WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Sunday, June 6, 2010

Hamas bangsa pejuang : PM Turki

Hamas bangsa pejuang : PM Turki


ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan, beliau tidak memandang Hamas sebagai pengganas, sebaliknya kumpulan yang berjuang untuk tanah air sendiri.

Erdogan, yang lantang mengutuk Israel berhubung serangan maut ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, mengeluarkan kenyataan anti-Yahudi semasa berucap di hadapan ribuan penunjuk perasaan anti-Israel, di Konya, Turki, kelmarin.

“Hamas memenangi pilihan raya. Anda (Israel) sering bercakap mengenai demokrasi, tetapi tidak membenarkan Hamas memerintah. Demokrasi jenis apakah ini?.

“Saya tidak melihat Hamas sebagai pengganas, mereka adalah penduduk Palestin yang berjuang untuk mendapatkan tanah air mereka sendiri,” katanya. 


Erdogan, yang menganggap tentera rejim tidak peduli walau terhadap bayi dalam buaian’, memetik ajaran Yahudi yang mengharamkan pembunuhan.

“Agama kamu (Israel) melarang pembunuhan. Kalau kamu tidak faham bahasa Turki, saya akan katakan dalam bahasa Hebrew,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails