WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, June 24, 2010

Kacau sura dalam kuali

"Assalamualaikum,,..
Tajuk ini aku pinjam dari salah seorang pemuda UMNO ketika Terengganu ditadbir oleh PAS tahun 1999-2004 dulu.Ketika itu heboh di kalangan orang UMNO memperkatakan bagaimana Tok Guru dan beberapa EXCO/ADUN PAS yang sudah mula naik toncang kerana memandu kereta Mercedes.Dalam satu perbicangan di antara sekumpulan pemuda UMNO yang sempat aku curi dengar, ada seorang daripada mereka yang membangkang kata kata sebegitu daripada   rakan rakannya.Katanya sememangnya itu kelayakan MB dan EXCO kenapa nak dihebohkan?Tak kan nak kacau sura dalam kuali, mestilah dalam kawah


Menarik kata kata pemuda UMNO yang aku kira adil dalam memberi penilaian kepada tugasan seorang MB dan EXCO.Ini juga bermakna seseorang yang hendak bekerja atau diberi kerja mestilah dengan kelayakan tertentu.Seorang motivator adalah seorang yang telah melalui proses tarbiyah yang tertentu sehingga dia diberi sijil kelayakan menjadi motivator.Seorang Doktor Falsafah pula dengan tarbiyah Doktor Falsafah(walaupun ada setengahnya ditarbiyah dengan doktor kepala sampah) sebelum diberi kelayakan PHD.Oleh itu seorang pengkritik juga harus melalui proses tarbiyah tertentu sebelum dia layak digelar pengkritik.Begitu juga penegur mestilah dengan kelayakan penegurnya.Tetapi semuanya jadi carca marba akibat kebangkitan PAS menuju putra jaya.Si luncai luar parti melantik diri mereka sebagai pengkritik tanpa sebarang pengiktirafan ilmu, penegur pula menegur orang orang yang ada kelayakan menegur mereka.
Inilah akibatnya kalau kacau sura dalam kuali, sura tak jadi tetapi yang mengacau letih percuma.Kata orang menyalak bukit tetapi diri sendiri yang menyalak.Akhirnya tak dapat makan sura, melopong masuk angin saja.Pengkritik pula menjadikan kutuk mengutuk sebagai asas, bukannya jadal mawaddah dalam mencari kebenaran.Akibatnya, kosong belaka tiada pengisian.
UG jadi Gaban, Erdogan pula jadi Doremon.Masuk angin keluar asap kalau dilayan siluncai luar parti ini.Benar kata Tok Guru dalam ucapan dasarnya, Jemaah perlu meletakkan tarbiyah di tempat sepatutnya, seperti sura perlukan kawah,meletakkan dakwah di tempat sepatutnya ,seperti sura perlu dikacau dalam kawah, meletakkan siasah di tempatnya, seperti sura diadun dalam kawah.Meletakkan sesuatu ditempatnya amatlah dituntut oleh agama kerana itu adalah definasi keadilan oleh ulamak.Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya akan menjadi zalim, oleh itu wajar peringatan Tok Guru agar berhati hati dengan luncai luar parti.
Mengkritik dan  menegur  juga perlukan juzuk juzuk ilmu tertentu.Mengkritik dan menegur bukan bertujuan mengutuk dan sedia dikutuk tetapi dengan asas ilmu yang teguh dan bersedia menerima kebenaran

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails