WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, August 30, 2010

'Bos SYABAS berdendam dengan MB S'gor'

Exco kerajaan Selangor Teresa Kok membidas presiden Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail kerana mendakwa negeri itu telah meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Dalam satu kenyataan yang keras hari ini, beliau berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Sabtu lalu, Rozali dilaporkan berkata, Selangor tidak pernah memberi ruang kepada dewan tersebut untuk membincangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan pembangunan ekonomi mereka di Selangor.

Bagaimanapun, kata Teresa, dewan tersebut pernah dijemput menghadiri majlis dialog bajet tahunan negeri pada 26-27 Julai, tetapi mereka tidak muncul.

PAS tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf

PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam 
Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya. 

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS yakin Zainuddin (kanan) dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan 
Melayu untuk kepentinganpolitik mereka.

"Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya.

Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari. 

"Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris.




Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.
teo nie qing attending buka puasa at bangi surauTeo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, 
Utusan Malaysia.
NONEMalah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan 
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.

Sunday, August 29, 2010

Kini sah, DAP lebih hormat Islam dari UMNO.....

"Assalamualikum,,
Meneliti semula beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang Ramadan ini, aku mula merasa mual dan muak dengan gelagat pemimpin dan pencacai UMNO yang terus menerus dengan agenda bathil mereka.

UMNO sudah nyata sudah hilang deria untuk mendengar dan mentaati, sudah tidak gerun lagi dengan amaran ALLAH, sudah  tidak merasa keperitan seksaan mati walaupun baru berlaku kes bunuh dan bunuh diri di kalangan mereka dan sudah hilang keyakinan dengan janji tawaran istimewa Ramadan.



Pencacai UMNO menuduh MP DAP yang memasuki surau untuk menyampaikan bantuan sempena Ramadan tempah hari bertelanjang sedangkan hampir setiap hari wanita dan puteri UMNO kelihatan bertelanjang di sana sini termasuk juga di dalam masjid. 

Sebelum itu, dihebohkan kisah seorang khatib bedoa kepada orang kafir di dalam khutbah jumaat yang kemudiannya dihukum haram oleh UMNO kerana melanggar etika khutbah.kebetulan yang didoakan itu adalah pemimpin DAP seperti mana MP yang masuk surau.Makin pelik kejadian di Ramadan kali ini, DAP semakin hampir dengan Islam pada ketika pemimpin veteran mereka terus menerus membantah negara Islam dan hudud tetapi UMNO  pula mula menjauhi diri mereka dengan agama.Malang kerana perbuatan UMNO ini berlaku di bulan Ramadan yang penuh barakah.perbuatan menukar fatwa dan hukum agama sesuka hati mereka, perbuatan meyebarkan pembohongan demi pembohongan dilakukan UMNO di bulan Ramadan sedangkan di bulan Ramadan ini jugalah sambutan merdeka negara akan diadakan.Malang bagi UMNO kerana tidak menyedari bahawa di bulan Ramadanlah terdapatnya peluang untuk mendapat kemerdekaan yang sejati tetapi walaupun mereka beriya iya untuk membuat persediaan menyambut merdeka, mereka juga meneruskan agenda menyebarkan kebahtilan yang bakal mengundang kemurkaan ALLAH(jauh lebih dasyat dari kemurkaan Sultan).
ALLAH maha berkuasa menentukan segalanya.Siapa sangka pada ketika UMNO memilih untuk menjauhkan diri dan agama, tiba tiba DAP yang sebelum ini dikenali sebagai anti Islam mula mendekatkan diri mereka dengan Islam.Tidak ada pemimpin politik hatta dari PAS yang pernah didoakan dalam mana mana khutbah jumaat sebelum ini.TGNA menjadi MB Kelantan lebih 20 tahunpun tidak pernah didoakan dalam khutbah.begitu juga Mahadir yang hebat menjadi PM Malaysia begitu lama juga tidak pernah didoakan oleh khatib.Tetapi LGE, pemimpin DAP yang juga KM Penang mendapat penghormatan itu sejak dua tahun yang lalu, satu tempoh yang hampir sama dengan tempoh beliau menjadi KM.
Begitu juga dengan masjid dan surau mula dikunjungi oleh pemimpin DAP untuk menyampai bantuan (bukan untuk berkempen seperti Rosmah dan lain lain pemimpin UMNO) serta untuk sama sama menyertai majlis berbuka puasa bersama sama orang Islam.Tetapi sekali lagi UMNO memilih untuk menjauhkan diri dari agama apabila menuduh pemimpin DAP yang bukan Islam dilarang dari memasuki ruang solat utama masjid dan surau kerana alasan junub atau wanita didatangi haid.Begitu cepat mereka mengubah fatwa kerana baru tahun lepas, jakim mengatakan harus bagi orang bukan Islam memasuki ruang utama solat masjid.Begitu juga tuduhan pencacai mereka bahawa yang masuk surau itu bertelanjang  turut mengandungi unsur mengubah hukum sama seperti permintaan Noh Omar agar kerajaan PR Selangor mengharamkan rumah urut sepanjang Ramadan ini.Cepat benar UMNO dalam soal mengubah hukum tanpa mereka sedar bahawa mereka semakin jauh dari agama dan DAP yang mereka dakwa anti Islam itu semakin hampir pula dengan Islam.

Orang Bukan Islam masuk masjid



UMNO dan media BN menipu rakyat dan Sultan Selangor siang dan malam kerana nak rampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Paling terbaru tentang YB DAP masuk Surau Al-Huda di Kajang. Heboh macam ayam bertelor sebiji riuh sekampung. Cuba tengok foto di atas ini, berapa banyak orang bukan Islam masuk surau dan tidak tutup aurat termasuk penceramahnya. The photo speaks for itself. The photos is better than 1000 words. Media BN tak akan siar photo ini.

Rakyat jangan lupa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Apakah media BN buat-buat lupa? Memang UMNO anti-dakwah Islam, anti-orang suka Islam, anti-orang Islam dekati bukan Islam.
Muzakarah ini telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Orang bukan Islam masuk masjid/surau ni sebenarnaya bergantung kepada jawatankuasanya.
Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan banyak masjid2 lain, orang bukan Islam, yang lelaki perempuan bukan Islam pun masuk, dibenarkan masuk, bukan suka-suka boleh keluar masuk. Di Surau Huda tu, YB tu dibenarkan masuk. Dia masuk pakai baju kebaya, ada muslimat bersama hari tu.
Tapi isu ini bukan isu agama, jelasnya ia isu politik. UMNO tengah lemas sekarang. Macam-macam kurap dan sopak dah nampak kat kulit tubuh badan UMNO-BN. Duit billion-billion hilang. Injin jet hilang. Harga barang naik.Kapal selam tak boleh selam.  Duit saman nak kutip juga dari rakyat sebab duit negara dah kering. Subsisidi nak tarik sebab duit kerajaan dah kering. Macam-macam hancur. Sime Darby hancur. Maka nak elak rakyat terus tengok kurap dan sopak tu, maka UMNO carilah jalan untuk untuk kalih pandangan rakyat terhadap kurap dan sopak UMNO-BN.
Meskipun begitu,  orang PAS-PKR pun satu, hati-hatilah sikit dalam bab yang sensitif pada setengah orang Melayu yang tak faham agama Islam dan tak faham tasawwur Islam secara menyeluruh. Janganlah buat benda-benda yang sensitif walaupun benda tu tidak salah pada sisi agama, berpada-padalah. Bila kita bawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid atau surau, jaga batas-batasnya; tak perlu buat dalam tempat atau ruang solat. Buatlah kemah di luar supaya dapat mengelak

fitnah. Fitnah yang akan dibuat oleh orang Melayu Islam yang tidak faham Islam dan musuh dalaman umat Islam yang mengaku Islam. Jadi orang Melayu Islam yang tidak reti bab agama Islami ni tidaklah melenting sangat. Mereka itu jahil,  mereka  melenting sebab mereka jahil, kalau mereka faham mereka tidak  melenting. Kita yang faham Islam janganlah bergaduh dengan orang jahil, jangan melayan bangat dengan orang jahil atau bodoh, nanti kita jadi bodoh.
Kesimpulannya hati2 dan waspada selalu tindakan kita kerana ada orang tak faham tasawwur Islam yang menyeluruh

Saturday, August 28, 2010

'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan 
politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.


Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.
Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.

ADAKAH ORANG KAFIR TIDAK BOLEH JEJAK KAKI KE DALAM MASJID???

Kenapa puak-puak UMCO ni semuanya pemikiran yang singkat dan pendek..??? Adakah berdosa atau salah jika orang kafir masuk ke dalam masjid atau surau..??? Di Zaman Rasullullah ada juga seorang kafir masuk ke masjidNya dan kencing,tapi Nabi siap boleh beri nasihat lagi..Tambah pulak di Malaysia hanya seorang ADUN datang untuk sampaikan sumbangan ikhlas khas untuk surau dan anak-anak qaryah surau turut di politikan..Awat  la otak-otak UMCO ni singkat sangat..Cuba kita tengok President America Obama juga masuk ke masjid di Arab Saudi,tapi tak ada pulak fatwa yang dikeluarkan oleh Ulamak tersohor dunia..??? Pelik ye otak orang-orang UMCO ni..Kalau dah jenis suka buat fitnah,sampai bila-bila pun macam tu...UMCO ni takut dengan bayang-bayang mereka sendiri..Pasal dulu masa UBN merintah,tak ada pulak ADUN depa mai masuk surau beri sumbangan..Di Pulau Pinang YAB Lim guan Eng turun padang untuk berbuka puasa dengan rakyat..Makan sambil bersila,makan bawah khemah saja,bukan mcm UMCO makan kat hotel2,nak semua grand2..kasi habis duit rakyat..Apa jenis ni..Bila kerajaan pakatan rakyat beri bonus pada rakyat,UMCO kata cuba nak rasuah pulak...Apa jenis la otak UMCO ni...Yang Pasti sekrang rakyat selesa dengan kerjaan berjiwa rakyat,bukan kerajaan yang habiskan duit rakyat...Boleh blah la UMCO......

Umno tentang Majlis Fatwa

Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Merdeka: Rakyat perlu azam kerajaan baru

Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara 31 Ogos ini, rakyat disarankan supaya menanam semangat baru dan keazaman dalam jiwa untuk memastikan negara mempunyai kerajaan baru pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar)ketika mengulas ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-53, Selasa ini.
Menurut beliau lagi, rakyat harus menyedari tempoh had pemerintahan dan kuasa yang ada pada Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke penghujungnya.
Kata beliau lagi, dengan adanya pemerintahan baru ini, maka kebimbangan rakyat dalam pelbagai masalah yang sekian lama menjadi persoalan akan berakhir.
"BN tidak mampu untuk mengurus hal ekonomi rakyat dengan baik. Isu saman ekor belum selesai, datang pula isu air dan tanah.
"Pakatan Rakyat (PR) cadangkan pendapatan setiap rakyat adalah RM4 ribu, menghapuskan cukai dan membanteras penyelewengan yang berterusan di bawah pemerintahan BN," katanya.
Tambahnya lagi, walaupun saranan itu hanyalah sebagai cadangan tetapi ia menampakkan idea yang membina dari kepimpinan PR jika dibandingkan dengan BN.
Beliau juga berkata oleh kerana itu, rakyat tidak lagi harus berdiam diri atas cadangan yang telah dibuat oleh PR baru-baru ini.
"Sebagai bukti Kerajaan Negeri Kedah telah pun menurunkan harga cukai tanah di Kedah. Syarikat Air Darul Aman (SADA) dikorporatkan dan bukan diswastakan. Rakyat mendapat bekalan air bersih tanpa bebanan harga yang mahal.
"Dalam situasi ekonomi rakyat yang tidak menentu ini pelbagai sekatan dikenakan oleh Kerajaan Pusat. Slogan mereka rakyat didahulukan hanya mendahulukan rakyat dalam bebanan bagi merealisasikan hasrat dan pencapaian kerajaan diutamakan," tambahnya lagi.

 Raya: Kedah belanja RM3 juta untuk kakitangan

 Kerajaan Negeri Kedah turut menghargai kakitangan awam negeri dengan membelanjakan sebanyak RM3 juta sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran sebanyak RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54.
Menurut beliau lagi, semua kakitangan akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.
"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Walaupun  sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.
Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.
Azizan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada guru Al-Quran dan bidang kampung di Kampung Teroi, Yan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.
Ia kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat yang mengumumkan pemberian sebanyak RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang tersebut menjelang Aidilfitri yang akan datang.

Umno terus beri tekanan untuk Taib Undur segera

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Umno kini terdesak untuk
menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas
kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Tekanan yang diberikan ini sama seperti usaha yang dilakukan Umno
ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah yang ketika zaman
kejatuhan mereka kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam
pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Tekanan ini begitu jelas kerana sebaik sahaja presiden Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan kesediaanya untuk berundur,
setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan
pantas membuat sindiran kepadanya dengan mengatakan;

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi
kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin
atau orang lain yang memimpin,”

Pergolakan dalaman BN ini begitu menekan rakyat Sarawak kerana negeri
berkenaan adalah satu-satunya negeri yang belum ada cawangan Umno
berikutan masyarakat Melayu disana bersatu dibawah parti PBB.

Kewujudan parti PBB membukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti
Melayu. Keadaan ini mencabar Umno yang kini sedang mencari negeri baru
untuk membina kubu terakhirnya.

PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada
pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di
Sabah.Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai
destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di
Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas.

Di Semenanjung Malaysia, telah banyak kubu-kubu BN yang ditawan
Pakatan dan bakinya kini sedang bertungkus lumus mempertahankan
kemenangan tipis mereka.

PAS yakin, keghairahan Umno yang kini sedang bercita-cita menjadi
parti paling dominon dalam BN sedang diperhatikan oleh rakan-rakan
komponennya yang begitu kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang kini
semakin angkuh selepas mereka menguasai majoriti besar kerusi Parlimen
BN pada pilihanraya umum yang lalu.

PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan
untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi
"Maharaja dalam BN". Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan
untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan
baru.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Imigresen Tidak Amanah, SPRM Tiada Kuasa, Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan Segera

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan mempertingkatkan
Intergriti dan Kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam
langkah memerangi rasuah dinegara ini. Laporan Berita Harian pada hari
ini mengenai aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalangan
penguatkuasa Imigresen di Pulau Ketam adalah antara contoh kelemahan
sistem pentadbiran negara.


Kebanjiran warganegara asing tanpa izin yang dilaporkan melebihi
melebihi 2.1 juta orang merupakan ancaman besar pada negara. Tetapi
amat malang kerana kehadiran mereka turut didalangi oleh penguatkuasa
Imigresen yang sepatutnya mengawal kemasukan warganegara asing ke
negara ini.


PAS amat kecewa dengan laporan ini dan mahu Menteri Dalam Negeri dan
Pengarah Imigresen mengambil tanggungjawab meletakan jawatan dan
penguatkuasa yang.tidak amanah ini dipecat segera.


PAS yakin bahawa rakyat masih belum melupakan insiden 20 tahanan warga
Afghanistan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan ini dan kes
16 lagi tahanan yang berjaya melepas diri di depoh yang sama awal
tahun ini.


Kelemahan urustadbir Imigresen menjejaskan kredibiliti keselamatan
negara. PAS mahu rombak besar dibuat dalam organisasi Imigresen dan
mahu SPRM membuat siasatan penuh kepada agensi ini dan beberapa agensi
penguatkuasaan lain.


PAS juga mahu kenyataan bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan
Rasuah-BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM), Datuk
Shafee Yahaya yang mengatakan terdapatnya orang-orang politik dalam
pentadbiran Kerajaan yang menjadi punca dan mengetuai aktiviti rasuah
dan penyalahgunaan kuasa selama ini disiasat.


SPRM seharus menjadi sebuah badan yang bebas dan berani bertindak
kepada mereka yang melanggar amanah rakyat termasuklah kalangan wakil
rakyat dan Menteri. Kerajaan perlu serius untuk meningkatkan keupayaan
SPRM dengan menambahkan kuasanya, meningkatkan jumlah anggota
penyiasat serta membekalkan peralatan logistik yang sewajarnya.


PAS yakin, begitu banyak amalan rasuah yang berleluasa dalam agensi
Kerajaan kerana setiap tahun Laporan Audit Negara pasti akan
membentangkan kecurangan-kecurangan yang sukar diterima rakyat. Oleh
itu setiap Kementerian dan Jabatan Penguatkuasaan perlu melantik satu
jawatankuasa khas membanteras rasuah bagi membantu menyalurkan
maklumat kepada SPRM serta meningkatkan intergriti jabatan mereka.

PAS menasihatkan agar para penjawat awam meningkatkan intergriti
mereka dan menunaikan amanah rakyat dengan sebaiknya. Tidak semua
penjawat awam mengamalkan rasuah tetapi kerana nila setitik, rosak
susu sebelangga. PAS yakin, amalan rasuah dan kecurangan intergriti
ini akan dapat dihapuskan jika pemimpin yang menguruskan kerajaan ini
terdiri dari orang-orang yang amanah kerana ikan yang busuk hanya
bermula dari kepalanya.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Siapa kata Hudud tidak boleh dilaksanakan atau tidak sesuai?

"Assalamualaikum,,..
Jom bicara pasal hudud lagi.Kali ini mari kita kembali  mengimpau sejarah sesuai kedudukan kita di ambang merdeka dan sesuai juga keinginan untuk merdeka di bawah naungan alquran.Sejarah yang hendak diimbau ialah sejarah seorang yang hebat pernah dilahirkan dalam masyarakat melayu ia itu sejarah arwah Prof Ahmad Ibrahim, seorang yang telah berjaya meletakkan bangsanya di tempat yang begitu tinggi dengan buah fikiran yang bernas dan bijak dalam menyediakan penyelesaian terhadap permasalah utama kepada ugama Islam dan umatnya.

Takaful adalah buah fikiran Prof Ahmad yang sekarang ini sedang "diselewengkan" kerana ketiadaan idea baru yang menyerupai idea awal prof Ahmad.Tetapi sedarkah kita Prof Ahmad turut menjumpai kaedah yang boleh menyelesaikan permasalahan perlaksanaan hudud dengan diizinkan oleh perlembangaan negara yang awalnya dirangka dan dibuat oleh kafir British.Prof Ahmad telah mengajukan cadangan untuk melaksanakan hudud kepada pemerintah tetapi tiada tindakbalas dari kerajaan yang ketika itu didominasikan oleh orang Islam.Apakah cadangan itu? Hari ini cadangan ini langsung tidak disentuh atau dibancangkan di mana mana sedangkan cadangan ini adalah satu cadangan yang mudah dan sesuai dengan kehendak perlembagaan negara. 
Kata prof Ahmad untuk melaksanakan hudud, perlembangaan negara hanya perlu diubah dengan memasukkan peruntukkan bahawa semua undang undang yang dikuatkuasakan di Malaysia mestilah tidak BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.Lihatlah cadangan yang semudah ABC pada ketika orang ISLAM sedang mendominsikan kerajaan serta pada bila bila masa boleh mengubah perlembangan menurut peraturan perlembagaan yang sedia ada.
Kini, perkembangan kepada polimik  hudud mengembalikan kita kepada fasal penafian bilamana ada dakwaan yang mengadakan ianya tidak sesuai yang melibatkan Nik Nazmi, pengarah komunikasi PKR serta penulis difahamkan prof Agus Yusof turut sama memberi pandangannya.Penulis tidak tahu apakah pandangan Prof Agus, tetapi kelihatannya ianya mengaitkan kedudukan majmuk negara, yang menunjukkan polimik hudud kembali kepada fasal penafian.Fasal penafian hudud telah membangkitkan kedudukan majmuk negara, membangkitkan kemunduran umat Islam dan telah mengatakan hudud itu adalah rekaan PAS tetapi tidak seorangpun pakar penafian ini sejak dulu sehingga sekarang membangkitkan cadangan prof Ahmad.

Hakikatnya, kalau cadangan prof Ahmad diterima sudah tentu negara sudahpun ada peruntukan hudud, qisas dan takzil negara.Sudah tentu hudud sedang dilaksanakan sekarang dan sudah tentu gejala buang bayi, gejala dadah serta lain lain gejala termasuk pemakan rasuah bukanlah satu masalah umat yang besar.Cadangan prof Ahmad ini bukanlah satu yang sukar untuk dilaksanakan sebenarnya (pada ketika cadangan ini dibuat). Ini adalah kerana ketika itu mahkamah syariah dan undnag undang syariah serta peguam syarie sudahpun ada.Cuma bezanya, namanya undang undang syariah tetapi undang undnag yang dibuat untuk kesalahan qisas dan hudud adalah ciptaan manusia bukan undang undang yang ditetapkan oleh alquran.

Oleh itu, seandainya cadangan prof Ahmad diterima, apa yang perlu perundangan syariah negara lakukan ialah membuang semua peruntukan yang dibuat manusia dan menggantikannya dengan peruntukan yang ditetapkan oleh al quran bagi setiap kesalahan hudud dan qisas sementara bagi kesalahan kesalahan yang selain itu, undang undang takzil yang ada boleh diteruskan dengan penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.
Di sinilah terletaknya kepintaran  dan ketelitian prof Ahmad dalam memberikan cadangannya.Dengan meletakkan peruntukan semua undang undang mesti tidak bertentangan dengan undang undang Islam, maka undang undang berkaitan kesalahan hudud dan qisas seperti mencuri dan merompak tidak lagi tertakluk kepada hukuman mahkamah sivil dan sekaligus membolehkan semua orang Islam dibicarakan di mahkamah syariah bagi kesemua kesalahan jenayah yang dilakukan.Kerana peruntukan   semua undang undang mesti tidak bertentangan dengan undang undang Islam membolehkan Islam memerintah dan kalau cadangan prof Ahmad diterima oleh kerajaan yang didominasikan oleh orang Islam maka sudah tentu Islam sedang dimartabatkan di negara kita.Kita mungkin boleh lihat bagaimana kes liwat DSAI (1 & 2) dibicarakan di mahkamah syariah.
Namun faktanya, orang Islam yang mendominasikan kerajaan ketika itu ialah orang Islam yang secular yang menjadikan Mustafa Kamal Artartuk sebagai idola mereka.Kerana itu cadangan prof Ahmad tidak didengari mereka semacam mereka ini cuma ada satu telinga sahaja tetapi ada dua lidah apabila mengiktiraf prof Ahmad Ibrahim sebagai seorang anak melayu yang pintar dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap setiap permasalahan umat dan bangsanya.
Hari ini juga apabila PAS begitu komited untuk melihat hudud dan undang undang Islam ditegakkan di bumi Malaysia, berbagai bagai tohmahan dilemparkan termasuk berpakat dengan puak kafir dan sekular walaupun ada suara yang sengaja dikuatkan meminta PAS bersatu dengan UMNO yang telah jelas dan terbukti sekular.Malah kerana sekularnya UMNO, orang melayu Islam Malaysia terlepas untuk menikmati hasil kepintaran seorang anak bangsanya.
PAS juga diperlekehkan kerana kerjasama ini sehingga dituduh menggadaikan prinsip perjuangan semata mata untuk bergabung dengan DAP dan mengalah dengan PKR yang sekular.Sambil itu dihulurkan tangan UMNO kepada PAS  sedangkan tangan ini jauh lebih sekular dari PKR dan DAP.
Neraga Islam yang dilanungkan oleh Karpal Singh yang nampak semakin nyanyuk dipergunakan kesempatannya untuk membuktikan PAS semakin tunduk kepada DAP, tetapi apabila ditanya apakah negara Islam yang dimaksudkan karpal itu, masing masing buat buat bodoh pulak. Apabila dilapurkan Nik Nazmi sebagai berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia maka bersoraklah puak puak ini mengatakan Nik NAzmi dan PKR adalah sekular, tetapi ketika KJ menyatakan UMNO tidak akan melaksanakan hudud tidak langsung kedengaran suara mereka.Alasannya mungkin boleh difahami, UMNO memang sekular tetapi yang sekular inilah juga yang mahu PAS bersatu dengannya.

Kembali kepada hudud, pasarana yang telah sedia ada di Malaysia sudah tersedia untuk melaksanakan jadi apa yang penting sekarang ini ialah mengubah perlembagaan seperti dicadangkan oleh Prof Ahmad Ibrahim atau mungkin dengan sedikit pengubahsuaian berdasar keadaan semasa,  bagi membolehkan hudud direalisasikan.Ini menjadi bukti jelas bahawa hudud boleh dilaksanakan di Malaysia malah sudah boleh dilaksanakan lama dulu kalau UMNO yang menerima amanah rakyat mahu melaksanakannya.Kenyataan bahawa hudud pula akan dikuatkuasa ke atas orang Islam sahaja secara mutlak sementara bagi orang bukan Islam diberi pilihan samada menerima atau menolak hudud,akan dengan sendirinya menjadi jawaban kepada dakwaan ianya tidak sesuai dilaksanakan terutama kerana kemajmukan negara( kalau ini dipersoalkan oleh prof Agus, inilah juga jawabannya)

DAP: Utusan, Umno politikkan 'tazkirah' Teo

DAP hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Umno mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu.
ean yong going to shah alam police station 050110 01Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan membidas tindakan pihak berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramandan yang suci. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya. 

Malangnya, menurut exco Selangor itu, niat ikhlas ahli parlimen muda berkenaan telah dipermainkan dan dijadikan sebagai satu isu politik dan perkauman dengan niat jahat.

Sehubungan itu, Ean Yong menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.
NONEDalam reaksinya semalam, Mais mengumumkan bahawa pengurusan surau itu telah diambil-alih pihaknya dan surat amaran juga telah dikeluarkan kepada Teo.

“Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang dan mengantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

“Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Menurut Ean Yong sebagai tetamu, Teo akur dengan permintaan berkenaan dan hanya menerangkan maklumat tentang skim bantuan pinjaman pengajian tinggi yang boleh dimohon oleh anak-anak negeri Selangor.
NONE“Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau,” katanya.

Sementara itu,
Malaysiakini juga dihujani oleh panggilan telefon dan email oleh pembaca yang kurang senang dengan akhbar dan parti politik yang didakwa sengaja memainkan sentimen perkauman. Kata mereka, penggunaan perkataan 'tazkirah' bukan sahaja tidak tepat tetapi cuba menyemarakkan rasa marah orang Islam kepada bukan Islam.

Seorang daripada mereka - Azrul Abdullah, malah menyiarkan pautan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) mengenai fatwa 'hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid.'

Berikut petikan 
fatwa berkenaan:
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.


Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang semalam, mahu Majlis Agama Islam Selangor bertindak jika lawatan Teo dianggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya

Saturday, August 21, 2010

KEMPEN BALIK KAMPUNG DENGAN UDARA YANG BERSIH

Isu Khutbah - UMNO kenal tok Arab tetapi tak faham bahasa Arab



Berita TV Selangor melaporkan bahawa isu khutbah Jumaat kedua yang kononnya berdoa untuk Guan Eng menggantikan Yang Di-Pertuan Agong adalah tidak benar sama sekali.

Hj Malik menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa ini adalah rancangan pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan hubungan baik antara Pimpinan Pakatan Rakyat P.Pinang dengan Yang Di-Pertuan Agong.

Manakala YB Mansor Othman TKM 1 juga menafikannya.

Suara TKM 1 sudah ke udara. Sharpshooter dah jawab sebelum ini..adaaaa..terbukti memang ada....

Berita Astro Awani jam 7:45 hari ini menyiarkan berita seorang Imam di sebuah masjid Tasek Gelugor yang mendengar sendiri khutbah tersebut dan beliau menerangkan bahawa doa itu dibaca dalam bahasa Arab yang membawa maksud untuk berdoa agar Allah membuka pintu hati Lim Guan Eng, agar beliau tertarik dengan Islam..itu sahaja bukannya berdoa menggantikan tempat yang Di-Pertuan Agong seperti yang didakwa oleh UMNO.

Inilah punca masalahnya, orang umno hanya kenal tok arab tetapi tak tahu bahasa arab, bahasa Al-Quran.

Apakan daya...ada sekolah agama umno tutup umno nak buka sekolah hamil.

Tulisan jawi di sekolah dihapuskan. Bahasa arab dipinggirkan. Mata pelajaran Islam bukan satu kewajipan.

Alahai lebai malang umno...tak usahlah buat fitnah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Marilah kita banyakkan berdoa dan istigfar pada Allah.

Jadual Lim Guan Eng sempena Ramadhan Al-Mubarak.

DUN
Tarikh/Masa
Lokasi
Catatan
Air Putih
17 Aug., 6.45pm
Kg. Baru
Hong : 016 – 428 0694
Penanti
-
Perai
-
Padang Kota
-
Batu Maung
21 Aug., 6.30pm
Permatang Damar Laut
YB Malik/Rod
Bagan Jermal
2 Sept., 7pm
Masjid At-Taqwa, Mak Mandin
YB LimHS
Batu Lanchang
6 Sept. , 7pm
Flat Taman Sri Damai, hadapan pasar Batu Lanchang
YB Danny Law
Sungai Puyu
5 Sept., 5.30pm
Masjid Jamek Sungai Puyu
YB Phee / Ee Teik : 012 – 429 9848
Bukit Tambun
1 Sept., 6pm
Surau Murai Jaya, Simpang Ampat
Fisol : 013 – 458 6641
Air Itam
29 Ogos, 5pm
Flat Kg. Melayu
YB WHW
Berapit
1 Sept., 7pm
Taman Mutiara Indah
Tong Seng : 016 – 455 4058 ; Suhaimi : 019 – 523 1234
Machang Bubuk
Pulau Tikus
28 Aug., 5.30pm
Masjid Kampung Bagan Jermal
YB KoidTH/Joe :
Sungai Bakap
3 Sept., 7pm
Masjid Kepala Gajah Simpang Empat
YB Maktar : 017 – 464 6052
Bagan Dalam
24 Aug., 6.30pm
Masjid Pangsapuri Sri Bagan, Bagan Dalam
YB
A.Tanaseharan :019 – 446 9054
Permatang Pasir
Komtar
Paya Terubong
30 Aug., 7pm
Surau Paya Terubong, Jalan Paya Terubong (in front of Paya Terubong Petronas)
YB Yeoh SH
Tanjung Bungah
Dato’ Keramat
28 Aug., 7pm
Masjid Acheh Kebun Lama, Jalan Langkawi
YB Jagdeep
Padang Lalang
-
Kebun Bunga
-
Bukit Tengah
Pantai Jerejak
Seri Delima
25 Aug., 6.30pm
Masjid Taman Tun Saardon
Lingam : 012 - 4862552
Sungai Pinang
18 Aug., 7pm
Masjid Kg. Rawa Off Jalan Patani
YB Koid TG : 016 – 433 3038
Pengkalan Kota
Jawi
3 Sept., 6pm
Dewan JKKK Jalan Bukit Panchor
YB TanBH / Halim : 017 – 408 4784
Batu Uban
Penaga
5 Sept., 7pm
Masjid Bakau Tua
Rosidi Hussain : 019 - 4704800
Seberang Jaya
Bertam
27 Aug., 5.30pm
Markas PAS Kampung Bahru,
Latif : 019 – 560 5755
Sungai Dua
27 Aug., 7pm
Masjid Permatang Tok Jaya
Fahmi : 019 – 477 6740
Pulau Betong
4 Sept., 6pm
Masjid Pulau Betong
Shawal : 012 – 424 9004
Teluk Bahang
18 Aug., 6pm
Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau (sumbangan Ramadhan sahaja)
Shawal : 012 – 424 9004
Teluk Air Tawar
2 Sept., 5.30pm
Dewan Masyarakat Telok Air Indah
Salehin : 017 – 427 1581

* Ada Dun yang dalam proses untuk menetapkan tarikh untuk jadual Guan Eng sempena Ramadhan Al-Mubarak.

Guan Eng juga berbuka puasa bersama-sama anak Khariah yang tidak pernah dibuat sebelum ini oleh Ustaz Koh Tsu Koon Ketua Menteri Melayu P. Pinang yang terdahulu.

Sebab itu umno terkejut beruk. Pada mereka ustaz Koh Tsu Koon adalah Ketua Menteri Melayu P.Pinang terbaik kerana bagi peruntukan untuk Hal Ehwal Agama sebanyak RM 12.5 juta.

Manakala Guan Eng Ketua Menteri Cina P.Pinang yang kononnya anti Islam hanya memberi peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sebanyak RM 24.5 juta. Beri peruntukan RM 1.7 juta untuk sekolah Agama Rakyat.

Membuat sekolah agama pertama yang ada kemudahan kelengkapan sains dan komputer. Memberi peruntukan RM1,000.00 kepada setiap masjid untuk program sempena Ramadhan.

Sebab itu umno kata Guan Eng anti Islam. Lu fikir la sendiri...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails