidayah dan pengampunan kepada mereka semua. Wassalam

KDN Buat Laporan Polis Suara Keadilan Teruskan Penerbitan

KUALA LUMPUR, 12 Julai Satu laporan polis telah dibuat berikutan pihak penerbitan "Suara Keadilan'' terus mengeluarkan penerbitannya Isnin walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas.


Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam kenyataan media, berkata laporan berkenaan telah dibuat pada pukul 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Katanya, laporan polis itu dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

"Seperti umum sedia maklum, permit "Suara Keadilan" telah tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas dan sehingga kini pihak penerbitan masih gagal mengemukakan jawapan atau penjelasan atau penjelasan kepada dua lagi surat Kementerian Dalam Negeri.

"Malah, pihak penerbitan Suara Keadilan telah berkali-kali mencabar kerajaan dan masih terus juga mengeluarkan penerbitan," katanya.

Hari ini, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan".

Edisi "Keadilan" yang diedarkan percuma kepada umum dilihat masih memainkan isu Felda walaupun "Suara Keadilan" kini berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta ekoran penyiaran berita "Felda Bankrap" yang dianggap fitnah.

-- BERNAMA

Jenayah berleluasa kerana JKKK bergaduh



Patutlah jenayah semakin berleluasa sekarang ini. Apa ke tidaknya Pengerusi JKKK nya bergaduh dengan mereka yang nak tubuh Rukun Tetangga. Bergaduh di Surau pula tu. Memalukan negeri dan tempat tinggal den yo. Sebelum ni orang Umno dan PAS bertumbuk dalam masjid di Melaka. Macam ni, tergelaklah para penjenayah, makin berleluasalah jenayah di Malaysia.

 
Jangan nak salahkan polis sahaja. Cuba tanya berapa banyap patrol car atau MPV yang ada disetiap balai, yang boleh beroperasi ? Jangan terperanjat dan jangan terkeliru dengan indeks jenayah yang rendah.
 
Inilah dia Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai. Kau tuduh aku CIA, aku tuduh kau CIA, akhirnya penjenayah masuk kampung kita, pecah rumah macam kacang je.
 
Kes pecah rumah tidak terkawal lagi di Lavender Height , Senawanghttp://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-semakin-tak-terkawal-di.html
 
Kes pecah rumah berleluasa di Taman Alamanda , Senawanghttp://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-berleluasa-di-senawang.html
  
*********************************
HAMPIR DIBELASAH DI TANGGA SURAU
Sinar Harian 11 Julai 2010
 
SEREMBAN - Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini nyaris ditumbuk seorang penduduk yang berang apabila cadangannya untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak diterima, Isnin lalu.
 
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Husin, 50an, berkata, lebih dikesali, dalam kejadian kira-kira jam 8.35 malam itu berlaku dalam kawasan surau kampungnya.
 
"Sebelum kejadian, seorang penduduk menyarankan supaya KRT ditubuhkan. Saya maklumkan langkah itu tidak perlu kerana kampung ini telah melaksanakan skim kepolisian masyarakat.
 
``Namun, seorang lelaki lain yang turut berada di surau ketika itu tiba-tiba mempertikaikan jawapan saya dalam nada suara tinggi,” katanya di sini, semalam.
 
Menurut beliau, suasana di dalam surau bertukar kecoh ekoran tindakan lelaki terbabit tidak berpuas hati penjelasan diberikan.
 
Husin berkata, beliau kemudiannya keluar dari surau kerana tidak mahu isu berkenaan berpanjangan dan bagi menghormati rumah ibadat itu.
 
``Malangnya, sebaik sahaja berada di tangga surau, lelaki yang sama menghampiri saya dan menunjukkan penumbuk ke muka saya.
 
``Bagaimanapun, dia tidak menumbuk saya walaupun dicabar. Sebelum beredar, dia memberi amaran kepada saya supaya jangan bercakap tentang skim kepolisian masyarakat di dalam surau lagi,” katanya.
 
Beliau berkata, pertelingkahan antara lelaki terbabit dan dirinya turut disaksikan oleh lima lelaki lain yang berada di surau pada masa kejadian.
 
Menurut Husin, satu laporan dibuat di Balai Polis Paroi dekat sini, sehari selepas itu kerana bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga susulan insiden kurang menyenangkan itu. 
  
*********************************
TUJUH KALI DIROMPAK DALAM LIMA BULAN, RUGI RM20,000
Sinar Harian 11 Julai 2010
 
MASJID TANAH – Sebuah keluarga di Tanjung Agas, di sini, mengalami kerugian RM20,000 akibat tujuh kali dirompak dalam tempoh lima bulan.
 
Terbaru, kejadian 6 Julai lalu, berlaku jam 2.30 pagi dan 5.30 pagi pada hari sama menyebabkan mereka kehilangan sebuah motosikal jenis LC dan empat telefon bimbit.
 
Mokti@Khalid Lebai Hitam, 65, berkata, kehilangan motosikal dan empat telefon bimbit berkenaan disedari anak perempuannya ketika membuka pintu pada jam 7.30 pagi.
 
“Dalam kejadian pertama jam 2.30 pagi, kehilangan empat telefon bimbit, saya dan anak membuat laporan polis dan pulang semula selepas itu, tetapi perkara sama berlaku pada jam 5.30 pagi.
 
“Pagi Selasa itu, anak perempuan saya mengambil kunci dan mahu keluar pada jam 7.30 pagi dan menyedari motosikal jenis LC milik abangnya sudah tiada di hadapan rumah,” katanya.
 
Khairul Azhar Mokti, 27, berkata, kejadian berlaku ke atas keluarganya adalah dipercayai perbuatan orang sama dan memasuki rumahnya melalui tempat sama.
 
“Sejak kali pertama rumah ini dipecah masuk, perompak itu menggunakan laluan sama dengan mengumpil tingkap bahagian belakang rumahnya,” katanya.
 
Badrul Hisham Mokti berkata, ketika menuju ke Kuala Sungai Baru pada hari itu, dia terserempak suspek dipercayai memakai baju, seluar dan kasut miliknya.
 
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljit Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan Curi Kenderaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan Pecah Rumah.

UTUSAN BIADAP, UMNO TERDESAK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan-kenyataan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai alat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) adalah satu tuduhan dangkal dan biadab Umno-BN. Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuduhan itu dibuat untuk “membunuh karakter” Anwar daripada terus membangkitkan isu-isu berkaitan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Tuduhan alat CIA adalah berat dan biadab dan ia dilakukan selepas beberapa isu dibangkitkan Anwar yang mahu mendapat perhatian rakyat dan ia gagal dijawab secara tepat oleh Umno-BN. “Ini termasuklah isu APCO Worldwide yang kini disambung kontrak, penglibatan Asiasoft dalam maklumat perisikan negara, dan yang terkini ialah isu mengenai potensi Felda untuk bankrap berikutan penurunan prestasi kewangan yang membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Anwar akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara sekiranya mempunyai kaitan dengan CIA. Hishammuddin bagaimanapun berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.
“Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar,” katanya. Seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.
Shamsul Iskandar menjelaskan, strategi untuk “membunuh karakter” Anwar mudah dibaca iaitu dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap beliau di kalangan masyarakat Melayu. “Melihat kepada potensi pilihan raya umum yang akan diadakan pada tahun ini, taktik busuk ini dicatur walaupun longgar.
“Selain itu, tuduhan-tuduhan negatif terhadap Anwar jelas tidak berasaskan bukti yang kukuh termasuk konspirasi kes liwat yang semakin menemui jalan buntu.” Beliau berkata dakwaan fitnah itu dibuat kerana kegagalan Umno untuk meyakinkan rakyat dalam beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat.
“Imej Anwar dibunuh sehabisnya, pimpinan Pakatan Rakyat dilaga-lagakan dengan isu-isu lapuk, akhbar Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket kini berhadapan dengan masalah pembaharuan permit. “Mungkin ini adalah sesuatu yang membanggakan hasil daripada nasihat APCO Worldwide untuk memburukkan imej Anwar,” katanya.

JKKKP CUBA SABOTAJ PROGRAM MAJLIS PENGHARGAAN WARGA EMAS DI SUNGAI SEMILANG



JKKKP cuba untuk sabotaj program kerajaan negeri dengan tidak mahu memberi kunci peti penyambung elektrik..Menurut Pengerusi JKKK Sg.Semilang,beliau telah pergi ke rumah Pengerusi JKKKP @ ketua UMNO Sungai Semilang untuk meminta kunci bagi membuka peti soket elektrik..Pihak JKKKP tidak mahu memberi kunci kepada JKKK yang sah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang..Sedangkan semua peralatan,serta dewan orang ramai adalah hak semua penduduk,sedangkan majlis penghargaan warga emas adalah program masyarakat dan bukannya parti politik..Nampaknya UMNO masih tidak boleh menerima yang mereka sekarang adalah pembangkang di dalam negeri Pulau Pinang..Biro keselamatan JKKK sudah memaklumkan kepada pihak polis dan pejabat daerah mengenai isu kunci peti soket elektrik tersebut sebelum memotong mangga kunci tersebut..Ini untuk menggelakan perkara yang tidak di ingini berlaku.

Dua Soket di dalam peti tersebut bagi kegunaan majlis.

Padlock yang telah di potong,ini sebagai bukti.

Padlock yang sudah di potong masih berada di peti soket


Ketua Biro Keselamatan JKKK di bantu oleh Ketua Biro sukan untuk memotong padlock tersebut.


Menggunakan Cutter yang besar bagi memotong padlock

Ketua Biro Keselamatan cuba untuk memotong padlock tersebut.


Peti soket di tempatkan di pondok ini.



Peti soket yang telah di kunci oleh JKKKP

Monday, July 12, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WANG PENGHARGAAN WARGA EMAS OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG

Majlis penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang telah di adakan di kawasan JKKK Sg.Semilang ,juru. Dan seramai 200 orang warga emas menerima wang penghargaan terus dari Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Tuan Lim Guang Eng yang turun padang untuk bersama-sama warga emas di kawasan Sungai Semilang,Kuala Juru,Bagan Nyior,Kampung Sekolah,Bukit Kecil dan Kampung Tok Kangar. Antara yang hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Ketua menteri 2 YAB Prof. Dr P.Ramasamy ,Exco Pertanian YB Law Choo Kiang ,Penghulu Mukim serta ADUN Bukit Tengah Yb Tuan Ong Chin Wen sebagai tuan rumah majlis penghargaan warga emas yang telah di langsungkan semalam atau 11 Julai 2010 di Dataran Semilang,Juru..Jkkk Sg.Semilang turut berkerjasama dengan JKKK Kg.Sekolah bagi menjayakan majlis ini..Bagi warga emas yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut,Yb Ong Chin Wen dan penghulu mukim telah pergi ke rumah dan menyerahkan sendiri kepada warga emas yang uzur.


























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails