WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, May 22, 2010

Protes seluruh Negara Bantah Judi Piala Dunia 2010

- MASIH ADA SATU KEKOSONGAN DI SINI -
Protes seluruh Negara Bantah Judi Piala Dunia 2010
Posted on Friday, May 21 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: bumiperak

"
Jumaat 21 Mei Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak di Ipoh Perak, Permatang Pauh Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kajang Selangor dan Seremban Negeri Sembilan.


Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini adalah ‘mukadimah’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

IPOH, Perak, kira-kira 800 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang. Peserta protes dari Pakatan Rakyat termasuk bukan Islam melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," .. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.
Perhimpunan berlangsung tidak sampai sepuluh minit apabila mereka disuraikan oleh anggota polis dan berlaku sedikit kekecohan dan tarik-menarik.

KUALA TERENGGANU perhimpunan 45 minit berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.di Masjid Pengadang Baru disertai ratusan orang
Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau. Turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa. Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut bagaimanapun tidak menyertai perhimpunan kerana "kurang sihat".

PERMATANG PAUH, Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah. Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".
Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali. Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.
"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

SEREMBAN, Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, diketuai pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa. Ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi". Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.
Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

KAJANG bantahan dianjurkan diketuai Mohd Shah Mior Kosim berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.
Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.
Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."
KAPAR Sementara itu di sini pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.
Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.
Gambar-gambar di atas dirakam di Ipoh sahaja - bumiperak
"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails