WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Astro Cekek Darah..Dah Laa Servis Hampeh...




Kesal Astro kenakan caj teknikal

SAYA ingin meluahkan perasaan amat tidak puas hati terhadap Astro. Sebagai pelanggan setia, saya sentiasa membayar bil Astro bukan sahaja tepat pada masanya, malah bayaran yang dibuat sentiasa melebihi caj yang termaktub di dalam bil.
Namun apa yang mengecewakan saya apabila servis tiba-tiba 'UNAVAILABLE' seolah-olah saya tidak membayar bil dan dipotong perkhidmatan. Sudahlah setiap kali hujan walaupun rintik-rintik, siaran akan terganggu. Soalnya, hujan tiada, ribut tiada, tahu-tahu siaran tergendala 'UNAVAILABLE'. Bila saya ajukan persoalan ini dengan menelefon talian khidmat pengguna 1300-82-3838, saya disuruh melakukan beberapa langkah untuk memastikan bahawa masalah yang terjadi bukan berpunca daripada sambungan kabel.
Kemudian, setelah semua percubaan itu gagal, pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut menyatakan bahawa masalah yang terjadi merupakan masalah teknikal dan mengesyorkan juruteknik Astro datang ke rumah dan membetulkan masalah tersebut dengan caj RM50. Kenapa nak kenakan caj yang mana masalah itu bukan berpunca daripada kesalahan saya. Mengapa saya perlu bayar? Sebelum saya menyaman Astro, sila betulkan 'masalah teknikal' tersebut secara percuma.
Masymul Anuar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails