Wednesday, April 21, 2010

PAS tambah bilangan petugas di Hulu Selangor


KUALA LUMPUR, 20 April - PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil parlimen itu Ahad ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi.

"PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.


Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.


Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 paratus.


"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid adalah calon PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.


Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.


Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen.


"Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi.


"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.


Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.


"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.

Kesilapan lokaliti: SPR jangan jadi kuda tunggangan Umno-BN

KENYATAAN MEDIA DPP WILAYAH PERSEKUTUAN
SPR JANGAN MENJADI KUDA TUNGGANGAN UMNO-BN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan tindakan SPR yang bertindak sesuka hati dengan memindahkan 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh ke Parlimen Selayang.

DPPWP melihat alasan yang diberikan timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar bahawa berlaku kesilapan dalam lokaliti tersebut sehingga memindahkan pengundi amat tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.


Persoalannya, mengapa sekarang baru SPR menyedari kesilapan tersebut dalam keadaan pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor bakal berlangsung beberapa hari lagi. Meskipun SPR berkuasa untuk menyemak kawasan mengundi seperti diperuntukkan dalam Seksyen 25 Peraturan Pendaftaran Pemilih 2002, namun mengapa SPR tidak keluarkan notis pemakluman terlebih dahulu kepada pengundi di lokaliti terbabit. Seharusnya SPR bersabar sehingga selepas selesai berlangsung PRK Hulu Selangor untuk melaksanakan pemindahan lokaliti tersebut bagi mengelakkan tanggapan buruk rakyat dan masyarakat.


Tidakkah ini menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR telah melakukan sesuatu bagi menafikan pengundi khususnya pengundi Pakatan Rakyat dari menunaikan tanggungjawab mereka, dan juga membantu memenangkan calon Barisan Nasional.


Tindakan terbaru SPR ini memburukkan lagi imej dan kredibiliti SPR sebagai badan yang mengendalikan Pilihanraya di Malaysia. Rakyat semakin mencemuh dan mula mempertikaikan apakah SPR benar-benar bebas daripada pengaruh politik parti pemerintah.


Justeru, DPPWP mendesak SPR bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilakukan kerana ia merupakan satu kesilapan yang besar yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menafikan hak pengundi di kawasan terbabit. DPPWP juga mendesak agar Pengerusi SPR meminta maaf kepada pengundi yang terlibat, parti-parti politik yang menyertai PRK Parlimen Hulu Selangor dan meletak jawatan serta merta bagi mengambil tanggungjawab ini. DPPWP juga ingin mengingatkan agar SPR tidak menjadi kuda tunggangan UMNO-BN yang terdesak memenangi pilihanraya Parlimen Hulu Selangor.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Perdana Menteri Israel Sokong Tindakan Sekatan Bekalan Gas Malaysia ke Iran

Kalau di Malaysia, kenderaan dan aktiviti industri banyak bergantung pada petrol dan diesel, tetapi di negara Timur Tengah seperti Iran mereka mengunakan gas lebih banyak. Jadi tidak logik Najib mengatakan Iran menolak bekalan gas Petronal kerana isu perubahan harga dan permintaan pasaran. Jika alasan itu digunakan, sekurang-kurangnya Iran pasti akan meminta bekalan dikurangkan bukan disekat terus. Kenyataan Perdana Menteri Israel ini juga jelas menunjukan betapa gas amat penting kepada Iran, dan tindakan Malaysia jelas menepati Israel dan Amerika


Berita Harakahdaily-Tanpa gasoline Iran akan lumpuh – Benjamin Netanyahu
KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline – petroleum bertapis – kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nukleurnya.
Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.
“Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) – nama fency untuk gasoline – regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan,” kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.
Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.
Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.
“Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran,” kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.
“Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan,” tambahnya.
Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.
Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.
“Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual),” katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.
Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.
Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worlwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.
Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barack melalui projek One Israel.
Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Isreal.-Harakahdaily

Pemuda PAS anggap kenaikan Kompaun RM 1,000 akan meningkatkan gejala rasuah

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat langkah Kementerian Pengangkutan menaikan kadar kompaun kesalahan jalan raya daripada RM300 kepada RM1,000 berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bakal meningkatkan gejala rasuah di jalanraya.

Pada masa ini kita masih menerima aduan dari orang ramai bahawa gejala rasuah jalanan masih berlaku kalangan penguatkuasa. Kadar kompaun RM 300 pada masa ini pun sudah dianggap tinggi dan sesetengah penguatkuasa yang tidak bertanggungjawab menawarkan pilihan kepada pesalah jalan raya sama ada mahu menerima saman bernilai RM 300 atau bayar duit kopi kepada mereka sekitar RM 50-RM 100 sahaja.


Perkara ini sukar dibuktikan kerana hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pesalah dan penguatkuasa. Pesalah juga didapati tidak berminat membuat laporan kepada SPRM kerana menganggap perkara itu kecil dan takut mereka juga akan disabitkan kesalahan sebagai memberikan rasuah. Mereka juga sedar kalau mereka lapor, saman trafik yang baru juga mungkin dikenakan pada mereka.
Ini adalah realiti yang berlaku dijalanan setiap hari. Rakyat dirompak secara tidak adil dan mereka tersepit antara undang – undang dan penguatkuasa.
DPPWP melihat sekiranya nilai kompaun dinaikan, kadar rasuah juga boleh naik kerana penguatkuasa yang bertugas boleh menaikan nilai duit kopi mereka sehingga RM 500 atau lebih kerana mereka tahu pesalah jalanraya lebih suka membayar kadar yang lebih rendah berbanding RM 1,000 yang mana melibatkan banyak birokrasi dan mereka sendiri kena hadir di Balai untuk membuat bayaran.
Sebelum ini kerajaan cuba hapuskan amalan membuat rayuan untuk pengurangan kompaun. Jadi para pesalah trafik enggan membayar pada waktu ditetapkan dan menunggu musim perayaan kerana pada waktu itu diskaun kompaun akan dikeluarkan oleh penguatkuasa. Itu pun tidak semua mahu membayarnya.
Dengan kadar sedia ada, setiap tahun Kerajaan melaporkan jutaan kompaun yang masih gagal dikutip akibat keengganan pesalah membuat bayaran.
Dalam hal ini, jelas masalah sebenar bukanlah tentang nilai kompaun itu sahaja tetapi kelemahan penguatkuasaan sendiri. Bayangkanlah kalau jumlah kompaun RM 1,000 dikuatkuasakan, maka akan lebih ramailah pesalah trafik yang enggan membuat bayaran khususnya kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Bayangkan pemandu motosikal yang dikenakan saman setinggi itu, memang tidak logik kerana nilai kompaun mungkin sama dengan nilai 1/3 motosikal mereka kalau dijual dikedai mot.
DPPWP melihat memang ada keperluan untuk menilai semula kadar kompaun berikutan peningkatan kadar kesalahan jalanraya. Tetapi menaikannya bukanlah idea yang bijak selagi penguatkuasaannya masih lagi ditahap yang tidak memuaskan.
Oleh itu, DPPWP mencadangkan agar pihak Kerajaan menurunkan nilai kompaun kepada RM50-RM100 dimana pesalah yang disaman dikehendaki membuat bayaran kepada penguatkuasa bertugas dan resit bayaran hendaklah diberikan kepada mereka sebagai bukti.
Saman dikeluarkan dan dibayar ditempat kejadian kepada pegawai bertugas jika tidak kenderaan mereka boleh disita atau mereka ditahan terus sehinggalah bayaran dibuat. Dengan cara ini, pesalah jalanraya akan lebih berhati-hati dan penguatkuasa juga tiada ruang untuk meminta duit kopi kerana ada rekod resit yang dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.
Untuk kesalahan kali kedua, nilai kompaun boleh ditambah kepada RM 100-150 dan seterusnya. Dan kaedah yang sama iaitu sita atau tahan mereka jika gagal membayarnya. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan pesalah mengambil ringan setiap saman yang dikenakan kepada mereka.
DPPWP melihat dengan cara ini pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah rasuah kalangan penguatkuasa, mengurangkan jumlah kompaun yang tidak dikutip, mempercepatkan proses tindakan undang-undang dan paling penting sekali, mengajar rakyat untuk mematuhi undang-undang secara lebih serius.
DPPWP yakin, banyak lagi kaedah terbaik bagi mengurangkan masalah peningkatan kesalah jalanraya ini, tetapi kaedah menaikan kompaun sehingga RM1,000 jelas menunjukan kerajaan terdesak mencari duit lebih untuk membayar kenaikan gaji dan elaun penguatkuasa yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Program Konvensyen Penerangan Pas Sabah peringkat Pantai Barat.


Gerbang Perniagan Online Bio-asli.com- 1 RUANG IKLAN MASIH KOSONG -
Program Konvensyen Penerangan Pas Sabah peringkat Pantai Barat.


KENINGAU 18 APRIL 2010-Konvensyen Penerangan Pas Sabah Zon Pantai Barat telah berlangsung pada 18 April 2010 di Keningau baryu-baru ini.Program ini telah dihadiri oleh tetamu khas daripada Pas pusat iaitu Al-fadhil Al-Ustaz Hj.Idris Hj.Ahmad,

Ketua Penerangan PAS Pusat.Program itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada seluruh jentera penerangan dan pimpinan Pas Negeri Sabah.

Aminuddin Aling,Timbalan Pesuruhjaya Pas Sabah memberikan cenderahati kenang-kenangan kepada Ketua Penerangan Pas Pusat,Ust Idris Ahmad,disaksikan oleh Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammudin Sulaiman sempena Program Konvensyen Penerangan Pas Peringkat Pantai Barat.




Ketua Penerangan PAS Pusat memberikan taklimat isu semasa di Konvenyen.Terima kasih daun keladi Ustaz,jika sudi datang lah lagi!





Ketua Penerangan PAS Sabah,Hisammudin Sulaiman memberikan ucapan aluan Program Konvensyen,turut kelihatan Tetamu utama,Ust.Idris Ahmad,Saudara Aminuddin Aling, dan Saudara Anuar Ali.





Penuh semangat!Ucapan aluan Ketua Penerangan PAS Sabah,merangkap YDP Pas Keningau.Pas kawasan Keningau berbesar hati menjadi tuan rumah bagi program tersebut.Kawasan lain jangan jealous.!hehe

                    Pemain utama politik Sabah!Mendengar ucapan aluan daripada Pas Kawasan Keningau.





Program itu telah mendapat sambutan menggalakkan apabila wakil-wakil daripada daerah-daerah yang datang ke Keningau seperti daripada Kudat,Kota Marudu,Pingan-pingan,Pitas,Kota Marudu,Kota Kinabalu,Sepanggar,Tenom,Nabawan,Sook,Sinulihan,dan Tambunan,

Turut bersama dalam program Konvensyen Penerangan tersebut ialah Saudara AminuddinAling yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Sabah merangkap perasmi program tersebut,Pimpinan lain yang hadir ialah saudara Hisammuddin Sulaiman,Ketua Penerangan Pas Sabah,Saudara Anuar Ali,Exco pemuda Pas pusat,Lahirul Latigu,Ketua Pemuda PAS Sabah dan wakil-wakil pimpinan PAS di peringkat kawasan-kawasan di zon Pantai barat.

Program Konvensyen ini bertujuan untuk memantapkan para jentera Pas Sabah untuk mendepani isu-isu terkini di samping menjadi jurucakap ummah berkenaan dengan isu UMNO khianat kepada bangsa dan Negara.Dalam program ini,Ustaz Idris Ahmad telah membentangkan kertas kerja berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam Negara dan beberapa isu berkenaan fakta UMNO mengkhianati agama dan rakyat.

Dalam Konvensyen Penerangan PAS Negeri Sabah ini,para peserta telah mendapat banyak bahan-bahan bagi menjawab fitnah Umno terhadap Pas.Umno dari dahulu sehingga sekarang telah menyerang Pas tanpa fakta dan Pas menyerang UMNO dengan fakta lengkap dan bahan-bahan ini perlu disebarkan kepada rakyat.Umno adalah pengkhianat rakyat.Umno sejak berpuluh tahun dahulu sampai sekarang sedang membalun wang rakyat,Umno menebang balak dengan mengaut keuntungan untuk manfaat syarikat dan manfaat peribadi sesetengah pemimpin Umno.Rakyat mesti tahu bahawa Umno pencetus kepada gejala maksiat di negara kita dengan menyuburkan pesta yang melalaikan dan sebagainya.Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat itu,negeri Sabah mempunyai sumber alam yang cukup kaya namun, sehingga hari ini Sabah tersenarai dalam golongan negeri termiskin di Malaysia membuktikan bahawa Umno bukan juara rakyat tapi Umno adalah pengkhianat kepada rakyat.

Di sebelah petang,program Konvensyen ini diteruskan dengan taklimat isu semasa oleh Penerangan PAS Negeri Sabah dan Lajnah Pilihanraya Negeri Sabah seterusnya para peserta dibentangkan dengan beberapa resolusi untuk dibuat tindakan di kawasan masing-masing.Para peserta yakin bahawa UMNO akan dapat ditumbangkan di Sabah dengan bantuan dan pakatan kukuh di kalangan pimpinan Pakatan rakyat.Konvensyen Penerangan Pas Negeri Sabah peringkat zon Pantai Barat ini telah mencapai kekuatan mandiri di kalangan jentera Pas di Sabah dan Insyallah, Umno akan tumbang di Sabah ini dalam pilihanraya akan datang.-
Mohon sumbangan pihak yang prihatin untuk melicinkan dan menyokong aktiviti PAS KAWASAN KENINGAU,dengan itu tuan/puan boleh menyumbang ke dalam akaun PAS KAWASAN KENINGAU,MAYBANK NO.AKAUN 560090001060

Tuesday, April 20, 2010

Perbicaraan kes bunuh Altantuya ganjil – Mahfuz

Perbicaraan pembunuhan peniaga antarabangsa yang berpejabat di Hong Kong, Altantuya Shaariibuu menimbulkan persoalan yang tidak berkesudahan dengan pelbagai keganjilan dan misteri, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
“Paling menimbulkan persoalan ialah kegagalan pihak pendakwaan untuk mendapatkan saksi yang boleh membantu pendakwaan.
“Setakat ini, saksi-saksi pendakwa termasuk penyiasat persendirian upahan Abdul Razak Abdullah Baginda P. Balasubramaniam, Lans Koperal Rohaniza Roslan dan pegawai latihan di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman DSP M.V. Sri Kumar tidak menunjukkan pihak pendakwa dapat mengukuhkan kesnya,” kata beliau.
Sedangkan, katanya, pihak pendakwa sebelum ini beria-ia menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa dua anggota polis dan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh peniaga antarabangsa itu dengan meletupkannya pada malam 19 Oktober tahun lepas.
“Hari demi hari bukti yang didakwa oleh pihak pendakwa itu kelihatan semakin jauh dari menjadi kenyataan,” kata Mahfuz.
Malah, katanya, saksi pendakwa sendiri pula yang kelihatan mengecewakan pihak pendakwaan sehingga pihak pendakwa terpaksa membuat laporan polis ke atas Rohaniza yang dianggap memberikan kenyataan yang bercanggah.
“Pihak pendakwa menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa anggota polis dan Abdul Razak telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh Altantuya dengan meletupkan wanita yang didakwa menjadi broker senjata di peringkat antarabangsa itu.
“Sri Kumar pula memberitahu mahkamah bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama dalam kes pembunuhan Altantuya tidak pernah menjalani latihan kepakaran bahan letupan. Keterangan Sri Kumar jelas melemahkan dakwaan pihak pendakwa sebelum ini,” katanya.
Mahfuz membangkitkan perkara tersebut kerana beliau tidak mahu mempercayai “wujud konsert yang sudah ditentukan skrip dan kesudahannya”.

Bung Mokhtar dan zizie mengaku salah bernikah tanpa kebenaran Mahkamah


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu. -SH

PAS Cabar Najib Saman Media Antarabangsa Berhubung Isu Sekatan Eksport Gas ke Iran



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, AFP dan Reuters berhubung pendedahan mereka tentang sekatan eksport gas ke Iran oleh Petronas sebagai usaha Malaysia untuk menyokong Amerika yang berkempen untuk melakukan sekatan ke atas negara itu.

Media AFP turut melaporkan bahawa Najib dalam pertemuannya dengan Barack Obama didalam Nuklear Security Summit, Washington baru-baru ini memberikan amaran kepada Iran bahawa negara itu perlu mendapatkan kepercayaan antarabangsa dan satu-satu cara untuk mendapatkan perkara itu adalah dengan bersikap telus dan membenarkan IAEA membuat siasatan keatas program nuklear dinegara itu.


Walaupun Najib menafikan bahawa Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran kerana menyokong kempen Amerika, namun itu tidak dapat menafikan kerjasama Malaysia untuk menekan Iran bersama Amerika.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Malaysia membayar syarikat perunding yang dikuasai pelobi Israel, APCO dengan bayaran RM 77 juta setahun. Dan APCO yang menjadi sandaran untuk program 1 Malaysia juga merupakan syarikat perunding utama yang banyak mempengaruhi keputusan Amerika dan Britain untuk menyerang Iraq pada 2003.

Sebelum itu, syarikat berkenaan memainkan peranan memburuk-burukkan negara Islam selepas tragedi 911, dalam usaha mereka melindungi kepentingan kuasa zionis di Timur Tengah.

Tekanan ke atas Iran juga dipercayai adalah pengaruh dari APCO yang melihat negara itu sebagai ancaman. APCO juga telah membawa Najib berjumpa Obama, untuk mengukuhkan pengaruh mereka dinegara ini selepas rakyat mengetahui pembabitan mereka dalam Kerajaan selama ini.

Keengganan Najib menyingkirkan APCO dari Putrajaya membuktikan Kerajaannya dikongkong dan tidak bebas dari pengaruh antarabangsa.

Malaysia yang selama ini bersuara lantang dalam isu Palestin dan Nuklear menjadi lemah selepas Najib mengambil alih. Najib perlu membuktikan identiti Malaysia dalam dirinya dan meneruskan hubungan baik negara ini dengan Iran dan seluruh negara Islam.

Malaysia juga harus mainkan peranan untuk membantu Iraq memerdekakan dirinya dari penjajahan serta menghalang usaha Amerika dan sekutunya yang tekad untuk menyekat ekonomi Iran.

Rakyat menunggu Najib menyaman media-media barat dan menghalau APCO dari negara ini dengan segera sebagai membuktikan komitmennya dalam membina hubungan baik dengan Iran dan negara Islam lainnya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Utusan Berjaya Melahirkan Pemfitnah

"Utusan sepatutnya malu atau setidak-tidak ingin terasa malu. Namun mereka yang tak tahu malu dan tak pernah merasa malu, tak akan merasa malu juga kesudahannya. Kemaluannya sudah tiada.

Bagaimana Utusan boleh mempercayai dengan meletakkan di muka hadapan tentang blogger-blogger kurang akal. Kesahihan yang belum diperakui tetapi Utusan mendahului mengakui fitnah yang ingin dikemukakan.

 Begitu diperbesar-besarkan Utusan. Utusan boleh mengiyakan yang sememangnya belum jelas kebenarannya. Inilah nasib malang akhbar pemfitnah. Bagaimana pemfitnah akan mendahului pemfitnah-pemfitnah lainya dan inilah juara pemfitnah sepanjang zaman. Tahniah kepada Utusan kerana berjaya melahirkan suku-sakatnya sebagai pemfitnah melalui blogger bengap yang begitu berjaya dalam pasaran fitnahnya.

Blogger yang akan menyiarkan gambar Zaid memegang botol arak diakui dan didahului Utusan. Blogger yang merasakan betul walaupun berfikiran tidak betul dan tak tahu malu itu juga menyiarkan gambar yang dirasakan betul. Mulanya kembang-kembanglah hidung blogger tersebut kononnya kebenaran dapat dilaksanakannya. Namun hanya beberapa ketika kebenarannya dapat diketahui, tetapi jenis yang tak tahu malu, tak ada apa-apanya juga. Blogger yang semacam ini sememangnya layak bersama Utusan.


Kalaulah ingin menyatakan bahawa Zaid itu minum arak, carilah yang lebih lojik. Takkanlah menggengam arak begitu erat kedua-dua belah tangan. Inilah akibatnya otak letaknya di kepala lutut, hatinya berada di telapak kaki. Bawalah bertaubat, fitnah itu besar balanya. Mungkin Kamala terasa juga nanti, peminum arak tegar pun taklah memeluk erat botol arak begitu.


Blogger-blogger PR dan seluruhnya, ingat-ingatlah pasal fitnah. Jangan pula fitnah kita memakan diri nanti. Kena ingat-ingat juga bala fitnah tak jauh dari kita, Allah nak bagi tak lama, datanglah juga meranapkan kita.

keajaiban Tuhan - Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor



Pengakuan Seorang Pilot Malaysia Air Force yang memeluk islam selepas mendapati sepanjang penerbangan dari subang ke Kepala batas,Alor Setar awan memayung pesawat yang membawa Jenazah Uztaz Fadzil Noor..Perjuang Islam

Hulu Selangor - SPR beri jaminan akan turunkan papan tanda provokasi



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mengarahkan Barisan Nasional menurunkan papan tanda yang menyerang keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat dan bersifat provokasi.

Walaupun tidak diketahui sejauh mana SPR berani bertindak terhadap Barisan Nasional (BN) yang jelas melanggar peraturan pilihan raya tetapi suruhanjaya itu berjanji akan berbuat demikian.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertemu SPR untuk mendapat kepastian mengenai peraturan papan tanda, poster dan kain rentang berunsur provokasi sepanjang tempoh berkempen pilihan raya ini.

Hasil pertemuan di pejabat sementara SPR di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, SPR mengakui BN melanggar peraturan apabila memacakkan papan tanda yang bersifat provokasi dan bercorak serangan peribadi.

"Saya mendapatkan kepastian dari SPR mengenai papan tanda (billboard) BN yang berunsur provokasi dan fitnah. Ada lapan atau sembilan lokasi. Kalau SPR kata ia boleh dibuat, kami akan naikkan papan tanda juga. Banyak isu yang boleh kemukakan.

"Tetapi kami bercadang untuk tanya SPR kerana kami yakin itu melanggar beberapa peraturan pilihan raya," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor, hari ini.

AMK yang turut membuat laporan polis berhubung perkara ini, bertekad untuk menurunkan papan tanda berkenaan dalam tempoh 48 jam jika bantahan mereka tidak diendahkan pihak berkuasa.

"Hasil dari mesyuarat pagi ini, mereka menyatakan ia melanggar peraturan pilihan raya. Hari ini kena turunkan. Mereka sudah kenal pasti papan tanda yang perlu diturunkan dan akan menasihati BN.

"Saya beri amaran. Jangan mulakan kempen secara ini. Kalau esok tak turun, kami sendiri akan turunkan papan tanda dan poster yang ada unsur fitnah dan provokasi," katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hulu Selangor - Alahai perkasa...sudah diperkosa ke..




Sian perkasa...rakyat sekarang sudah cerdik...tengoklah gambar di bawah ni....cina india bukan sekadar bawa bendera pas, pakai baju pas lagi...ada yang pakai lilit kepada pas lagi...

Hulu Selangor - SPR jangan jadi alat BN


Suruhanjaya Pilihan Raya didesak untuk bersikap neutral dan profesional dalam mengendalikan perjalanan PRK Hulu Selangor dan mengekalkan integriti sebagai badan yang bebas.

Disamping itu SPR juga perlu menyatakan pendirian dan mengelak dari terlibat dengan perancangan jahat Umno-Barisan Nasional.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hak asasi rakyat Malaysia sebagai pengundi di Parlimen Hulu Selangor telah dicabuli berikutan pendedahan yang disiarkan oleh Suara Keadilan dan TV Selangor mengenai aksi "silap mata" yang dilakukan oleh SPR dengan memindahkan sejumlah 13,488 nama pengundi di Parlimen Hulu Selangor ke pusat pengundian lain.

Tindakan ini jelas memperlihatkan cubaan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.

"Ada pengundi yang melakukan semakan akhir menyedari nama mereka telah ditukarkan ke kawasan Parlimen lain, sedangkan pusat pengundian mereka semasa PRU-12 hanyalah dihadapan rumah sahaja. Kami mempunyai rekod senarai nama dan alamat semasa pengundi yang menjadi bukti dakwaan tersebut.

"Berikutan dari kejadian tersebut, AMK Pusat sedang melakukan siasatan dan mengkaji untuk memfailkan kes ini ke mahkamah", ujar Shamsul kepada Suara Keadilan.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh dijangka akan membuat usul tergempar di Parlimen yang bersidang hari ini berikutan penemuan terbaru ini.

"AMK memandang serius perkara ini. Kami juga telah membuat laporan berkenaan tindakan pihak Umno-BN yang menaikkan papan iklan dan kain rentang yang memaparkan imej dan mesej yang berbentuk provokasi yang jelas bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihanraya. Pihak SPR telah memberi jaminan untuk menurunkan papan iklan dan kain rentang tersebut hari ini juga" tambahnya.

Pada pukul 11.30 pagi tadi Shamsul menemui SPR di bilik gerakan SPR di sini bagi menyatakan bantahan AMK berhubung tindakan pemindahan pusat pengundian yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada pengundi.

Tindakan iti memberi persepsi kepada rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan Umno-BN bagi memastikan kemenangan calon BN pada 25 April depan.
 perjalanan PRK Hulu Selangor dan mengekalkan integriti sebagai badan yang bebas.

Disamping itu SPR juga perlu menyatakan pendirian dan mengelak dari terlibat dengan perancangan jahat Umno-Barisan Nasional.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hak asasi rakyat Malaysia sebagai pengundi di Parlimen Hulu Selangor telah dicabuli berikutan pendedahan yang disiarkan oleh Suara Keadilan dan TV Selangor mengenai aksi "silap mata" yang dilakukan oleh SPR dengan memindahkan sejumlah 13,488 nama pengundi di Parlimen Hulu Selangor ke pusat pengundian lain.

Tindakan ini jelas memperlihatkan cubaan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.

"Ada pengundi yang melakukan semakan akhir menyedari nama mereka telah ditukarkan ke kawasan Parlimen lain, sedangkan pusat pengundian mereka semasa PRU-12 hanyalah dihadapan rumah sahaja. Kami mempunyai rekod senarai nama dan alamat semasa pengundi yang menjadi bukti dakwaan tersebut.

"Berikutan dari kejadian tersebut, AMK Pusat sedang melakukan siasatan dan mengkaji untuk memfailkan kes ini ke mahkamah", ujar Shamsul kepada Suara Keadilan.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh dijangka akan membuat usul tergempar di Parlimen yang bersidang hari ini berikutan penemuan terbaru ini.

"AMK memandang serius perkara ini. Kami juga telah membuat laporan berkenaan tindakan pihak Umno-BN yang menaikkan papan iklan dan kain rentang yang memaparkan imej dan mesej yang berbentuk provokasi yang jelas bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihanraya. Pihak SPR telah memberi jaminan untuk menurunkan papan iklan dan kain rentang tersebut hari ini juga" tambahnya.

Pada pukul 11.30 pagi tadi Shamsul menemui SPR di bilik gerakan SPR di sini bagi menyatakan bantahan AMK berhubung tindakan pemindahan pusat pengundian yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada pengundi.

Tindakan iti memberi persepsi kepada rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan Umno-BN bagi memastikan kemenangan calon BN pada 25 April depan.

Hulu Selangor - cium tangan baru boleh jadi calon...




Kamal : tan sri....ini kali tan sri.... bagilah saya jadi calon....

Mat sembab : boley....cium tangan dulu....!!!!

Kamal : ammmmma...

mat sembab : heh..heh..heh...

Kaum Cina Tak Pernah Di Tinggalkan Kerajaan PAS Kelantan






KUALA KRAI - Seorang lagi peserta Takaful Kifalah berketurunan Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang menerima manfaat skim itu apabila seorang warga emas meninggal dunia, tiga hari lalu.
Warga emas terbabit, Shik Kim Sun, menghembus nafas terakhir pada usia 85 tahun di rumahnya di Kampung Batu Jong, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, Sabtu lalu, akibat sakit tua.

Anak keempat mendiang, Chu Eng Sing, 54, berkata, ibunya menghidap penyakit nyanyuk hampir empat tahun lalu namun keadaannya bertambah teruk sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Sebelum ini dia boleh berjalan lagi walaupun nyanyuk tetapi sejak setahun dua lepas sampai meninggal, dia hanya terlantar di tempat tidur.

“Sekarang hanya tinggal saya dan ayah saya yang juga sudah uzur akan duduk di rumah ini,” katanya pada persiapan upacara pengebumian ibunya, di sini, semalam.

Eng Sing berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bayaran manfaat Takaful Kifalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Hadir sama, Penghulu Tanpa Mukim Wakil Kaum Parlimen Kuala Krai, Sik Chai Som, Ketua Dewan Pemuda Pas DUN itu, Abdul Hashim Jusoh dan Imam Muda Masjid Mukim Batu Jong, Abdul Kadir Yasim.

Eng Sing berkata, jenazah mendiang ibunya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Jelatuk, dekat Tanah Merah petang ini (semalam).

Kim Sun meninggalkan suami, Chu Bang Siang, 84, dan lima anak lelaki berusia antara 52 hingga 63 tahun.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, bayaran kepada waris Kim Sun menjadikannya penyampaian kedua melibatkan peserta Takaful Kifalah berbangsa Cina di DUN berkenaan dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini.

Menurutnya, mendiang juga peserta Cina kedua menerima manfaat skim untuk tahun ini selepas penerima pertama, Kua Mek Seng dari Kampung Bukit Langsat, dekat sini, yang meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim 1 April lalu.

Katanya, lebih 2,000 penduduk pelbagai kaum di DUN itu kini menyertai Takaful Kifalah sejak skim perlindungan i

Mufti atau Mufta?




Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.
Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.


Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau  di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,


“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.


“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.


“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” 


Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan  politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah  mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?
 
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di  dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!


Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.


Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.




NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.


21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Pemuda PAS kesal Najib bela APCO, Obama dan Blair tapi tekan Iran



KENYATAAN MEDIA
PEMUD PAS KESAL NAJIB BELA APCO, OBAMA DAN BLAIR TAPI TEKAN IRAN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia yang berdegil meneruskan penggunaan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding Kerajaan dan tunduk pada arahan Presiden Amerika, Barack Obama untuk memberikan tekanan kepada Iran.


The Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat Petroliam Nasional Bhd telah diarahkan agar menamatkan penjualan gas kepada Iran sejak bulan lepas lagi sebagai tanda Malaysia menyokong tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya lantaran keengganan Iran menghentikan program nuklearnya.




Tindakan ini sekaligus menunjukan Malaysia telah diperbudakkan oleh Amerika yang jelas mempunyai senjata nuklear yang lebih banyak dari negara-negara lain.




Tindakan Malaysia ini juga menghina hubungan diplomatik dengan Iran yang sebelum ini telah mengistiharkan akan memajukan teknologi nuklearnya hanya untuk tujuan membekalkan tenaga bukannya untuk persenjataan. Hasrat Iran ini sebenarnya selari dengan kehendak Malaysia yang juga bercita-cita memajukan penyelidikan berkaitan nuklear untuk manfaat tenaga alternatif dimasa hadapan.




Najib telah memalukan Malaysia dikalangan dunia Islam pada hari ini kerana tidak mampu mengangkat muka untuk menentang dasar zalim Amerika ini semasa bertemu Obama baru-baru ini.




Rakyat juga kesal kerana Najib yang banyak dipengaruhi APCO menutup mata dengan rancangan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.




Blair yang juga, ahli kumpulan pelobi Israel mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London, Darren Murphy. Dengan nasihat Murphy, Blair bersama Mantan presiden America. George W. Bush.telah memusnahkan negara Afghanistan pada tahun 2001 dan Iraq pada 2003. Sehingga ke hari ini mereka gagal menemui senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikatakan sedang dibina oleh Saddam di Iraq.




Peranan APCO dalam peperangan ini tidak dinafikan kerana syarikat itu yang juga dimiliki oleh rangkaian pelabur Yahudi Pro-Israel cuba sedaya upaya mempengaruhi kerajaan-kerajaan besar untuk memusuhi negara umat Islam yang mempunyai potensi untuk memberikan bantuan kepada pejuang Palestine. Dendam mereka terhadap Saddam yang pernah mengancam untuk menyerang Israel dibalas dengan penjajahan besar-besaran hingga menyebabkan rakyat Iraq jadi pelarian dinegara sendiri.




APCO hingga ke hari ini kekal menjadi syarikat perunding kepada Kerajaan Britain dan Amerika, dan tekanan kepada Iran adalah dirancang selepas Iraq berjaya dimusnahkan. Peranan APCO di Malaysia bukan sahaja melibatkan program 1 Malaysia atau aktiviti Kementerian-kementeria tetapi, ia juga turut mempengaruhi dasar luar Malaysia yang selama ini dikatakan antara negara yang kuat menyokong Palestin.




Tetapi kini, APCO mengemudi Kerajaan Malaysia dan menjadikan Najib sebagai PUPPET untuk dipergunakan oleh pelobi-pelobi Israel yang duduk disekeliling Obama dan Gordon Brown sekarang. Sedikit demi sedikit ahli kumpulan pelobi Israel seperti Tony Balir dimasukan ke negara ini bagi menabur racun kebencian kepada negara-negara Islam seperti Iran disamping membina dasar yang lebih Liberal dan terbuka kepada negara-negara pro-Israel.




Oleh itu DPPWP tegas untuk mengajak rakyat bangkit mendesak Najib untuk menghentikan kontrak APCO dan menghalau syarikat itu serta merta. DPPWP juga mendesak agar Najib tidak sesekali diperbudakan oleh Amerika dan Petronas perlu dibenarkan untuk terus membekalkan gas kepada Iran.



Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Muhyiddin pembohong besar, PAS buktikan BN memang zalim



KENYATAAN MEDIA
MUHYIDDIN PEMBOHONG BESAR, PAS BUKTIKAN BN MEMANG ZALIM

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan Timbalan Presiden Umno sebagai pembohong besar kerana cuba menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

PAS mempunyai banyak bukti yang nyata tentang kezaliman BN itu. Rakyat kini semakin bijak.Mereka tidak akan lupa apa yang berlaku pada penduduk Berembang di Selangor, Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, Kg Denai Pinggiran, Kempas Johor dan terbaru di Kg. Bakau, Likas Sabah.


Rumah-rumah rakyat marhaien yang selama ini mengundi BN telah dirobohkan oleh jentolak-jentolak yang diarahkan oleh Kerajaan BN. Mereka akhirnya duduk menumpang dirumah saudara mara, malah yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang merempat dikhemah-khemah sementara seperti pelarian perang.


Begitulah zalimnya BN, rumah-rumah rakyat menjadi mangsa pembangunan yang selalu diwar-warkan oleh BN semasa kempen pilihanraya.


Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di kawasan Hulu Selangor kerana BN hanya melakukan pembangunan untuk kepentingan mereka.


PAS menasihatkan agar pengundi Hulu Selangor berfikir banyak kali. Mereka telah mengundi BN sejak pilihanraya pertama lagi, malah telah memberikan BN 3 kerusi DUN pada pilihanraya ke-12. Tapi apa mereka dapat?


BN datang dalam Pilihanraya kecil kali ini tapi masih cerita soal pembangunan sedangkan selama 12 penggal mereka tidak berbuat apa-apa yang besar untuk kawasan ini. Itu zalim namanya kerana Pakatan hanya tadbir Selangor dua tahun pula yang dituduh gagal membangunkan Hulu Selangor.


Kezaliman BN hanya akan berhenti jika rakyat menolak mereka secara total dalam Pilihanraya. Maka pengundi Hulu Selangor perlu berani menolak BN untuk menidakan kezaliman mereka.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SENARAI KEMPIMPINAN BARU PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN

PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI 2009 – 2011

1.

PRESIDEN

: YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

2.

TIMBALAN PRESIDEN

: YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA

3.

NAIB PRESIDEN

: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

4.

NAIB PRESIDEN

: YB SALAHUDDIN AYUB

5.

NAIB PRESIDEN

: YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR

6.

KETUA DEWAN ULAMAK

: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

7.

KETUA DEWAN PEMUDA

: USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI

8.

KETUA DEWAN MUSLIMAT

: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

9.

SETIAUSAHA AGUNG

: DATO’ HAJI MUSTAFA ALI

10.

BENDAHARI PAS PUSAT

: YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

11.

KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

: USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD

12.

KETUA PENGARAH PILIHANRAYA

: YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

13.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

14.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

15.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

16.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI

17.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN

18.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK

19.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: MOHAMED HANIPA MAIDIN

20.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH

21.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI

22.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

23.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DR DZULKEFLY AHMAD

24.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

25.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

26.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: MAZLAN ALIMAN

27.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

28.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

29.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA

30.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: HAJI MOHAMAD SABU

31.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: HJ MOHD ANUAR TAHIR

32.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: HAJI ASMUNI AWI

33.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

34.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD

35.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: YB WAN UBAIDAH WAN OMAR

36.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

: HAJI AHMAD DOLLAH

PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI

1.

PESURUHJAYA PAS KELANTAN

: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

2.

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU

: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

3.

PESURUHJAYA PAS PERLIS

: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

4.

PESURUHJAYA PAS KEDAH

: YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

5.

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG

: USTAZ MOHD SALLEH MAN

6.

PESURUHJAYA PAS PERAK

: USTAZ ABU BAKAR HUSIN

7.

PESURUHJAYA PAS PAHANG

: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

8.

PESURUHJAYA PAS SELANGOR

: DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI

9.

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN

: HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

10.

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN

: HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

11.

PESURUHJAYA PAS MELAKA

: USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

12.

PESURUHJAYA PAS JOHOR

: DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

13.

PESURUHJAYA PAS SABAH

: HAJI MUHAMAD ABDULLAH

14.

PESURUHJAYA PAS SARAWAK

: USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails