WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Isu Lesen Judi Serlah Sikap Umno

Oleh Haji Nasrudin
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebagai ‘bodoh ‘ dan ‘dangkal. Ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein yang meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

Beliau memberikan kenyataan ini ketika ditanya oleh wartawan selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen tempohari. Beliau juga menyeru kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) agar memberikan cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam daripada membuat bising.

Terbaru, kenyataan Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Rally 1Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil petang semalam. Beliau terus menunjukkan kebodohannya dengan mencabar negeri Pakatan Rakyat (PR) agar menutup premis judi yang sedia ada sambil mengatakan bahawa perhimpunan yang akan diadakan oleh PR sebagai tidak lebih daripada ‘mempolitikkan keadaan'.
Ucapan-ucapan ini jelas menunjukkan sikap ‘hipokrit' pemimpin UMNO selain jelas menunjukkan sikap mereka yang sememangnya tidak cerdik dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Undang-undang jelas menyatakan yang semua lessen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan sedangkan kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap premis judi sahaja di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961. Dan premis judi yang ada sekarang ini di bawah negeri PR adalah warisan UMNO kerana diluluskan oleh mereka sebelum PR mengambil alih pemerintahan negeri.
Kemudiannya berkaitan kenyataan yang dibuat oleh Hishammuddin Hussein seolah-olah sebelum ini belum ada pihak yang memberikan cadangan berkaitan judi sedangkan PR umumnya dan PAS khasnya dalam ceramah-ceramah umum serta di dalam parlimen sentiasa memberikan cadangan agar judi ini dimansuhkan secara ‘total' dan diterapkan nilai-nilai agama didalam masyarakat serta memberikan pendidikan secara mendalam tentang bahaya judi kepada intitusi kekeluargaan dan masyarakat. Akan tetapi kerajaan mengambil jalan dengan ‘memekakkan telinga' malah ‘membakul sampahkan' setiap pandangan yang diberikan kerana sudah memang dasar UMNO yang ber'tuhan'kan keduniaan semata-mata, tetap meng'halal'kan judi kerana pulangan yang lumayan. Dalam masa yang sama rakyat dibiarkan dalam keadaan yang lalai dan leka dengan sibuk akan hal berjudi tanpa memikirkan apa yang berlaku di sekitar walaupun ianya melibatkan kedaulatan negara dan keruntuhan sosial.
DPPP mencabar pihak yang mengeluarkan kenyataan ini agar membuat satu usul ke parlimen supaya sebarang lesen judi yang telah dikeluarkan, ditarik balik memandangkan mereka juga ahli parlimen demi untuk memastikan rakyat malaysia terpelihara daripada melakukan dosa. DPPP juga mencabar Pemuda UMNO agar bersama-sama menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) seperti mana yang ditunjukkan oleh Pemuda GERAKAN serta turut sama ber'demo' pada 03 Julai nanti.

Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails