WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, August 10, 2010

saman menyaman " you tak puas hati saman court dalam "

Sedap sedap aku berehat di hotel bahau tiba-tiba keluar muka satu mamat kat tv dengan muka yang tak seberapa dan sombong mahu kita yang disaman ekor boleh "saman court dalam". Berhemah ke jawapan macam tu, memang betullah kekadang  KP Jabatan Kerajaan memang terlebih sudu dari kuah, lagak macam bonapart kecik, Ini peringatan kalau bahasa macamtu lah gaya seorang KP agensi kerajaan memang cari pasallah namanya. Dalam akta JPJ dan dan akta polis memang tiada satu klausa yang memungkinkan sesukahati menyenaraihitamkan kenderaan yang yang gagal bayar saman ekor JPJ boleh sekat urusan lesen dan roadtax melainkan kerja gila dan layak mendapat sumpah seranah dari orang ramai. Pasal tak kena batang hidung sendiri boleh cakap, kalau kena pun gaji besar, mamat jpj nak saman ko pun pikir 1000 kali. Sudah lah barang Naik ko cakap macam tu pulak, Ko nak bagi duit boleh lah aku saman court dalam... bayar saman ekor  pun tak mampu nak saman court dalam...kau ni sekolah ke tak.!!!
Siapa yang tidak perhatin aku dulu termasuk orang rumah saman ekor lebih sepuluh saman tapi aku bayar semuanya sekurang=kurangnya aku juga menyumbang kepada hasil negara. Kenapa masa tu boleh bayar, sebabnya  dulu banyak tolerensi dan  mudah urusan  walaupun ada saman saman yang aku kena macam tak munasabah lebih 60km/j tapi kurang 70km/j jalan lenggang waktu malam pulaktu.
Aku tak pertikai kalau saman kena sain, setakat ni aku memang tak berani nak kautim bila kena, kalau kita memang mampu nak kautim sikit duitnya alamat nak mampus di cas rasuah pulak, sorong kena tarik pun kena. Kalau nak jadikan Polis sebagai laibiliti kerajaan Pungut hasil macam perompak berlesen nak menandingi LHDN setelah duit petronas, felda, kwsp, tabunghaji diguna sewenangnya atas alasan apa sekalipun macam orang terdesak dan tersedak nya UMNO sekarangni.sorila aku nak tolong..
Aku perasan memang tiada pengajaran disini, orang tak hormat undang bukan kerana takut tapi pengamal undang dan penjaga undang sendiri tak hormat undang2. Undang-undang hanya terkena untuk orang leman macam kita yang tak berduit, rakyat didahulukan lah katakan.tak payah dolak daleh.
Rakyat dah muak dengan semuani, ingat doa orang yang teranyanya makbul tiada hijab tak kira dia islam ke tidak.  Aku saran kan kita2 yang lebih sepuluh juta di samantu mintak kat ALLAH SWT laknat orang yang menyusahkan orang terutamanya Menteri, KPJPJ dan KPN seumpamanya. Nampaknya macam BN dah sampai ke penghujungnya dan orang ramai bukan bodoh macam dulu. Dengan ini aku teruskan kempen 10 juta saman 10 juta undi untuk PR, Kerana Kerajaan PR nanti akan mansuhkan saman ekor buat selamanya...SETUJUUUUU!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails