WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 14, 2010

Pendang - Banjir akan dikurangkan 2 tahun lagi.. Insya'allah



Projek mendalam sungai di Pendang RM7j

Johari Baharum berbincang sesuatu dengan seorang pegawai MADA ketika melawat projek mendalam dan meninggikan ban sungai di Pendang, semalam.

PENDANG 13 Jun - Masalah banjir yang melanda daerah ini sejak enam tahun lalu dijangka dapat dikurangkan apabila projek mendalamkan sungai dan meninggikan ban sepanjang 30 kilometer bernilai hampir RM7 juta siap dua tahun lagi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, projek kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu antaranya bertujuan mengelakkan kemusnahan tanaman padi yang ditanggung para pesawah akibat bencana alam berkenaan.
Katanya, ia melibatkan dua fasa iaitu dari Pendang ke Titi Haji Idris dan dari Titi Haji Idris hingga ke Kampung Alor Sakan di Alor Setar yang masing-masing sepanjang 15 kilometer.
''Projek fasa pertama dengan kos RM2.8 juta sedang berjalan dan dijangka siap hujung tahun ini manakala fasa kedua bernilai RM4 juta dijangka siap dua tahun lagi.
''Apabila kedua-duanya siap sepenuhnya kelak, sebahagian masalah banjir di sekitar daerah ini akan dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan sawah padi yang tenggelam akibat banjir di sekitar daerah ini di sini hari ini.
Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau perkembangan projek mendalamkan sungai dan meninggikan ban tersebut.
Banjir yang melanda daerah ini pada minggu lalu mengakibatkan seramai 53 orang daripada 13 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara di Kompleks Rakan Sukan di sini.
Kesemua mangsa dari Kampung Bonggol Besi; Kampung Pondok Haji Hussin; Kampung Bonggol Kambing; Kampung Pondok Hampar Kanan; Kampung Sukamari dan Kampung Kampung Alor Punti.
Mohd. Johari berkata, masalah banjir khususnya di dalam kawasan MADA dijangka dapat diatasi dalam jangka masa panjang apabila projek lencongan selatan dapat disiapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Kata beliau, dalam RMK-10 juga, kementeriannya akan memberi penekanan kepada usaha menaik taraf infrastruktur dan sistem pengairan MADA yang kebanyakannya sudah diguna pakai sejak 1970.
''Jika tidak, masalah banjir yang sudah 12 kali berlaku di negeri ini sejak 2004 sukar diatasi," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, banjir di daerah ini pada minggu lalu mengakibatkan kira-kira 2,074 hektar padi ditenggelami air dengan anggaran kerosakan tanaman padi seluas 600 hektar di wilayah tiga dan empat MADA.
Katanya, hasil bancian, jumlah kerugian sebenar yang ditanggung pesawah dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.
''Kerajaan akan menghulurkan bantuan RM573 setiap hektar kepada petani yang terjejas selepas MADA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selesai menjalankan bancian," katanya.

Apa Kata Mai KITA BOIKOT dari beli Ayam..!!



Boikot peniaga jual ayam mahal


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - "Boikot peniaga yang jual ayam melebihi harga siling."
Itu sahaja langkah paling berkesan sekiranya pengguna di negara ini mahu 'mengajar' sesetengah peniaga ayam yang menaikkan harga ayam.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, pengguna juga perlu membuat pembelian yang betul untuk mengelakkan kerugian.
"Memang lumrah peniaga mengaut keuntungan dengan menaikkan harga tetapi ia terserah kepada pengguna untuk membuat keputusan dalam pembelian.
"Selagi ia tidak melepasi harga siling yang telah ditetapkan, maka ia bukanlah satu kesalahan," ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai harga runcit ayam di seluruh negara naik dengan mendadak apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan.
Kenaikan harga itu menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana ia meningkatkan kos mereka.
Mengulas perkara yang sama, Maamor menambah, walaupun harga siling ayam jenis standard dan super berbeza-beza mengikut negeri iaitu antara RM4.90 hingga RM8 sekilogram namun pengguna perlu menjadikannya rujukan sebelum membelinya.
Selain itu, bagi menghadapi situasi itu, pengguna seharusnya bijak dengan bersedia lebih awal kerana fenomena ini bukan sesuatu yang baru dan sudah boleh dijangka.

Kurangkan banduan berulang




TUANKU ABDUL HALIM (kanan) bersama Hishammuddin (dua dari kiri)
melihat pasu hiasan yang dihasilkan oleh banduan pada majlis perasmian
Penjara Pokok Sena, Kedah semalam.

POKOK SENA - Kementerian Dalam Negeri menyasar mengurangkan 17 peratus jumlah kemasukan banduan secara berulang setahun bagi meringankan beban kewangan kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peratusan ketika ini ialah 16.8 peratus dan kadar itu diharap dapat dikurangkan lagi dalam tempoh beberapa tahun.
Katanya, pengurangan itu juga selaras dengan sasaran Jabatan Penjara dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Sasaran itu adalah atas faktor kesesakan di penjara, beban kewangan dan impak keselamatan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Penjara Pokok Sena di sini semalam.
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian penjara itu. Turut berangkat ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Penjara yang menelan kos RM170 juta itu dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu sekali gus menjadi antara penjara tercanggih di Asia Tenggara.
Hishammuddin berkata, kesesakan di dalam penjara bukan sahaja memberi bebanan besar kepada kerajaan dari segi kos tetapi juga dalam aspek infrastruktur dan anggota Jabatan Penjara.

Sunday, June 13, 2010

BN anjur program tarik sokongan orang muda



Salhan K Ahmad
Jun 12, 10
8:17pm
Kerajaan akan menganjurkan program yang sesuai dengan selera golongan muda masa kini bagi memastikan sokongan mereka tetap memihak kepada BN, kata pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 

Katanya, program berkenaan telahpun digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkannya kelmarin. 

"Sekarang sudah ada petanda golongan muda dalam negara ini bukan menolak establishment dan tidak menolak BN. Mereka semakin hari semakin dekat dengan BN. 

"Kita akan terus berusaha supaya perkara ini akan menjadi lebih kukuh dan mantap lagi. Dalam RMK10 yang telah dibentangkan kelmarin, kita telah huraikan pelbagai program untuk perjuangkan kepentingan golongan muda," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Rally 1Malaysia yang menghimpunkan lebih 10,000 golongan muda di Stadium Putra, Bukit Jalil petang ini. 

Bagaimanapun, beliau berkata golongan muda juga tidak seharusnya mendengar hujah daripada pembangkang yang memperlekehkan kemampuan BN dalam mentadbir negara. 

"Jangan sesiapa cuba perlekehkan kemampuan Malaysia. Jangan ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak memperkecilkan negara Malaysia kita ini. Kita lebih tahu apa yang dia buat," katanya sambil tersenyum. 

Bagaimanapun, melihat reaksi yang hambar kepada tindakannya untuk mengaitkan Anwar, Najib kemudiannya berkata prestasi Malaysia yang dimaksudkannya itu adalah berdasarkan indeks kompetitif yang ditunjukkan oleh negara. 

"Dalam senarai negara berdasarkan indeks kompetitif global, sebuah (firma) perundingan pengurusan membuat penilaian, dalam masa setahun, Malaysia telah melonjakkan kedudukan daripada kedudukan ke-18 ke tangga ke-10 terbaik di dunia," katanya.

Tambahnya, mengikut penilaian berkenaan, prestasi Malaysia adalah lebih baik daripada negara yang dahulunya menjajah negara ini, malah lebih baik daripada negara Jepun. 

"Sekarang kita berada 13 mata lebih baik daripada Jepun. Dalam senarai 10 negara ini, tiada negara OIC lain, tiada negara NAM. Kita berada dalam senarai sepuluh buah negara yang kompetitif di dunia," katanya lagi. 

"Jangan takut kerana BN sudah ada di sini. Kita ada di sini untuk membantu belia melangkah ke hadapan. 

"Malaysia telah berjaya, orang dunia kata kita berjaya, pembangkang menidakkan kita tapi dunia kata Malaysia telah bangkit daripada kedudukan ke-18 hingga ke-10. Jangan ketua ranting mana, pembangkang mana atau mana kelompok pembangkang mana cuba nak menidakkan kita," katanya disambut tepukan hadirin. 

Katanya, kejayaan BN mentadbir negara ini juga dilihat dalam pencapaiannya merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lebih 10 peratus dalam suku pertama tahun ini. 

"Dalam suku pertama tahun ini kita pulihkan ekonomi Malaysia.Negara Greece, Spain, Portugal, hatta United Kingdom pun sekarang dalam keadaan tertekan, tapi dalam suku pertama tahun ini ekonomi kita pulih 10.1 peratus pertumbuhan. 

"Ini jasa siapa? Peranan siapa? Ini peranan BN yang disokong tuan-tuan sekalian," katanya lagi yang turut disambut tepukan. 

Najib kemudiannya turut melancarkan Bas JOM (Jelajah 1Malaysia) yang akan dikenderaani Pemuda BN untuk menerangkan konsep 1Malaysia. 

"Bas ini akan bawa harapan untuk untuk satu masa depan lebih baik bawah BN, itu dia maknanya. 

"Bukan saja lambang BN, bukan saja simbol 1Malaysia tapi bila kita campur BN dan 1Malaysia, kita dapat masa depan lebih baik untuk negara kita," katanya lagi.

Khairy gesa k'jaan segera beri penjelasan


Salhan K Ahmad
Jun 12, 10
8:07pm
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.

"Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.

"(Berjaya dilaporkan berkata) persetujuan dah dapat tapi lesen belum dapat lagi.

"Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu sekiranya betul (persetujuan diberikan)," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Tambahnya, pemimpin BN telah memberikan pandangan mereka melalui "saluran dalaman parti" berhubung isu tersebut.

"Jadi kita dah serahkan kepada perdana menteri pandangan daripada pimpinan parti dan terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan muktamad," katanya lagi.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil petang ini.

Program berkenaan menarik penyertaan lebih 10,000 golongan muda dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin parti komponen BN.
Ditanya mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah pemberian lesen judi itu, Khairy berkata golongan berkenaan sekadar mempolitikkan keadaan.

"(Pakatan Rakyat) akan raih sokongan untuk apa saja sekiranya ia memberi kelebihan kepada mereka," katanya.

Beliau seterusnya mencabar kerajaan Pakatan Rakyat supaya menutup semua premis judi sedia ada.

"Jangan kata tidak praktikal (untuk tutup premis). Kalau (Pakatan) kata boleh tarik balik lesen untuk judi sukan, tunjukkan prinsip sehabisnya.

"Kalau tidak, ia hanya memberi keuntungan politik kepada mereka (dengan) hanya mengambil pendirian separuh-separuh," katanya lagi.

Menurut Khairy, beliau ingin melihat Pakatan menunjukkan keterbatasan dalam tindakan mereka, dengan mengemukakan cabaran tersebut.

"Tapi kita hendak tengok juga keterbatasan hasrat pembangkang itu.

"Contohnya mereka bantah lesen judi sukan, apabila kita cabar mereka buat sesuatu, kerajaan bawah Pakatan Rakyat katakan mereka tidak akan benarkan premis tersebut daripada beroperasi dan akan tarik balik lesen mereka.

"Masalahnya bila dicabar lagi, (kita) kata kalau macam itu, kenapa tidak hapuskan semua premis 4D, Magnum, Sports Toto, oh... dia kata tidak praktikal.

"Jadi anda tahulah pembangkang hanya bermain politik," katanya lagi.

PAS tampilkan 'ikon' bola anti-judi



Jimadie Shah Othman
Jun 13, 10
9:01am
PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya. 

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aski menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.
Ajak Dr M, Pak Lah berdemo
Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir.

"Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. 

"Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini. 

"Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.

Rampas Penang : Mimpi Dato Azhar mungkin menjadi nyata..


Dalam satu temubual denganfreemalaysiatoday Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato Azhar Ibrahim telah menyuarakan keyakinannya bahawa UMNO/BN akan kembali menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 yang akan datang.
Keyakinannya berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah UMNO yang kononnya kini semakin kuat di Pulau Pinang, Sokongan masyarakat India yang telah kembali kepada BN dan juga ramai pengundi yang dulunya mengundi PR kini telah sedar akan permainan politik PR.
Keyakinannya itu telah ditempelak hebat oleh penyokong –penyokong Pakatan Rakyat hinggakan ada yang menyarankannya agar terus bermimpi..
Sebenarnya… Mimpi Azhar itu ada asasnya dan mungkin jadi kenyataan..
Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada dasarnya mungkin dilihat kuat dan amat sukar untuk digugat oleh UMNO/BN oleh penyokong – penyokong yang tidak pernah terlibat dengan aktiviti Parti baik PKR mahupun PAS malah DAP.
Urusan Pentadbiran oleh Ketua Menteri Lim Guang Eng memang tidak dapat dinafikan jauh lebih baik dari pentadbiran oleh UMNO/BN dulu.
Tetapi bagi yang aktif dalam menggerakkan parti diperingkat Ranting /Cawangan ataupun Cabang /Bahagian hanya sikap HIPOKRIT yang akan menafikan segala kebenaran.
Dalam mentadbirkan secara jauh lebih baik dari UMNO/BN pemimpin-pemimpin PR juga dikatakan mula jauh dari pengundi dan penyokong mereka sendiri.
Ini sebenarnya telah disuarakan sendiri oleh pengundi-pengundi, malangnya suara ini telah ditapis dari sampai ketelinga pemimpin-pemimpin PR. Ditapis oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi yang berada disekeliling pemimpin-pemimpin PR yang mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin PR.
Pernahkah anda sekelian mendengar apa rungutan dari akar umbi yang menyokong PR semasa PRU12 dahulu?
Pernahkah anda sekelian duduk mendengar luahan perasaan kecewa mereka yang menyokong PR semasa PRU12 yang lalu?
Jika tidak .. bacalah, ini hanyalah sebahagian dari luahan kekecewaan mereka..
Suatu ketika dahulu, ketika perayaan Deepavali menjelang tiba.. secara tidak dirancangkan telah berlaku pertemuan antara aku dan beberapa orang kenalan yang berpengaruh terhadap masyarakat India di Kawasan mereka.
Dalam pertemuan itu mereka telah mengatakan mereka merasakan diri mereka langsung tidak dihargai oleh PR walaupun sebelum PRU12 mereka telah bertungkus lumus membantu kempen pilihanraya PR.
Bila ditanya apa sebabnya mereka berkata begitu? Jawabnya selepas wakil parti yang disokong mereka telah menang, mereka tidak pernah dijenguk sekalipun oleh wakil yang menang itu.
Mereka sedar mereka adalah golongan minority, tetapi tidak tahukah wakil mereka yang telah menang itu menunjukkan sedikit penghargaan? Tunjukkanlah penghargaan biarpun dengan sekeping poskad kata mereka.
Ini tidak, jangankan poskad, Banner yang mengucapkan ‘Happy Deepavali‘ buat merekapun tidak kelihatan kata mereka lagi..
Rungut mereka lagi banyak majlis yang dianjurkan mereka yang sepatutnya dihadiri dan dirasmikan oleh Wakil Rakyat berakhir dengan Wakil Rakyat tak kunjung tiba biarpun telah berjanji..
Ayat ini tidak mungkin akan aku lupakan.. kata seorang dari mereka “INGAT! KAMI MASYARAKAT INDIA TIDAK MEMERLUKAN BIAR SATU SEN PUN SEDEKAH DARI PEMIMPIN PR.. TETAPI KERANA SEDEKAH (UNDI) KAMI PEMIMPIN PR BERADA DIKERUSI YANG EMPUK DAN BILIK BERHAWA DINGIN ITU”
Itu sebahagian ketidak puashatian pengundi dari Kaum Minoriti.
Dan ketika perayaan Deepavali tiba telah kelihatan kelibat seorang pemimpin UMNO mengunjungi hampir kesemua rumah mereka yang menyambut Deepavali diperkampungan mereka itu. Dengan meninggalkan kenderaan mewahnya ditepi jalan dia berjalan kaki dari rumah ke rumah mereka-mereka yang menyambut Deepavali hari itu..
Dimana Wakil mereka ketika itu? Wakil dari Pakatan Rakyat yang disokong mereka , Adakah sibuk dengan urusan pentadbiran menjadi alasan? 
Sibuk?? Sibuk atau tidak itu pilihan mereka yang menjadi Wakil Rakyat, tiada paksaan, jangan lupa dengan tiadanya sokongan dari golongan yang dikatakan minoriti ini mereka tidak akan sibuk.. 
Manakala ini pula rungutan dari ketua-ketua Ranting/Cawangan yang kebanyakkan dari mereka kini menjadi Pengerusi JKKK.
Ramai dari Pengerusi JKKK ini telah merungut tentang kelewatan tindakan yang diambil oleh MPSP ataupun MPPPdalam menangani aduan mereka. Ada antara mereka yang mendakwa semasa Barisan Nasional memerintah dulu tindakan yang diambil untuk menyelesaikan aduan yang dibuat jauh lebih cepat dari masa yang diambil apabila Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang.
Antara yang sering menjadi aduan mereka ialah kutipan sampah yang tidak tentu masa kutipannya hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Akibat dari sampah yang dikutip tidak mengikut jadual itu ada antara mereka Pengerusi JKKK itu telah ditanya dan ada juga antara mereka yang bertanya dengan nada kecewa “ KENAPA SEMASA BARISAN NASIONAL MEMERINTAH DULU TIDAK TIMBUL ISU BEGINI TETAPI APABILA PAKATAN RAKYAT BERKUASA MASAALAH SAMPAH INI PUN TAK DAPAT NAK DISELESAIKAN?”
Hmm.. apa jawapan anda?
Yang menarik tentang Isu Sampah ini.. bila aduan dikemukakan kepada Wakil Rakyat mereka dari Pakatan Rakyat jawapannya ialah “Kami AKAN mengambil tindakan yang sewajarnya”.. 
Tetapi apabila aduan disampaikan kepada Wakil UMNO/BN yang kalah dalam PRU12 yang lalu dia tidak memberikan jawapan AKAN mengambil tindakan tetapi TERUS mengambil tindakan menghubungi pihak yang sepatutnya dan masaalah diselesaikan dalam masa 24 Jam.
Selain itu ramai juga Pengerusi JKKK yang merungut mengatakan ketika PRU12 yang lalu mereka telah menubuhkan Ranting/Cawangan hingga kehari ini mereka boleh melantik AJK mereka secara rasmi kecuali mengekalkan AJK Semasa Kempen Pilihanraya yang lalu..
Kenapa? Kerana Wakil Rakyat mereka tidak pernah mengambil tahu status Ranting/Cawangan yang mereka tubuhkan itu, masih ada atau telah berkubur tiada dipedulikan oleh Wakil Rakyat mereka.
Mereka juga masih tidak dibekalkan dengan Perlembagaan Parti walaupun telah lebih dari dua tahun memohonnya, maka lahirlah suara begini “PARTI KOMUNIS PUN ADA PERLEMBAGAAN TAHU TAK?”
Dan apabila tiada AJK yang boleh dilantik secara rasmi, maka bertanya lah penyokong atau pengundi PR dikawasan itu “ Ranting/Cawangan kita dah berkuburkah?”
Cukuplah sedikit rungutan itu untuk dikongsi bersama.. 
Sebenarnya keyakinan Ketua Pembangkan dari UMNO itu berasas kerana beliau menyedari semua diatas telah dan sedang berlaku dibeberapa kawasan yang UMNO/BN telah kalah semasa PRU12 yang lalu..
Jika tiada perhatian diberikan oleh Pemimpin – pemimpin PR, UMNO /BN pasti akan menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti…..

Duit kerajaan semakin kering?

Duit kerajaan semakin kering?


Oleh Amin Iskandar
Sejak akhir-akhir ini, kita seringkali terdengar mengenai subsidi yang hendak ditarik, GST akan diperkenalkan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat kelas bawah. Selain daripada itu terdengar juga isu mengenai judi bola yang dihalalkan oleh kerajaan.
Bunyi-bunyi sebegini biasanya kedengaran apabila kerajaan sudah hampir kehabisan wang. Salah satu petanda lagi bahawa kerajaan sudah kehabisan wang ialah apabila desakan keras dibuat agar pesalah-pesalah trafik membayar saman.
Terbaru ialah ugutan terhadap pesalah trafik yang akan disenaraihitamkan walaupun tidak menerima notis saman. Klik disini. Jadi jika anda dengar menteri-menteri berkata bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan baik tetapi perkara-perkara diatas masih tetap berlaku, itu menipu namanya.
Menurut maklumat daripada berberapa pegawai kerajaan, ada kementerian yang tidak mempunyai wang untuk membayar gaji pekerja-pekerja mereka. Pegawai kerajaan tahu sangat mengenai perkara ini.
Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk hidup susah dalam jangkamasa terdekat ini. Dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang, kesemua barang keperluan asas akan menjadi mahal. Rakyat mungkin selesa sebentar sehinggalah pilihanraya umum ke 13. Selepas itu, semua barang akan menjadi mahal.

PAS sudah 2 langkah ke-depan untuk memenuhi impian "PAS For All"

PAS sudah 2 langkah ke-depan untuk memenuhi impian "PAS For All"
Posted on Saturday, June 12 @ 19:28:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh songkokputih

Open ArtikelOleh: cucupakkasim

"Kalau kita semua ingat, baru saja tahun lepas semasa dalam satu majlis anjuran PAS, ada sekumpulan kecil 'hardcore' PAS yang menganggap diri mereka sebagai kumpulan penentang dalam PAS yang akan membetulkan apa yang tidak betul dalam PAS telah mengecam pemerhati-pemerhati dan pemberita-pemberita wanita yang bukan islam kerana kehadiran mereka pada majlis itu telah tidak menutup kepala dan pakaian mereka dikatakan tidak memenuhi kehendak kumpulan ini.

Insiden itu berlaku pada tahun lepas di muktamar PAS di-Shah Alam, dimana pada muktamar itu juga sesetengah perwakilan telah banyak melepaskan geram mereka dengan mengkeritik secara terbuka Pakatan Rakyat, terutamanya rakan gabungan PR iaitu DAP, juga yang tidak terlepas diserang ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Tetapi pada muktamar kali ini di-PUTIK di-Kota Bahru, pemimpin-pemimpin PAS termasuk mereka yang dalam kumpulan ulama konservatif atau Dewan Ulama telah menghamparkan permaidani hijau untuk menyambut penyokong-penyokong dan rakan-rakan bukan islam lelaki dan wanita dengan hati yang terbuka dan penuh keiklasan.

Ulama konservatif ini juga pada muktamar tahun ini bercakap tentang perlunya menyediakan kelas-kelas pembelajaran bahasa mandarin untuk ahli-ahli PAS mendekati rakyat bangsa cina.

Pada muktamar kali ini juga sayap baru dalam PAS iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS telah ditubuhkan dengan resminya dan sehubungan dengan itu PAS juga telah mencadangkan agar calon bukan islam diletakan untuk membawa lambang PAS pada pilihanraya umum ke-13 tahun depan.

Dengan perkembangan ini, kita tidak dapat menyalahkan sesiapa jika dua langkah PAS yang ke depan ini terlalu cantik bak kata orang putih "Too Good To Be True". Langkah ini lah yang telah menakutkan UMNO/BN kerana tercari-cari apa formula yang Nik Aziz pakai sehingga pemikiran ulama konservatif tadi telah bertukar hanya dalam masa satu tahun.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula telah berpendapat yang Nik Aziz lah yang merupakan master mind untuk menyedarkan golongan ulama konservatif ini tentang realiti politik berbilang kaum dan berbilang bangsa dan juga merupakan orang yang telah banyak melakukan perubahan dalam perjuangan PAS terutama dasar-dasar mereka yang dah lapuk seiring dengan kemajuan dan kebijaksanaan rakyat berpolitik.


BRAVO !!! TG Nik Aziz ...

Rupa rupanya ada kapal dagang Israel di pelabuhan Kelang?

Rupa rupanya ada kapal dagang Israel di pelabuhan Kelang?
Posted on Saturday, June 12 @ 19:23:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh songkokputih

ResponOleh: notan

"Assalamualaikum,

TV 3 suku menyiarkan secara ringkas demostrasi aman pekerja pelabuhan Kelang menuntuk kerajaan menghalang kapal dagang Israel belabuh di pelabuhan Kelang.Dalam siaran berita itu juga diselit kenyatan menteri pengangkutan yang menyatkan kapal dagang Israel dibenarkan belabuh di pelabuhan kelang atas tujuan perdagangan.Pelik benar bunyi kenyataan ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

 Dan lebih menarik lagi apabila wakil pekerja yang bercakap di TV 3 suku meyebut bahawa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke GAZA disekat tetapi kita pula membenarkan kapal Israel berlabuh di negara kita.Juga disebut bahawa sebuah kapal dagang Israel berlabuh di pelabuhan kelang pada 1hb Jun lalu dan sebuah lagi akan berlabuh tidak lama lagi(lupa tarikh yang disebut dalam berita itu).Apakah selama ini kerajaan Malaysia menipu rakyat yang bangkit menentang pencerobohan Israel dan apakah kerajaan yang membentangkan usul mengutuk Israel di parlimen hanya berpura pura?TPM yang menyifatkan Israel sebagai lanun pula bagaimana?Pembohongkan dia?
 Demo ini melondehkan kepura puraan kerajaan ketika menyambut para aktivis, ketika membentangkan usul dan ketika mengajak rakyat menentang Israel.Kerajaan Malaysia memang ada hubungan dengan Israel dan dakwaan bahawa minyak sawit negara serta satu bahan kimia yang dikeluarkan di negara kita dijual kepada Israel didedahkan oleh pekerja pelabuhan Kelang hari ini.
Apa lagi yang mahu dibuktikan kerana semuanya sudah terbukti.Hubungan baik Kerajaan Malaysia dengan Israel memang wujud.Ketika Israel terus membunuh rakyat palestin, kerajaan Malaysia terus membantu Israel dengan minyak sawitnya yang dihasilkan oleh peneroka felda, penyokong tegar kerajaan.
Ketika Israel menyerang dan merampas kapal kemanusiaan GAZA, kerajaan Malaysia masih menjalinkan kerjasama dengan Israel dan membenarkan pula kapal dagang mereka berlabuh dan terus memberi kebenaran untuk sebuah lagi kapal dagang Israel berlabuh.Apa erti ketetapan 15 perkara kerajaan?Apa erti perarakan dan memo bantahan rakyat kepada kedutaan Amerika?Ertinya kerajaan Malaysia menipu rakyat.Kerajaan Malaysia masih enggan memutuskan kontrak dengan APCO dan kerajaan Malaysia masih berhubung dengan Israel.
"
 

Rancangan Malaysia ke 10 : Rancangan Pak kadok


Rancangan Malaysia ke 10 : Rancangan Pak kadok
Posted on Saturday, June 12 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: notan

"Assalamualaikum...Matlamat kerajaan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan ini hanya tertumpu kepada aspek meningkatkan produkviti negara yang kalau dikaji menerusi pembentangan rancangan ke 10 oleh Najib tertumpu kepada bahagian ini :

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
Ternyata kerajaan mengharapkan sektor minyak dan gas sebagai tumpuan utama menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi kerana sehingga kini minyak dan gas merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.Akan tetapi sekiranya benar minyak dan gas boleh memacu ekonomi negara ke arah ekonomi yang berprestasi tinggi dan menghasilkan pendapatan per kapita yang tinggi, sudah lama negara mencapainya, kerana minyak dan gas sudah lama menghasilkan pendapatan lumayan kepada negara.Hasil minyak dan gas seperti disebut oleh DSAI mampu menyediakan kemudahan perubatan yang selesa untuk rakyat,mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat,mampu memberikan infra struktur percuma kepada rakyat dan mungkin juga mampu memberikan pengecualian cukai yang banyak kepada rakyat.Namun sehingga rancangan Malaysia ke 10 dilancarkan, minyak dan gas tidak berupaya memberikan semua keselesaan yang sepatutnya dinikmati rakyat.Jadi kali ini, apakah Najib benar benar mahu melihat minyak dan gas memberikan pendapatan yang tinggi kepada semua golongan rakyat?Kalau benar Najib mahu melihat begitu kenapa tiada koperasi minyak dan gas seperti dicadangkan lebih 20 tahun lalu, kenapa tiada pembentukan jawatankuasa rakyat bagi memantau pengagihan hasil minyak dan gas pada tahap yang produktif dan inklusif?
Rancangan yang dinyatakan dalam pembentangan Malaysia ke 10 tidak mesra rakyat sebaliknya penubuhan beberapa agensi baru yang dicadangkan hanya akan mempergiatkan lagi aktiviti lanun dalam menyamun peruntukan yang diberikan. Sehubungan dengan itu pemacuan sektor sektor yang dinyatakan itu tidak akan mampu memberi peningkatan pendapatan kepada rakyat secara menyeluruh.
Sektor pertanian umpamanya, dengan ketiadaan pelan pemasaran yang efektif seperti persetujuan kerajaan untuk menjadi pemborong kepada kesemua hasil mashur pertanian negara dalam apa jua keadaan tidak akan memungkinkan peningkatan pendapatan sektor berkenaan.Kerajaan yang menjadi pengguna utama hasil pertanian sejak dulu langsung tidak mahu mendengar keluhan para petani dan nelayan sebaliknya, kerajaan lebih selesa untuk memberikan permit import kepada individu inviddu tertentu untuk membawa masuk sayur sayuran,buah buahan dan ikan dari negara lain.Akibatnya sektor pertanian kehilangan ransangan terbesar untuk berkembang dan dalam rancangan Malaysia ke 10 tidak disebut secara khusus mengenai rancangan kerajaan untuk meransang sektor berkenaan walaupun disebut matlamat meningkatkan pendapatan secara pengkhususan.Bagaimana sektor ini mampu berkembang kalau kerajaan tidak ikhlas dalam membantu?Dan bagaimana sektor ini boleh memberikan peningkatan pendapatan kepada rakyat secara menyeluruh?Amat meragukan.
Begitu juga sektor sektor keutamaan lain yang disebut secara umum sahaja pasti tidak akan mampu mencapai matlamat yang digariskan kerajaan.Sementara tindakan yang dicadangkan kerajaan sepanjang tempoh 5 tahun rancangan Malaysia ke 10 tidak akan menjadi pemangkin kepada keupayaan sebenar ekonomi untuk berkembang dan memberikan pendapatan kepada rakyat sebaliknya, ia hanya akan memberikan ruang yang cukup luas kepada golongan golongan tertentu terutama para kontraktor dan pembekal dan orang orang politik yang terlibat dengan agensi yang ditubuhkan untuk membuat duit.
Pembinaan lebuh raya pantai timur dari kuantan ke Kuala Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM3.7 billion umpamanya, tidak akan memberi apa apa kelebihan kepada rakyat kerana apabila siap nanti, rakyat yang menggunakan lebuhraya tersebut akan terpaksa membayar tol.AIM dan TEKUN pula akan terus memberi kelebihan kepada UMNO dan orang orangnya apabila tidak disebut langsung bahawa pengurusan kedua duanya akan diubah, bermakna pengurusan kedua dua dana bantuan kerajaan ini akan terus diurus oleh tokey tokey UMNO dan penyelewengan yang berlaku akan terus berlaku, tiada perubahan.
Kalau nak diulas satu per satu, kesemua sektor yang diberi keutamaan itu sebenarnya merupakan sektor yang sudah banyak menyumbang kepada KDNK negara tetapi sehingga kini masih gagal dinikmati oleh semua golongan rakyat kerana banyak penyelewengan yang berlaku.Oleh itu untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi untuk rakyat, semua penyelewengan ini mesti dibendung tetapi tiada sebarang usaha yang dicadangkan untuk membendung penyelewengan itu selain dari cadangan untuk mempermudahkan undang undang kebangkrapan.Cantik usaha kerajaan ini kerana mempermudahkan undang undang kebangkrapan akan memberi banyak kelebihan kepada pemimpin dan ahli UMNO, bukannya boleh membawa negara menjadi negara yang berpendapatan tinggi.
Paling utama, tiada produk khusus disebut bagi menggerakkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat.Oleh itu harapan menjadikan negara sebagai negara berpendatan tinggi hanya satu retorik Najib yang sebenarnya mahu menyelesaikan beberapa masalah UMNO dan kroninya sahaja.Najib mahu memberitahu rakyat bahawa dengan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi maka subsidi boleh dirasionalkan atau dihapuskan secara berperingkat peringkat tetapi Najib lupa bahawa semua peruntukan yang dibuat dalam rancangan Malaysia ke 10 ini adalah wang rakyat.
Nampaknya, Najib lupa bahawa rancangannya ini tak ubah seperti rancangan Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.
"
 

Muktamar PAS ke-56:Merealisasikan impian "PAS For All"

Muktamar PAS ke-56:Merealisasikan impian "PAS For All"
Posted on Saturday, June 12 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: cucupakkasim

"

Keputusan Haji Hadi mengumumkan yang orang bukan islam akan dibenarkan menjadi calun dengan menggunakan tiket PAS telah disambut oleh gurkah-gurkah politik di'port' dengan berbagai-bagai reaksi. Ada yang pro, dan ada yang kontra.

Yang pro okey laa ... setuju sangat-sangat untuk merealisasikan impian sepertimana yang diinginkan iaitu 'PAS for all'.

Tetapi kepada yang kontra pula gurkah-gurkah ini sudah mula mempersoalkan keikhlasannya dalam perkara ini kerana PAS belum bersedia untuk mengubah dasar perlembagaan mereka berhubung dengan kemasukan ahli-ahli bukan islam ini ke dalam PAS.

Gurkah-gurkah ini berpendapat yang keputusan Hadi itu merupakan tiket untuk membuktikan yang parti PAS sedang mencari kesesuaian politik dengan bangsa lain kerana bukan islam ini hanya akan dibenarkan menjadi calun PAS tetapi cuma menggunakan lambang bulan mereka, sepertimana Ibrahim Ali dari Pasir Mas.

Untuk ahli-ahli PAS dan pengundi-pengundi, keputusan ini disambut baik sebab buat masa sekarang banyak rakyat-rakyat dari kaum india dan cina ini sedang meluat dan tak boleh pandang kerajaan BN, tetapi untuk jangka panjang?

Gurkah-gurkah politik ini juga tak berapa yakin dengan keputusan yang dibuat sebab kemasukan sokongan dari kaum-kaum india dan cina ini sebenarnya masih lagi baru dan tambahan pula gurkah-gurkah politik di'port' sebenarnya tidak begitu yakin kerana ilham untuk meletakan calun bukan islam ini datangnya daripada mereka yang tidak pernah menjangka yang senario politik Malaysia akan jadi kalut macam sekarang ini.

dollah yankee -
Motto tu dah memang cantik..."PAS For All"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails