WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 16, 2010

Lompat Parti : Sudahlah.....

"Hari ini,15 Jun 2010 akan dicatat sebagai satu lagi sejarah malang kepada sistem demokrasi negara;melengkapkan pengkhianatan bersiri sebelum ini.Sekitar jam 2.15 petang tadi,Adun Malim Nawar (DAP) menyusul keluar parti,pastinya dengan alasan yang dijangka,kecewa dengan pucuk pimpinan parti. Skrip sama diulang,lagu lama didendang,Cuma bertukar watak walaupun semestinya pengarah belakang tabirnya tetap sama!

Hujah mereka-mereka yang keluar parti,mengatakan kecewa dengan kepimpinan adalah satu kebodohan yang cuba mewajarkan kebodohan! Mengapa perlu keluar? 

mungkin tidak mengetahui perkara sebenar,baik di sebelah si lompat,mahupun di sebelah kepimpinan parti itu sendiri.Siapa betul,siapa salah….Memetik kata-kata Keshvinder yang menjadi kaki lompat terbaru,beliau keluar kerana kecewa dengan kepimpinan PR di Perak yang hanya pandai berkata-kata,tapi tidak membuat kerja.Lalu,dengan alasan dangkal itulah beliau keluar parti.Kecewa,ya dia kecewa kononnya.Tapi adakah beliau sedar?Beliau adalah Adun,sekaligus juga merupakan pemimpin juga di dalam partinya.Sekali diangkat menjadi Adun,maka beliau automatik diiktiraf sebagai pemimpin! Kalau benarlah pimpinan tidak buat kerja,sepatutnya beliau dan adun-adun yang melompat itulah yang bertanggungjawab berkerja,bukannya lari begitu sahaja! Saya merasa terkilan dengan trend yang tidak sihat ini.Kalau betul mereka tidak berpuas hati,mengapa tidak mereka bersuara?Ini zaman teknologi,tulislah,ceritalah atau beritahulah mengenai ketidakpuashatian anda.
                Ketika inilah saya menabik tinggi pada Tuan Guru Nik Aziz.Beliau juga pernah tidak puas hati dengan pimpinan Pas.Tapi beliau menyatakan,itu lebih baik untuk semua.sekurang-kurangnya pimpinan akan menjadi sedar!Wahai Keshvinder,kalau benar tak puas hati,kenapa tidak menyelesaikannya dahulu.Ini gaya pengecut.Lari dari medan perang.Saya tidak menuduh anda dibeli,tapi tindakan anda menunjukkan sebaliknya terutamanya skrip yang anda ceritakan kepada media itu,ia terlalu “familiar”dan biasa didengar!Zahrain,Wee,Radzi,Jamaladin,Hee,Badrul Hisham,Mohsin dan Tan Tee Beng pun sudah dendangkan skrip sama dahulu.
                Dan ketika inilah,saya rasa adalah masa paling wajar untuk saya memohon jasa baik kepimpinan PAS untuk kembali menimbangkan soal pengagihan kerusi antara PKR dan Pas!Memandangkan pemimpin PKR kurang tarbiah dan kesetian,kerusi-kerusi Pas dahulu wajar diambil semula.Cukuplah kita menjaga hati PKR sedangkan mereka jarang menjaga hati kita.Perbuatan khianat adun-adun dan ahli parlimen lompat banyak menjatuhkan maruah Pas sendiri!Saya mencadangkan Pas menandingi lebih banyak kerusi berbanding PKR kerana Pas terbukti mempunyai jentera yang lebih tersusun,pemimpin yang setia dan iklas dan terikat dengan baiah!Biarlah Baiah Taklik pun,ianya lebih mulia dari lari dari medan perang!
"
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails