WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 11, 2010

Presiden PAS raikan media tempatan & antarabangsa

KOTA BAHARU, 10 Jun - Sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-56, Kelantan sebagai tuan rumah seperti biasa telah mengadakan satu majlis makan malam ramah mesra bagi meraikan petugas-petugas media.

Bertempat di dewan makan Kelantan Trade Center (KTC) tempat dimana berlangsungnya persidangan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Panitia Muktamar iaitu Dato' Takiyudin Hasan dalam ucapanya itu tadi mengalu-alukan kehadiran dari tetamu-tetamu dari luar negara iaitu pimpinan Hizbollah dari Lubnan, menteri kabinet serta menteri dalam negeri dan hal ehwal agama dari Maldives, pimpinan Hamas dari Palestin dan juga pimpinan Moro Islamic Liberation Front (MILF) dari Filipina.

Disamping itu, Takiyudin yang juga Timbalan Setiausaha PAS Pusat juga tidak lupa untuk mengalu-alukan kehadiran para pimpinan PAS pusat dan negeri serta para petugas media yang hadir dalam majlis tersebut.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang mengenangkan kembali sejarah PAS sejak 1955 dimana pengalaman PAS ditendang oleh kerajaan pusat, juga pengalaman menjadi kerajaan negeri dan bermacam-macam lagi.

Beliau sebelum itu turut meraikan kehadiran tetamu-tetamu dari luar tersebut beserta pimpinan-pimpinan PAS dan petugas-petugas media yang bekerja secara konsisten tidak kira waktu dan tempat.

Antara jemputan media yang hadir adalah media tempatan dan media antabangsa seperti Singapura. Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails