Gelaran First Lady menjadi pertikaian. Semasa lawatannya mengikut Najib ke Amerika Syarikat dulu, tercananglah dalam surat khabar utama negara tersebut menberi ucap tahniah kepada Rosmah atas anugerah yang diterimanya. Iklan tersebut merujuk Rosmah sebagai 'First Lady'.
Malangnya orang mempertikaikan penggunaan First Lady yang digunapakai oleh iklan akhbar tersebut yang ditaja oleh rakan taulan Rosmah. Orang kata..... yang layak dipanggil dengan gelaran First Lady ialah Permaisuri Agong. Betoi jugak tu, memandangkan Malaysia, sebuah negara yang masih ada raja sebagai ketua negara. Malaysia ialah negara Raja Berperlembagaan. So... First Lady Malaysia ialah Permaisuri Agong.
Najib kata.... gelaran tersebut tak menjadi hal kerana kedudukan Permaisuri Agong adalah di atas First Lady. Persoalannya..... bukan siapa di atas, siapa di bawah. Tetapi... siapa yang wajar digelar First Lady, bukan di mana kedudukan First Lady.
Aha.... siapa First Lady Malaysia? Rosmah atau Permaisuri Agong? Itu yang orang tanya.... Malangnya, PM 1Malaysia tidak dapat nak jawab babe...
Apasal tak jawab?? Takut tersalah jawab.... nanti kena sergah ke??
Senang jer.... Kalau nak sangat jadi Wanita Pertama atau First Lady, jadikan jer Malaysia ni sebuah rebublik macam Amerika tu.... Hah!! Ambik pi ler gelaran First Lady tu, siapa pun tak boleh pertikai lagi!!
Betul tak??
Amacam..?? Ada berani??
No comments:
Post a Comment