Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melangkah ke depan untuk mengatasi gejala yang tidak bermoral di negeri Selangor dengan cadangan yang pro aktif untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat hiburan. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ada juga cadangan untuk membuat rekabentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV)
Walaupun ini bukanlah merupakan tindakan terawal dan terakhir , namun ia satu permulaan yang baik untuk mencegah kegiatan yang tidak bermoral di negeri ini, yang sudah berkarat biru hasil peninggalan kerajaan BN Umno selama 51 tahun.
Langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor satu lagi usaha yang bersepadu dan harmoni untuk merealisasikan harapan rakyat di negeri Selangor selepas 8 Mac 2008. Selain daripada usaha terbaru meletakkan CCTV, kerajaan Selangor telah berusaha membentuk jati diri rakyat dengan program pembangunan Insan Negeri Selngor (SPIES), kelas pengajian ilmu disemarakkan, masjid dan surau diaktifkan.
Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Selangor adalah lebih baik dariapda negeri yang dipimpin oleh Umno. Kerajaan Selangor pada hari ini sedang membaik pulih kerosakan yang teruk hasil daripada kerja buat Umno selama ini. Mereka menyuburkan kegiatan maksiat kerana ia sebagai satu senjata yang berkesan supaya rakyat diulit dengan mimpi dan tidak memeperdulikan apa pemimpin BN hendak sapu harta rakyat. Keadaan ini amat jauh dengan program yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.
Dengan penuh kesedaran bukan senang hendak membina kembali tamadun manusia yang sudah rosak dalam sekelip mata, namun usaha mesti dibuat sebagai satu tanggungjawab kepada rakyat. Semua perkara ini akan dihitung di hadapan Allah SWT.
Pemimpin Umno di Selangor yang gila talak untuk meraih sokongan supaya rakyat di Selangor benci dengan kerajaan Pakatan Rakyat , memfitnah kononnya Selangor membiarkan kegiatan maksiat berluasa di Selangor. Hakikatnya untuk menutup kerja jahat mereka selama ini yang membiarkan kegitan tidak bermoral dibuka, sebaliknya surau ditutup dan ulamak diburu macam pelarian tanpa domumen. Kalau pemimpin Umno ikhlas untuk memerangi maksiat di Selangor mereka mesti mengarahkan kuasa pusat seperti polis, imigresen, kastam, sedangkan kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa yang terhad, namun berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki keadaan. Sama juga seperti isu kecurian pasir di Selangor sudah berlaku sejak berzaman, kuasa yang dimiliki oleh pusat tidak bertindak, sehingga tindakan anak jantan Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya pegawai SPRM ditempatkan di pejabat KSSB. Sekarang isu pasir sudah senyap bimbang takut tertangkap sesama sendiri. Kita mengharapkan dengan adanya CCTV dapat juga rakyat tahu siapakah pengunjung tetap dan berpencen ke tempat itu.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
No comments:
Post a Comment