Lajnah Antarabangsa DewanPemuda Pusat(LA DPPP) ingin merakankan jutaan tahniah kepada Benigno 'Noynoy' Aquino III yang telah dinobatkan sebagai Presiden ke-15 negara Filipina yang baru. Permasyhuran Presiden Benigno sebagai ketua Negaranya oleh Senat negaranya. Bagi pihak LA DPPP, kami berharap dengan perlantikkan tersebut akan mengubah ‘landskap' politik Filipina yang dilihat tidak begitu konstuktif terutamanya terhadap rakyat minority di Mindanao.
Benigno yang memenangi pilihanraya presiden Filipina baru-baru ini dilihat mampu memberi kelainan terhadap senKario politik negaranya kerana sikapnya yang seolah-olah mahu membuat perubahan terhadap rakyat minority terutamanya umat Islam yang berpusat di Mindanao.
Umat Islam Mindanao sudah lama berharap agar satu perubahan terhadap kepimpinan Negara Filipina yang sekian lama bersikap angkuh dan sombong terhadap umat Islam. Umat Islam Mindanao merasa tertipu dengan perjanjian diantara MNLF dibawah kepimpinan Nur Misuari dengan kerajaan Filipina. Misuari yang dijadikan Gabenor bagi wilayah Mindanao atas tiket ‘autonomi palsu' akhirnya ditipu dan merugikan kepentingan umat Islam di Filipina bila umat Islam diratah oleh tentera Filipina.Hasil bumi Mindanao yang kaya dengan hasil bumi tetapi dirompak oleh kerajaan Filipina dengan menafikan hak rakyat Mindanao yang majoritinya beragama Islam untuk mendapat sedikit hasil bumi mereka sendiri.
Misi damai yang difasilatatorkan oleh Kerajaan Malaysia yang mencapai kebuntuan sehingga kini sangat mendukacitakan umat Islam seluruh dunia.Sikap keras kepala kerajaan Filipina dibawah Presiden Aroyo Macapagal yang tidak mahu bertolak-ansur dengan MILF baru-baru ini. Satu yang amat malang bagi dunia apabila sikap angkuh kerajaan Filipina yang suka meneruskan konflik tersebut.
Sebagai rakan ASEAN, LA DPPP berharap dengan rentetan gelap yang telah berlaku sejak dulu terutamanya konflik pembunuhan umat Islam Mindanao oleh tentera Filipina akan dapat disinari dengan harapan baru dengan pentadbiran baru Filipina. Konsep zon aman yang dicanangkan oleh semua rakan ASEAN dapat dikecapi bersama.
Presiden Benigno diharap akan membuka laluan baru terhadap perbincangan dan meja rundingan yang baru diantara MILF dan Kerajaan Filipina. Benigno juga diharap tidak mengulangi sikap pemimpin- pemimpin terdahulu yang tidak peka terhadap permintaan umat Islam Mindanao dan bersikap angkuh dan ego. Adalah diharapkan agar kepentingan rakyat ditutamakan berbanding kepentingan Manila.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
No comments:
Post a Comment