WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, June 17, 2010

SUKMA Melaka penganjur samseng peniaga dibelasah



Karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi. 

Kecoh karnival bertukar ganas
Sinar Harian 17 Jun 2010  
Peniaga dakwa ibarat berada di medan pertempuran gara-gara pengurusan bertindak ala gengster
 
KRUBONG - Mereka ke Melaka untuk mencari rezeki, namun tidak pernah menyangka, kunjungan sempena kemeriahan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di negeri ini mengundang episod hitam yang tidak mungkin dilupakan.
 
Semuanya gara-gara karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng.
 
Itulah keadaan yang didakwa sebilangan peniaga yang menyewa tapak perniagaan di pekarangan Stadium Hang Jebat, Kompleks Sukan Krubong di sini terhadap penganjur aktiviti berkenaan sepanjang temasya Sukma yang sedang berlangsung kini.
 
Penganjur dikatakan menggunakan khidmat petugas kaki pukul untuk berurusan dengan peniaga di situ.
 
Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.
 
Peniaga makanan, Laisah Laing, 38, mendakwa, dia dicederakan beberapa petugas pihak penganjur.
 
“Kira-kira jam 10.30 malam, 13 Jun lalu, saya didatangi seorang perempuan dipercayai kakitangan pihak penganjur untuk meminta baki bayaran sewa tapak yang masih tertunggak.
 
“Namun, saya tidak membawa wang ketika itu dan meminta supaya bayaran tersebut ditangguhkan, sehingga keesokan harinya, namun, tidak dipersetujui petugas terbabit,” katanya.
 
Laisah kemudian diminta membayar sedikit wang yang menyebabkan berlaku pertengkaran antaranya dengan petugas terbabit.
 
Keadaan bertambah tegang dan Laisah mendakwa, petugas tersebut tiba-tiba ‘naik hantu’ dan menterbalikkan meja jualannya serta cuba membaling objek ke arahnya.
 
“Dia seolah-olah hilang akal dengan menarik tudung saya hingga tertanggal dan menumbuk muka saya di sebelah kiri.
 
“Dalam keadaan kecoh, muncul seorang lelaki yang juga petugas penganjur dan turut menumbuk saya di lengan kiri,” katanya.
 
Menurutnya, selepas itu, mereka melarikan diri dan dia cuba mengejar, tetapi dihalang peniaga lain.
 
Kesan daripada kejadian tersebut, peniaga wanita berkenaan mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian muka dan lebam di lengan.
Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak. Sementara itu, peniaga mi sup yang enggan dikenali mendakwa, ditumbuk di bahagian muka hanya berpunca daripada aduan kejadian gangguan bekalan elektrik di gerai sewa mereka.  
“Berlaku sedikit kekecohan antara peniaga dan pengurusan kerana elektrik terganggu malam itu.  “Bagaimanapun, esoknya saya dipanggil ke pejabat penganjur untuk memberi keterangan berhubung kekecohan yang berlaku, namun diserang beberapa lelaki,” katanya.  
Beberapa lelaki dikatakan menumbuknya di bahagian muka sehingga cermin matanya pecah, namun dia enggan membuat laporan kerana tidak mahu perkara berkenaan diperbesar-besarkan.  Peniaga itu mendakwa, setelah beberapa hari menjalankan aktiviti perniagaan di situ berlaku kira-kira tujuh kes pergaduhan antara pihak peniaga dengan penganjur sehingga ke peringkat ugut-mengugut serta keselamatan mereka terjejas.  
“Saya serik untuk berniaga di sini terutama dengan pihak penganjur yang mengamalkan pengurusan seperti ini dan mengabaikan kebajikan penyewa mereka.  “Ini amat menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang popular, apatah lagi di saat penganjuran sukan besar seperti ini,” katanya.  
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan menerima beberapa laporan mengenai kejadian berkenaan, tetapi menjelaskan kes terbabit kemudiannya dapat diselesai secara aman antara kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails