Semalam peguam Anwar telah menghubungi sharpshooter tentang isu Rahimi.
Adakah sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim bersedia untuk menjadi saksi?
Jawapannya Ya..memang kami sudah bersedia menjadi saksi jika kes ini dibawa ke mahkamah. Berani kerana benar.
Mengapa baru sekarang Rahimi muncul ketika pilihanraya kecil Galas mahu diadakan.
Adakah selepas ini akan ada lagi ahli Keadilan yang akan melompat? jawapannya kemungkinan besar akan ada yang berubah menjadi katak dan terus melompat.
Bila pilihanraya sahaja maka saham katak akan melonjak naik. Pergi jahanamlah dengan katak katak yang cari makan seperti itu.
Seorang lagi nama yang pernah disebut oleh senatak ezam ialah Rashid.
Siapa Rashid? Mengapa senatak ezam menyebut nama Rashid? Benarkah Rashid adalah tukang urut Anwar di penjara Sg Buluh? Apa hubungan Rashid dengan Anwar Ibrahim?
Apa hubungan senatak ezam dengan Rashid? Apa pula hubungan senatak ezam dengan Rahimi dan Saiful serta Rashid? Benarkah Rahimi yang membawa Saiful bertemu senatak ezam? Benarkah senatak ezam adalah 'grand design' dalam kes liwat kedua ini? Benarkah Rahimi telah membuat akuan bersumpah dengan senatak ezam sebelum Saiful muncul memfitnah Anwar kononnya beliau telah diliwat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh?
Hanya menunggu masa dan akan terjawab semua persoalan itu. Semoga kebenaran akan dapat ditegakkan. Kezaliman serta fitnah jahat akan dapat dihapuskan. Lawan tetap lawan.
Yang pasti isu Rahimi akan mewarnai pilihanraya kecil Galas. Semoga Allah akan memberi kemenangan kepada calon Pas di Galas. Takbir....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Thursday, October 7, 2010
PRK Galas; Pemilihan Tarikh Dipengaruhi BN
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang juga Jawatankuasa Lujnah Politik PAS Pusat mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh penamaan calon pada 26 Oktober (Selasa) serta tarikh mengundi pada 4 November (Khamis).
Beliau mendakwa penetapan tarikh tersebut merupakan helah Barisan Nasional (BN) menghalang pengundi terutamanya yang berada di perantauan mengundi.
"Keputusan ini tidak logik. Saya yakin BN berjaya mempengaruhi SPR supaya tetapkan tarikh pada hari Khamis supaya anak perantauan tidak pulang mengundi akibat komitmen kerja dan urusan lain.
"SPR sebagai badan bebas sepatutnya perlu menetapkan Sabtu (6 November) sebagai hari mengundi dan bukannya Khamis. Ini menunjukkan bahawa BN di sebalik kata-kata angkuh, mereka sebenarnya tidak yakin boleh menang malah menyulitkan lagi pengundi daripada luar kawasan untuk pulang mengundi," katanya dalam sidang media di ini hari ini.
Pagi tadi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 6 November hari mengundi.
Beliau turut mengkritik kebanyakan pemimpin Umno yang mendesak agar Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dicalonkan sebagai wakil BN semasa pilihan raya nanti.-FMT
PAS Perak tubuh Unit Baitul Muslim
klik untuk besarkan imej
PAS Perak melalui Lajnah Kebajikan telah melancarkan penubuhan Unit Baitul Muslim Wal Mawaddah baru-baru ini. Pelancaran telah disempurnakan oleh Al Fadhil Pesurujaya PAS negeri Perak di Markaz PAS Air Kuning sempena program Liqa' Fikri.
Unit ini ditubuhkan dengan tujuan membantu ahli-ahli PAS mencari jodoh yang soleh dan solehah, membantu membentuk keluarga muslim yang sakinah, membantu menyelesaikan permasalahan keluarga dan sebagainya.
Dengan adanya unit ini diharap tidak ada lagi ahli PAS yang membujang sampai ke tua, tidak lagi berlaku permasalahan keluarga sehingga bercerai berai dan tidal wujud suasana keluarga yang tidak bahagia dan sakinah. Ahli-ahli PAS juga orang ramai bolehlah menghubungi sekretariat Unit Baitul Muslin sekirannya pemasalahan mereka mahu dibantu.

Maki hamun 'Tok Guru Gilo' : PAS Besut buat laporan polis
BESUT, 7 Sept - Tempoh 24 jam telah tamat dan Umno Besut gagal membuat sebarang permohonan maaf kepada Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar negeri Kelantan.
Ekoran ceramah yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Besut bertajuk DAP Anti Islam pada 1 Oktober, yang bertukar menjadi 'majlis maki hamun dan sumpah seranah', PAS Kawasan Besut hari ini telah membuat satu laporan polis.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar semalam telah memberi kata dua kepada Umno Bahagian Besut, minta maaf atas keceluparan penceramah undangan yang menghina Mursyidul Am PAS sebagai 'Tok Guru Gilo' atau menghadapi sebarang tindakan undang-undang.
Justeru hari ini 6 Oktober, Wan Azhar (Gambar - berbaju kuning) sendiri telah membuat laporan polis di balai polis daerah Besut pada jam 11.30 pagi.
"Ada kecenderungan yang sangat merbahaya, berbaur perkauman yang mampu mengheret masyarakat kepada perbalahan yang serius berasaskan tuduhan melulu tanpa asas kukuh dan bukti yang benar,"jelas Wan Azhar dalam laporan yang dikemukakan merujuk kepada perlakuan penceramah undangan Umno Besut, Abdullah Saamah
Bakal haji disaran doakan calon PAS menang
KOTA BHARU, 7 Okt: Bakal-bakal haji khususnya pengundi Dun Galas disaran memohon doa untuk kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini sebaik sahaja tiba di tanah suci.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, ketika membuat gesaan itu seterusnya berkata, semoga dengan doa restu bakal-bakal haji, Allah akan membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat yang bakal bertanding.
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 50 orang bakal haji yang akan menunaikan ibadat haji tahun ini di Pejabat PAS Berek 12, di sini semalam.
Menurut Rohani lagi, walaupun belum mengerjakan ibadat haji, namun tidak menjadi kesalahan untuk berdoa kemenangan calon yang bakal bertanding, di samping untuk mengekalkan kemenangan yang akan datang.
“Untuk kemenangan Islam dan keamanan seluruhnya marilah sama-sama kita berdoa untuk kemenangan Islam,” ujarnya.
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS negeri ketika ditemui turut menyeru golongan muslimat di seluruh kawasan dalam negeri ini turun ke bawah dengan perancangan rapi bagi membantu kemenangan calon PAS yang bakal bertanding.
“Pilihan raya kecil Dun Galas perlu dipertahankan demi untuk kesinambungan perjuangan yang seterusnya,” ujarnya.
Tegasnya, muslimat perlu mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi tentangan lawan.
“Apa yang penting berhadapan dengan lawan dengan cara yang sihat serta berfakta dan bukannya dakyah sebagaimana mereka,” ujarnya.
Royalti: Kelantan saman tidak libatkan Pusat
KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju menolak permohonan peguam Petronas agar kerajaan Pusat dilibatkan bersama dalam isu pertikaian hak royalti negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu dibuat kerana kerajaan negeri berpendapat kerajaan Pusat tiada kena mengena dalam isu saman tersebut.
Saman tersebut, jelasnya hanya melibatkan Petronas yang melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri bagaimanapun bersetuju dengan permohonan mereka satu lagi iaitu memberi tempoh lanjutan mengemukakan afidavit pembelaan terhadap saman kerajaan negeri.
"Kita dah bincang dengan Menteri Besar, dan kita bersetuju untuk memberi masa lanjutan kepada Petronas untuk memfailkan afidavit pembelaan.
"Adapun berhubung penyertaan kerajaan pusat itu, kita bersetuju untuk menolak, kerana kita saman Petronas yang memungkiri kontrak, kerajaan Pusat tiada kena mengena dalam hal ini," katanya pada satu majlis di sini, semalam.
