"Assalamualaikum, Terperanjat aku apabila membaca komen Mahadir mengenai judi di mana antara lain katanya bantahan pembangkang hanyalah bermotof politik bukan kerana Islam.Katanya lagi DAP itu bukan Islam yang tak akan mendokong Islam dan bantahan judi hanyalah politk pembangkang yang sengaja mencari isu.
Mahadir menyatakan aktiviti judi memang berlaku dalam negara dan orang cina suka berjudi jadi tanpa lesen sukar untuk mengawal aktiviti judi ini.Mahadir macam biasa tak mahu insaf nampaknya, masih terus dengan matlamat menghalalkan caranya dan menggunakan bantahan DAP sebagai alasan untuk mengatakan bantahan ini bermotif politik bukan kerana Islam.
Mahadir yang tak pernah berubah, sama dengan Mahadir yang pernah menghina Nabi, sama dengan Mahadir yang menggunakan alasan hudud PAS bagi menghalang Hudud dilaksanakan di Kelantan.Mahadir yang sama dengan mahadir yang pernah mengatakan orang Islam benci babi bukan kerana babi itu haram tetapi kerana sejak kecil mereka diajar untuk melihat babi sebagai benda yang jijik.Malang sungguh dengan Mahadir yang ketika mudanya pernah membuat teori kebodohan orang melayu kerana kahwin sepupu.
Mahadir yang pernah mengatakan akan beribadat apabila bersara nampaknya masih bebal dengan fahaman orentalisnya, dengan sikapnya yang melihat judi ditentang oleh orang bukan Islam kerana matlamat politik kuasa semata mata.Mahadir bebal ketika cuba memutar sejarah ketika mengatakan orang cina Malaysia sukakan judi sedangkan orang melayu juga gemar berjudi malah dalam setengah kes lebih teruk dari orang cina.Judi tidak dilihat sebagai masalah sejagat oleh Mahadir kerana itu bantahan DAP dianggap tidak sah dan hanya bermotifkan politik.Memang bebal orang yang berfikiran begini kerana judi adalah masalah sejagat bukan sahaja masalah kerana diharamkan Islam.
Mahadir yang pernah mengatakan akan beribadat apabila bersara nampaknya masih bebal dengan fahaman orentalisnya, dengan sikapnya yang melihat judi ditentang oleh orang bukan Islam kerana matlamat politik kuasa semata mata.Mahadir bebal ketika cuba memutar sejarah ketika mengatakan orang cina Malaysia sukakan judi sedangkan orang melayu juga gemar berjudi malah dalam setengah kes lebih teruk dari orang cina.Judi tidak dilihat sebagai masalah sejagat oleh Mahadir kerana itu bantahan DAP dianggap tidak sah dan hanya bermotifkan politik.Memang bebal orang yang berfikiran begini kerana judi adalah masalah sejagat bukan sahaja masalah kerana diharamkan Islam.
Namun sebagai orang Islam, Mahadir sepatutnya akur tanpa memberi alasan dalam usaha menghalalkan judi.Judi diharamkan secara qatie dalam Quran maka tiada hujah atau alasan yang boleh diberikan untuk menghalalkannya.Ianya bukan perkara furu' yang boleh diijtihadkan, bermakna seorang ulamak besarpun tidak akan berani memberi apa apa fatwa untuk mengubahnya tetapi Mahadir terus mengatasi keulamakan ini dengan hujah bebal dan dangkalnya.
Sejarah judi di Malaysia sudah dibukukan oleh mendiang Lim Goh Thong.Dalam buku ini dijelaskan satu persatu bagaimana judi boleh bertapak di Malaysia dengan terbinanya Genting Highland dan Lim Goh Thong turut menyatakan bagaimana intimnya dia dengan semua PM sepanjang hayatnya termasuk juga Mahadir.Ini bermakna bukan orang cina sukakan judi tetapi judi digalakan oleh kerajaan Malaysia menerusi hubungan intim PM Malaysia termasuk Mahadir dengan Lim Goh Thong.Judi juga dipromosilkan sebegitu rupa sehingga menguja ramai orang orang cina sementara yang menumpang sekaki dengan Lim Goh Thong ialah pemimpin pemimpin MCA dan Gerakan sehinga judi menjadi gaya hidup orang orang cina yang berada dalam MCA dan Gerakan.Tetapi judi juga bukan terhad kepada orang orang cina sahaja, judi juga dipromosikan sedemikain rupa untuk turut melibatkan orang orang Islam yang sepatutnya ditegah oleh kerajaan.Pemberian lesen judi piala dunia juga tidak menghadkan kepada orang orang cina sahaja tetapi terbuka kepada semua.Di sinilah terserlahnya kebebalan Mahadir ketika menyatakan aktiviti judi itu memang berlaku di Malaysia.Malah dengan hujah yang sama, satu hari nanti Mahadir mungkin boleh berkata bahawa pelacuran juga merupakan aktiviti yang berlaku di Malaysia, jadi kerajaan patut mengeluarkan lesen untuk mengawalnya.
Satu lagi kebebalan Mahadir dalam kes ini ialah apabila beliau berkata bantahan DAP hanyalah bermotifkan politik.Seperti disebut bahawa judi ditentang oleh DAP yang turut mewakili kaum cina adalah kerana kerosakan yang dibawa oleh judi bukan kerana sengaja menjadikannya sebagai isu politik.Sekaligus bantahan DAP ini menafikan dakwaan Mahadir bahawa orang cina gemar berjudi kerana kegemaran berjudi tidak terletak pada bangsa tetapi individu itu sendiri.
Memang Mahadir tak pernah insaf dan mungkin tidak akan insaf tetapi sebagai seorang Islam, marilah sama sama kita panjatkan doa agar Mahadir diberi hidayah oleh ALLAH dan kembali beribadat seperti diharapkan olehnya selepas bersara.
No comments:
Post a Comment