Senario SIME DARBY dilanda kerugian melampau, mungkin merebak ke FELDA. Ini bukan suatu omongan kosong. Dana Felda lesap RM2.73 Billion ringgit, bukan sekadar khayalan tapi realiti dan diakui sendiri oleh Kerajaan melalui jawapan di Parlimen. Agihan kehilangan wang FELDA adalah seperti berikut.
1. RM2 bilion, jelasnya untuk penanaman semula tanaman,Sesungguhnya, Kerajaan dalam hal ini ternyata PENIPU BESAR. Terus terang dan diakui oleh Pengurus-Pengurus Felda Rancangan, Felda dibawah Dato’ Seri Najib Tun Razak akan mengakibatkan duit Felda akan dikikis sehabis mungkin. Untuk pengetahuan semua, sebelum Dato Seri Perdana Menteri mengemudi Felda, Felda melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF) tiada masalah mengagihkan dividen sehingga 17%, tetapi pada tahun berakhir yang lalu, ia jauh merosot kepada 12.5% sahaja dan akan terus merosot untuk tahun-tahun seterusnya.
2. RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah,
3. RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah
4. RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda
Disamping itu, yang menjadi persoalan yang MAHA Besar, apa kaitan Felda dalam menyalurkan RM253 juta untuk tabung pembasmian kemiskinan Felda. Sejak bila Felda perlu bertanggungjawab terhadap kemiskinan sesuatu negeri? Adakah negeri Sabah sudah kehabisan wang dalam membasmi kemiskinan di Sabah sehingga terpaksa mengemis wang Felda?
RM662 juta juga dihabiskan untuk membangunkan Menara Felda hanya untuk lambang kemegahan Dato’ Seri Perdana Menteri. Wisma Felda yang terletak di Jalan Gurney sebenarnya mampu dinaik tarafkan lagi tanpa perlu membina sebuah bangunan yang baru.
Yang paling tragis sekali, FELDA sudah mempunyai Felda Holding Berhad, sebuah syarikat yang memayungi seluruh anak-anak syarikat Felda Tetapi kerana untuk mengembungkan poket-poket kroni, sebuah lagi syarikat yang bernama Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dengan modal berbayar RM25 juta ditubuhkan kononnya dengan tujuan untuk bersaing diperingkat global. Jika betul alasan ini sekalipun, adakah perlu menubuhkan sebuah lagi syarikat sedangkan peranan itu boleh dimainkan oleh Felda Holdings Berhad yang mempunyai modal berbayar hamper RM220 Billion. Ternyata, terdapat pihak yang ‘Kenyang disebalik’ penubuhan syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ini.
Suatu pertanyaan yang harus dijawab oleh Kerajaan adalah ketika PRK Hulu Selangor yang lalu, 100 bekas peneroka Felda Sungai Buaya menerima RM50,000. Jumlah keseluruhan adalah RM5 juta ringgit. Dikhuatiri wang tersebut bukan datang dari pemaju yang konon-kononnya ingin memajukan Felda Sungai Buaya. Tetapi ia datang dari kocek Felda sendiri. Secara logiknya, dengan pasaran kewangan dan hartanah yang suram serta keadaan persekitaran ekonomi yang lembab, tiada syarikat yang gila yang ingin memberi wang pendahuluan sebanyak RM5 Juta sedangkan projek masih belum bermula. Ternyata bekas peneroka Felda Sungai Buaya kena kencing hidup-hidup. Siapa merana? Felda juga yang merana kerana terpaksa mengeluarkan wang kocek sebanyak RM5juta hanya untuk memastikan MIC menang di Hulu Selangor.
Dan penipuan yang paling BESAR yang tidak dinyatakan oleh kerajaan ialah menyembunyikan fakta bahawa FELDA telah mengambil alih ‘sugar asset’ dari PPB Group dengan nilai RM1.5 Billion ringgit. Kenapa perkara ini tidak didedahkan dalam jawapan yang diberi oleh Kerajaan dalam parlimen tempoh hari dalam jawapan berkenaan rizab tunai Felda yang mengecil?
Menurut The Star 6 Mac 2010, "In October last year, Felda’s main commercial arm, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global) announced a RM1.5bil deal to buy PPB Group’s entire sugar assets in the country.
Di saat negara mengalami pertumbuhan sederhana, ada sesuatu yang menarik yang perlu diberi perhatian oleh semua. Terdapat maklumat, Pengurus-pengurus tanah rancangan telah memperolehi sebuah Toyota Hilux dalam menggantikan Kembara yang sudah uzur. Tanpa menafikan keperluan dalam memiliki sebuah kenderaan yang bagus, tetapi Kerajaan perlu menjawab berapa wang yang sudah dihabiskan untuk perkara ini dan siapa yang UNTUNG di sebalik transaksi ini, dan adakah tender terbuka dibuat untuk perkara ini?
Wang Felda adalah bukan wang UMNO. Tanpa integriti dan ketelusan, tidak mustahil Felda akan lebur dibawah tangan Dato’ Seri Perdana Menteri. Justeru itu, parlimen perlu bertegas supaya kerajaan dapat menjawab dengan penuh berintegriti terhadapa permasalahan Felda ini. Jangan tunggu Felda menjadi seperti Sime Darby, baharu semua orang melatah dan menggelabah.
Tepuk dada Tanya Rosmah
-ikhqoi-
Mantan S.U Pas Jalan Yadi Sungai Udang
No comments:
Post a Comment