4 Oktober lalu adalah merupakan tarikh akhir bagi Petronas mengemukakan afidavit pembelaan mereka namun ianya belum dibuat.
Mereka bagaimanapun mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agar dilanjutkan tempoh tersebut.
Penjelasan itu juga merupakan perkembangan terbaru isu tersebut selepas Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 30 Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, banyak pihak menjangkakan isu tuntutan royalti ini menjadi topik utama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 4 November nanti.
Isu ini juga menarik perhatian ramai apabila bakal memperlihatkan pendirian veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga disebut-sebut sebagai pengarah pilihan raya Umno BN bagi PRK Galas.
Beliau sebelum ini satu-satunya pemimpin Umno yang lantang menyokong tindakan kerajaan negeri menyaman Petronas menuntut hak royalti minyak.
Wednesday, October 6, 2010
Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew
SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.
Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.
Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.
Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.
Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.
Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.
Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.
Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.
Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.
(Gambar kiri: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)
"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.
"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.
Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.
Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.
Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.
"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.
"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.
Umno gentar usaha Pakatan bantu warga emas
PULAU PINANG, 6 Okt: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman membidas tindakan Umno yang dilihat melampaui batasan berkaitan wang penghargaan kepada warga emas sebanyak RM100 dengan mendakwa dari sumber judi.
Menurutnya, usaha yang sedang diambil oleh Umno mengutip semula wang tersebut adalah berniat jahat dan mempunyai motif tertentu di sebalik keghairahan mereka membangkitkan isu tersebut.
"Mereka senantiasa mengelirukan pemikiran masyarakat khususnya umat Islam untuk menjerat dan memerangkap kerajaan negeri agar terpedaya dengan perangkap yang mereka pasang.
"Sekiranya kita tidak beri wang penghargaa tersebut, maka mereka akan buat tuduhan kita tidak berikan. Setelah diberikan pula maka mereka putarbelitkan isu ini dengan mendakwa ia adalah hasil dari sumber judi,” katanya
Sebenarnya, kata beliau Umno gentar dengan sokongan yang rakyat berikan terhadap kerajaan negeri, termasuklah dalam Program Penghargaan Warga Emas dan Miskin Tegar yang berjaya dilaksanakan.
Beliau yang juga merupakan Adun Penanti optimis Umno akan terus berusaha dengan tipu daya bagi memfitnah kerajaan negeri kerana hanya itu saja cara yang ada bagi mereka meraih kembali sokongan yang telah pudar selama ini.
Katanya lagi, kedudukan kewangan negeri hasil dari lebihan yang ada sejak 2008 mengikut pecahan ialah hasil sebenar sebanyak RM371.17 juta, untuk pengurusan sebanyak RM283.15 juta di mana lebihan yang ada sebanyak RM88.02 juta. Manakala jumlah simpanan terkumpul pula ialah RM461.61 juta.
Bagi tahun 2009 pula hasil sebenar ialah sebanyak RM376.51 juta, pengurusan ialah RM299.17 juta. Sebanyak RM77.34 juta adalah lebihan yang ada, simpanan terkumpul pula ialah sebanyak RM538.95 juta.
"Dalam belanjawan 2010 pula, RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk Program Penghargaan Warga Emas yang datangnya dari hasil penjimatan urus tadbir serta langkah anti rasuah yang telah dilaksanakan," ujarnya lagi.
Sebelum ini, dakwaan oleh Umno bahawa wang yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga emas dan Program Miskin Tegar dari sumber judi telah dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Baru-baru ini, seramai 100 pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang telah menyambut ketibaan Lim Guan Eng, yang baru pulang dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dengan sepanduk dan bantahan kerana tidak berpuas hati dalam isu sumber wang yang didakwa judi tersebut.
Sehubungan itu Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob juga turut menasihatkan semua pihak supaya tidak terus mempolitikkan isu wang sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri kerana dibimbangi boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.
PRK Galas 4 Nov
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.
Tahniah PR Selangor Pasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) Di Pusat Hiburan.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melangkah ke depan untuk mengatasi gejala yang tidak bermoral di negeri Selangor dengan cadangan yang pro aktif untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat hiburan. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ada juga cadangan untuk membuat rekabentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV)
Walaupun ini bukanlah merupakan tindakan terawal dan terakhir , namun ia satu permulaan yang baik untuk mencegah kegiatan yang tidak bermoral di negeri ini, yang sudah berkarat biru hasil peninggalan kerajaan BN Umno selama 51 tahun.
Langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor satu lagi usaha yang bersepadu dan harmoni untuk merealisasikan harapan rakyat di negeri Selangor selepas 8 Mac 2008. Selain daripada usaha terbaru meletakkan CCTV, kerajaan Selangor telah berusaha membentuk jati diri rakyat dengan program pembangunan Insan Negeri Selngor (SPIES), kelas pengajian ilmu disemarakkan, masjid dan surau diaktifkan.
Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Selangor adalah lebih baik dariapda negeri yang dipimpin oleh Umno. Kerajaan Selangor pada hari ini sedang membaik pulih kerosakan yang teruk hasil daripada kerja buat Umno selama ini. Mereka menyuburkan kegiatan maksiat kerana ia sebagai satu senjata yang berkesan supaya rakyat diulit dengan mimpi dan tidak memeperdulikan apa pemimpin BN hendak sapu harta rakyat. Keadaan ini amat jauh dengan program yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.
Dengan penuh kesedaran bukan senang hendak membina kembali tamadun manusia yang sudah rosak dalam sekelip mata, namun usaha mesti dibuat sebagai satu tanggungjawab kepada rakyat. Semua perkara ini akan dihitung di hadapan Allah SWT.
Pemimpin Umno di Selangor yang gila talak untuk meraih sokongan supaya rakyat di Selangor benci dengan kerajaan Pakatan Rakyat , memfitnah kononnya Selangor membiarkan kegiatan maksiat berluasa di Selangor. Hakikatnya untuk menutup kerja jahat mereka selama ini yang membiarkan kegitan tidak bermoral dibuka, sebaliknya surau ditutup dan ulamak diburu macam pelarian tanpa domumen. Kalau pemimpin Umno ikhlas untuk memerangi maksiat di Selangor mereka mesti mengarahkan kuasa pusat seperti polis, imigresen, kastam, sedangkan kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa yang terhad, namun berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki keadaan. Sama juga seperti isu kecurian pasir di Selangor sudah berlaku sejak berzaman, kuasa yang dimiliki oleh pusat tidak bertindak, sehingga tindakan anak jantan Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya pegawai SPRM ditempatkan di pejabat KSSB. Sekarang isu pasir sudah senyap bimbang takut tertangkap sesama sendiri. Kita mengharapkan dengan adanya CCTV dapat juga rakyat tahu siapakah pengunjung tetap dan berpencen ke tempat itu.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ijtima' Tarbawi; Enam Deklarasi Mengukuhkan Pemuda 'Sayap' Penting Perjuangan
KUALA TERENGGANU - Deklarasi enam perkara Ijtimak Tarbawi yang menekankan aspek tarbiyah, pembinaan syaksiah dan Jamaa, mengukuhkan pernyataan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi, dalam ucapannya membuka 'permukiman harakiah' pemuda PAS Pusat itu.
Deklarasi mewakili tekad 5000 pemuda PAS seluruh negara tersebut dibacakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani selaku pengarah program.
Katanya, satu deklerasi Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS ini yang dibuat oleh Jawatankuasa setelah rumusan dibuat hasil perbincangan selama tiga hari.
“Kita (Pemuda) ada enam perkara yang kita putus iaitu pertama, bertekad untuk memperkasakan tarbiyyah dengan memahami dan melaksanakan program tarbiyyah secara berterusan dan konsisten di dalam Dewan Pemuda PAS semua peringkat.
“Kedua, memperkukuhkan program usrah di seluruh peringkat sebagai asas dan akar kepada semua program kepartian dan politik yang lain.
“Ketiga, demi memperkasakan tarbiah di dalam Dewan Pemuda maka, kita (Pemuda) sebagai peserta program Ijtima’ Tarbawi 2010 bersetuju untuk mengadakan program Ijtima Tarbawi ini sebagai satu acara tahunan.
“Keempat, menyokong konsep Kepimpinan Ulama’ dan mempertahankannya untuk menerajui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah gerakan Islam yang memayungi umat Islam di seluruh negara, Insya’Allah.
“Kelima, membina diri dan syakhsiyyah dengan terus mendalami ilmu-ilmu Islam mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah serta hikmah para ulama’ dan pejuang Islam sepanjang zaman.
“Dan yang keenam deklerasi Ijtima’ Tarbawi kali ini menjadikan tarbiyah merentasi tanzim, dengan erti kata nilai-nilai tarbiyah menguasai dan mengoreantasikan seluruh kegiatan lajnah dan kegiatan jemaah di semua peringkat,” ujarnya sejurus sebelum Ijtima’ Tarbawi PAS 2010 Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirainya, pada Ahad 3 Oktober.
Ustaz Azman turut merakamkan mengucapkan tahniah kepada semua para peserta Ijtima’ Tarbawi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.
"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program ini.
"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita (Pemuda) sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," jelasnya.
Pada 1 Oktober, dalam ucapan perasmiannya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpesan tentang peranan golongan muda yang sangat penting.
Menurutnya, dalam mana-mana perjuangan sekalipun, termasuk perjuangan sekular, pemuda merupakan kelompok 'penegak' kepada ideologi masing-masing.
“Peranan pemuda dalam perjuangan (Islam) merupakan satu sayap yang sangat penting. Ianya, bukan sahaja untuk perjuangan Islam tetapi termasuk perjuangan sekular yang ingin menegakkan ideologi masing-masing.
“Pemuda diberi peranan untuk mempertahankan negara, peranan untuk memerdekakan negara dan peranan untuk mengisi kemerdekaan dalam negara masing-masing,” jelasnya.
Beliau mempertegaskan, Islam dari dahulu hingga masakini telah meletakkan kumpulan pemuda sebagai kumpulan yang sangat penting dalam perjuangannya.
Katanya, setiap orang Islam pula wajib mengenali perjuangan Islam yang kini didokongi oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“Kita (umat Islam) perlu menyedari bahawa pemuda wajib mengenali perjuangan kita (Islam) sendiri iaitu perjuangan Islam yang didokong oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“PAS ditubuhkan bukan secara sepontang. PAS ditubuhkan adalah perintah dari Allah SWT yang menjadi mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus dengan wafatnya Nabi akhir zaman Muhamad SAW,” ujarnya.
Katanya, selepas kewafatan Nabi Muhamad SAW, kumpulan Islam lah yang menyambung perjuangan baginda..
“Selepas wafatnya Nabi Muhamad SAW yang menyambung perjuangan ini (Islam) ialah kumpulan Islam yang dinamakan ‘Hizbullah’ parti yang menegakkan ajaran Allah, yang dinamakan ‘Jama‘atul Muslimin’ kumpulan orang Islam dan yang dinamakan ‘Toifah’ satu puak di kalangan orang-orang Islam yang dinamakan ‘ummah’ di kalangan ummah,” jelasnya.
Oleh itu, menurutnya, perjuangan Islam mestilah memenuhi ciri-ciri serta acuan yang ditetapkan oleh Allah SWT bukan rekaan manusia atau atau perkara yang diada-adakan..
Justeru itu, katanya, Allah SWT meletakkan agenda tarbiyah sangat penting kepada perjuangan ini sebagaimana dilakukan oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
“Cahaya Islam berkembang di seluruh pelusuk dunia. Lahirnya, parti-parti Islam termasuk PAS adalah ‘mata rantai’ kepada perjuangan Islam.
‘Allah SWT, menjadikan perjuangan Islam ini mesti melalui tarbiyah dan tidak diberi kemenangan dengan percuma. Allah menjadikan urusan manusia mesti melalui ilmu dan tarbiyah.
“Ilmu adalah pengetahuan, tarbiyah adalah pendidikan supaya ilmu itu masuk ke dalam hati dan hati memerintah manusia untuk melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas

Dewan Ulama Bermesyuarat Sabtu ini Bincang Jentera dan Calon Galas
Dewan Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini bagi menyusun jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi membantu calon parti itu yang akan bertanding, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub.
Beliau, yang juga Timbalan Menteri Besar dipetik Bernama berkata, mesyuarat itu akan juga membincangkan aspek gerakan jentera ulama termasuk aktiviti ceramah sewaktu kempen pilihan raya tersebut.
Mesyuarat itu turut membincangkan dan memberikan cadangan mengenai pemilihan dan ciri calon yang akan bertanding tetapi kuasa untuk menentukan calon terletak pada Dewan Syura sebagai badan tertinggi parti, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di sini pada Selasa.
Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 Sept lalu.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat pada Rabu untuk menentukan hari penamaan calon dan pengundian.
Mengenai Orang Asli, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) Kelantan berkata kira-kira 1,800 masyarakat Orang Asli di enam kawasan peti undi layak mengundi pada pilihan raya kecil itu.
Oleh itu, katanya PAS tidak memandang kecil penglibatan masyarakat Orang Asli dalam pilihan raya kecil kali ini kerana ia juga akan menjadi undi penentu kemenangan seseorang calon yang bertanding

Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?
"Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion. Dimana RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air.
Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda.
Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.
Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.
Rakyat atau siapa ?
Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan hutang berbillion ringgit ini ?
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007. Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.
RM345.2 juta biaya program air di NS
SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011. Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru di Negeri Sembilan. Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang lama, katanya. Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains dan PAAB. Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010
PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.
Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan. “Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.
“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus,” katanya Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. “Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada.
Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka. “Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan.
Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya. “Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan,” katanya.
Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.
“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air.
Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan. “Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.
Tengku Razaligh Hamzah gorka umno, kan?
Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sebut nama Ku Li sebagai calon DUN Galas Gua Musang Kelantan dalam pilihanraya kecil bakal diadakan nanti, maka pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan PAS Malaysia.
Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri besar Kelantan berkata itu merendahkan kedudukan Ku Li. Bendahari PAS Dr. Hatta Ramli turut berkata ini menghina Ku Li. Datuk Mustafa Ali setiausaha Agung Pas berkata Ku Li tak akan menerima tawaran itu.
Inilah andaian terhadap Ku Li yang dikata berbaik semula dengan PAS setelah kerajaan pusat menafikan royalti minyak 5 peratus kepada Kelantan.
Bagi saya - saya tak percaya dengan orang umno sampai bila bila, kerana mereka tidak pernah hitung soal halal dan haram. Usah untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya umum dan kecil. Mereka boleh buat apa sahaja asalkan memperolehi apa yang mereka mahu.
Apa lagi untuk merampas kembali DUN galas yang dimenangi oleh PAS dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.
Soal hina dan soal rendah kedudukan bukan jadi hitungan bagi orang umno. Lebih lebih lagi Ku Li telah menamakan dirinya sebagai gorka umno sejak kembali semula kedalam Umno.
Bayangkan seorang gorka. Kan taraf gorka terlalu rendah berbanding dengan gelaran lain. Orang melayu mengenali gorka sebagai penjual batu permata. Itulah gaya hidup seorang gorka di mata orang melayu.
Walaupun Ku Li belum memberi sebarang jawapan kerana masih berada di London, tetapi hakikatnya dia akan menerima apa sahaja saranan yang dibuat oleh umno demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil DUN Galas nanti.
Apalah sangat bertanding di DUN berbanding kebanyakan orang umno tak kira halal haram, termasuk mengamalkan rasuah dan makan riba yang menjadi kelaziman kalangan orang umno.Itulah perangai orang umno yang telah lama diajar buat duit dan khayal dengan dunia judi.
Bukan setakat itu sahaja malahan kerajaan yang memerintah Malaysia mengajar rakyat hidup penuh khayalan melalui menghalalkan judi. Mengapa tidak? Siang beli nombor ekor dan toto satu ringgit dan malamnya khayal dapat RM 3,000.
Apalah sangat bertanding DUN Galas, sedangkan perkara yang lebih buruk boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang diharap harapkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)