Lelaki inilah yang ditangkap oleh pihak berkuasa Pakistan di kawasan pergunungan negara tersebut ketika sedang dalam misi untuk memburu Osama bin Ladin.
amanya ialah Gary Brooks Faulkner, seorang pekerja binaan, berasal dari Amerika Syarikat. Ketika ditangkap, pihak berkuasa menemukan pedang, pistol, dan gajet untuk melihat pada waktu malam bersama-sama dengannya.
Menurut anggota keselamatan Pakistan di daerah Chitral, Mumtaz Ahmad Khan, “Kami hanya tergelak apabila dia memberitahu niatnya yang mahu membunuh Osama bin Ladin.” Namun, apabila pemeriksaan lanjut dilakukan dan mereka menemukan pelbagai senjata, mereka mula mempercayai kata-kata Faulkner.
Ketika disoal siasat, Faulkner menyatakan bahawa dia cukup marah selepas serangan September 11. Katanya ”Saya yakin Osama bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah di seluruh dunia dan saya mahu membunuhnya”.
Apabila ditanya tentang harapan untuk menjejaki Osama, Faulkner menjawab “Tuhan bersama-sama dengan saya, saya yakin dapat membunuhnya.” Namun, menurut laporan media, Gary Faulkner yang kuat pegangan agamanya merupakan bekas banduan yang terlibat dalam jenayah dan sering keluar masuk penjara antara tahun 1981-1993.
Untuk menjayakan misinya, Faulkner dilaporkan telah menjual segala alat pertukangannya dan menurut abangnya, Faulkner dikatakan bersedia untuk mati di Pakistan.
No comments:
Post a Comment