Semalam peguam Anwar telah menghubungi sharpshooter tentang isu Rahimi.
Adakah sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim bersedia untuk menjadi saksi?
Jawapannya Ya..memang kami sudah bersedia menjadi saksi jika kes ini dibawa ke mahkamah. Berani kerana benar.
Mengapa baru sekarang Rahimi muncul ketika pilihanraya kecil Galas mahu diadakan.
Adakah selepas ini akan ada lagi ahli Keadilan yang akan melompat? jawapannya kemungkinan besar akan ada yang berubah menjadi katak dan terus melompat.
Bila pilihanraya sahaja maka saham katak akan melonjak naik. Pergi jahanamlah dengan katak katak yang cari makan seperti itu.
Seorang lagi nama yang pernah disebut oleh senatak ezam ialah Rashid.
Siapa Rashid? Mengapa senatak ezam menyebut nama Rashid? Benarkah Rashid adalah tukang urut Anwar di penjara Sg Buluh? Apa hubungan Rashid dengan Anwar Ibrahim?
Apa hubungan senatak ezam dengan Rashid? Apa pula hubungan senatak ezam dengan Rahimi dan Saiful serta Rashid? Benarkah Rahimi yang membawa Saiful bertemu senatak ezam? Benarkah senatak ezam adalah 'grand design' dalam kes liwat kedua ini? Benarkah Rahimi telah membuat akuan bersumpah dengan senatak ezam sebelum Saiful muncul memfitnah Anwar kononnya beliau telah diliwat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh?
Hanya menunggu masa dan akan terjawab semua persoalan itu. Semoga kebenaran akan dapat ditegakkan. Kezaliman serta fitnah jahat akan dapat dihapuskan. Lawan tetap lawan.
Yang pasti isu Rahimi akan mewarnai pilihanraya kecil Galas. Semoga Allah akan memberi kemenangan kepada calon Pas di Galas. Takbir....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment