Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada buaya di pantai Port Dickson dan menyeru kepada rakyat jelata tak perlu risau langsung untuk berkelah dan bermandi manda di pantai PD dan memberi jaminan pantai PD adalah selamat se selamatnya. Tolonglah percaya cakap Menteri Besar Negeri Sembilan ini.
Buaya yang dijumpai di pantai PD beberapa hari lalu memang bukan buaya. Ianya hanyalah bangkai buaya.
Dan bangkai buaya ni pun sebenarnya kena tembak di sungai , kemudian buaya tadi dalam keadaan cedera telah tersesat ke laut, itu je.
Menteri Besar kata kepada pemburu buaya, janganlah tembak atau serang buaya ni, nanti buaya ni tersesat lagi ke laut.
TAPI Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cakap lain pula, buaya tadi mati kerana faktor usia kerana dah berusia 60 tahun. Agaknya salah teori Pengarah Perhilitan ni, kena banyak lagi belajar dengan MB kita.
Nak tanya MB, adakah menjadi kesalahan memburu buaya ? Adakah buaya merupakan spesis yang dilindungi ? Kalau menjadi kesalahan memburu buaya apakah hukuman yang dikenakan ? Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pemburuan buaya ? Menambah bilangan penguatkuasa ? Mengadakan kerjasama dengan polis marin ? Menambah bilangan bot peronda sungai ?
Macamana pun MB sebelum ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati mandi di pantai PD kerana mungkin ada terumbu karang yang tajam dan berbahaya. Seperti laporan terakhir di bawah ini.
***********************
Wednesday August 4, 2010
MB: No crocs at PD beaches
SEREMBAN: The beaches of Port Dickson are safe despite reported sightings of crocodiles along the coastline recently, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said.
“Holiday-makers and beach-goers need not worry as there have been no incidences of crocodile attacks. In the past, there had been incidences where crocodiles at Sungai Timun and Sungai Linggi displayed aggressive behaviour but this was because they had been shot at and trapped by poachers,” he told reporters here yesterday.
“My advice to the people is, stop attacking these creatures or they may retaliate,” Mohamad said, adding that the crocodiles do not normally stray from their river habitat to the beaches at the popular seaside town.
A six-metre long crocodile was found dead at the Ixora Permai beach near Tanjung Agas in Port Dickson on Tuesday. The reptile was believed to have been dead for four days at the time villagers found it at the Kuala Linggi riverbank at about 12.45pm.
Mohamad said the crocodile, known locally as buaya tembaga because of its copper-coloured body, had probably been injured before it made its way to the sea from its natural habitat in Sungai Linggi, some three kilometres away.
Buaya ditemui berusia lebih 50 tahun
SEREMBAN 3 Ogos - Bangkai buaya tembaga yang ditemui berhampiran Kolej Uniti, Tanjung Agas, Port Dickson dipercayai telah berusia lebih 50 tahun dan mati sejak tiga hari lalu akibat faktor usia.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Ishak Muhamad selepas sekumpulan pemancing menemui reptilia seberat lebih satu tan yang terapung di perairan dekat pantai Ixora Permai.
Ishak berkata, bangkai reptilia itu juga disahkan tidak cedera dan kesan luka yang terdapat pada badan reptilia itu disebabkan oleh geseran pada batu karang.
"Spesies buaya tembaga ini mampu hidup selama 60 tahun dan daripada penelitian yang dijalankan ke atas bangkai buaya ini, ia dipercayai berusia antara 50 hingga 60 tahun berdasarkan faktor saiz badan, gigi yang sudah tumpul dan beratnya.
"Berdasarkan pengamatan kami, buaya ini dipercayai telah mati sejak tiga hari lalu kerana bangkai itu sudah mula mereput dan mengeluarkan cecair busuk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pakar Kata Gigitan Bukan Dari Buaya - MB SEREMBAN, 18 Jan
(Bernama) -- Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
"Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin.
Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu. Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.
Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi. "Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA," katanya.
Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya. Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.
Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan. --