WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 2, 2010

Tok Guru Nik Aziz solat hajat untuk Gaza

Tok Guru Nik Aziz solat hajat untuk Gaza
Posted on Wednesday, June 02 @ 01:56:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Kenyataan MediaOleh: wanibrah

"KENYATAAN RASMI MENTERI BESAR KELANTAN YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT&ISU SERANGAN ISRAEL TERHADAP KONVOI KEMANUSIAAN GAZA 
Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan  dua puluh (20) nyawa.

Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan  dua puluh (20) nyawa. 
Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun.  
Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel. Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan. 
Paling penting sehubungan itu, saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza. Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. 
Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin. Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. 
Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka.  Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.  Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. 
Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini. Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satuKuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu.  
Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu. Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta  bacaan  Qunut  Nazilah  ditempat  yang sama. 
Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel. 
Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).  
Terima kasih. 
Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim. 
19 Jamadilakhir 14312, Jun 2010.
"
 

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS


Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFPbahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.

Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.

MB Selangor ditegur



Kongres ke 6 yang baru sahaja selesai .Salah satu ucapan yang menarik adalah wakil orang asala iaitu Ramli Logan. Beliau menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan, malah semua orang termasuk pimpinan parti berdiri untuk memberi penghargaan kepadanya selepas beliau menghabiskan ucapan.
Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang menyertai PKR mengakui bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sepanjang 35 tahun beliau berada dalam MCA-Barisan Nasional, dan beliau hampir sebak melihat suasana ini.

"...tidak pernah berlaku di mana-mana parti politik, ini kali pertama di sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat, " kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum menyambung, "Kita angkat seorang anak muda, letak dalam satu persada politik mainstream (arus perdana) untuk membincangkan masa depan negara!"

Peniaga asing tidak takut MPPP

Peniaga asing tidak takut MPPP

Peniaga asing di Lorong Kulit langsung tidak takut berdepan dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Perkara itu didedahkan sendiri Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong ketika mengadakan operasi penjaja asing di lokasi perniagaan popular itu.

Menurutnya, ketika pemeriksaan pada tahun lalu, MPPP merampas barangan yang dijual penjaja asing.

“Tetapi hairan kerana pada masa itu apabila kami di bahagian hadapan pasar, ada pula penjaja asing yang mengikut jalan belakang dan terus menjalankan perniagaan. Ini jelas menunjukkan mereka tidak takut dengan penguat kuasa walaupun barang sudah dirampas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu lebih 100 penjaja asing berniaga di Lorong Kulit.

Dalam laporan Sinar Harian pada 31 Mei lalu, penjaja Lorong Kulit mengadu kehadiran warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Pakistan mengganggu peniaga tempatan.

Ada antara mereka yang bersikap kurang ajar apabila meletakkan van di tapak peniaga tempatan.


Ong berkata, MPPP juga pernah membuat pemantauan selama sebulan di kawasan itu tetapi isu penjaja asing masih belum selesai.

Ahli Majlis, Mohamad Yusof Mohamad Noor pula berkata, beberapa cadangan sudah dikemukakan kepada MPPP untuk menangani isu berkenaan.

Antaranya meletakkan kawasan perniagaan pakaian dan buah-buahan di Jalan Perak manakala barangan yang biasa dikekalkan di Lorong Kulit.

“Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan sekali gus memudahkan pemantaunya dibuat. Mungkin kawasan letak kereta dan motosikal juga akan diubah untuk memudahkan lalu lintas,” katanya.

Mengulas isu kompaun yang dikenakan kepada penjaja asing, Yusof memaklumkan sehingga kini hanya RM50 dijadikan denda kepada golongan berkenaan atas kesalahan tidak mempunyai lesen.

Menurutnya, jumlah kompaun sedia ada kini dalam pertimbangan untuk dinaikkan kepada RM2,000.

“Kenaikan kompaun bukannya bertujuan untuk menakutkan orang ramai tetapi untuk mendidik mereka di samping mengawasi keadaan demi faedah semua pihak.

Sebelum ini, bagi kesalahan lain seperti membuang sampah dalam sungai, mereka yang terlibat hanya dikenakan RM50. Mungkin sebab RM50, mereka buang juga sampah termasuk perabot lama seperti almari dan mesin basuh. Oleh itu, kami bercadang denda akan dinaikkan,” katanya. 

Salah kunci daaa....pelik tapi benar...

Salah kunci daaa....pelik tapi benar...

Salah kunci, itu alasan yang diberikan oleh polis atas kegagalannya membuka sebuah kondominium untuk pemeriksaan mahkamah sebagaimana yang dikehendaki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kondominium di Desa Damansara itu adalah penting untuk peguam Anwar membuktikan pertuduhan liwat terhadap beliau telah direka cipta sekali lagi dan tidak disokong dengan bukti.
Perbicaraan ditunda kepada Khamis dengan pendakwaraya menyoal pakar-pakar yang memeriksa pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendapati tidak ada bukti tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Hakim Mohamad Zabidin Md Diah, pasukan pendakwaraya dan pasukan peguam bela melawat kondominium ini diiringi oleh polis.
Namun mereka terkejut apabila dimaklumkan oleh pasukan polis bahawa mereka tersalah membawa kunci.
Pemeriksaan unit berkenaan adalah penting untuk membuktikan Anwar sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat di unit berkenaan ketika pengadu Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat di sebuah unit kondominium berasingan.
"Saya bagi tahu tadi bahawa dia salah kunci jadi mereka berikan polis kunci salah jadi kita tak dapat tempat yang dituju ujar Anwar.
" Kami tiba ke kondo awal tapi malangnya kunci kondo 52 yang dikatakan tempat mesyuarat itu tidak ada" ujar peguam Anwar, Sankara Nair.
Sankara juga memberitahu pemberita perbicaraan ditunda kepada Khamis.
Ini bagi membolehkan pakar perubatan dari Australia mengikuti keterangan daripada doktor yang memeriksa Saiful. Pakar berkenaan mendapati tidak ada tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat sebagaimana yang didakwanya.
Kehadiran pakar Australia akan membantu pasukan peguam Anwar untuk menelah keterangan yang bakal diberikan oleh pakar-pakar perubatan yang akan disoal oleh ketua pendakwaraya Yusuf Zainal Abidin.
"Esok tidak ada prosiding sebab kita buat persiapan untuk dan rancangan untuk mendengar bukti daripada pakar HKL pada hari khamis, dan lagipun pakar kami tak ada, dia akan sampai jam 7 pagi hari khamis” tambah Anwar lagi.

Alhamdulillah rakyat Malaysia selamat

Alhamdulillah rakyat Malaysia selamat


Semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman semalam.Beliau berkata, Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanahair. "Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Katanya, beberapa negara seperti Jordan dan Turki telah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu. "Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya," katanya.
Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di Turki telah meminta secara rasmi kepada kerajaan itu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.
Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah Satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan.
Beliau berkata, seorang lagi rakyat malaysia yang terlibat dalam kejadian itu ialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur.
Anifah turut mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.
Beliau juga memberitahu bahawa Wisma Putra masih sedang mengesan lokasi kesemua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu.
Menurutnya kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa manakala lima lagi kapal yang terlibat dalam misi itu berada di Ashdod.
Anifah berkata Wisma Putra telah mewujudkan satu bilik operasi yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan penahanan rakyat Malaysia itu. "Kita akan hubungi misi kita di Angkara dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa," katanya. Bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-88874570.
Ditanya tentang tiga kapal tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Anifah yang baru tiba dari Singapura selepas menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN-GCC berkata beliau dimaklumkan bahawa misi itu akan diteruskan ke perairan Gaza.
Katanya, wakil PGPO turut meminta agar negara-negara Aean-GCC menggesa Israel agar tidak menghalang perjalanan flotila bantuan itu.

* Alhamdulillah syukur rakyat Malaysia selamat, tetapi yang pasti 1 Dunia kutuk tentera Israel. Tetapi yang lebih penting 1 Malaysia 1 Israel yang bertapak di Malaysia wajib dinyahkan dari bumi Malaysia.

Anwar gagal lawat unit kondominium kedua


Hafiz Yatim
Jun 1, 10
4:27pm
Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan melawat lokasi 'kejadian' di sebuah unit kondominium Desa Damansara .
Anwar dan peguam utamanya, Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium itu pada jam 2.28 petang tanpa berhenti bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 50 minit kemudian mereka meninggalkan lokasi berkenaan dan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.
“Saya fikir permohonan kami jelas, kami ingin tinjau unit yang satu lagi,” katanya.
Pada jam 3.50 petang, Karpal dilihat memasuki kamar hakim dengan diikuti dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Karpal kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi pembela yang terdiri daripada pakar Australia akan tiba pada jam 7 pagi, Khamis ini.

"Kami mahu pakar-pakar itu ke mari bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga Khamis ini.

ROMBAKAN KABINET NAJIB

Rombakan kabinet, Tee Keat gugur...
Jun 1, 10 5:56pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.
Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.
Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.
Ja
watan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.
Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.
S
ementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat.
Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.
Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA yang baru, Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu.
Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.
P
erdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.
Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.
Berikut senarai rombakan berkenaan:

1) 
Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.
2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) 
Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) 
Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) 
Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) 
Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) 
Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) 
Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) 
Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) 
Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) 
Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) 
Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kickdefella menfitnah Tuan Guru - Big Sweeps halal di Kelantan

Kickdefella menfitnah Tuan Guru - Big Sweeps halal di Kelantan
Posted on Tuesday, June 01 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

PendapatOleh: laskarpelangi

"Saya ingin meminta kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan akan fitnah Kickdefella pada tulisan terbarunya di artikel - Judi: Siapa Untung Siapa Rugi. Yang jelas mengfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghalalkan loteri Big Sweeps beroperasi di Kelantan.

Kerana di dalam artikel tersebut menyebutkan,

"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam." - Kickdefella
Tulisan beliau seolah-olah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Big Sweeps ini berlaku. Padahal perkara tersebut adalah suatu fitnah yang nyata. Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah membenarkan Big Sweeps berlaku dan saya percaya ia beroperasi secara haram.

Jika beliau mengetahui operasi Big Sweeps ini maka beliau adalah bersama-sama mereka. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa samada BRI ataupun pihak polis kerana jelas, operasi itu adalah haram.

Dan satu lagi tuduhan fitnah beliau kepada Kerajaan Negeri Kelantan ialah,
"Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?"- 
Kickdefella

Ini adalah satu tuduhan fitnah yang tidak disertakan bukti yang nyata, jika benar tuduhan ini saya mencabar Kickdefella ataupun sesiapa sahaja yang bersama dengannya untuk membuktikan perkara ini.

Mengenai perihal arak yang dibangkitkan oleh 
Kickdefella, saya ingin memetik artikel yang ditulis oleh Mohd Termizi yang menjelaskan,
Kaedah dan peraturan penjualan arak

Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.

Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat.

Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.

Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam.

Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza.

Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah.

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.

Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.

Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.

Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.

Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.

Demo Anti Israel : Jom Bawa poster gambar Ariel Sharon yg dah lebih 4 thn nazak

Demo Anti Israel : Jom Bawa poster gambar Ariel Sharon yg dah lebih 4 thn nazak
Posted on Tuesday, June 01 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Info SemasaOleh: taliban08

"Mari kita tunjukkan pada dunia tentang kebesaran Allah SWT terhadap pembalasan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel melalui bukti keadaan bekas PM Israel yang sehingga hari ini hanya merupakan bangkai yang bernyawa. Beliau nazak sejak tahun 2006. Hanya dia sahaja yang dapat merasai seksanya azab yang Allah SWT berikan atas kezalimannya dahulu." 

Ajar Israel dgn perang

Ajar Israel dgn perang
Posted on Tuesday, June 01 @ 08:27:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

E-Mel Pembaca
Oleh Afrar Yunus
Israel tidak pernah kenal kedamaian dan kelembutan. Gesaan Turki agar tentera digunakan adalah sesuatu yang tepat.Inilah masa yang sesuai untuk mengubah kedudukan Israel dari peta dunia.

Bercakap, bermesyuarat, mengutuk dan menjadi pak turut negara-negara Arab, tidak lagi memberikan apa-apa faedah.Siapa yang perlu mengetuai bala tentera dari negara Islam ?

Gambar dari Jeddah ke Mekah 2010

Gambar dari Jeddah ke Mekah 2010
Posted on Tuesday, April 27 @ 01:49:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Luar NegaraOleh: blalang

"DUNIA MAKIN MENGHAMPIRI KIAMAT…INSAFLAH WAHAI MANUSIA SEKALIAN!!!!

Nampaknya benarlah kiamat itu semakin hampir, Nabi s.a.w. pernah bagi tahu yang petanda dunia hampir kiamat ialah tanah-tanah Arab yang asalnya gurun & padang pasir kering kontang, tiba-tiba ditumbuhi rumput & pohon-pohon yang subur. 

Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat

Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Gambar mekah jeddah 2010 @ isuhangat
Koleksi gambar penuh di www.isuhangat.net 

Israel jails 480 Gaza aid activists

Israel jails 480 Gaza aid activists
Posted on Tuesday, June 01 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Luar NegaraOleh: sportlight

"Israeli soldiers storm a ship as the navy intercepts Gaza Freedom Flotilla in the Mediterranean Sea.Israel has jailed 487 international activists captured during its deadly commando strike on a Gaza aid convoy, while 48 others are to be "expelled."

Those detained remain in custody at the southern Israeli prison of Ashdod, while the other 48 will be taken to Ben Gurion international airport to be sent back to their home countries, AFP quoted a report by Israel's public radio as saying on Tuesday.

The international activists were interrogated by Israeli police on Tuesday, a day after the Gaza-bound flotilla they traveling on was stormed by Israeli forces in international waters, 150km (90 miles) from Gaza.

The pre-dawn attack left up to 20 people killed, according to al-Aqsa TV channel, and some 50 others injured who are being treated in Israeli hospitals.

The fatal operation drew widespread condemnation from the international community and prompted countries around the world to summon Israeli ambassadors to ask for explanation.

The UN Security Council convened in an emergency session to discuss Israel's attack on the flotilla, with most members of the 15-nation body calling for a thorough investigation.

There were many Turks among the 700 activists accompanying the six-ship convoy. The international campaigners also included Israelis and Palestinians as well as Americans and many Europeans -- among them politicians, a Jewish Holocaust survivor and Swedish author.

Israel is holding the detainees under severe media censorship and actually cut off from the outside world, ensuring no contradiction of its version of Monday's events.

Tel Aviv insists that nine activists were killed in the naval attack on a Turkish cruise ship, which Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu justified as an act of "self-defense."

Gaza Freedom Flotilla was carrying more than 10,000 tons of humanitarian aid to break the years-long siege of the Gaza Strip, which has pushed the coastal sliver on the verge of starvation.

MRS/"
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails