WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, August 4, 2010

Menteri pun tak faham isu Saman Ekor, Camne



La Menteri sendiri pun tak faham secara keseluruhan masalah saman ekor ni. Kepada Datuk Seri Hishammuddin yang bijaksana, jangan dengar kata sebelah pihak saja. Cuba tuan turun padang sendiri di kaunter JPJ dan kaunter trafik rasai sendiri kesusahan rakyat. Rakyat beratur panjang, kecewa cukai jalan tak boleh perbaharui, kena pula pergi ke kaunter trafik yang satu daerah hanya ada saut kaunter trafik.


Macam nilah Pak Menteri, turun padang, ambil seorang mangsa saman trafik, ikut dia di kaunter JPJ, lepas tu ikut dia ke IPD kaunter trafik, lepas tu ikut dia ke bank atau jumpa saudara mara nak pinjam duit nak bayar saman, nak bayar insuran, lepas tu ikut dia semula ke kaunter JPJ nak perbaharui cukai jalan.
Mungkin makan masa 2-3 hari. 2-3 hari ni kalau dia peniaga berapa banyak dah rugi, kalau dia kerja dengan swasta , habislah cuti tahunan. 
Macam-macam sumpah seranah yang Datuk Seri akan dengar kalau berada di kaunter JPJ dari pelbagai kaum dan bangsa dari semua parti , BN dan Pakatan Rakyat. Faham tak Pak Menteri. 
Lagi lama Pak Menteri nak semak sistem saman ekor ini, lagi ramai rakyat menderita dan menyampah, meluat, menyumpah. 
Tindakan segera ialah batalkan arahan tidak boleh perbaharui cukai jalan kalau ada saman ekor, saman badan ke, saman kepala ke, saman tangan ke. 
Yang kedua, saman yang tahun 2000, tahun 2010 baru muncul apa cerita ? Lemah sangat ke sistem IT PDRM sampai tak boleh nak kesan pesalah trafik ? 
Saman ekor ni menganiaya mereka yang lurus bendul. Mereka yang no plet kenderaan mereka digunakan oleh orang lain. Mereka yang menjual kereta tak ditukar nama oleh pembeli. Mereka yang meminjam kereta. Kalau dah 10 tahun baru dapat saman ekor, mana manusia yang boleh ingat 10 tahun lepas siapa guna kereta tersebut. 
Tolonglah jangan saman pemilik kenderaan, samanlah pemandu yang buat kesalahan. Kalau nak mengajar pemandu bukan tunggu 10 tahun, patutnya dalam dunia yang serba canggih ini dalam masa seminggu polis mesti hantar notis saman kepada pemandu beserta dengan bukti 
Lagi satu Pak Menteri, biarlah semua balai polis boleh berurusan untuk selesaikan saman ni, bukan di IPD sahaja. Rakyat sekarang kena kerja lebih masa, kerja part time untuk bayar bil elektrik, minyak naik dan sebagainya. Apa cerita hanya IPD Bahagian Trafik sahaja yang boleh handle isu saman ni ? 
***************************  
04 Ogos, 2010 07:58 AM 
KDN Mahu Semak Semula Saman Ekor  
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyemak semula sistem saman ekor, ekoran bantahan ramai pihak berhubung perlaksanaan sistem itu. 
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata pihaknya juga mahu satu kajian semula dijalankan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik. 
"Dalam konteks saman ekor, ada yang kata mereka tidak bersalah kerana kesalahan trafik itu dilakukan oleh orang lain yang menggunakan kenderaan atau menyalahgunakan nombor pendaftaran kereta milik mereka. 
"Maka ia perlu dikaji semula dan diteliti kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan agar semua keputusan yang dibuat adalah adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kumpulan kerja bagi memerangi keganasan di antara Malaysia dan Australia di sini hari Selasa. 
Beliau berkata kerajaan juga perlu memikirkan kaedah pembayaran yang paling baik dan sesuai untuk pesalah trafik yang mempunyai jumlah saman yang sangat banyak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails