WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 30, 2010

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
KEMPEN TAK NAK JUDI DITERUSKAN
30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431

Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group.


Dewan PEMUDA PAS (DPPP) tidak hairan dengan amukan Vincent Tan yang menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) kerana beliau adalah seorang yang terkenal sebagai Tauke Judi Negara. Judi adalah perniagaannya dan judi juga adalah kehidupannya.


Apa yang menghairankan DPPP ialah alasan Dato’ Seri Najib dalam jawab balas media ketika ditanya kenapa beliau menarik balik lesen judi tersebut . Dato’ Najib memberi beberapa alasan, antaranya ialah kerana mengambil kira faktor agama, pandangan rakyat dan kepentingan politik.


Secara positifnya saya bersyukur jika ia adalah alasan yang benar-benar melandasi tindakan beliau walau agak "ketinggalan keretapi" justeru agama bukanlah hari ini mengharamkan judi tetapi sejak ribuan tahun yang lalu. Sekurang-kurangnya UMNO kini mula mengambil kira soal agama setelah sekian lama agama sering dipinggiran sempadan parti UMNO, hanya diambil dan dibuang bila perlu.


Andai benar alasan-alasan itu mengasaskan tindakan UMNO kini, maka wajarlah UMNO dan BN merancang secara sistematik untuk menghapuskan semula segala maksiat dan mungkar yang telah didirikan sejak lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini. Sekurang-kurangnya untuk melihat 50 tahun akan datang, negara kita menjadi negara sifar maksiat dan mungkar yang dianjur dan diluluskan oleh kerajaan.


“Saya insaf, membasmi maksiat dan mungkar yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita hari ini perlukan masa dan tindakan terancang serta berkesan”. Persoalannya, apakah pelan tindakan untuk Amar makruf dan An Nahyu A'nil Mungkar ini dilaksanakan dalam kerajaan UMNO dan BN ?

Umum melihat hari ini, maksiat dan mungkar kian bertambah dan implikasinya juga semakin parah. Peningkatan indeks jenayah, seks bebas, gejala buang bayi dan keruntuhan moral dari kalangan remaja semakin tenat. Bagaimana tindakan kerajaan untuk menanganinya?


Lambakan filem yang tidak bermoral malah melepasi sistem tapisan filem di penyiaran negara, aktiviti hiburan melampau tanpa had dan batas, sistem pendidikan yang rapuh dan tidak melahirkan insan yang soleh serta iklim sosial yang tiada kawalan halal haram oleh pihak berkuasa terus menjadi baja yang menyuburkan pertumbuhan maksiat dan mungkar dalam negara ini.


Kerajaan boleh mulakan dari perkara yang telah menjadi persepakatan antara agama seperti pengharaman judi. Selain semua agama menolak judi, kesan langsung judi kepada sosial rakyat dan negara kita juga parah dan membimbangkan. Kerajaan tidak perlu teragak-agak untuk menghapuskannya sebagaimana nekadnya tindakan kerajaan membatalkan lesen judi sukan baru-baru dengan alasan mengambil kira faktor agama. Tiada beza hukum agama pada judi suka dan judi mesin slot serta judi lumba kuda dan lainnya.


DPPP menyokong tindakan Gerakan Membantah Judi (GMJ) yang dianggotai oleh 60 NGO untuk meneruskan Himpunan 3 Julai 2010 biarpun kerajaan UMNO dan BN membatalkan lesen judi sukan tempohari sebagai untuk mengekalkan momentum kesedaran rakyat menolak semua jenis judi.


Himpunan 3 Julai ini bukan lagi demonstrasi atau perarakan menuju istana negara tetapi Himpunan Tak Nak Judi di Masjid Negara bagi mendengar ucapan, taklimat dan penjelasan para pemimpin ngo dari GMJ termasuk pemimpin parti politik yang menolak semua jenis judi. Sebagai contoh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen adalah antara tokoh-tokoh yang membantah semua jenis judi dari terus diberi ruang bebas beroperasi dalam negara kita.


Semasa muktamar PAS ke 56 berlangsung dulu, UMNO kecoh kata PAS hanya haramkan judi sukan lalu menuduh PAS sebagai hipokrit. Hari ini kita buktikan, bahawa PAS tidak hipokrit dan bukan sebagaimana yang didakwa, sebaliknya kita mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus berjuang membasmi semua jenis judi maksiat dan mungkar. Justeru itu, sekali lagi DPPP menyatakan sokongan kepada hasrat GMJ untuk meneruskan himpunan 3 Julai dengan menukar format menjadi Himpunan Tak Nak Judi.

Hj Nasrudin Hassan At-Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

BERJAYA perlu mencari pelaburan alternatif

KENYATAAN MEDIA GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH JUDI (GMJ)
BERJAYA  PERLU  MENCARI  PELABURAN  ALTENATIF
RABU  30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431

Saya ingin merujuk kepada kenyatan Tan Sri Vincent Tan yang melihat Pakatan Rakyat (PR) dan bookie haram menjadi punca kenapa Kerajaan Malaysia menarik balik kebenaran syarikatnya Ascot Sport menjalankan perniagaan judi sukan. Kewujudan bookie haram dalam negara adalah berpunca daripada penguatkuasaan yang lemah dan permintaan judi yang memberangsangkan. Permintaan yang tinggi terhadap judi adalah datangnya daripada rangsangan syarikat-syarikat judi itu sendiri. Syarikat judi yang diberi lesen oleh kerajaanlah yang telah memberi peluang kepada rakyat berjudi dan menyebabkan mereka ketagih judi. Jika negara ini bersih daripada judi, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan rakyat terdidik membenci judi maka tiadalah permintaan terhadap judi seterusnya bookie haram tidak akan wujud dalam negara. Ini bermaksud salah satu punca kehadiran bookie haram itu sendiri berpunca daripada aktiviti judi yang dihalalkan oleh kerajaan. Oleh kerana Syarikat Berjaya mempunyai pelaburan judi yang besar maka tuduhan Tan Sri Vincent Tan itu bagaikan meludah ke langit.


Tan Sri Vincent Tan harus melihat kehendak rakyat khususnya anak muda Malaysia sudah berubah sekarang. Mereka mahu melihat negara ini bebas daripada nilai-nilai yang tidak sihat. Anak Muda Malaysia menolak rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, perjudian dan lain-lain lagi. Oleh itu pelaburan Syarikat Berjaya dalam perjudian sudah tidak sesuai  di Malaysia pada masa kini dan akan datang. Tan Sri Vincent Tan  perlu mencari pelaburan lain di negara ini yang boleh memacu negara ini menjadi sebuah negara yang maju, aman dan damai.


Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan meneruskan kempen tahap kedua iaitu Kempen Tak Nak Judi ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan:

1.    Mendidik masyarakat membenci judi

2.    Meperketatkan Penguatkuasaan Undang-undang judi

3.    Mengurangkan lesen judi.


Kempen Tak Nak Judi akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010  pukul 2.00  petang di Masjid Negara. Semua rakyat Malaysia yang mahu melihat negara ini bebas daripada judi dijemput hadir.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

10 TIP BAGI MENARIK PENGUNDI KE PAKATAN

10 TIP BAGI MENARIK PENGUNDI PILIH  PAKATAN
1. Pendidikan Percuma untuk semua (sekolah asas dan menengah)
2. Tol yang murah buat rakyat semua
3. Broadband yang kompetitif dan murah
4. Mahkamah yang bebas lagi telus (buka siasatan semua kes meragukan)
5. Laporan audit negara perlu  bertindak terhadap yang salah
6. Biasiswa untuk semua Bumiputera
7. Pinjaman dermasiswa buat rakyat Malaysia
8. Akhbar yang bebas dan adil
9. Perubatan percuma untuk semua
10. Letakkan SPRM dibawah parlimen, siasat kekayaan semua menteri yang terlibat dengan kekayaan melampau. 

Hutang negara RM377 billion. Anjing berjoli sakan

Hutang negara mencecah jumlah RM377 billion tetapi lanun-lanun kuasa di Perak masih bermaharajalela berjoli dengan wang titik peluh rakyat. Apa kita nak gelarkan manusia-manusia ni? ... Anjing atau babi?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.


“Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur,” kata Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak sidang media di Taiping, semalam.

Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, Nga berkata 40 peratus daripada keluarga rakyat di negara ini, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.
Kerajaan Rakyat

Tiru macam Turki

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang hari ini dipetik sebagai berkata, negaranya menutup ruang angkasa kepada pesawat tertentu Israel berikutan serangan maut rejim itu terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza. Menurut agensi berita Anatolia, pemimpin itu memberitahu pemberita di Toronto bahawa Turki menguatkuasakan larangan tersebut selepas Israel menyerang sebuah daripada flotila yang mengikuti misi kemanusiaan antarabangsa pada 31 Mei lalu.


Perdana Menteri itu yang kini berada di Kanada bagi menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20), bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. Semalam, akhbar Israel Yediot Ahronot melaporkan, Turki tidak membenarkan sebuah pesawat bersama pegawai tentera rejim itu yang menuju tapak peringatan di Auschwitz, Poland daripada melalui ruang angkasanya.

Akhbar itu menyebut, pesawat berkenaan yang membawa lebih 100 pegawai bertugas bertauliah dan tidak bertauliah, terpaksa melencongkan penerbangan mereka.Menurut akhbar itu, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang reaksi berhubung kejadian tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi perselisihan yang berlaku.

Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Israel turut memanggil pulang dutanya di Israel selain membatalkan latihan ketenteraan dengan negara berkenaan.
Inilah tindakan yang sebenarnya. Bukan hanya sekadar mengutuk yang tidak member apa-apa kesan terhadap Israel. Itulah yang menyebabkan Israel semakin sombong dan bongkak. Tetapi jika semua Negara OIC khususnya Negara-negara Arab mengambil tindakan yang sama terhadap Israel nescaya ia cukup member kesan. Semua duta Negara-negara yang diiktiraf hendaklah dipanggil balik dan semua pakat menutup ruang udara dari diguna oleh Israel. Tetapi berapa kerat yang berani. Kebanyakannya sudah ditambat muncung masing-masing oleh Amerika dan Israel untuk menyokong apa-apa saje resolusi yang menguntungkan Israel dan membantah segala usaha yang akan menyusahkan Israel.

Yang pelik, semua Negara sempadan adalah Negara Arab tetapi merekalah juga yang berkompromi untuk memberi tekanan dan sekatan terhadap Hamas dan Gaza. Termasuk juga Mahmoud Abbas sendiri tidak bersetuju ditarik balik sekatan terhadap Gaza dengan alasan 
rakyat Palestine di Gaza tidak member sokongan kepada PLO tetapi menyokong Hamas. Inilah feel perangai golongan nasionalis. Merekalah menjadi musuh kepada pejuang Islam di bumi mereka sendiri.

Sama juga dengan para nasionalis di Malaysia ini. Cadangan supaya menghentikan lantikan penasihat syarikat Yahudi APCO yang membuat bayaran sebanyak 77juta dari duit pembayar cukai, tidak dipedulikan. Desakan supaya tidak membenarkan kapal-kapal yahudi berlabuh di perairan dan pelabuhan Malaysia tidak dipedulikan juga apatah lagi agar larangan terhadap semua barangan dan perdagangan dengan Yahudi diberhentikan, pun tidak diambil kisah oleh pemerintah di Malaysia

Pemuda Umno Perak Tidak Berwibawa

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan amat lucu dengan kenyataan yang dibuat  oleh Maslin Sham Razman sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dengan menuduh Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bertanggungjawab atas segala kekecohan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta menuduh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup berbuat apa saja untuk menjadi Menteri Besar sehigga menjadi budak suruhan Ngeh, Nga dan DAP tanpa sebarang bukti. 


Kenyataan ini langsung tidak menunjukkan kematangannya sebagai pimpinan muda malah terlalu takut berdepan  dengan mana-mana pihak untuk berhujah serta mengemukakan bukti jika mereka merasakan bahawa mereka berada di tempat yang benar. Maslin yang hanya berani menggunakan ruangan media semata-mata tidak langsung membuktikan beliau seorang yang berani berdepan dengan musuh politiknya sama sekali. Malah kenyataan-kenyataan nya di dalam akhbar media bercetak, media elektronik dan juga media massa yang hanya menunjukkan keberanian kepimpinannya dan bukan secara berdepan.
 
Ini ditambah dengan ketidakmampuannya menjadi ketua yang boleh di lihat beberapa Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian. Seperti di Bahagian Bagan Datoh tempohari yang dirasmikan oleh Khairy Jamaludin yang mana beliau tidak hadir bersama. Berlaku juga di Bahagian Taiping pada 26 Jun baru-baru ini yang hanya dirasmikan oleh orang luar dari Umno iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia. Perkara di atas terbukti bahawa kepimpinan Maslin bersama Ketuanya iaitu Khairy tidak berwibawa. Dengan ini, DPPN Pk sekali lagi mencabar Maslin untuk berdebat  secara terbuka dalam apa isu terutama isu berkaitan kekecohan sidang DUN dan isu boneka yang diutarakan Maslin.
Oleh yang demikian, rakyat akan dapat membuat penilaian dengan adil antara kebenaran dan kebatilan. Kebatilan akan menyebelahi mereka yang hanya berani bercakap dari jauh tanpa bukti tetapi tidak berani berdepan untuk berhujah dengan mengemukakan bukti. Ketidak matangan dan ketidak mempuan Pemuda Umno Perak ini bukti bahawa Umno Perak sudah tidak mampu membela rakyat seluruh bangsa yang ada.
 
MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Apa Nak Malunya, Mat Said..? Duit dah Tak Ada Dah Kot.. Itu Pasai Lambat Nak Repair Tuu..!!



Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said merasa malu terhadap runtuhan stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih belum dibersihkan. Pemandangan itu mungkin memedihkan mata beliau sebagai Menteri Besar. Bumbung stadium itu runtuh sejak lebih setahun lalu disebabkan berlaku rasuah dalam pembinaannya tetapi tidak dibersihkan hingga ke hari ini.

Katanya dia telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membersih dan membaikinya. JKR sudah pun memalumkan tander telah dibuka dan sudah pun ada 40 orang kontraktor. Lantaran itu Mat Said mahu ianya dibersih dan dibaiki secepat mungkin.

Apa yang diperkatakan oleh Mat Said itu, itulah hasrat sebagai seorang Menteri Besar. Apa juga yang berlaku di dalam negerinya dia kena bertanggungjawab. Sudah tentulah kalau pemandangan stadium itu menyerabutkan mata, ia juga turut menyarbutkan otak dan kepala Mat Said. Kalau kepala serabut bagaimana beliau hendak bekerja dengan tenang dan baik.

Bagaimana pun sebelum Mat Said mengeluh beliau hendaklah menyedari hakikat yang berlaku hari ini. Mat Said kena sedar bahawa keadaan negara kita hari ini yang dalam ketiadaan wang. Bukan saja mengenai stadium berkenaan yang masih belum diperbaiki, tetapi perkara lain juga menghadapi masalah sama.

Apakah Mat Said tahu bahawa banyak kontraktor yang telah menyiapkan kerja tetapi tidak dibayar. Tempohnya bukan sehari dua tetapi sudah lebih tiga tahun. Bayangkan kalau projek bernilai RM30 juta pun kerajaan lambat membayarnya macam mana dengan projek baru yang ditander. Tander boleh dikeluarkan seberapa banyak tetapi kalau wang tak ada ia tak jalan juga.

Para menteri pula siang malam bercakap soal projek arah itu arah ini, cadang itu cadang ini tetapi dia tidak fikir mengenai wang. Yang pening mencari wang dan mengagihkan wang ialah pegawai kerajaan. Sesekali Mat Said harus berdialog dengan pegawai-pegawai kewangan negeri, tanya sumber kewangan dan macam mana kedudukan kewangan.

Hakikat yang berlaku hari ini keadaan ekonomi kita pulih, pelabur banyak berminat hanya tembereng saja hakikatnya tak ada pun. Najib Razak sudah berbueh mulut mengumumkan mengenai peningkatan kadar ekonomi negara, setiap tiga bulan sekali beliau umumkkan... tetapi setakat umumkan saja, hakikatnya tidak pun bertambah. Kurang mungkin ada.

Sekali ekonomi negara melonjak 1% kemudian 1.5% kemudian sudah mencecahkan ke 5% atau angka-angka yang diluar dugaan kononnya. Pengumuman dan kenyataan itu hanya ilusi saja dari pemimpin yang berangan-angan untuk memulihkan ekonomi.

Mat Said harus faham ini dan jangan malu dengan keadaan yang ada. Apa yang penting Mat Said kena jaga rakyat Terengganu jangan lapar sudahlah. Pastikan perut orang Terengganu semuanya dalam keadaan kekenyangan. Tidak dapat main bola, main hoki, main tenis, berlumba lari tak mengapa asalkan perut senantiasa kenyang.

Bukan Mat Said sorang merasa malu dengan keadaan yang berlaku, tetapi menteri besar lain juga merasa hal yang sama. Perdana Menteri juga mungkin malu cuma 'gensi' (agah) untuk mengakui akan kelemahannya. Tetapi selama mana beliau dapat bertahan dengan ilusi demikian? Kita tunggulah.... pengakhirannya kelak.

KACAU CERAMAH PR : ALI RUSTAM JATUHKAN MARTABAT SENDIRI DAN KEBUDAK-BUDAKKAN





30 June 2010 · 
Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam jelas tidak belajar dari kesilapan lalu apabila mengulangi perangai lamanya mengacau ceramah PAS. Malam tadi, beliau dan kuncu-kuncu mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS di perkarangan Pejabat PAS Bukit Baru Dalam. Perangai busuk ini pernah mereka lakukan semasa menjelangnya Pilihanraya Umum 2004 sehingga ceramah Tuan Guru Presiden PAS dikacau oleh Ali RUstam di Hamas, Jasin.

Ceramah PAS yang diaturkan sejak beberapa minggu lepas pada mulanya dikacau dengan tayangan slide perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Jepun dan Paraguay. Mereka sengaja membesarkan ‘suara’ siaran langsung tersebut sehingga membingitkan telinga para hadirin yang mendengar ceramah.

Difahamkan program siaran langsung perlawanan bolasepak dan ceramah Umno/BN itu dianjurkan secara ad-hoc semata-mata untuk menganggu ceramah PAS.
Tidak lama kemudian mereka menutup siaran langsung tersebut dan mula mengadakan ceramah bagi menganggu ceramah PAS.

Penceramah pertama di pihak PAS ialah ADUN DAP Ayer Keroh iaitu YB Khoo Poay Tiong. Manakala penceramah mereka ialah Gan Tian Loo, Pengerusi MCA Melaka.
Dalam ceramahnya Khoo mencabar penceramah Umno supaya tampil untuk berdebat dengannnya di hadapan rakyat bagi menjelas pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Selepas itu Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub menyampaikan ceramah beliau. Ketika ini Ketua Menteri Ali Rustam mula berceramah.
Suasana menjadi semangat panas apabila Mustafa membangkitkan isu siapa sebenarnya pengkhianat Melayu samada PR atau BN.

“Pengkhianat Melayu bukannya PKR, PAS hatta DAP tetapi Umno/BN lah pengkhianat sebenar”.

“Siapa yang menghancurkan Bahasa Melayu dengan dasar PPSMI, siapa yang mempermainkan agama dengan menghalalkan judi bola, siapa yang menggadaikan tanah KTM kepada Singapura”soal Mustafa.
Seterusnya YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mengambil gilirannya sebagai penceramah terakhir PAS sementara Ali Rustam meneruskan ceramah beliau.
Salahuddin memulakan ceramahnya dengan mengungkit cerita rasuah yang melibatkan Ali Rustam.
“Semua orang tahu bahawa Ketua Menteri tuan-tuan telah disabitkan kesalahan rasuah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan yang lalu”.

“Ali Rustam menggunakan duit untuk merasuah perwakilan bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden, semua orang tahu” tegas Salahuddin.
Beliau turut membangkitkan pengkhianatan Najib dan kerajaan BN yang membelanjakan RM77 juta yang dibayarkan kepada Syarikat Yahudi APCO semata-mata untuk menaikkan imej Najib dan BN

“Wang sebanyak itu digunakan sebagai bayaran untuk Najib bagi mengajarnya cara-cara memilih baju untuk dipakai, tali leher warna apa untuk dipakai, cara senyum dan sebagainya”

“Kami Ahli-ahli Parlimen PR dan rakyat tidak akan menghalalkan wang kami satu sen pun untuk dibayar kepada APCO’ ujar Salahuddin.

Salahuddin juga turut mengajak rakyat mengutuk sikap kerajaan BN yang sanggup menggadaikan kepentingan dengan Negara dengan menyerahkan tanah KTM kepada Singapura dan lubuk minyak Blok L dan M kepada Berunai.

“Otak pemimpin BN macam bola cantik diluar kosong di dalam sebab itu mereka sanggup menggadaikan kepentingan dan kedaulatan Negara kepada negara luar”.
“Sama juga dengan otak Ketua Menteri tuan-tuan macam otak bola, kita ceramah dia ganggu” tambah Salahuddin.

Beliau mengajak Ali Rustam supaya berdebat dengannya secara ‘live’ dan disiarkan di dalam Televisyen bukannya bercakap dari jauh.

Ternyata perangai Ali Rustam dan kuncu-kuncunya ini benar-benar menjatuhkan martabat beliau dan tidak langsung melambangkan sikap matang dan professional seorang Ketua Menteri.

Malah dalam ceramahnya itu beliau sering bertanya kepada hadirin, apa yang diperkatakan oleh penceramah Pakatan Rakyat.

“Apa dia cakap, apa dia cakap” itulah yang sering diulangi oleh Ali dalam ceramahnya.
Salahuddin juga mempersoalkan kredibiliti Ketua Menteri kerana sering tergelak dan berceramah umpama seorang yang tidak waras dengan merapu.
“Macam ini ke seorang pemimpin dan Ketua Menteri, cakap sikit gelak cakap sikit gelak” soal Salahuddin.

Rata-rata orang ramai yang hadir pada ceramah malam tadi mengeleng-ngelengkan kepala dengan sikap kebudak-budakan Ketua Menteri dan Umno yang menjatuhkan martabatnya sendiri dengan menganggu ceramah PAS dan PR.

“Tak layak langsung jadi Ketua Menteri, macam budak-budak’ ujar Latip dari Bukit Baru.

“Umno dah menggelupur dan takut bayang-bayang sendiri, Ketua Menteri pun dah jadi budak-budak” kata Zizan dari Bachang.

Meluat tak apa lagi,tapi kalau dah benci??!!




Terkejut bila dapat cerita dari gurkah-gurkah politik di'port' yang turun mendengar luahan hati dan perasaan tidak puas hati rakyat di Speaker's Square, di Padang Kota Lama ahad lepas.


Percubaan dua wakil dari Parti Gerakan yang ingin mencuba menggunakan platfom speaker's square ini untuk bercakap pada hari itu telah mendatangkan padah. Memandangkan pendengar dan penonton yang selalu ada disana pada tiap hari ahad petang dan rabu petang itu terdiri dari berbagai bangsa, maka dua orang dari Parti Gerakan ini telah bercakap secara serentak dengan dwi bahasa. Seorang bercakap dalam bahasa inggeris kemudian akan di-terjemahkan pula oleh seorang lagi dalam bahasa melayu.


Selalunya pendengar dan 'spectators' ini cukup sporting bila mendengar siapa saja bercakap dengan memberi semangat dan bertepuk tangan. Tetapi lain pula ceritanya bila dua orang mangkuk ini berucap yang mana intipati mereka lebih banyak mengutuk dan meng'kondem' Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan Rakyat dengan mengapi-apikan perasaan penonton ini bila mereka berkata yang pentadbiran Guan Eng tidak adil dimana dia hanya menjaga lebih banyak kaum melayu dari kaum cina dengan memperuntukan 25 juta ringgit kepada kaum bumiputra pulau pinang manakala bukan bumiputa hanya mendapat 8 juta ringgit kedalam tabung kebajikan. Akibat tak tahan dengan sikap mereka berdua ini maka penonton-penonton yang petang itu banyak terdiri dari orang-orang cina pun mula menjerit-jerit dalam bahasa hokkien dengan berkata "tipu .. tipu, bohong .. bohong..!", ada yang menjerit "woi...sudah laa..!", ada juga yang kata "woi..diam laa.. sudah, kami tak mau dengar lagi!" dan macam-macam lagi perkataan-perkataan yang keluar,"tak ada otak punya orang, tak ada guna", "pergi mati laa.."


Akhirnya setelah sudah tidak tahan dengan sambutan yang di-terima mereka berdua pun menamatkan ucapan mereka dan berlalu pergi, dan semasa berjalan meninggalkan Speaker's Square mereka berdua ini telah di boo dan diejek


Selepas gurkah-gurkah politik di'port' melihat suasana petang itu dengan percubaan wakil dari parti Gerakan ini, maka anda fikir lah sendiri bagaimana kepala otak orang cina di-Penang berfikir bila orang cina Gerakan ini cuba api-apikan orang-orang cina yang lain tentang bangsa melayu, mereka sendiri yang kena gasak, kena maki

Tuesday, June 29, 2010

OH! Politik::Ludah NAJIB sudah Jatuh kemukanya, inilah akibat menipu orang

USTAZ ABDUL WAHAB ABDULLAH, SEORANG USTAZ YANG HADIR DALAM MAJLIS PENYERTAAN 40 ULAMA MUDA KEDALAM UMNO TAMPIL MEMBUAT PENAFIAN BERHUBUNG PENYERTAANNYA KEDALAM UMNO DALAM SIDANG MEDIA KHAS YANG DI ADAKAN DI MADRASAH DINIAH ISLAMIAH (MADI), SEMALAM.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.
Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahamanWahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.
Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.
“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.
Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis

PANAS: Lagi ulamak nafi sertai Umno, dakwa muslihat pihak tertentu!




Abdul Wahab Nafi Sertai UMNO

Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.

Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.


“Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.

“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.


Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.

Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.

Malaysia Beli Torpedo Lebih Mahal Dari Harga Pasaran?



Dewan Rakyat digesa memanggil usul tergempar membincangkan perolehan dua jenis persenjataan kapal selam Scorpene milik Malaysia.
Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark.
Dengan merujuk kepada pembayaran yang dibuat kerajaan Pakistan dan Portugal, Tian berkata Malaysia membayar 20 peratus lebih tinggi dari harga pasaran.
Tian menjelaskan Islamabad sekadar membayar 3.07 juta Euro untuk setiap unit peluru berpandu Exocet manakala Portugal memperoleh torpedo Black Shark pada harga 2 juta Euro seunit.
Congakan menunjukkan harga pasaran bagi kedua-dua jenis senjata ini mencecah 182.8 juta Euro, tetapi Kuala Lumpur membeli pada harga 219.265 juta Euro, iaitu 36.465 juta Euro lebih tinggi dari harga pasaran.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0sEjlVN6K

Kerugian RM546 Juta: Bekas Pengerusi Pos Malaysia Jumpa PAC Esok


KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Pos Malaysia Bhd Tan Sri Adam Kadir dijadual memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) esok berkaitan dakwaan beliau yang syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata jawatankuasa itu ingin tahu apakah sebenarnya yang didakwa oleh Adam mengenai kerugian yang dihadapi oleh Pos Malaysia.
Pada 2 Mei lepas, Adam menulis dalam akhbar Sunday Star bahawa Khazanah Nasional Berhad, selaku pemegang saham utama Pos Malaysia, tidak memberikan gambaran sebenar tentang kerugian syarikat itu.
Mengenai isu Sime Darby pula, Azmi berkata pihak pengurusan syarikat itu meminta PAC untuk menangguhkan dahulu sesi penjelasan ke Ogos ini.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya.

Shahidan Nafi Perdaya Ulama Masuk Umno


BUTTERWORTH: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang "ulama" untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka.
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno", katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.
"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur," kata beliau.
Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai Umno.
Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai Umno.
Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama" itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu. 

Adun Johor Jaya Halang Cubaan Bunuh Diri


JOHOR BARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya Tan Cher Puk berjaya menghalang niat seorang lelaki untuk terjun dari sebuah bangunan bank empat tingkat di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, hari ini.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Yeo Nam Soon, 37, cuba membunuh diri selepas gagal menyelesaikan pertikaian dengan bank berhubung rumahnya pada kira-kira pukul 10 pagi.
Yeo menjerit dalam bahasa Mandarin kepada mereka yang lalu lalang bahawa rumahnya di Taman Tan Sri Yaakob, Skudai yang dibeli dengan harga RM75,000 pada 1990, telah dilelong oleh bank tanpa pengetahuannya.
Katanya beliau telah menemui pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu selain bertemu ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hou. Bagaimanapun tiada siapa dapat membantunya.
Tan yang lebih dikenali sebagai Don Puk oleh media di sini kerana penyertaannya dalam perang mafia di dalam laman Facebook, tiba di tempatkejadian 40 minit selepas Yeo memanjat belebas bangunan itu.
Beliau menghubungi Yeo melalui telefon bimbitnya dan memujuk dia untuk turun dan berjanji akan membantu mencari jalan menyelesaikan masalah itu.
“Yeo bagi tahu saya dia perlu bantuan untuk menjelaskan perkara itu dengan Bank Negara,” katanya kepada pemberita kemudian.
Tan memberitahu Yeo bahawa beliau dapat mengatur pertemuan dengan bank berhubung perkara itu tetapi hanya selepas Yeo turun.
Katanya beliau lega kerana dapat menyelamatkan Yeo kerana percaya sebarang masalah dapat diselesaikan.
Adalah difahamkan bank itu telah mengirim sepucuk surat kepada Yeo berhubung lelongan itu beberapa bulan sebelum ini tetapi ia tidak sampai ke tangan lelaki itu dan dikembalikan kepada bank.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada bank berhubung perkara itu.
Adalah dipercayai Yeo kemudian dibawa ke balai polis Permas Jaya

Remaja Perempuan Ditahan Dipercayai Buang Bayi Di Rawang


RAWANG: Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun kerana disyaki membuang seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Abdullah berkata remaja itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran kawasan itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih bertali pusat itu.
"Ketika kejadian, penghuni rumah itu yang merupakan seorang suri rumah, sedang sibuk membersihkan rumahnya. Tiba-tiba, dia terdengar bayi menangis lalu terus ke bahagian belakang rumahnya dan ternampak seorang bayi yang dibalut dengan kain," katanya dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata selepas menerima panggilan daripada suri rumah itu, polis segera ke tempat kejadian.
"Hasil maklumat orang awam, kita menahan seorang remaja perempuan dan daripada siasatan ke atasnya, polis menemui uri bayi berhampiran lokasi bayi itu dijumpai," katanya.
Abdul Rahim berkata remaja itu, yang menumpang di rumah ibu saudaranya, dan bayi itu dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
"Sekarang ini, suspek masih dalam proses rawatan. Selepas itu, kita akan tahan suspek untuk bantu siasatan kes itu," katanya.
Remaja itu akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali

Anwar nafi Zaid 'anak emas'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diberi keistimewaan ataupun 'anak emas' di dalam parti itu.

Dakwaan itu timbul berikutan perlantikan Zaid yang tewas pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang lalu dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan pada permukiman parti itu di Shah Alam, Ahad lalu.
"Nurul Izzah adalah pewaris saya,” gurau ketua pembangkang itu, merujuk kepada anak sulungnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Sebaliknya, menurut Anwar, perlantikan Zaid itu hanya sebagai memberi peranan khusus kepada tokoh-tokoh dalam PKR yang belum mempunyai tugas yang khusus.

"Ini isu Parti Keadilan Rakyat. Ada tokoh-tokoh yang belum ada tugas khusus kita bagi tugas.

"Ada yang jaga Pulau Pinang, ada yang jaga Wilayah, ada yang jaga Selangor. Tidak ada kaitan pun dengan apa-apa selain itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
Anwar bagaimanapun diasak dengan soalan wartawan yang ingin tahu mengapa ada ahli yang lebih lama dalam PKR berbanding Zaid, namun tidak mendapat 'keistimewaan' sama.

Namun soalan itu ditepis apabila Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mencelah dengan melemparkan perumpamaan berikut kepada wartawan.

"Ketua Pemuda Umno pun tidak ada dalam kabinet," jelasnya sambil disambut gelak ketawa pihak media.

Hadir sama pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.

Majlis pemukiman PKR hujung minggu lalu melantik Zaid sebagai pengerusi PKR Wilayah, manakala menggantikan Azmin Ali yang mengambil alih tugas Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor.

'Orang Islam perlu ambil iktibar kisah Natrah'

Penulis Buku Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata - Datin Seri Fatini Yaacob hari ini menyuarakan kebimbangannya mengenai pepecahan umat Islam yang dianggapnya masalah paling besar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada masa ini, tegasnya, orang Melayu berpecah dari segi politik kepada tiga parti besar iaitu Umno, PKR dan PAS.

"Sekiranya tidak ada strategi politik yang berpandangan jauh untuk survival Islam, kuasa politik bakal berpindah hak milik kepada pihak lain dan kedudukan Islam akan semakin teruk terpinggir," katanya yang juga karyawan tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau menegaskan demikian ewaktu membentangkan kertas kerja dalam muzakaran pakar "Selepas 60 tahun kes Natrah: Di Mana Kita?" di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pagi tadi.

Fatini membukukan kisah perjuangan perebutan Natrah antara keluarga angkatnya dengan ibu bapa kandungnya di mahkamah di Singapura sehingga mencetuskan rusuhan pada tahun 1950 - 1960an.

Buku tersebut adalah berasal daripada tulisannya yang disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat pada 1989 yang mengisahkan kisah percintaan antara Natrah dan suaminya Mansor Adabi.
Selain Fatini, turut membentang kertas kerja di muzakarah itu hari ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Datuk Ibrahim Lembut yang mengupas tajuk tersebut dari perspektif undang-undang Islam.

Manakala Fellow Amat Kehormat Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Muhammad Uthman El-Muhammady (
atas, kiri) mengupas dari perspektif pendidikan.

Fatini yang mengupas tajuk itu persepektif sosial mendakwa penganut Islam dilihat lemah selepas pilihan raya umum ke-12, maka kerana itu berlaku provokasi bertubi-tubi terhadap umat Islam.

"Kita pernah mendapat kekuatan dua pertiga majoriti, namun sayangnya kita tidak pernah cuba mengambil kesempatan memartabatkan kedudukan Islam. Pilihan raya umum lalu telah mencabar kedudukan kuasa kita," katanya.
Dalam perbentangan itu juga, Fatini (kanan) yang juga bekas seorang wartawan, turut berasa hairan mengapa sejarah dan tragedi rusuhan dalam peristiwa Natrah yang dianggapnya "sejarah besar" tidak diuar-uarkan dengan meluas.

Beliau menyifatkan pembelaan umat Islam terhadap Natrah itu sebagai satu "kebangkitan Islam" di Tanah Melayu pada waktu tersebut.

"Banyak orang dalam rusuhan tersebut kira-kira 3,000 orang berkumpul dalam masa sebelas hari. Dan ada (di kalangan mereka) yang disekat di Tambak Johor. Ada yang datang ke sana mengayuh basikal dari Kelantan dan Terengganu.

"Tetapi kenapa tidak ada sejarah besar (ini) dalam sejarah Malaysia... Saya tidak ada kepentingan individu ataupun obses kerana sebab saya mengkaji sejarah. Tapi ini adalah kebenaran sejarah," katanya.
Menurutnya lagi, maklum balas daripada orang ramai yang ditemuinya turut mengingati peristiwa tersebut sebagai sebagai 'sebuah sejarah yang tragis".

"Ia tidak pernah padam dalam ingatan kita kerana ia diperkatakan dari mulut ke mulut. Ini kerana isu ini tidak ada orang menulisnya," katanya.

Sehubungan itu, Fatini berharap agar umat Islam mengambil iktibar dari peristiwa Natrah itu.

Sementara itu, Muhammad Uthman pula menjelaskan selepas 60 tahun kes Natrah berlalu, negara merdeka dan orang Islam meneraju negera mereka sendiri tetapi banyak masalah yang dihadapi.

"Bagaimanapun kemerdekaan itu diganggu oleh unsur-unsur pemikiran yang masih terbelenggu dengan sikap yang timbul akibat penjajahan itu; erti kesan penjajahan mental dan jiwa masih ada di kalangan setengah Muslimin.

"Ramai orang Islam mencapai pendidikan tinggi dan mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan syariat serta cawangan-cawangan ilmu rasional yang diperlukan sehingga ke tahap PhD dan yang setara dengannya atau boleh jadi melebihinya,"katanya.

Pakatan lantik penasihat undang-undang sendiri

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada sid

ang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan 'kecuaian' oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.
"Kita akan mencadangkan negeri-negeri Pakatan supaya melantik sendiri peguam mereka sebagai penasihat undang-undang,” kata Anwar.

"Ini kerana pejabat peguam negara tidak berkecuali. Mereka mewakili kepentingan kerajaan Umno-BN. Ini menyebabkan banyak masalah kepada pentadbiran negeri-negeri, sebagai contoh di Kelantan seperti yang dijelaskan oleh exconya hari ini,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak mengulas lanjut masalah yang dihadapi di Kelantan itu.
Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

Mengulas laporan Berita Harian semalam yang memetik kenyataan Pemuda Umno bahawa nisbah kaum Melayu yang mendaftar sebagai pengundi berbanding Cina adalah 40:1, Anwar berkata, Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) seharusnya mengeluarkan angka tepat dan tidak menimbulkan rasa takut di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, dalam keghairahan SPR menyokong kenyataan Pemuda Umno, SPR seakan-akan lupa bahawa laporan sebegini hanya memperlihatkan kegagalan badan itu dalam menarik minat rakyat yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi.
"Ini memperlihatkan kegagalan SPR dalam menjalankan tugas mereka dengan berkesan," kata Anwar.

Anwar sebulat suara menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan SPR supaya melaksanakan daftar pengundi secara automatik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mencabar SPR untuk memberikan angka yang sebenar bagi membuktikan apa yang diperkatakan Umno adalah benar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails