DAFTAR PERTANGINGAN WEB DAN BLOG PAS
Sebelum 31hb Ogos, 2010
Sebelum 31hb Ogos, 2010
Parti Islam Malaysia (PAS) sekali lagi mengadakan pertandingan laman web PAS dan Blog Pimpinan PAS sempena dengan sambutan 10 tahun penubuhan Jabatan IT PAS (JITP) pada tahun ini. Beberapa kategori laman web telah dipertandingkan iaitu laman-laman web peringkat kawasan-kawasan, peringkat dewan-dewan dan juga peringkat badan-badan perhubungan negeri-negeri serta blog-blog pimpinan-pimpinan PAS.
PAS pernah mengadakan pertandingan laman web ini pada tahun 2001 iaitu sempena dengan sambutan Jublee Emas PAS dan sambutan kepada penubuhan Jabatan IT PAS Pusat (JITP). Mengikut rekod, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah memenangi pertandingan laman web kategori negeri dan dewan pada pertandingan pertama akali diadakan pada tahun 2001.
Manakala pertandingan laman web peringkat kawasan pula dimenangi oleh PAS Kawasan parit Buntar dan tempat kedua pula dimenangi oleh PAS kawasan Serdang. Sementara IT Selangor pula menjadi johan pasukan IT terbaik yang memenuhi kreteria berikut;
PAS Negeri yang paling “Sedia IT atau IT Ready”, dengan mempunyai:
- Bilangan laman web terbanyak di Internet
- Bilangan forum maya aktif terbanyak di Internet
- Pasukan IT Negeri/Dewan/Kawasan yang terurus
- Telah lama menggunakan IT dalam operasi parti
Berupaya untuk:
- Merangkai ahli-ahli/penyokong melalui internet
- Berhubung dengan ahli-ahli/penyokong melalui internet dengan pantas
- Berkongsi maklumat melalui laman-laman web dengan ahli-ahli/penyokong melalui internet
Ketika dihubungi oleh harakah, Sdr. Zuhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT Pas (JITP) Pusat memberitahu penyertaan untuk pertandingan laman web dan blog pimpinan PAS pada tahun ini telah dilanjutkan sehingga 31hb. Ogos, 2010 diatas permintaan banyak pihak.
Beliau berharap semua negeri, dewan-dewan dan kawasan-kawasan yang mempunyai laman web PAS serta pimpinan-pimpinan PAS yang mempunyai blog segera mendaftar dengan pihak sekretariat di web-competition@pas.org.my dengan segera sebelum tarikh tutup.
No comments:
Post a Comment