WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, August 4, 2010

Trajedi Sg. Buloh: Khir Toyo dan Noh Omar patut ambil iktibar

"Assalamualaikum,,..
Musibah terjadi lagi, kali ini melibatkan kematian sepasang  yang bukan suami isteri di dalam sebuah kereta Toyota Caldina di lebuh raya utara selatan berhampiran Sg.Buluh.Trajedi ini turut melibatkan dua orang pemimpin UMNO seperti trajedi sebelumnya.Trajedi yang mengaibkan ini perlu diambil pengiktibaran oleh mereka yang masih hidup agar kejadian yang serupa tidak akan berulang lagi.

Orang melayu perlu merasa sedih kerana trajedi ini melibat pemimpin melayu dan orang melayu perlu memikirkan semula sokongan mereka kepada UMNO kerana kejadian ini melibatkan dua orang pemimpin UMNO.Apakah pengiktibaran yang boleh diambil?
Masing masing jawablah sendiri berpandukan petunjuk yang sudah terang dari alquran dan alsunnah serta pengajaran ulamak.Khir Toyo dan Noh Omar yang membentuk mafia tersendiri harus merenung kejadian ini dengan lebih serius dan penuh insaf.Insaf bahawa hidup ini singkat dan kematian bila bila masa boleh menjemput kita.Khir Toyo dan Noh Omar harus memberhentikan segera segala serangan pembohongan mereka kepada kerajaan Selangor, begitu juga senatak Ezam yang turut bersubahat.
Akuilah segala kesilapan lampau dan pohonlah keampunan dari ALLAH dan rakyat Selangor termasuk pemimpin pemimpin kerajaan negeri PR sekarang. Musibah seumpama ini harus dihentikan bagi membolehkan melayu maju ke depan dan tidak lagi lesu serta bermotivasi.
Akuilah bahawa selama ini UMNOlah punca segala kelesuan orang melayu bukannya PAS atau PKR.Tetapi kalau Khir Toyo dan Noh Omar serta senatak Ezam enggan mengakuinya dan masih terus berdegil dengan agenda serangan penuh pembohongannya, aku harap penyokong mereka serta penyokong UMNO di seluruh negara boleh mengambil  pengiktibaran dari trajedi ini.Ingatlah, trajedi ini adalah trajedi yang berulang dari trajedi yang lepas termasuk trajedi pembunuhan pemimpin wanita UMNO gombak dan wakil rakyat wanita UMNO di sabah.
Amaran ALLAH akan sentiasa benar.Elakkan musibah dengan kembali kepada petunjuk dan kebenaran (di sisi ALLAH).Bertindak dan berhujah dengan kebenaran, mengatakan kebenaran walaupun pahit dan insyaallah negara akan diberkati ALLAH sepanjang masa.
Tetapi kalau masih ada yang enggan dan terus dengan sokongan kepada UMNO, tunggulah musibah seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails