Rancangan Malaysia ke 10 : Rancangan Pak kadok Posted on Saturday, June 12 @ 12:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh: notan
"Assalamualaikum...Matlamat kerajaan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan ini hanya tertumpu kepada aspek meningkatkan produkviti negara yang kalau dikaji menerusi pembentangan rancangan ke 10 oleh Najib tertumpu kepada bahagian ini :
* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
Ternyata kerajaan mengharapkan sektor minyak dan gas sebagai tumpuan utama menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi kerana sehingga kini minyak dan gas merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.Akan tetapi sekiranya benar minyak dan gas boleh memacu ekonomi negara ke arah ekonomi yang berprestasi tinggi dan menghasilkan pendapatan per kapita yang tinggi, sudah lama negara mencapainya, kerana minyak dan gas sudah lama menghasilkan pendapatan lumayan kepada negara.Hasil minyak dan gas seperti disebut oleh DSAI mampu menyediakan kemudahan perubatan yang selesa untuk rakyat,mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat,mampu memberikan infra struktur percuma kepada rakyat dan mungkin juga mampu memberikan pengecualian cukai yang banyak kepada rakyat.Namun sehingga rancangan Malaysia ke 10 dilancarkan, minyak dan gas tidak berupaya memberikan semua keselesaan yang sepatutnya dinikmati rakyat.Jadi kali ini, apakah Najib benar benar mahu melihat minyak dan gas memberikan pendapatan yang tinggi kepada semua golongan rakyat?Kalau benar Najib mahu melihat begitu kenapa tiada koperasi minyak dan gas seperti dicadangkan lebih 20 tahun lalu, kenapa tiada pembentukan jawatankuasa rakyat bagi memantau pengagihan hasil minyak dan gas pada tahap yang produktif dan inklusif?
Rancangan yang dinyatakan dalam pembentangan Malaysia ke 10 tidak mesra rakyat sebaliknya penubuhan beberapa agensi baru yang dicadangkan hanya akan mempergiatkan lagi aktiviti lanun dalam menyamun peruntukan yang diberikan. Sehubungan dengan itu pemacuan sektor sektor yang dinyatakan itu tidak akan mampu memberi peningkatan pendapatan kepada rakyat secara menyeluruh.
Sektor pertanian umpamanya, dengan ketiadaan pelan pemasaran yang efektif seperti persetujuan kerajaan untuk menjadi pemborong kepada kesemua hasil mashur pertanian negara dalam apa jua keadaan tidak akan memungkinkan peningkatan pendapatan sektor berkenaan.Kerajaan yang menjadi pengguna utama hasil pertanian sejak dulu langsung tidak mahu mendengar keluhan para petani dan nelayan sebaliknya, kerajaan lebih selesa untuk memberikan permit import kepada individu inviddu tertentu untuk membawa masuk sayur sayuran,buah buahan dan ikan dari negara lain.Akibatnya sektor pertanian kehilangan ransangan terbesar untuk berkembang dan dalam rancangan Malaysia ke 10 tidak disebut secara khusus mengenai rancangan kerajaan untuk meransang sektor berkenaan walaupun disebut matlamat meningkatkan pendapatan secara pengkhususan.Bagaimana sektor ini mampu berkembang kalau kerajaan tidak ikhlas dalam membantu?Dan bagaimana sektor ini boleh memberikan peningkatan pendapatan kepada rakyat secara menyeluruh?Amat meragukan.
Begitu juga sektor sektor keutamaan lain yang disebut secara umum sahaja pasti tidak akan mampu mencapai matlamat yang digariskan kerajaan.Sementara tindakan yang dicadangkan kerajaan sepanjang tempoh 5 tahun rancangan Malaysia ke 10 tidak akan menjadi pemangkin kepada keupayaan sebenar ekonomi untuk berkembang dan memberikan pendapatan kepada rakyat sebaliknya, ia hanya akan memberikan ruang yang cukup luas kepada golongan golongan tertentu terutama para kontraktor dan pembekal dan orang orang politik yang terlibat dengan agensi yang ditubuhkan untuk membuat duit.
Pembinaan lebuh raya pantai timur dari kuantan ke Kuala Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM3.7 billion umpamanya, tidak akan memberi apa apa kelebihan kepada rakyat kerana apabila siap nanti, rakyat yang menggunakan lebuhraya tersebut akan terpaksa membayar tol.AIM dan TEKUN pula akan terus memberi kelebihan kepada UMNO dan orang orangnya apabila tidak disebut langsung bahawa pengurusan kedua duanya akan diubah, bermakna pengurusan kedua dua dana bantuan kerajaan ini akan terus diurus oleh tokey tokey UMNO dan penyelewengan yang berlaku akan terus berlaku, tiada perubahan.
Kalau nak diulas satu per satu, kesemua sektor yang diberi keutamaan itu sebenarnya merupakan sektor yang sudah banyak menyumbang kepada KDNK negara tetapi sehingga kini masih gagal dinikmati oleh semua golongan rakyat kerana banyak penyelewengan yang berlaku.Oleh itu untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi untuk rakyat, semua penyelewengan ini mesti dibendung tetapi tiada sebarang usaha yang dicadangkan untuk membendung penyelewengan itu selain dari cadangan untuk mempermudahkan undang undang kebangkrapan.Cantik usaha kerajaan ini kerana mempermudahkan undang undang kebangkrapan akan memberi banyak kelebihan kepada pemimpin dan ahli UMNO, bukannya boleh membawa negara menjadi negara yang berpendapatan tinggi.
Paling utama, tiada produk khusus disebut bagi menggerakkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat.Oleh itu harapan menjadikan negara sebagai negara berpendatan tinggi hanya satu retorik Najib yang sebenarnya mahu menyelesaikan beberapa masalah UMNO dan kroninya sahaja.Najib mahu memberitahu rakyat bahawa dengan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi maka subsidi boleh dirasionalkan atau dihapuskan secara berperingkat peringkat tetapi Najib lupa bahawa semua peruntukan yang dibuat dalam rancangan Malaysia ke 10 ini adalah wang rakyat.
Nampaknya, Najib lupa bahawa rancangannya ini tak ubah seperti rancangan Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.
"
No comments:
Post a Comment