WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, August 21, 2010

Mereka Bangun Tinggalkan Masjid Bila Dibaca Ayat Qisas Dlm Khutbah



Sekitar tahun 2001-2002, saya berkhutbah Jumaat pada bulan Ramadhan di sebuah masjid di daerah Kemaman. Ketika itu Terengganu di bawah kerajaan PAS baharu sahaja mewartakan satu peruntukan undang-undang iaitu meletakkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang-undang tubuh negeri Terengganu. Ia diperkenankan oleh as-Sultan Mizan (moga Allah sentiasa memelihara Tuanku dan Sultanah). 


Dari atas mimbar saya melihat beberapa wajah makmum yang seperti ada sesuatu di dalam diri mereka. Saya belum berkhutbah ketika itu. Ketika mula berkhutbah kemudiannya, saya membacakan firman Allah tentang kewajipan puasa: “Wahai orang beriman! Difardhukan ke atas kamu sebagaimana difardhukan puasa itu kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (183: alBaqarah).
Saya juga membacakan ayat di dalam mushaf pada mukasurat sebelumnya tentang hukum Qisas. “Wahai orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu qisas (pembalasan setimpal) dalam jenayah pembunuhan.
khutbah Jumaat 10 Ramadhan 1431H/20.8.2010 (6)
Saya hubungkaitkan antara 2 ayat tersebut, lalu saya berkata: ‘Kedua-dua ayat diseru kepada orang beriman. Kedua-duanya disebut kutiba iaitu difardhukan. Puasa berkait dengan ibadat. Qisas adalah salah satu hukum berkait jenayah selain hudud dan takzir. Puasa di mana sahaja boleh dilakukan tapi Qisas perlu kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang menaunginya.’
Tiba-tiba beberapa orang makmum bangun dan meninggalkan masjid. Ke mana mereka pergi? Sakit perut? Bukan. Apabila ditanya kepada makmum lain selepas solat Jumaat, mereka rupanya keluar terus dari masjid tanpa solat Jumaat. Mereka sakit dalam hati. Iman mereka sakit sebenarnya. Benarlah Allah yang menyebut, maksudnya: “Dalam hati mereka ada penyakit. Lalu Allah tambah penyakit kepada mereka.”
Saya sengaja membacakan ayat tentang kewajipan puasa dan kewajipan melaksanakan hukum qisas itu di atas mimbar ketika berkhutbah di masjid itu dalam bulan Ramadhan dengan tujuan menyelamatkan aqidah para jemaah dari kesesatan sekularisme hasil tanaman UMNO/BN selama puluhan tahun. Bukan bermaksud menghalau mereka keluar dari masjid. Tapi itulah yang berlaku. Aqidah sesat UMNO/BN (ada jawapan untuk ini wahai ulama muda UMNO?) ditanam begitu kuat dan kukuh dalam diri rakyat sehingga mereka tidak boleh menerima Islam secara menyeluruh. Benar kata-kata: ‘Mereka boleh terima hukum puasa, tapi tidak boleh menerima hukum hudud dan qisas.’
Apa salah saya membacakan ayat-ayat itu? Ini bukan soal politik semata-mata. Ini soal Islam yang mesti ditegakkan. Ketika diberi amanah memerintah Terengganu, PAS Terengganu telah melaksanakan satu perkara asas besar iaitu meletakkan asas pemerintahan undang-undang negeri berpandukan wahyu. Justeru itu saya mengingatkan makmum tentang perkara ini.
Ketika itu kes buang bayi tidak sekerap sekarang. Ketika artikel ini ditulis kes buang bayi hampir saban hari dilaporkan. Kerajaan yang memerintah seperti hilang punca mencari penyelesaian yang entah bila akan ada kesudahannya ini.
Apakah apabila al-Quran disusun demikian rupa menyebut tentang hukum Qisas sebelum beberapa ayat tentang hukum puasa Ramadhan, ia dibuat saja-saja? Maha Suci Allah dari bermain-main dan Allah Yang Maha Mengetahui tentang susunannya.

Lim Guan Eng Hina Islam?

BENARKAH nama Lim Guan Eng disebut di dalam Khutbah Jumaat di P.Pinang? Jika benar, siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan Khatib berbuat demikian? Dan, adakah kesemua masjid di P.Pinang melakukan perkara yang sama? Ini persoalan yang masih belum terjawab.

Amat menghairankan, jika perbuatan seperti ini diarahkan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang, mengapa tidak semua masjid melakukan perkara yang sama? Kita sangsi dengan berita yang dilaporkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri P.Pinang tidak lagi sensitif dengan Islam. Tetapi kita jangan lupa, tidak mustahil satu perbuatan sabotaj mungkin dirancang untuk memburukkan Kerajaan PR di P.Pinang. Majlis Agama P.Pinang wajib menyiasat perkara ini.

Akhbar Kosmo yang melaporkan berita ini turut menyebut bahawa Zahid Hamidi kesal kerana KM P.Pinang Lim Guan Eng turut hadir sewaktu penyerahan wang zakat. Adakah KM P.Pinang tidak boleh hadir di dalam majlis yang baik seumpama itu? Adakah Lim Guan Eng telah melakukan satu perbuatan yang boleh membatalkan syarat sah pemberian zakat? Apakah Islam menjadi hina semata-mata Lim Guan Eng hadir di dalam majlis pemberian wang zakat? Dalam laporan tersebut, tidak disebut Lim Guan Eng melakukan penyerahan wang kutipan zakat itu tetapi disebut beliau hanya hadir sahaja.

Apa pun, kita semua perlu menunggu hasil siasatan ke atas segala dakwaan ini. Isu sepanduk yang mempamirkan Sultan Johor yang kununnya dilakukan oleh PKR Johor mengajar kita terhadap semua perancangan musuh-musuh yang semakin iri hati dan dengki dengan PR. Jika terbukti Khatib dengan sengaja melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum Islam, maka tindakan tegas mestilah diambil

Friday, August 20, 2010

SATU KEAJAIBAN OLEH ALLAH SWT

SILA RENUNG TEPAT PADA 3 TITIK DI KALIMAH ALLAH SELAMA 10 SAAT,SELEPAS ITU LIHAT PADA DINDING KOSONG..SAKSIKAN SENDIRI KEAJAIBAN OLEH ALLAH SWT..

Penderhaka guna dana negara untuk anak emas

“Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih?” tanya Nurul Izzah Anwar.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjelaskan kenyataannya dalam temubual bersama Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.
“Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu yang dianggap sebagai penderhaka.
Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataannya, beliau ingin membangkitkan kenyataan menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegitu juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia.
“Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?” soalnya.
Pada hematnya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk ‘Kapal selam sertai latihan’ terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, soalnya apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan itu merangkumi latihan yang mencukupi.
“Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali.
“Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan,” ujarnya.
Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, beliau mendesak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.
Katanya, kalau benar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu.

Guan Eng tak tahu nama disebut dalam doa khutbah

 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan," ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.
Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.
"Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian," soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.
Bagaimanapun, beliau mengarahkan Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri untuk menyiasat isu yang ditiupkan oleh Ahmad Zahid dan Umno itu.
"Saya pun baru tahu, saya sudah menghubungi YB Abdul Malik dan saya diberitahu bahawa memang tidak tahu perkara seperti yang didakwa Datuk Zahid Hamidi," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad Zahid mengemukakan bukti ekoran dakwaan berunsur provokasi itu.
Beliau turut menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.
Terdahulu, Bernama melaporkan Umno negeri memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada bacaan doa dan khutbah Jumaat bagi menggantikan penggunaan nama Tuanku Mizan.
Ahmad Zahid sendiri menuduh, penggunaan nama Guan Eng itu dikesan di beberapa masjid tertentu sejak beberapa minggu lepas.
Dijangkakan Guan Eng bakal menghadapi pelbagai cabaran lagi ekoran komitmennya mahu melihat rakyat tanpa berbilang kaum menikmati hidup yang lebih baik berbanding era Umno BN memerintah Pulau Pinang.

Awas Operasi Lalang Edisi 1 Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia PAS bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku  selepas PRU 2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr  Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres  Cina yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%.


Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan  secara terbuka oleh  Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Umno dan  NGO Melayu. Beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.


PAS bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika Umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan bumiputera juga dipertikaikan. Pada ketika itu pemimpin Umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan  Lee Kim Sai. Ada di kalangan pimpinan umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau  jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru.  Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.


Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan.


PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN. Jangan gunakan ISA dan operasi lalang,  bertarunglah dalam gelanggang demokrasi di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah. Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, August 18, 2010

Askar Israel hina tahanan Palestin



GAMBAR menunjukkan Eden Aberjil bergambar bersama beberapa tahanan Palestin yang mata mereka ditutup dengan kain dan tangan diikat.


BAITULMUQADDIS - Gambar-gambar seorang askar wanita Israel yang bergambar bersama sekumpulan tahanan Palestin yang bergari dan mata mereka ditutup dengan kain menimbulkan kecaman hebat di Israel kelmarin.
Stesen televisyen Israel menyiarkan gambar-gambar tersebut manakala pihak tentera mengeluarkan satu kenyataan yang menyifatkan ia sebagai tingkah laku yang tidak tahu malu.
Askar wanita yang bergambar itu, Eden Aberjil sudah menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sejak setahun lalu.
Aberjil menghantar gambar-gambar yang dirakamkan pada tahun 2008 itu ke laman Facebook.
Gambar itu menunjukkan dia tersenyum di hadapan tiga orang tahanan Palestin yang digari dan mata mereka ditutup.
Bagi mempertahankan tindakannya itu, Aberjil berkata: "Saya tidak memalukan tahanan-tahanan ini. Saya tidak memukul atau bersikap kurang sopan terhadap mereka. Ia sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh askar-askar Amerika di dalam penjara Iraq.
"Tidak ada kenyataan pada gambar itu yang menyebut mengenai keganasan, sikap tidak hormat atau apa sahaja yang menyinggung perasaan mereka (tahanan). Saya cuma merakamkan gambar dengan seseorang.
"Apabila saya mendapati ramai orang yang tersinggung, saya kemudian mengeluarkan gambar tersebut," kata Aberjil kepada Radio Israel. Namun, perbuatan askar Israel itu mendapat kecaman Ketua Jawatankuasa Menentang Penderaan Israel, Yishai Menuchim.
"Tindakan ini menggambarkan sikap yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi bukti bahawa tahanan Palestin dilayan seperti objek bukannya manusia," kata Menuchim dalam satu kenyataan. - Agensi

Husam Bidas Editor Islamic Banker

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membidas editor majalah Islamic Banker, Mushtak Parker dan menyifatkan beliau tidak layak memberi pandangan mengenai dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan PAS Kelantan.
Husam mendakwa penulis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi apabila menuduh PAS Kelantan mengambil kesempatan terhadap emosi dan simpati orang Islam.
"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak.
"Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mushtak, menerusi kolumnya di akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews yang menganggap kerajaan PAS Kelantan mengamalkan politik oportunis murahan apabila mengumumkan penggunaan mata wang itu sempena permulaan Ramadan.
Malah Mushtak juga menyifatkan tindakan itu mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990.
Akhbar sebelum ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melancarkan Dinar Emas dan Dirham Kelantan sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli-belah dan pembayaran zakat di negeri ini.
Selain itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan tetap mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperkenalkan penggunaan dinar dan dirham.
"Orang ramai tak perlu pandangan kolumnis ini untuk faham kebaikan menyimpan dan berurusan dengan dinar dan dirham ini.
"Hanya berikan mereka peluang menyimpan beberapa keping dirham dan dinar di dalam poket... sekejap sahaja dinar dan dirham ini akan meningkat nilainya," katanya.
Menurut beliau lagi, penggunaan nilai mata wang ini akan menguntungkan pengguna kerana harganya akan terus meningkat.
"Simpan dinar dan dirham seperti menyimpan telur, esok ia akan menetas... bila menetas, nilai anak ayam akan lebih tinggi daripada telur.
"Itulah yang berlaku kepada emas, harganya akan terus naik dalam jangka masa panjang dan penyimpannya boleh dapat untung daripada kenaikan itu," katanya.

DAFTAR PERTANGINGAN WEB DAN BLOG PAS

DAFTAR PERTANGINGAN WEB DAN BLOG PAS
Sebelum 31hb Ogos, 2010
Parti Islam Malaysia (PAS) sekali lagi mengadakan pertandingan laman web PAS dan Blog Pimpinan PAS sempena dengan sambutan 10 tahun penubuhan Jabatan IT PAS (JITP) pada tahun ini. Beberapa kategori laman web telah dipertandingkan iaitu laman-laman web peringkat kawasan-kawasan, peringkat dewan-dewan dan juga peringkat badan-badan perhubungan negeri-negeri serta blog-blog pimpinan-pimpinan PAS.

PAS pernah mengadakan pertandingan laman web ini pada tahun 2001 iaitu sempena dengan sambutan Jublee Emas PAS dan sambutan kepada penubuhan Jabatan IT PAS Pusat (JITP). Mengikut rekod, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah memenangi pertandingan laman web kategori negeri dan dewan pada pertandingan pertama akali diadakan pada tahun 2001.

Manakala pertandingan laman web  peringkat kawasan pula dimenangi oleh PAS Kawasan parit Buntar dan tempat kedua pula dimenangi oleh PAS kawasan Serdang. Sementara IT Selangor pula menjadi johan pasukan IT terbaik yang memenuhi kreteria berikut;
PAS Negeri yang paling “Sedia IT atau IT Ready”, dengan mempunyai:
  • Bilangan laman web terbanyak di Internet
  • Bilangan forum maya aktif terbanyak di Internet
  • Pasukan IT Negeri/Dewan/Kawasan yang terurus
  • Telah lama menggunakan IT dalam operasi parti
Berupaya untuk:
  • Merangkai ahli-ahli/penyokong melalui internet
  • Berhubung dengan ahli-ahli/penyokong melalui internet dengan pantas
  • Berkongsi maklumat melalui laman-laman web dengan ahli-ahli/penyokong melalui internet

Ketika dihubungi oleh harakah, Sdr. Zuhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT Pas  (JITP) Pusat memberitahu penyertaan untuk pertandingan laman web dan blog pimpinan PAS pada tahun ini telah dilanjutkan sehingga 31hb. Ogos, 2010 diatas permintaan banyak pihak.

Beliau berharap semua negeri, dewan-dewan dan kawasan-kawasan yang mempunyai laman web PAS serta pimpinan-pimpinan PAS yang mempunyai blog segera mendaftar dengan pihak sekretariat  di 
web-competition@pas.org.my dengan segera sebelum tarikh tutup.

Kelebihan puasa dari sudut sains



ebook fastSemalam isu hangat di Facebookmengenai seorang anak Melayu yangmenghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.

memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.


Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:
1. Allan Cott, M.D.,Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.
2. Dr. Yuri Nikolayev
 
Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).
4.  Muzam MG, Ali M.N dan HusainBerpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.
5. Elson M. Haas M.D.
Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.
6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawanTahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.
8. Dr. Muhammad MunibDan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Jalur Gemilang akan berkibar selepas PRU ke-13..



Tindakan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, mengibar Jalur Gemilang memang tindakan yang patriotik tetapi ia bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.

Memetik portal The Star Online, Roshidi yang menyebut peniaga diberi kata dua untuk mengibar Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau lesen mereka tidak diperbaharui tetapi menarik balik kenyataan tersebut selepas itu, dianggap sebagai memperlihatkan kegusaran Umno-BN dalam situasi tersebut.
Kata Nizar, sepatutnya penduduk termasuk peniaga diberi galakan bukannya dikenakan paksaan dan jika itu yang dilakukan mereka tidak akan marah dan seterusnya memprotes.
"Sebab Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam"
Nizar juga berkata protes masyarakat untuk tidak mengibar Jalur Gemilang juga ada hubung kait dengan suasana politik di Perak yang kini diterajui Barisan Nasional melalui proses rampasan kuasa.
"Semua ketidak puasan dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes" Kata Nizar.
" 

Monday, August 16, 2010

Menara jam tertinggi di dunia di Mekah



RIYADH, Pembangunan bandar suci Mekah telah mendirikan sebuah hotel mewah yang akan menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia. Bangunan tersebut mempuyai sebuah menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.

Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower telah direka oleh syarikat dari Jerman merupakan jam raksasa yang 6 kali lebih besar jam Big Ben di London.Menara jam tersebut mempunyai ketinggian 577 Meter yang mempunyai 4 pandangan sisi.
Bangunan hotel yang terletak jam tertinggi di dunia ini sedang dibina tersebut mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menara tersebut dibuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.
Jika kedua bahagian itu digabungkan, maka hotel yang dibangun di kota Mekah itu hanya 11 meter lebih pendek dari Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia yang puncaknya yang mempunyai ketinggian 828 meter.
Jam besar Jam Diraja Mekah itu dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.Jam tertinggi di dunia ini telah mula berdetik pada 1 Ramadhan, 11 Ogos 2010 yang lalu untuk ujian oleh kerajaan Saudi.
Berikut adalah gambar jam tertinggi di dunia ini dan hotel tersebut dari pelbagai pandangan sudut dari Kota Suci Mekah.
Jam Mekah @ isuhangat
Jam Mekah @ isuhangat
Jam Mekah @ isuhangat

Koleksi gambar penuh di :

Saturday, August 14, 2010

Pesalah bakar gereja mangsa politik sempit Umno

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya para pemimpin Umno menanggung beban kesalahan dan dihukum akibat perbuatan membakar gereja Metro Tabernacle pada Januari lalu.
Mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja itu, Mahfuz menyifatkan mereka adalah mangsa penganiayaan politik perkauman sempit Umno.
"Hampir semua pihak sependapat bahawa kedua-duanya adalah mangsa hasutan Umno yang membakar api perkauman sempit dengan pelbagai provokasi ketika isu kalimah Allah dahulu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Menurut beliau, propaganda perkauman sempit Umno yang bertujuan hendak memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu supaya menyokongnya menyebabkan munculnya pelbagai pihak yang kononnya hendak menjadi jaguh membela kesucian Islam.
Akibatnya, kata Mahfuz, ada yang bertindak berdasarkan emosi yang dibakar api perkauman Umno sehingga melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan  undang-undang.
"Akibat hasutan Umno itu, mungkin kedua-dua beradik yang menjadi mangsa hasutan Umno itu berpendapat bahawa Islam boleh dipertahankan dengan membakar gereja.
"Sedangkan sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat tidak pernah merobohkan, apa lagi membakar gereja," katanya.
Mahfuz juga menyalahkan media-media arus perdana pro-Umno yang menghasut api perkauman sempit secara terang-terangan terutama dalam isu kalimah Allah.
"Lebih dari semuanya, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah individu yang paling bersalah kerana dilihat memberi dorongan kepada mereka yang hendak melakukan provokasi berikutan isu kalimah Allah apabila beliau berkata kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.
"Malah, kenyataan Najib yang memaksa rakyat berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden membakar gereja juga menguatkan lagi keyakinan umum bahawa provokasi Umnolah yang menyebabkan perkara itu berlaku," katanya.
Mahfuz juga yakin insiden pembakaran gereka dan pelbagai tindakan provokatif yang lain ketika itu boleh dihalang jika polis bertindak pantas ke atas para pemimpin dan media Umno yang melakukan pelbagai provokasi perkauman sempit itu.
"Amat malang, Umno terlepas ketika mangsa hasutan perkauman Umno dijatuhkan hukuman penjara," katanya.
Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald The Catholic Weekly kelihatan "lebih kepada sentimen perkauman berbanding agama".
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22 setelah didapati bersalah membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati.

Najib sembunyi jenayah?

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat adakah beliau tidak terlibat sama sekali dalam menyembunyi dan melindungi jenayah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Hari ini, bertebaran pelbagai dokumen yang boleh menyebabkan Najib dituduh terlibat menyembunyi dan melindungi perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang yang disebut sebagai antara most notorious crony capitalists.
"Dokumen-dokumen itu juga boleh menyebabkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh tidak menjalankan tugas mereka dan mereka mestilah meletakkan jawatan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Menurut Salahuddin, apa yang didedahkan dalam dokumen-dokumen itu bertentangan dengan cakap-cakap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang berkata akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat.
“Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan,” katanya baru-baru ini.
Salahuddin mempersoalkan, adakah kenyataan Abu Kassim itu bermakna SPRM hanya menyiasat sahaja dan selepas itu tidak ada tindakan selanjutnya.
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai pendedahan yang akan dibuatnya, Salahuddin hanya sekadar menyatakan bahawa beliau pernah menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen Malaysia (PAC) tetapi tidak pernah mendengar sebarang tindakan yang sewajarnya telah diambil.
Sambil menyatakan bahawa dokumen-dokumen akan berada di tangannya Isnin ini, Salahuddin memberi jaminan bahawa beliau akan mendedahkan dokumen-dokumen itu kepada umum pada hari yang sama.
"Jika pendedahan dibuat pada Isnin ini, kerajaan perlu diingatkan bahawa rakyat tidak mahu lagi melihat satu lagi suruhanjaya siasatan seperti Suruhanjaya Diraja klip video VK Lingam di mana kita melihat semua pihak yang disebutkan kesalahan mereka dalam siasatan itu terlepas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman," katanya.
Beliau bimbang perkara itu berlaku kerana pada masa ini sudah pun berlaku apa yang beliau lihat sebagai tindakan tolak-menolak antara SPRM dan polis.

PKR Perlis mula bergolak?

Pengerusi PKR Perlis Johari Shafie menafikan laporan yang mendakwa beliau telah meletakkan jawatan pada 3 Ogos lalu.

"(Peletakan jawatan) itu tidak betul, ia berita dari cakap-cakap mulut sahaja. 

“Saya menafi (laporan bahawa) saya meletakkan jawatan," katanya ketika dihubungi 
Malaysiakinipetang semalam.

Beliau juga menegaskan akan meneruskan tugasnya seperti biasa dengan menghadiri mesyuarat bersama pucuk kepimpinan PKR di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

Joha
umno pkr perlisri diminta mengulas laporan akhbar internet PAS Harakahdailybahawa beliau akan melepaskan jawatan nombor satu dalam PKR Perlis setelah kecewadengan usaha segelintir pemimpin parti itu yang cuba mendesaknya digantikan dengan pemimpin lain.

Manakala timbalannya, Dr Suraya Sudin pula dilaporkan mendakwa tindakan itu berikutan berlakunya perebutan jawatan antara dua kumpulan yang bertelagah.

Bercakap kepada Malaysiakini petang semalam, Johari mendakwa desas-desus peletakan jawatannya disebarkan oleh "musuh dalaman" yang hendak menjatuhkannya.

"Politik hendak jatuh menjatuh, (sebab) ada orang nak jawatan kita. Tapi saya rasa macam biasa sahaja. 

“PKR pusat tak kata apa pun. Musuh kita, ada khabar angin sikit, mereka seronoklah," katanya. 
pkr congress assembly 181204 assembled membersJohari bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Beliau juga menolak kemungkinan perkara itu sengaja ditimbulkan kerana parti itu akan mengadakan pemilihannya pada November tahun ini.

PKR bakal mengadakan 
pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails