WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, October 6, 2010

Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.
Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.
Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.
Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.
Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.
Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.
Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.
Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.
Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.
(Gambar kiri: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)
"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.
"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.
Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.
Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.
Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.
"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.
"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.

Umno gentar usaha Pakatan bantu warga emas

PULAU PINANG, 6 Okt: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman membidas tindakan Umno yang dilihat melampaui batasan berkaitan wang penghargaan kepada warga emas sebanyak RM100 dengan mendakwa dari sumber judi.
Menurutnya, usaha yang sedang diambil oleh Umno mengutip semula wang tersebut adalah berniat jahat dan mempunyai motif tertentu di sebalik keghairahan mereka membangkitkan isu tersebut.
"Mereka senantiasa mengelirukan pemikiran masyarakat khususnya umat Islam untuk menjerat dan memerangkap kerajaan negeri agar terpedaya dengan perangkap yang mereka pasang.
"Sekiranya kita tidak beri wang penghargaa tersebut, maka mereka akan buat tuduhan kita tidak berikan. Setelah diberikan pula maka mereka putarbelitkan isu ini dengan mendakwa ia adalah hasil dari sumber judi,” katanya
Sebenarnya, kata beliau Umno gentar dengan sokongan yang rakyat berikan terhadap kerajaan negeri, termasuklah dalam Program Penghargaan Warga Emas dan Miskin Tegar yang berjaya dilaksanakan.
Beliau yang juga merupakan Adun Penanti optimis Umno akan terus berusaha dengan tipu daya bagi memfitnah kerajaan negeri kerana hanya itu saja cara yang ada bagi mereka meraih kembali sokongan yang telah pudar selama ini.
Katanya lagi, kedudukan kewangan negeri hasil dari lebihan yang ada sejak 2008 mengikut pecahan ialah hasil sebenar sebanyak RM371.17 juta, untuk pengurusan sebanyak RM283.15 juta di mana lebihan yang ada sebanyak RM88.02 juta. Manakala jumlah simpanan terkumpul pula ialah RM461.61 juta.
Bagi tahun 2009 pula hasil sebenar ialah sebanyak RM376.51 juta, pengurusan ialah RM299.17 juta. Sebanyak RM77.34 juta adalah lebihan yang ada, simpanan terkumpul pula ialah sebanyak RM538.95 juta.
"Dalam belanjawan 2010 pula, RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk Program Penghargaan Warga Emas yang datangnya dari hasil penjimatan urus tadbir serta langkah anti rasuah yang telah dilaksanakan," ujarnya lagi.
Sebelum ini, dakwaan oleh Umno bahawa wang yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga emas dan Program Miskin Tegar dari sumber judi telah dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Baru-baru ini, seramai 100 pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang telah menyambut ketibaan Lim Guan Eng, yang baru pulang dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dengan sepanduk dan bantahan kerana tidak berpuas hati dalam isu sumber wang yang didakwa judi tersebut.
Sehubungan itu Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob juga turut menasihatkan semua pihak supaya tidak terus mempolitikkan isu wang sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri kerana dibimbangi boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.

PRK Galas 4 Nov

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.

Tahniah PR Selangor Pasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) Di Pusat Hiburan.

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melangkah ke depan untuk mengatasi gejala yang tidak bermoral di negeri Selangor  dengan cadangan yang pro aktif untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi  merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat hiburan. Menurut  Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ada juga cadangan  untuk membuat rekabentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV)
Walaupun ini bukanlah merupakan tindakan terawal dan terakhir , namun ia satu permulaan yang baik untuk mencegah kegiatan  yang tidak bermoral di negeri ini, yang sudah berkarat biru hasil peninggalan kerajaan BN  Umno selama 51 tahun.

Langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor satu lagi usaha yang bersepadu dan harmoni untuk merealisasikan harapan rakyat di negeri Selangor  selepas 8 Mac 2008. Selain daripada usaha terbaru meletakkan CCTV, kerajaan Selangor telah berusaha membentuk jati diri rakyat dengan program pembangunan Insan Negeri Selngor (SPIES), kelas pengajian ilmu disemarakkan, masjid  dan surau diaktifkan.

Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Selangor adalah lebih baik dariapda negeri yang dipimpin oleh Umno. Kerajaan Selangor pada hari ini sedang membaik pulih kerosakan yang teruk hasil daripada kerja buat Umno selama ini. Mereka menyuburkan kegiatan maksiat kerana ia sebagai satu senjata yang berkesan supaya rakyat diulit dengan mimpi dan tidak memeperdulikan apa pemimpin BN hendak sapu harta rakyat. Keadaan ini amat jauh dengan program yang dibuat oleh  kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.

Dengan penuh kesedaran bukan senang hendak membina kembali tamadun manusia yang sudah rosak dalam sekelip mata, namun usaha mesti dibuat sebagai satu tanggungjawab kepada rakyat. Semua perkara ini akan dihitung di hadapan Allah SWT.

Pemimpin Umno di Selangor yang gila talak untuk meraih sokongan supaya rakyat di Selangor benci dengan kerajaan Pakatan Rakyat , memfitnah kononnya Selangor membiarkan kegiatan maksiat berluasa di Selangor. Hakikatnya untuk menutup kerja jahat mereka selama ini yang membiarkan kegitan tidak bermoral dibuka, sebaliknya surau ditutup dan ulamak diburu macam pelarian  tanpa domumen. Kalau pemimpin Umno ikhlas untuk memerangi maksiat di Selangor mereka mesti mengarahkan kuasa pusat seperti polis, imigresen, kastam, sedangkan kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa yang terhad, namun berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki keadaan. Sama juga seperti isu kecurian  pasir di Selangor sudah berlaku sejak berzaman, kuasa yang dimiliki oleh pusat tidak bertindak, sehingga tindakan anak jantan Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya pegawai SPRM ditempatkan di pejabat KSSB. Sekarang isu  pasir sudah senyap bimbang takut tertangkap sesama sendiri.  Kita mengharapkan dengan adanya CCTV dapat juga rakyat tahu siapakah pengunjung tetap dan berpencen ke tempat itu.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ijtima' Tarbawi; Enam Deklarasi Mengukuhkan Pemuda 'Sayap' Penting Perjuangan




KUALA TERENGGANU - Deklarasi enam perkara Ijtimak Tarbawi yang menekankan aspek tarbiyah, pembinaan syaksiah dan Jamaa, mengukuhkan pernyataan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi, dalam ucapannya membuka  'permukiman harakiah' pemuda PAS Pusat itu.
Deklarasi mewakili tekad 5000 pemuda PAS seluruh negara tersebut dibacakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani selaku pengarah program.

Katanya, satu deklerasi Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS ini yang dibuat oleh Jawatankuasa setelah rumusan dibuat hasil perbincangan selama tiga hari.

“Kita (Pemuda) ada enam perkara yang kita putus iaitu pertama, bertekad untuk memperkasakan tarbiyyah dengan memahami dan melaksanakan program tarbiyyah secara berterusan dan konsisten di dalam Dewan Pemuda PAS semua peringkat.

“Kedua, memperkukuhkan program usrah di seluruh peringkat sebagai asas dan akar kepada semua program kepartian dan politik yang lain.

“Ketiga, demi memperkasakan tarbiah di dalam Dewan Pemuda maka, kita (Pemuda) sebagai peserta program Ijtima’ Tarbawi 2010 bersetuju untuk mengadakan program Ijtima Tarbawi ini sebagai satu acara tahunan.

“Keempat, menyokong konsep Kepimpinan Ulama’ dan mempertahankannya untuk menerajui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah gerakan Islam yang memayungi umat Islam di seluruh negara, Insya’Allah.

“Kelima, membina diri dan syakhsiyyah dengan terus mendalami ilmu-ilmu Islam mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah serta hikmah para ulama’ dan pejuang Islam sepanjang zaman.

“Dan yang keenam deklerasi Ijtima’ Tarbawi kali ini menjadikan tarbiyah merentasi tanzim, dengan erti kata nilai-nilai tarbiyah menguasai dan mengoreantasikan seluruh kegiatan lajnah dan kegiatan jemaah di semua peringkat,” ujarnya sejurus sebelum Ijtima’ Tarbawi PAS 2010 Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirainya, pada Ahad 3 Oktober.
http://buletinonline.net/images/stories/berita34/DSC01264.JPGUstaz Azman turut merakamkan mengucapkan tahniah kepada semua para peserta Ijtima’ Tarbawi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.

"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program ini.
"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita (Pemuda) sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," jelasnya.

Pada 1 Oktober, dalam ucapan perasmiannya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpesan tentang peranan golongan muda yang sangat penting.

Menurutnya, dalam mana-mana perjuangan sekalipun, termasuk perjuangan sekular, pemuda merupakan kelompok 'penegak' kepada ideologi masing-masing.

“Peranan pemuda dalam perjuangan (Islam) merupakan satu sayap yang sangat penting. Ianya, bukan sahaja untuk perjuangan Islam tetapi termasuk perjuangan sekular yang ingin menegakkan ideologi masing-masing.

“Pemuda diberi peranan untuk mempertahankan negara, peranan untuk memerdekakan negara dan peranan untuk mengisi kemerdekaan dalam negara masing-masing,” jelasnya.

Beliau mempertegaskan, Islam dari dahulu hingga masakini telah meletakkan kumpulan pemuda sebagai kumpulan yang sangat penting dalam perjuangannya.

Katanya, setiap orang Islam pula wajib mengenali perjuangan Islam yang kini didokongi oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Kita (umat Islam) perlu menyedari bahawa pemuda wajib mengenali perjuangan kita (Islam) sendiri iaitu perjuangan Islam yang didokong oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“PAS ditubuhkan bukan secara sepontang. PAS ditubuhkan adalah perintah dari Allah SWT yang menjadi mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus dengan wafatnya Nabi akhir zaman Muhamad SAW,” ujarnya.
http://buletinonline.net/images/stories/berita34/DSC01237.JPGKatanya, selepas kewafatan Nabi Muhamad SAW, kumpulan Islam lah yang menyambung perjuangan baginda..

“Selepas wafatnya Nabi Muhamad SAW yang menyambung perjuangan ini (Islam) ialah kumpulan Islam yang dinamakan ‘Hizbullah’ parti yang menegakkan ajaran Allah, yang dinamakan ‘Jama‘atul  Muslimin’ kumpulan orang Islam dan yang dinamakan ‘Toifah’ satu puak di kalangan orang-orang Islam yang dinamakan ‘ummah’ di kalangan ummah,” jelasnya.

Oleh itu, menurutnya,  perjuangan Islam mestilah memenuhi ciri-ciri serta acuan yang ditetapkan oleh Allah SWT bukan rekaan manusia atau atau perkara yang diada-adakan..

Justeru itu, katanya,  Allah SWT meletakkan agenda tarbiyah sangat penting kepada perjuangan ini sebagaimana dilakukan oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

“Cahaya Islam berkembang di seluruh pelusuk dunia. Lahirnya, parti-parti Islam termasuk PAS adalah ‘mata rantai’ kepada perjuangan Islam.
‘Allah SWT, menjadikan perjuangan Islam ini mesti melalui tarbiyah dan tidak diberi kemenangan dengan percuma. Allah menjadikan urusan manusia mesti melalui ilmu dan tarbiyah.

“Ilmu adalah pengetahuan, tarbiyah adalah pendidikan supaya ilmu itu masuk ke dalam hati dan hati memerintah manusia untuk melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas

Dewan Ulama Bermesyuarat Sabtu ini Bincang Jentera dan Calon Galas

Dewan Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini bagi menyusun jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi membantu calon parti itu yang akan bertanding, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub.
Beliau, yang juga Timbalan Menteri Besar dipetik Bernama berkata, mesyuarat itu akan juga membincangkan aspek gerakan jentera ulama termasuk aktiviti ceramah sewaktu kempen pilihan raya tersebut.

Mesyuarat itu turut membincangkan dan memberikan cadangan mengenai pemilihan dan ciri calon yang akan bertanding tetapi kuasa untuk menentukan calon terletak pada Dewan Syura sebagai badan tertinggi parti, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di sini pada Selasa.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 Sept lalu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat pada Rabu untuk menentukan hari penamaan calon dan pengundian.

Mengenai Orang Asli, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) Kelantan berkata kira-kira 1,800 masyarakat Orang Asli di enam kawasan peti undi layak mengundi pada pilihan raya kecil itu.

Oleh itu, katanya PAS tidak memandang kecil penglibatan masyarakat Orang Asli dalam pilihan raya kecil kali ini kerana ia juga akan menjadi undi penentu kemenangan seseorang calon yang bertanding

Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?

"Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion.  Dimana RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air.


 Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda. 
Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011. 
Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.  
Rakyat atau siapa ? 
Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan hutang berbillion ringgit ini ? 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008 
Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/  
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007. Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai. 
RM345.2 juta biaya program air di NS 
SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011. Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru di Negeri Sembilan. Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang lama, katanya. Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains dan PAAB. Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm  
Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010 
PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan. 
Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan. “Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini. 
“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus,” katanya Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. “Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada.
Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka. “Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan.
Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya. “Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan,” katanya. 
Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air. 
“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air.
 Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan. “Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya. 
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.  

Tengku Razaligh Hamzah gorka umno, kan?

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sebut nama Ku Li sebagai calon DUN Galas Gua Musang Kelantan dalam pilihanraya kecil bakal diadakan nanti, maka pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan PAS Malaysia.

Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri besar Kelantan berkata itu merendahkan kedudukan Ku Li. Bendahari PAS Dr. Hatta Ramli turut berkata ini menghina Ku Li. Datuk Mustafa Ali setiausaha Agung Pas berkata Ku Li tak akan menerima tawaran itu.

Inilah andaian terhadap Ku Li yang dikata berbaik semula dengan PAS setelah kerajaan pusat menafikan royalti minyak 5 peratus kepada Kelantan.

Bagi saya - saya tak percaya dengan orang umno sampai bila bila, kerana mereka tidak pernah hitung soal halal dan haram. Usah untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya umum dan kecil. Mereka boleh buat apa sahaja asalkan memperolehi apa yang mereka mahu.

Apa lagi untuk merampas kembali DUN galas yang dimenangi oleh PAS dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Soal hina dan soal rendah kedudukan bukan jadi hitungan bagi orang umno. Lebih lebih lagi Ku Li telah menamakan dirinya sebagai gorka umno sejak kembali semula kedalam Umno.

Bayangkan seorang gorka. Kan taraf gorka terlalu rendah berbanding dengan gelaran lain. Orang melayu mengenali gorka sebagai penjual batu permata. Itulah gaya hidup seorang gorka di mata orang melayu.

Walaupun Ku Li belum memberi sebarang jawapan kerana masih berada di London, tetapi hakikatnya dia akan menerima apa sahaja saranan yang dibuat oleh umno demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil DUN Galas nanti.

Apalah sangat bertanding di DUN berbanding kebanyakan orang umno tak kira halal haram, termasuk mengamalkan rasuah dan makan riba yang menjadi kelaziman kalangan orang umno.Itulah perangai orang umno yang telah lama diajar buat duit dan khayal dengan dunia judi.

Bukan setakat itu sahaja malahan kerajaan yang memerintah Malaysia mengajar rakyat hidup penuh khayalan melalui menghalalkan judi. Mengapa tidak? Siang beli nombor ekor dan toto satu ringgit dan malamnya khayal dapat RM 3,000. 

Apalah sangat bertanding DUN Galas, sedangkan perkara yang lebih buruk boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang diharap harapkan. 

CUKAI JUDI UMNO TAK BERANI JAWAB

Wednesday, September 8, 2010

HARI RAYA I'DULFITRI 1431H

TARIKH HARI RAYA I'DULFITRI PADA TAHUN 1431H@ 2010 JATUH PADA  1 SYAWAL 1431H BERSAMAAN 10 SEPTEMBER 2010

‘TV Israel Macam TV Kat Malaysia Aje!’ Dah Kerajaan UMCO guna khidmat APCO



adsrayatv3Di Jordan, siaran TV negara haram Israel boleh didapati. Channel 1, 2nya jelas. Rekabentuk, set pentas untuk siaran berita, latarbelakang bilik berita, juga pentas bercahaya untuk program forum dan diskusi dan bebrapa aspek penyiaran banyak persamaan dengan sebuah stesen tv swasta yang paling awal beroperasi di Malaysia. Ketika itu RTM sudah lama ketinggalan. Saya tak tahu samada itu semua secara kebetulan atau yang uruskan di belakang tabir TV Israel dan TV swasta itu dari spesis yang sama.

TV swasta inipun sudah bertahun saya tinggalkan. Tidak ada apa sangat yang nak ditonton, termasuk buletin utamanya (ini tak masuk musim pilihanraya lagi ni). Kalau boleh ditumpang sedikit ialah Jejak Rasul dan sekerat dua program yang sepertinya. Yang lain hampeh! Hinggalah muncul iklan raya yang menjadi kontroversi baru-baru ni. Saya tak rasa ia kebetulan. Kreativiti dan imaginasi pencipta iklan itu tinggi, juga punya mesej dan minda yang sudah di’set’kan.

Analisa yang dibuat seperti  di sini mungkin agak detail dengan tafsiran-tafsiran tersendiri yang agak ‘melampau’ mata kasar yang melihat. Tapi ada logik dan kemunasabahannya.
Pelik juga apabila mereka boleh meluluskan iklan raya itu tanpa ada apa-apa sensitiviti terhadap Islam yang dianut. (Atau Islam hanya pada borang?) sehingga dibantah oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan masyarakat awam. Kalau tak dibantah? Tentu iklan itu terus ditayang dan fikiran umat Islam akan ditusuk dengan agenda 1Agama yang membahayakan.
Bukankah TV ini pernah menayangkan beberapa program yang pernah menjadi perbincangan tentang agenda Illuminati dan yang seumpamanya seperti AJL dahulu? Minta maaf telah dibuat. Maaf boleh diterima tapi jangan lupa dalam musim pilihanraya nanti TV ini akan lupa tentang maafnya itu dan kembali dengan perangai asalnya.
Petikan ulasan tentang iklan raya (terpulang kepada anda menilainya):
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y (saya cuba buka, x dapat)
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.
scene1 sangkar
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
scene 2 jawi terbalikScene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
scene 2 bintg north star, pkok krismas, beca merah
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism
scene 3 songkok putihScene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
tiang salib
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
pelita tulipApa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
tulip asalMungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
embun tulip editedRasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).


HIDAYAH YANG ALLAH BERI PADA GADIS GERMAN

KDN nafi campurtangan urusan polis



Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian.

Ketua setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam yang membaca kenyataan tiga mukasurat itu berkata beberapa karenah birokrasi mungkin memberi kesan kepada pasukan itu.

"Ada kalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dan mungkin ini dilihat sebagai 'campurtangan' dalam urusan harian polis.

"Pada masa yang sama, tugas dan khidmat utama PDRM adalah tanggungjawab mereka sendiri dan isu campurtangan oleh kementerian tidak wujud,” kata Mahmood dengan ringkas dan secara tergesa-gesa pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai ketua polis yang baru.

Isnin lalu, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya.

Namun Mahmood hari ini menyangkalnya dan berkata beliau secara lisan telah memaklumkan kepada Musa bahawa kontraknya tidak akan dilanjutkan seminggu sebelum pengumuman itu dibuat dan pada pagi itu sebelum sidang media bermula.

“Secara kebetulan, kontraknya berakhir pada hujung minggu Hari Raya, sebab itu kami mengumumkannya lebih awal,” kata Mahmood.

Pada ucapan perpisahannya, Musa menginggatkan anggota polis supya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pitak atasan dari dalam dan juga luar”.

“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan anggota polis supaya tidak berpuak-puak.

“Zaman saya tidak ada sesiapa pegawai yang tahu siapa yang rapat dengan saya. Saya tidak pernah memanggil mana-mana pegawai ke rumah saya atau keluar untuk makan minum dengan mereka.

"Ini menjadikan kerja lebih mudah, kerana tidak ada pegawai yang mengampu saya,” katanya.

Hukum hadiah Quran kepada wanita kafir tak bertudung



Apakah hukum orang Islam menghadiahkan kitab suci Al Quran kepada orang kafir lebih-lebih lagi wanita kafir yang mungkin dalam haid yang memakai pakaian menjolok mata dan tidak bertudung ? Bukankah ini menghina kesucian Islam dan Al Quran ? Pemimpin Libya telah menghadiahkan Al Quran kepada model-model jelita Itali dalam satu majlis, ada diantara mereka yang memeluk Islam selepas itu. 

Penyanyi pop Cat Steven juga terbuka hari memeluk agama Islam setelah mentelaah terjemahan Al Quran yang dihadiahkan kepadanya. 
Kita di Malaysia kurang mendampingi saudara se Islam , apatah lagi saudara sebapa Nabi Adam yang berbangsa Cina dan India.
Sebarkanlah kasih sayang sesama kita. Selamatkan kita dan mereka yang berada di sekeliling kita dari api dunia dan api akhirat. 
Gambar model jelita Itali tidak bertudung dan berpakaian menjolok mata memegang Al Quran dihttp://amkns.blogspot.com/2010/09/hukum-hadiah-quran-kepada-wanita-kafir.html  
Muammar Gaddafi berdakwah di Itali
Berita Harian 31 Ogos 2010   
SEORANG wanita memegang al-Quran selepas pertemuan dengan Gaddafi. 3 wanita peluk Islam selepas dengar tazkirah  
ROME: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memberi penjelasan mengenai agama Islam dan memberi salinan al-Quran kepada beberapa ratus wanita muda Itali ketika beliau tiba di sini untuk kunjungan keempat dalam tempoh setahun.  Ia adalah kali kedua pemimpin Libya itu yang berkunjung bersama pengawal peribadi wanita dan menganggap dirinya pejuang wanita, melancarkan acara seperti itu untuk wanita Itali, yang direkrut oleh sebuah agensi model dan dibayar sejumlah wang untuk menghadirinya.
Michela, yang meminta nama keluarganya tidak disiarkan memberitahu berita televisyen Associated Press bahawa tiga peserta kemudian memeluk Islam, kelmarin.  “Beliau mudah mesra dan memberi kami senaskhah al-Quran.
Tiga gadis menukar agama Islam ketika acara itu. Ia adalah satu acara indah,” katanya.  Peserta lain, walaupun memperkenal diri mereka sebagai penganut Roman Katolik di negara yang secara meluas beragama Kristian Katolik itu berkata Gaddafi menggesa yang lain menukar agama dan menolak agama Kristian sebagai tidak penting.  
Antara 200 dan 500 wanita muda hadir, tiba bersama 10 bas di kediaman duta Libya ketika pesawat Gaddafi mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatan dua hari.  Lawatan itu, di tengah hubungan perniagaan pulih antara Libya dan bekas pemerintah jajahannya, turut menandakan ulang tahun kedua perjanjian persahabatan di mana Itali bersetuju membayar Libya AS$5 bilion (RM15.71 bilion) sebagai pampasan untuk penjajahan 30 tahunnya yang berakhir pada 1943.  
Apabila Gaddafi berada di Itali pada November lalu untuk satu sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau melayan 200 wanita muda Itali yang direkrut dan dibayar 50 euro (RM235.68) oleh agensi model yang sama untuk menghadirinya.  Kemudian, beliau juga memberi ceramah mengenai Islam dan menyerahkan naskhah al-Quran.  
Kali ini, wanita terbabit tidak menyatakan upah mereka, hanya memberitahu mereka menerima bayaran kecil.  Ketika lawatan pertamanya ke Itali pada Jun 2009, Gaddafi menjemput 700 ahli perniagaan terkenal Itali dan ahli politik wanita untuk mendengar ceramah apabila beliau mengkritik layanan Islam ke atas wanita, namun mencadangkan saudara mara lelaki berhak membuat keputusan membenarkan wanita memandu.  
Sebagai sebahagian sambutan ulang tahun perjanjian persahabatan itu, kira-kira 30 kuda Libya tiba di sini untuk mengambil bahagian dalam satu demonstrasi bersama dengan pasukan berkuda Itali semalam.  
Gaddafi membuat kunjungan pertama ke Itali Jun lalu, mendakwa wujud era baru hubungan selepas perjanjian persahabatan itu. Namun, kunjungan pertamanya turut disambut dengan demonstrasi menunjukkan bahawa luka penjajahan belum sembuh.  Beliau tiba memakai gambar hitam putih dipinkan pada seragam tenteranya menunjukkan hero Libya yang terkorban akibat penjajahan Itali.  
Gaddafi tidak memakai gambar terbabit ketika tiba dan beliau disambut Menteri Luar Itali, Franco Frattini. – AP 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuammarGaddafiberdakwahdiItali/Article/index_html 
Cat Steven, Masuk Islam Saat Berada di Puncak Ketenaran
Minggu, 26/04/2009  Popularitas dan kekayaan tidak menjamin seseorang hidup bahagia. Cat Steven, bintang pop era tahun '70-an, yang kemudian dikenal dengan nama Yusuf Islam, justeru merasakan kegelisahan hidupnya ketika sedang berada di puncak popularitas dimana ia hidup bergelimang harta.
Kegelisahan yang mendorongnya untuk menyusuri jalan panjang mencari Tuhan hingga ia menemukan cahaya Islam dan akhirnya menjadi juru dakwah lewat kegiatan musiknya dan aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial. Bintang Pop Sejak kecil Yusuf Islam sudah akrab dengan panggung-panggung hiburan karena bisnis keluarganya bergerak dalam bidang itu. Ia terbiasa hidup dalam kemewahan kalangan sosial kelas tinggi di Inggris.
Sebagai penganut ajaran Kristen, keluarganya mengajarkan Yusuf bahwa Tuhan itu ada, tapi manusia tidak bisa melakukan kontak langsung dengan Tuhan. Umat Kristiani meyakini Yesus sebagai perantara antara manusia dengan Tuhan. "Saya menerima ajaran itu, tapi saya tidak menelannya mentah-mentah," kata Yusuf. "Saya melihat patung-patung Yesus, mereka cuma benda mati tanpa nyawa. Saya tambah bingung ketika mereka bilang Tuhan ada tiga. Tapi saya tidak mendebat pernyataan itu. Saya menerimanya, karena saya harus menghormati keyakinan orang-orang tua saya," sambungnya. 
Beranjak dewasa, Yusuf mulai menggeluti musik dan ia mulai melupakan kebingungannya terhadap ajaran agamanya karena ia sendiri mulai jauh dari kekristenan. Impiannya saat itu hanyalah menjadi bintang musik pop. Apa yang ia lihat dan ia baca di media massa sangat mempengaruhi pemikirannya untuk menjadi seorang bintang.
Yusuf punya paman yang punya mobil mewah dan mahal. Ketika itu Yusuf berpikir, pamannya punya mobil mewah karena punya banyak uang. "Banyak orang di sekeliling saya memberi pengaruh pada pemikiran saya bahwa uang dan dunia adalah Tuhan mereka. Sehingga saya memutuskan untuk bahwa itulah hidup saya. Banyak uang, hidup enak," tutur Yusuf. Meski demikian, Yusuf mengaku saat itu masih ada sisi kemanusiaan jauh di dalam hatinya, keinginan untuk membantu sesama manusia jika ia jadi orang kaya kelak. 
Yusuf pun membangun karirnya sebagai musisi dan penyanyi. Dalam usia yang masih remaja, Yusuf sudah mengenyam kesuksesan dan keinginannya menjadi seorang 'bintang besar' tercapai. Nama dan foto-fotonya muncul di hampir seluruh media massa. Yusuf pun merasakan kenikmatan dunia, tapi itu tak membuatnya jadi puas, ia ingin kehidupan yang lebih dan lebih dari apa yang ia miliki, sayangnya Yusuf terjerumus ke jalan yang salah.
Ia memilih narkoba dan minuman keras untuk mencari kehidupan yang ia inginkan itu. Mencari Kebenaran Baru setahun Yusuf mengenyam kesuksesan dalam karir dan finansialnya. Yusuf terkena tubercolusis akibat gaya hidup dan kebiasaannya menenggak minuman keras dan narkoba. Ia sakit parah dan harus dirawat di rumah sakit. Saat itu Yusuf pun berpikir, 'mengapa saya di sini, tergelatak di tempat tidur?, 'apa yang terjadi pada saya? apakah saya cuma seonggok tubuh? apakah tujuan hidup saya semata-mata hanya untuk memuaskan tubuh ini?. Pertanyaan-pertanyaan itu mengganggu pikirannya dan ia mencoba mencari jawabannya. 
Karena pada masa itu di kalangan masyarakat Barat sedang trend mempelajari hal-hal yang berbau mistis dari Timur, Yusuf pun ikut mempelajarinya. Ia mulai sadar tentang kematian. Ia mulai melakukan meditasi dan menjadi vegetarian. Tapi pertanyaan-pertanyaan bahwa dirinya bukan hanya seonggok tubuh manusia, tetap mengganggu pikirannya. Sebagai bintang pop, namanya terus merangkak ke tangga popularitas. Kekayaan terus mengalir, tapi ketika itu Yusuf mulai mencari kebenaran.
Ia pun belajar agama Budha, namun di satu sisi, Yusuf belum berani meninggalkan kehidupan glamournya, meninggalkan kenikmatan dunia dan hidup seperti layaknya pendeta Budha, mengisolasikan diri dari masyarakat. Selanjutnya, Yusuf juga mempelajari Zen dan Ching, numerologi, kartu tarot dan astrologi, balik lagi mempelajari alkitab, tapi Yusuf tidak menemukan apa yang dicarinya, kebenaran yang hakiki. Sampai kemudian apa yang disebutnya mukjizat itu datang. 
"Saudara lelaki saya baru saja kembali dari kunjungannya ke Yerusalem dan disana ia mengunjungi sebuah masjid. Saudara saya itu sangat terkesan melihat masjid yang ramai dikunjungi orang, seperti ada denyut kehidupan, tapi atmosfir ketenangan dan kedamaiannya tetap terasa. Berbeda rasanya ketika ia mengunjungi gereja dan sinagog yang sepi," kata Yusuf. Ketika kembali ke London, saudara lelakinya itu memberikan al Quran pada Yusuf Islam. "Dia tidak masuk Islam, tapi ia merasakan sesuatu di agama ini (Islam) dan ia pikir saya juga akan merasakan hal yang sama.
Saya menerima al Quran pemberian saudara saya itu dan membacanya. Saat itulah saya merasakan bahwa saya telah menemukan agama yang benar, agama yang tidak seperti pandangan masyarakat Barat selama ini bahwa agama hanya untuk orang-orang tua," tukas Yusuf. 
Ia melanjutkan,"Di Barat, jika ada orang yang ingin memeluk satu agama dan menjadikannya sebagai cara hidunya, maka orang yang bersangkutan akan dianggap fanatik. Tapi setelah membaca al Quran saya yang awalnya bingung tentang tubuh dan jiwa, akhirnya menyadari bahwa keduanya adalah bagian yang tak terpisahkan, Anda tidak perlu pergi ke gunung untuk menjadi religius.
" Saat itu, satu-satunya yang diinginkan Yusuf Islam adalah menjadi seorang Muslim. Dari al Quran ia tahu bahwa semua rasul dan nabi dikirim Allah swt untuk menyampaikan pesan yang sama. "Mengapa kemudian Yahudi dan Kristen berbeda? Kaum Yahudi tidak mau menerima Yesus sebagai Mesiah dan mereka mengubah perintah-perintah Tuhan.
Sementara Kristen salah memahami perintah-perintah Tuhan dan menyebut Yesus sebagai anak Tuhan. Tapi dalam al Quran saya menemukan keindahan, al- Quran melarang menyembah matahari atau bulan tapi memerintahkan umat manusia untuk mempelajari dan merenungi semua ciptaan Allah swt ," papar Yusuf Islam. "Ketika saya membaca al Quran lebih jauh lagi, al Quran bicara soal salat, sedekah dan perbuatan baik.
Saya belum menjadi seorang Muslim saat itu, tapi saya merasa al Quran adalah jawaban buat saya dan Allah swt telah mengirimkannya pada saya," sambung Yusuf Islam. Mengucap Dua Kalimat Syahadat Yusuf Islam kemudian memutuskan untuk berkunjung ke Yerusalem.
Di kota suci itu, ia datang ke masjid dan duduk di sana. "Seseorang bertanya, apa yang ia inginkan, saya menjawab bahwa saya seorang Muslim. Orang itu bertanya lagi, siapa nama saya. Saya jawab 'Steven'. Orang itu tampak bingung. Saya ikut salah berjamaah, meski salat saya tidak begitu sukses," kisah Yusuf menceritakan pengalamannya di sebuah masjid di Yerusalem. 
Kembali ke London, Yusuf menemui seorang muslimah bernama Nafisa dan mengatakan bahwa ia ingin masuk Islam. Nafisa kemudian mengajak Yusuf ke Masjid New Regent. Ketika itu tahun 1977, satu satu setengah tahun sesudah ia membaca al Quran yang diberikan saudara lelakinya. Pada hari Jumat, setelah salat Jumat, Yusuf menemui imam masjid dan mengucapkan dua kalimat syahadat. Ia pun menjadi seorang Muslim.
Nama Cat Steven diganti menjadi Yusuf Islam. "Saya pun akhirnya tahu bahwa saya bisa melakukan kontak langsung dengan Tuhan, tidak seperti dalam agama Hindu dan Kristen yang harus melalui perantara. Dalam Islam, semua penghalang itu tidak ada . Satu-satunya yang membedakan orang yang bertakwa dan tidak bertakwa adalah salatnya, salat adalah proses pemurnian diri," papar Yusuf Islam. 
"Akhirnya, saya ingin mengatakan bahwa apa yang saya lakukan saat ini adalah untuk Allah swt semata. Saya berharap Anda mendapatkan inspirasi dari pengalaman saya ini. Satu yang ingin saya katakan, saya tidak pernah sekalipun berinteraksi dengan seorang Muslim pun sebelum saya masuk Islam. Saya lebih dulu membaca al Quran dan menyadari bahwa tak seorang pun sempurna. Tapi Islam adalah agama yang sempurna dan jika kita mengikuti apa yang dicontohkan Rasulullah Muhammad saw, hidup kita akan selamat.
Semoga Allah swt senantiasa membimbing umat Rasulullah Muhammad saw ke jalan yang lurus. amiin," kata Yusuf Islam menutup pembicaraan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails