WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, April 21, 2010

Kesilapan lokaliti: SPR jangan jadi kuda tunggangan Umno-BN

KENYATAAN MEDIA DPP WILAYAH PERSEKUTUAN
SPR JANGAN MENJADI KUDA TUNGGANGAN UMNO-BN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan tindakan SPR yang bertindak sesuka hati dengan memindahkan 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh ke Parlimen Selayang.

DPPWP melihat alasan yang diberikan timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar bahawa berlaku kesilapan dalam lokaliti tersebut sehingga memindahkan pengundi amat tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.


Persoalannya, mengapa sekarang baru SPR menyedari kesilapan tersebut dalam keadaan pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor bakal berlangsung beberapa hari lagi. Meskipun SPR berkuasa untuk menyemak kawasan mengundi seperti diperuntukkan dalam Seksyen 25 Peraturan Pendaftaran Pemilih 2002, namun mengapa SPR tidak keluarkan notis pemakluman terlebih dahulu kepada pengundi di lokaliti terbabit. Seharusnya SPR bersabar sehingga selepas selesai berlangsung PRK Hulu Selangor untuk melaksanakan pemindahan lokaliti tersebut bagi mengelakkan tanggapan buruk rakyat dan masyarakat.


Tidakkah ini menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR telah melakukan sesuatu bagi menafikan pengundi khususnya pengundi Pakatan Rakyat dari menunaikan tanggungjawab mereka, dan juga membantu memenangkan calon Barisan Nasional.


Tindakan terbaru SPR ini memburukkan lagi imej dan kredibiliti SPR sebagai badan yang mengendalikan Pilihanraya di Malaysia. Rakyat semakin mencemuh dan mula mempertikaikan apakah SPR benar-benar bebas daripada pengaruh politik parti pemerintah.


Justeru, DPPWP mendesak SPR bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilakukan kerana ia merupakan satu kesilapan yang besar yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menafikan hak pengundi di kawasan terbabit. DPPWP juga mendesak agar Pengerusi SPR meminta maaf kepada pengundi yang terlibat, parti-parti politik yang menyertai PRK Parlimen Hulu Selangor dan meletak jawatan serta merta bagi mengambil tanggungjawab ini. DPPWP juga ingin mengingatkan agar SPR tidak menjadi kuda tunggangan UMNO-BN yang terdesak memenangi pilihanraya Parlimen Hulu Selangor.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails