WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Kabinet Najib;Menteri bekerja untuk Najib dan Big Mama

  "Assalamualaikum..Kali pertama dalam sejarah Malaysia sejak merdeka, kabinet kerajaan terdiri dari sebahagian besar dari mereka yang dilantik sebagai ahli dewan negara atau senator.Menteri yang dilantik dari kalangan senator ini pula layak menerima gaji dan imbuhan seorang menteri penuh dan paling menarik, mereka tak perlu bekerja keras untuk memenangi pilihanraya,malah ada yang tewas pilihanraya turut dilantik.


Demikianlah lop hole dalam sistem politik negara yang dimanupulasi oleh PM Najib tanpa mengambil kira aspirasi rakyat dan kefahaman umum mengenai perlantikan menteri yang gajinya dibayar oleh rakyat.Bayangkan seorang yang ditolak rakyat semasa pilihanraya tiba tiba jadi menteri menguruskan hal ehwal wanita dan keluarga sambil setiap bulan menerima gaji menteri dari wang rakyat.Cukup mudah untuk jadi menteri tetapi lebih mudah bagi PM Najib melantik sesiapa yang boleh bekerja untuknya bukan untuk rakyat dengan menggunakan duit rakyat.Memang mudah bagi seorang PM mengawal pergerakan menterinya dan memastikan setiap orang menteri bekerja untuk kepentingannya termasuk untuk kepentingan Big Mama juga.




Maruah dan kehormatan seorang menteri bukan lagi diukur oleh penerimaan rakyat tetapi cukup sekiranya diterima dan mudah dikawal oleh PM.Sebab itu kita banyak mendengar perlakuan karton beberapa menteri akhir ahkir ini, Idris Jala dengan ugutan negara akan bangkrap sekiranya subsidi tidak dihentikan, Awang Adik pula dengan lesen judi piala dunianya dan Raja Nong Chik sibuk dengan perompakan harta rakyat di Kg. Baru.JK dan Dr.Mashitah pula dipertanggungjawabkan untuk menghalalkan semua tindakan Najib dan Big Mama yang diharamkan agama.


Apabila Najib mengumumkan RMK 10 yang penuh dengan peluang bagi Big Mama buat duit, Nor Mohd Yaacob dipertanggungjawabkan untuk menipu rakyat dengan idea peruntukan yang akan dirasai oleh semua golongan rakyat.Sementara Muhyidin mengiyakan segala rancangan Najib sambil mengatakan umur persekolahan akan diturunkan kepada 5 tahun sebagai usaha melahirkan modal insan berkualiti walhal peluang yang boleh dimanupulasikan oleh Big Mama dan anak sulungnya akan menjadi lebih banyak dengan penurunan had umur ini.


Itulah Najib, PM yang masih membisu mengenai kecurian C4 dari kementerian pertahanan yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya ketika beliau masih lagi menteri yang bertanggungjawab.Sebaliknya sekarang Zahid Hamidi yang diletakkan di kementerian tersebut bertindak untuk cover bagi pihak Najib, Begitu juga Hisyamudin Husein yang enggan menjawab soalan bagaimana rekod perjalanan Altantuya dipadamkan dari rekod imegresen.Semuanya kerana Najib dan jawatan menteri yang mereka terima adalah kerana bekerja untuk Najib bukan untuk rakyat walaupun gaji mereka dibayar oleh rakyat.


Rais Yatim diberi tugas mempromosikan 1Malaysia, 1Israel.Maka bertaburanlah ayat 1Malaysia di seluruh pelusuk tanah air sekalipun ada ketika ketikanya Rais Yatim kelihatan seperti seorang budak sekolah tadika.


Menteri pengangkutan pula mengatakan kapal dagang Israel dibenarkan berlabuh di pelabuhan Kelang untuk tujuan perdagangan sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.Begitu juga Zahid atas kapasitinya sebagai menteri pertahanan pernah bertemu dan berbincang dengan menteri pertahanan Israel.Tindakan menteri menteri ini dipercayai atas arahan Najib sebagai bos mereka tanpa adanya sebarang bantahan kerana tindakan sebegini melanggar mandat yang diberi rakyat.Oleh kerana menteri kabinet bekerja untuk Najib dan Big Mama, maka tiada sebarang bantahan atas apa jua yang diarahkan sekalipun arahan tersebut bertentangan dengan mandat rakyat.


Kerana itu, Najib enggan melantik mana mana MP yang dianggap akan memberi masalah kepadanya dan mungkin sedang menimbang untuk menyinkirkan mana mana menteri yang tidak mahu mengikut arahannya seperti mana maklumat mengatakan ada menteri yang enggan bersetuju dengan cadangan Najib untuk menaikkan harga minyak sedang dipertimbangkan untuk penyinkiran walaupun menteri tersebut dari kalangan MP.


Kabinet kerajaan Malaysia kini sedang menjaga kepentingan Najib dan Big Mama bukan kepentingan rakyat dengan menggunakan wang rakyat.

"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails