WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, August 4, 2010

NOH OMAR KECING BELARI




Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar mencabar PAS Selangor agar mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan PAS benar-benar memperjuangkan Islam.
Cabaran itu terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan.

Bagi saya cabaran itu sendiri terlalu cetek dan lompong. Ketam yang sepanjang hayat tak berjalan lurus mahu mengajar orang lain berjalan lurus, bukankah aneh bunyinya.

Sebelum saya mengulas panjang masih terpaku dalam ingatan saya insiden yang berlaku pada 29 Disember 2005 iaitu hampir 5 tahun lalu. Saya dan beberapa rakan blogger lain mendedahkan dan mengulas panjang insiden berkenaan ketika itu. Barangkali Noh dan rakan-rakan sudah lupa.

Ianya insiden yang berlaku di sebuah pusat urut tersohor di Subang Jaya. Blogger Jeff Ooiyang kini seorang ahli parlimen mengulas:

Was the DATUK politician Putera Umno chief Abdul Aziz Abdul Rahim or deputy Internal Security Minister Noh Omar, or none of the above?
(Adakah ahli politik bergelar DATUK yang dimaksudkan itu Ketua Putera Umno Abdul Azeez Abd Rahim atau Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Noh Omar, atau bukan kedua-duanya?)

Saya menulis dalam posting saya bertarikh 2 Januari 2006 


berbunyi:

Isu ini menjadi semakin rumit dan penuh tanda-tanya apabila UTUSAN hari ini menerbitkan penjelasan dari Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib bahawa Noh Omar tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan di buat oleh pihak polis ke tempat maksiat di Subang Jaya itu dimana sejumlah pelacur warga asing telah ditahan.

Akhbar-akhbar tempatan semasa hari kejadian melaporkan seorang ahli politik bergelar DATUK turut ditahan.

Noh Omar tidak ada di tempat kejadian, jadi Noh bukanlah DATUK yang dimaksdukan, walaubagaimanapun menurut KPD Subang Jaya itu lagi:
Bagaimanapun Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan secara kebetulan berada berhampiran lokasi. Menurut Muhammad Fuad, beliau difahamkan, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan berada di sana untuk memantau kejadian sejurus mendapat tahu pihak polis membuat serbuan malam Khamis lalu.

Pelik sungguh bukan. Semalam Ketua Putera Umno, Azeez juga mengatakan bukan beliau yang ditahan tetapi beliau hanya berada di tempat kejadian kerana:
Hanya untuk membantu kawannya ( bukan beragama Islam ) yang telah di tahan selama 4 jam. 
Apa dah jadi ni?

Itu cerita lama. Sehingga hari ini kes itu dibiarkan begitu sahaja, tidak ada siapa yang didakwa!

Balik kepada cerita ketam tadi. Sesunggunya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. PAS insyallah memikul amanah ini di Selangor memandangkan ia kini sebahagian dari kerajaan.

Sebahagian besar rumah urut dan pusat hiburan yang ada di Selangor diwarisi dari zaman BN dan Umno memerintah dahulu termasuklah pusat di Subang Jaya di atas. Noh mencabar PAS menutup semua premis ini sepanjang Ramadhan, saya percaya jika PAS berkuasa mutlak sebagaimana Umno pra 2008 dahulu, PAS mungkin ada keupayaanpolitik berbuat demikian. Malangnya Umno semasa begitu tidak pula ingat mahu menutupnya.

Walaubagimanapun PAS komited untuk memastikan pusat-pusat ini jika tidak pun ditutup, dicegah dari menerima pelanggan dari kalangan umat Islam. VIP Muslim yang lolos pada tahun 2005 itu barangkali lupa bahawa sebagai orang Islam beliau tidak wajar berada dan mengunjungi pusat maksiat. Sebenarnya di Selangor peraturan yang sedia ada memang melarang umat Islam dari berada di pusat maksiat seumpama itu.
Keupayaan PAS kini adalah mempertingkatkan penguatkuasaan melalui JAIS dan PBT.

Umno yang diwakili Noh jika ikhlas sebuah parti umat Islam dan prihatin sangat tentang pusat-pusat maksiat ini sepatutnya mengharamkannya langsung dahulu. Dan sebagai menteri kabinet haramkan terus sekarang di seluruh Persekutuan dan negeri-negeri yang BN perintah!

Bagi PAS di Selangor, wakil-wakilnya yang duduk di PBT-PBT telah dans edang berusaha memperkemaskan lagi peraturan yang sedia ada melibatkan premis seumpama ini. Contohnya di Subang Jaya (MPSJ) berkuatkuasa 1 Januari lalu semua premis seumpama ini bukan hanya dilarang menerima pengunjung Islam malah dilarang mengambil pekerja-pekerja Islam bekerja.

PAS mungkin tidak mengharamkan pusat-pusat ini secara terus tetapi dalam keupayaan yang ada PAS telah dan sedang berusaha membendung umat Islam dari menghampirinya. Umno telah buat apa dalam tempoh 50 tahun?

Noh lupa Mufti yang terlibat dalam menguatkuasakan larangan umat Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik dipremis seumpama ini satu ketika dahulu di Selangor pernah dipecat oleh kerajaan negeri Umno dari jawatannya, mana Noh ketika itu?!

Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails