LESEN judi bola sepak Piala Dunia hangat diperkatakan sama ada di bandar mahupun di kampung. Ia merupakan isu nasional yang hangat diperkatakan pada masa ini, selain daripada isu bantuan kemanusiaan di Gaza.
Isu ini diperkatakan dan dibincang oleh pelbagai bangsa yang merentasi sempadan agama dan budaya. Majoriti rakyat Malaysia tidak bersetuju berkenaan dengan lesen judi tersebut.
Saya secara peribadi tidak bersetuju lesen judi tersebut diluluskan atas kapasiti saya sebagai umat Islam yang berbangsa Melayu dan sebagai rakyat di bumi bertuah ini, Malaysia.
Saya memohon dan merayu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita yang kita sayangi supaya membatalkan lesen judi tersebut demi agama dan rakyat Malaysia seperti mana yang PM seringkali katakan, 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Dewasa ini, kita mendepani dengan masalah keruntuhan akhlak yang serius. Bermacam-macam masalah sosial berlaku dan pastinya kita semua tidak menginginkan timbul pula masalah baru apabila lesen judi ini dibenarkan.
Bayangkan kesannya kepada peminat-peminat sukan bola sepak apabila selama ini mereka hanya menonton perlawanan bola sepak bersandarkan pasukan-pasukan kegemaran mereka tetapi kali ini ditambah pula dengan taruhan wang ringgit dan akhirnya mengundang bencana.
Bagaimana pula kalau golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah juga terlibat. Kesannya amat besar.
Cukuplah dengan Magnum dan nombor ekor yang mempunyai ramai peminatnya termasuklah dari kelompok umat Islam yang tidak tahu hukum halal atau haram.
Saya amat berharap agar PM kita dapat memahami kehendak dan suara rakyat.
Saya sebagai rakyat Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pemimpin Nombor Satu Negara dan dalam masa yang sama, saya akan menegur jika ada melakukan kesilapan mungkin tanpa disedari.
Kita semua manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Saya berdoa ke hadrat Ilahi agar Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah sepanjang menjadi pemimpin negara dan bersikap terbuka serta mendengar segala pandangan rakyat demi kebaikan bersama. Amin.
JAMAL LULKHIR JALUDIN

No comments:
Post a Comment