WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, August 28, 2010

Umno terus beri tekanan untuk Taib Undur segera

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Umno kini terdesak untuk
menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas
kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Tekanan yang diberikan ini sama seperti usaha yang dilakukan Umno
ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah yang ketika zaman
kejatuhan mereka kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam
pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Tekanan ini begitu jelas kerana sebaik sahaja presiden Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan kesediaanya untuk berundur,
setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan
pantas membuat sindiran kepadanya dengan mengatakan;

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi
kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin
atau orang lain yang memimpin,”

Pergolakan dalaman BN ini begitu menekan rakyat Sarawak kerana negeri
berkenaan adalah satu-satunya negeri yang belum ada cawangan Umno
berikutan masyarakat Melayu disana bersatu dibawah parti PBB.

Kewujudan parti PBB membukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti
Melayu. Keadaan ini mencabar Umno yang kini sedang mencari negeri baru
untuk membina kubu terakhirnya.

PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada
pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di
Sabah.Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai
destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di
Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas.

Di Semenanjung Malaysia, telah banyak kubu-kubu BN yang ditawan
Pakatan dan bakinya kini sedang bertungkus lumus mempertahankan
kemenangan tipis mereka.

PAS yakin, keghairahan Umno yang kini sedang bercita-cita menjadi
parti paling dominon dalam BN sedang diperhatikan oleh rakan-rakan
komponennya yang begitu kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang kini
semakin angkuh selepas mereka menguasai majoriti besar kerusi Parlimen
BN pada pilihanraya umum yang lalu.

PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan
untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi
"Maharaja dalam BN". Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan
untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan
baru.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails