Nama seorang tokoh anak muda bernama Shamsul Iskandar selaku Ketua AMK Malaysia dalam arena politik Malaysia begitu terserlah peningkatannya.
Biarpun susuk tubuhnya tidak setinggi Khairy namun kelantangannya menyuarakan isu semasa wajar diberi pujian.
Shamsul Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan SAM mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Senatak Raja Sesumpah Ezam dengan penuh ranjau dan onak berduri dalam perjuangan.
Bukan mudah untuk membina semula Angkatan Muda yang cuba dihancurkan serta dimusnahkan oleh Senatak Raja Sesumpah yang membakar jambatan setelah menyeberang ke lembah najis….ahhh…biarkan….biarkan… Sam kemudiannya terpilih secara rasmi selaku Ketua AMK Malaysia di Seremban pada tahun 2007 setelah berjaya menumbangkan calon team “Pencerahan” Saudara Hasmi. Masih ingat kata Anwar “macamana ni Hasmi…team pencerahan… dengan undi-undi pun cerah…”
Manakala Chegu Bard pula menarik diri kerana menyambung belajar di Korea. Menurut Saifudin Nasution, Chegu Bard mengaji bab DEMO…sebab itu Chegu Bard pakar demo…
“asyik demo saja Chegu Bard..”
“asyik Chegu Bard saja demo..”
“asyik tangkap saja Chegu Bard..”
“asyik Chegu Bard saja tangkap”
begitulah sinonimnya Chegu Bard dengan demo dan tangkap.
Sam dengan segal a kepayahan dan kesusahan telah berjaya pulihkan Angkatan Muda biarpun bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Anwar sendiri pun tidak dapat puaskan hati semua orang inikan pula Sam. Tetapi Sam terus tabah hadapi dugaan ini. Sam wajar diberi pujian.
Sam kemudian telah dilantik oleh Anwar sebagai Pengerusi MPN Keadilan Melaka yang baru. Ini adalah isyarat jelas, Anwar mahukan Sam tumpukan usaha menawan Negeri Melaka. Bukan mustahil Melaka akan tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.
Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kajian, Melaka akan tumbang jika ada sedikit lagi usaha oleh Pakatan Rakyat.
Jika dalam PRU 12, Sam bertanding di Parlimen Dungun, dalam PRU 13, Sam wajib bertanding di Dun dalam Negeri Melaka. IsyaAllah jika Pakatan Rakyat Berjaya menawan Melaka, kemungkinan besar Shamsul Iskandar akan Berjaya mencipta satu lagi sejarah iaitu Ketua Menteri Melaka termuda. “Patik bukan sebarang patik…
Patik datang dari Melaka…
Katek bukan sebarang katek..
Ketua Menteri Baru Negeri Melaka..” Tidak mustahil sejarah tersebut boleh dicipta dan sudah pasti seluruh AMK akan berbangga dengan kejayaan Shamsul Iskandar Ketua Menteri Melaka termuda. Sebagai otai dalam AMK, sudah sampai masanya Sam tumpukan usaha menawan Melaka, urusan AMK biarlah diambil oleh Ketua AMK yang baru pula.
Bukan sharpshooter nak mengajar tetapi sekadar memberi pandangan. Itulah hasrat sebenarnya Anwar Ibrahim, beliau mahu tonjolkan anak muda sebagai pimpinan masa depan.
Sebab itu dalam Keadilan, YB anak muda bawah umur 40 memang ramai antaranya YB Amirudin Shari (Batu Cave), YB Nik Nazmi (Seri Setia), YB Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), YB Yusmadi (Balik Pulau), YB Ong Chin Wen (Bukit Tengah), YB Nurul Izzah (Lembah Pantai), YB Yunus (Kuala Kurau), YB Kesavan (Hutan Melintang), YB Jason Ong (Tanjong Bungah), YB Law Choo Kiang (Bukit Tambun), YB Chan Ming Khai (Simpang Pulai), YB Chang Lih Kang (Teja) dan YB Amran (Tanah Merah).
Yang paling menariknya, hingga ke hari ini, tidak ada seorang pun YB anak muda dari Keadilan yang melompat jadi katak. Fairus melompat jadi katak pun setelah tidak bergelar YB.
No comments:
Post a Comment