WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Cadangan tentang subsidi

Oleh Sue Anne
Saya ingin memberi cadangan tentang subsidi. Subsidi petrol merangkumi nilai yang paling banyak di antara semua bahan subsidi. Penyelesaian terhadap subsidi petrol adalah amat penting.

Saya merupakan golongan miskin. Tak mampu memiliki kereta import yang mana kualitinya banyak dan jauh puas hati terhadap kereta tempatan. Bapa saya selalu membaiki kereta itu.

Di sini, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi subsidi kepada kereta tempatan iaitu Perodua dan Proton. Subsidi tersebut untuk perkembangan teknologik terhadap penggunaan petrol dengan elektrik, seperti kereta nissan sylphy. Proton dan Perodua perlu bekerja-sama dalam pembinaan teknologik ini. Ini adalah penting agak kedua dua kereta keluaran tempatan akan memaximunkan mutu hasil keluaran tersebut. Di samping itu, diharap dengan bantuan kerajaan, mutu kereta tempatan akan menjadi lebih baik.

Teknologik ini membantu para pemandu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 40%-50%. Bayangkan jika kerajan membelanjakan RM30 billion untuk subsidi teknologik kereta tempatan,di mana apabila kerata itu dihasilkan, harganya bersamaan dengan kereta Myvi, sudah pasti ramai orang akan beli. Apabila orang ramai menggunakan kereta ini, sudah tentu kerajaan bukan sahaja jimat terhadap subsidi malahan jimat untuk jangka masa yang panjang.

Kereta sylphy tempatan merupakan kereta masa depan kita. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails