WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 7, 2010

Pemuda Parti Gerakan Kedah bersama GMJ

Pemuda Parti Gerakan Kedah bersama GMJ
Ditulis oleh Suhaizan Kaiat   
MONDAY, 07 JUNE 2010 03:29

KENYATAAN MEDIA GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH JUDI
PEMUDA PARTI GERAKAN KEDAH BERSAMA GMJ
Isnin 24 Jamadilakhir 1431 / 07 Jun 2010

Saya mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Membatah Judi Kedah (GMJ-Kedah) dipengerusikan oleh oleh YB Nasir Zakaria yang telah menubuhkan gerakan rakyat ini diperingkat negeri Kedah. Tahniah juga saya ucapkan kepada Ketua Pemuda Parti GERAKAN Kedah Sdr. Tan Keng Liang yang telah bersetuju bersama dalam GMJ-Kedah. Setakat ini pertubuhan politik yang telah bersama GMJ adalah Pemuda PAS, Pemuda DAP, Pemuda PKR (AMK) dan Pemuda GERAKAN. Penglibatan daripada NGOs dan parti politik khususnya anak muda sangat-sangat digalakkan. Saya juga menasihatkan kepada semua negeri-negeri menubuhkan GMJ diperingkat negeri-negeri. Bagi memudahkan sebarang penubuhan GMJ diperingkat nasional dan negeri saya senaraikan wakil-wakil GMJ seperti di bawah :


1.    Nasional – Sdr. Suhaizan (019-7285174)
2.    Johor – Sdr. Faizi (019-7701830)
3.    Melaka – Sdr. Kamal (013-6643574)
4.    Negeri Sembilan – Sdr. Khairil Anwar (017-2138834)
5.    Selangor – Sdr. Hasbullah (012-2917011)
6.    Perak – Sdr. Zawawi (013-5908377)
7.    P. Pinang – Sdr. Yusni (019-4500660)
8.    Perlis – Sdr. Yakob (019-4574652)
9.    Pahang – Sdr. Suhaimi (019-9319231)
10.  Terengganu – YB Mohd Nor Hamzah(013-9818195)
11.  Kelantan – YB Abd Latif Abd Rahman (019-9565665)
12.  Kedah – YB Nasir Zakaria (019-2110389)
13.  Sabah – Sdr. Lahirul (019-3692587)
14.  Sarawak – Sdr. Abang Eddy (016-8905446)


Setakat ini sudah 53 pertubuhan diperingkat nasional dan negeri telah menyertai GMJ. Semua pertubuhan seluruh negara seperti pertubuhan masyarakat, sukan, kebajikan, penduduk, politik, remaja, wanita dan lain-lain lagi yang membantah judi sukan digalakan untuk bersama GMJ samaada diperingkat negeri ataupun diperingkat nasional. Kemuncak kepada bantahan ini adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Mansuhkan Judi Sukan yang akan diadakan pada Sabtu 03hb Julai 2010 di Kuala Lumpur. Himpunan ini adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails