WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 18, 2010

Kisah Pengembala Kambing dan Harimau.

"Assalamualaikum.....
Semasa kecil kecil dulu, aku teruja dengan satu kisah yang selalu diceritakan oleh ibu, ia itu kisah bagaimana seorang remaja yang mengembala kambing  mempermain mainkan beberapa orang dewasa yang sedang berkebun bersebelahan padang ragut tempat ternakannya sedang makan rumput.Kisahnya bermula apabila satu hari remaja yang gemar mempermainkan orang itu mendapat idea untuk memperdayakan pekebun pekebun tersebut.Lalu dia menjerit sekuat hatinya "tolong, tolong harimau sedang makan kambing saya".Setelah beberapa kali jeritan itu,


maka datanglah para pekebun tersebut dengan cangkul dan parang untuk mengusir hariamu yang disangkakan sedang membaham kambing remaja itu.Tetapi apabila pekebun pekebun itu sampai, remaja itu ketawa berdekah dekah sambil  berkata "padan muka semua, kena tipu".Marahnya pekebun pekebun tersebut tidak dapat digambarkan sambil meninggalkan padang ragut itu untuk kembali ke kebun mereka.Hari berlalu, ditakdirkan ALLAH satu hari harimau betul betul datang untuk membaham kambingnya.Ketika itu remaja berkenaan panik sambil berteriak meminta pertolongan.Mendengar jeritan remaja itu, para pekebun tidak mengendahkannya kerana menyangka ianya satu lagi lakonan.Pendek cerita, habis kambingnya dibaham harimau.Demikian adanya cerita yang selalu aku dengar di zaman kanak kanak aku.
Tetapi tidak terduga juga kisah ini boleh didengar lagi setelah umur hampir mencecah 50 tahun dengan versi dan persekitaran yang berbeza.Kisah yang baru aku dengar ini ialah kisah Abu Zahrin dari satu pulau yang dikenali sebagai Pulau Mutiara.Mula mula dia melompat mengkhianati amanah dengan dakwaan hilang kepercayaan kepada kepimpinan.Satu dakwaan yang pada aku menyamai sikap remaja pengembala kambing memperdayakan para pekebun, kemudian Abu Zahrin mendakwa mahu berkhidmat kepada pengundinya melalui konsesus bebas walaupun pengundinya menuntut beliau meletakkan jawatan.
Lebih teruk dari itu, Abu Zahrin mengugut untuk menyaman  KM Pulau Mutiara kerana menuduh dia meminta projek jutaan ringgit dari kerajaan negeri  tetapi sampai hari ini saman tersebut masih belum dihantar ke mahkamah.Sehinggalah DSAI mendedahkan Abu Zahrin menerima RM2 juta dan sebuah bunglow dari UMNO sebagai balasan lompat bergalahnya.Sekali lagi Abu Zahrin melompat dan meminta DSAI mengemukakan bukti dan apabila DSAI mengatakan bukti itu akan dikeluarkan pada masa yang sesuai, Abu Zahrin cepat cepat mengatakan DSAI sebagai ketua pembohong.
Inilah versi remaja pengembala kambing yang lebih sofsikated kerana cara dia mengeluarkan kata katanya lebih hebat dari kata kata remaja pengembala kambing yang hanya memperdayakan para pekebun dengan lawak harimau baham kambingnya saja, tetapi lawak Abu Zahrin sudah memasuki beberapa fasa yang menunjukkan keberaniannya bermain dengan fakta.Tetapi Abu Zahrin lebih tahu bahawa ada harimau sedang menanti untuk membahamnya.Harimau tersebut hanya menunggu masa yang sesuai untuk menerkam dan menamatkan riwayatnya.Abu Zahrin bagaimanapun masih percaya bahawa dia masih mampu berdepan dengan harimau itu tidak seperti remaja pengembala kambing.
Kerana itu Abu Zahrin tetap lancang menutup semua perbuatannya dengan cabaran demi cabaran.Sedangkan fakta sudah jelas, kalau sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan, kenapa hanya keluar parti dan tidak meletakkan jawatan sebagai MP yang diperolehi menerusi parti? Kalau bukan kerana belacan UMNO apakah sebab yang lain yang lebih munasabah baginya untuk kekal sebagai MP bebas?Abu Zahrin menipu rakyat seperti remaja pengembala kambing itu menipu para pekebun, tetapi harimau tetap ada menunggu masa untuk menerkam.Nantikan  wahai Abu Zahrin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails