WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, June 26, 2010

MJ Dibunuh Kerana Wang - Latoya Jackson




ADIK kepada penyanyi Michael Jackson iaitu Latoya Jackson (gambar) mendakwa abangnya telah dibunuh kerana wang memandangkan Raja Pop itu "jauh lebih bernilai selepas kematiannya berbanding ketika masih hidup".

Dalam satu kenyataan kepada laman web mirror.co.uk baru-baru ini, Jackson menegaskan, keluarga dan peminat abangnya berhak untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sebalik kematian penyanyi itu genap setahun yang lalu.

"Saya memang tidak ragu-ragu dia (Michael) telah dibunuh. Apabila mendapat tahu tentang berita kematiannya dan apabila ibu kami menjerit di telefon memberitahu 'dia sudah mati', hanya satu persoalan yang terlintas di fikiran saya iaitu 'siapa yang melakukannya?'"

"Michael dibunuh kerana katalog lagu-lagunya yang sangat bernilai. Pihak yang terlibat dalam konspirasi kematian Michael menyedari betapa tingginya nilai Michael selepas dia mati berbanding ketika masih hidup.

"Anak-anaknya, ahli keluarga dan peminat berhak untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik kematian Michael. Sejujurnya, ia (konspirasi) adalah satu tamparan hebat bukan sahaja kepada Michael, malah kepada ahli keluarganya juga. Ia sangat tidak adil, satu kesalahan besar dan bukannya kemalangan seperti yang dihebahkan," katanya.

Bercerita tentang keadaan ibunya selepas kematian Michael, Jackson berkata: "Saya dapat merasai penderitaan dan kesedihan di mata ibunya. Namun, dia sangat kuat menghadapi keadaan itu dan memilih untuk tidak menangis atau menunjukkan kesedihannya. Saya tahu dia berbuat demikian demi anak-anak Michael."

Sementara itu Raja Pop itu turut menerima 600 batang bunga matahari yang dihantar ke pusaranya di kawasan perkuburan Glendale, California bersempena dengan ulang tahun kematiannya yang pertama hari ini.

Sunflowerguy.com menghantar bunga-bunga tersebut dengan setiap satu mengandungi mesej tersendiri bersama 100 lagi jambangan bunga matahari oleh orang persendirian dan juga 4,000 kuntum bunga ros.

Bunga matahari yang merupakan bunga kegemaran Michael Jackson diletakkan kira-kira 100 kaki dari tanah perkuburan tersebut, ekoran kerja-kerja pembinaan yang dilakukan, lapor tmz.com.

Wakil Sunflowerguy.com, Jason Levin berkata, MJ layak untuk menerima lebih daripada semua barangan termasuk bunga, lilin dan hadiah yang diletakkan di pusaranya.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0rvlszTAv

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'


Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.
NONE"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kh
NONEairy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kal
NONEau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

Tak ada masalah 

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.
Dalam pada itu, Ibrahim dalam reaksinya berkata beliau tidak ada masalah dilabelkan sebagai 'jaguh kampung' yang lazimnya mempunyai konotasi negatif.

"Saya bangga dilabel sebagai jaguh kampung...sekurang-kurangnya saya dekat dengan kampung yang bererti barang 'asli'. Sebab itu saya boleh menghayati perjuangan nenek moyang dulu dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah.


Jaguh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?” katanya.

Ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada Khairy yang lulusan Oxford dan bapa mentuanya adalah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta pembabitannya dengan politik wang dalam Umno tetapi dilepaskan dengan hanya amaran.

"Saya jaguh kampung seperti orang berlawan dengan lembu jantan...apa di depan saya sondol, kalau tak betul, saya rembat,” kata Ibrahim.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0rvlet49J

Khir Toyo 'frust' & Khalid yang 'cool'



Khir Toya dengan Micheal Jackson tak ada beza, dua-dua tak boleh kena cahaya kepanasan yang berlebihan, cuma Khir Toya dia tak tidur dalam balang macam Michael Jackson
Lama menghilang dan lama tak dengar cerita Mamat ni, tau-tau keluar kalam yang lebih merupakan luahan 'frust'nya.

Dia sendiri tidak menafikan yang Selangor di bawah PKR/Pakatan Rakyat dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah melakukan banyak perubahan dan perkara-perkara yang baik. Khir Toyo juga mengakui peluang untuk umno kembali semula ke Selangor dengan Menteri Besar yang baru dari umno terlalu sukar, 1/10. Sokongan kepada Khalid terlalu kuat dan cukup solid.

Laporan mengatakan yang ada sekumpuan 15 orang Ahli-ahli Parlimen dari PKR sedang berkumpul dan membentuk satu geng untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim ada lah hanyalah merupakan satu spekulasi semata-mata.

Bermacam-macam cara dan jalan dicari untuk menunjukan ketidakupayaan Khalid memimpin Selangor dan PKR negeri termasuklah pada masa ini Khalid sedang diasak hebat berhubung dengan dakwaan kegiatan perlombongan pasir secara haram di negeri Selangor, namun ia langsung tidak menjadi kudis dan Khalid Ibrahim tetap 'cool'.

Khir Toyo pun cuba juga untuk mengucar-ngacirkan Khalid dan PKR Selangor dengan mengapi-apikan rakyat negeri Selangor bila dia kata yang PKR di Selangor sekarang sudah ada 2 kumpulan, 1 kumpulan yang menyokong Khalid dan 1 lagi kumpulan yang hendak menyingkirkan Khalid.



Khir yang sangat-sangat kecewa sekarang juga cuba mengapi-apikan hubungan diantara Azmin Ali dengan Khalid dan juga pemimpin-pemimpin parti yang dibawah.

Kata lah, buat lah kenyataan apa pun, umno Selangor yang merupakan parti pembangkang disana sekarang ini tersangat lemah

Kesalahan Wanita Dalam Berpakaian




Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :
  1. Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Petikan Dari Murabbi Net
Pendapat Ustaz
Firman Allah yang bermaksud :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”(al-Ahzab: 59)

Lagi Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya

Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).

Sapa-sapa lagi kalangan yang lagi 60 ulama tu?



Semalam, sah 40 orang ulama' muda yang dikatakan berkelulusan Phd dalam bidang agama serah borang masuk Umno kepada Presiden Umno sendiri.

Dalam 40 orang tu media cuma sebut 2 nama. Yang pertama ketua kumpulan tu, Dr. Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sorang lagi yang agak terkenal, Fathul Bari Mat Jahya, anak kepada bekas Mufti Perlis yang sikit terkenal pasai dia ni pun macam Dr. Asri pernah kena tahan pasai berceramah di Selangor tanpa tauliah.

Apa cerita yang lagi 60 orang tu, yang katanya termasuk bekas mufti Perlis sebelum ni, Dr. Asri Zainul Abidin dan mufti Perlis sekarang, Dr. Juanda Jaya.

Kalau kira ikut cara pilihanraya, Umno mungkin menang tipis, bergantung kepada peratus keluar mengundi. Kalau yang keluar mengundi tu kurang sikit dari 80% maknanya Umno menang tipis tapi kalau keluar mengundi lebih 80% maknanya Umno kalah tipis.

Berapa jumlah pada aku kurang penting, yang lebih penting sapa-sapa lagi dari kalangan 60 orang tu. Aku harap, unit saraf dan penyelidikan PAS dah dapat senarai nama-nama depa. Aku harap unit gerak saraf dah ada perancangan untuk yang 60 orang tu.

Maksud aku, tak payah la buat kerja sampai depa masuk PAS, cukup sekadar kalau depa boleh jati 'tentera kita' tanpa depa sedar.

Ataupun, aku baru terfikir. Mungkinkah kontroversi nama Dr. Asri dan Dr. Juanda yang dikaitkan dengan "Pengganas JI" tu sebahagian dari kerja unit gerak saraf dan penyelidikan PAS. Kalau betui depa yang buat, depa memang layak dapat 'tabik spring.'  

Friday, June 25, 2010

Memorandum GMJ untuk PM

 GMJ mengorak langkah seterusnya kali ini dengan menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya petang semalam.

Memorandum membantah lesen judi itu diterima oleh wakil pejabat Perdana Menteri, En. Nasrul Hakim Jamaludin, yang juga Penolong Setiausaha di jabatan berkenaan.
Hanya lima orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum tersebut, iaitu Presiden GMJ, Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi) dan SU GMJ, Suhaizan Kaiat. Turut sama ialah Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina (Selangor dan KL), Ser Choon Ing dan Goh King Seng dari Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG - sebuah NGO Cina. Seorang lagi ialah Lee Ban Chen dari Budayawan Bertindak.
Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum tersebut, Azmi berkata "Kami nyatakan bahawa memorandum ini disampaikan oleh semua NGO berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama,


"Semua bangsa melihat judi sebagai satu musibah dan perkara negatif kepada masyarakat. Wakil-wakil yang datang daripada kaum Cina, kaum India menyatakan bukan judi sukan saja yang ditolak," katanya.


Tambahnya, langkah berikutnya, GMJ akan menjalankan mobilisasi di seluruh Malaysia dengan mengedarkan risalah sambil 'Road Show' ceramah GMJ sedang pun berjalan.


"Kemuncaknya GMJ ini ialah Perhimpunan Aman 3 Julai 2010 untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong," katanya.


Sebelah paginya sebelum penyerahan memorandum tersebut, satu mesyuarat GMJ telah dilangsungkan di Bangi. Kesemua NGO yang bergabung dibawah GMJ telah hadir.

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita

KENYATAAN MEDIA
JI : PAS MAHU KERAJAAN TAHAN DAN DAKWA, BUKAN SIBUK BUAT BERITA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaan dan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara ini kini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagai kumpulan penganas oleh Amerika.


Berita ini  diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikan secara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.


Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat dan peluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsi dengan dakwaan  yang dibuat kerana setelah seminggu berita ini berlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarang tangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untuk memburu penjenayah.


PAS juga merasa bimbang kalau perkara ini dihebahkan akan mengundang campur tangan asing ke atas negara ini seperti yang pernah dialami di Afghanistan. Apa yang merugikan negara ialah kemungkinan pelabur-pelabur takut untuk datang kerana negara kita diancam kumpulan pengganas.


Kementerian Pengajian Tinggi juga mulai panik dan turut mengistiharkan mahu memerangi pengganas yang dilaporkan wujud kalangan Pelajar dan pensyarah.


Jika perkara ini benar, bermakna negara kita, Universiti kita sudah lama tidak selamat. PAS mahu Kerajaan dan Polis berhenti bermain politik dan menyelesaikan isu ini secara profesional. Pihak Polis perlu membuktikan dakwaan ini dengan membuat tangkapan dan dakwaan segera di Mahkamah.


PAS menolak pengunaan Akta ISA bagi mereka yang dituduh kerana sehingga ke hari ini penggunaan ISA didapati tidak releven dan hanya menjadi alat bagi menutup kelemahan Kerajan dalam membuat dakwaan. Sewajarnya mereka yang dituduh didakwa di Mahkamah dan dibicara sebagaimana cara Indonesia menghadapi gerakan penganas dinegara mereka.


PAS tidak mahu isu ini dipolitikkan untuk menampakkan tidak selesaan dalam negara supaya menakutkan rakyat yang sudah tidak percaya dengan kerajaan BN.  Jika zaman Pak lah dulu, orang sibuk persoalkan isu peningkatan Jenayah, kini zaman Najib isu pemerdagangan orang, isu Kongsi Gelap dan Ah Long, Sindiket judi haram, pengedaran dadah antarabangsa dan pengganas mulai kembali berkuasa.


Bagi PAS, apa yang menjadi keutamaan adalah tindakan pihak Polis sendiri. Mereka perlu pantas dalam bertindak dan menjaga keselamatan rakyat, tanpa perlu dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.


Komitmen semua pihak dalam memastikan negara ini selamat perlu dipertingkatkan dan PAS menyeru semua ahli dan penyokong untuk turut sama menyertai usaha membasmi jenayah di kawasan masing-masing. PAS menolak sebarang aktiviti keganasan dan Islam juga tidak mengajar umatnya untuk menzalimi diri dan orang lain.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, June 24, 2010

SENSASI! Mengenali 10 Lelaki Terkaya Malaysia


"Artikel panjang ini membincangkan kisah 10 lelaki terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6 billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow! Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah kwah.

1. VINCENT TAN
LELAKI KONTROVERSI dengan aset $1.6 billion ni berusia 58 tahun, sudah berkawin malah mempunyai 11 orang anak. Hebat juga. Biasanya orang Cina anak satu atau dua saja. BERJAYA GROUP miliknya menguruskan Starbucks, papa John's Pizza dan Wendy's, dan banyak lagi.
Vincent ini memiliki banyak aset di Vietnam dan Jepun. Merupakan pemilik kepada Friendster.com. Selepas kecoh-kecoh dengan isu judi bola, Vincent telah menjual pegangannya dalam syarikat judi Ascot Sports, kepada syarikat Berjaya Sports, yang juga miliknya, kui kui.
Kasih sayang yang kuat dan jitu antara UMNO dan beliau pastilah menyumbang kepada kejayaan tauke judi ini. Akhbar melaporkan bahawa beliau telah menyumbang dan menaja 11 pilihanraya kecil UMNO-BN yang terkini. Wow.
2. SYED MOKHTAR ALBUKHARI
Umur sekitar 58, sebaya dengan Vincent Tan. Anak ada 5, kurang 6 orang banding dengan Vincent Tan. Takpe, teruskan berusaha.

Bekas pedagang beras masyhur ini menjadi kaya khususnya melalui Malaysia Mining Corps (MMC). Terlibat menguruskan pelabuhan dan airport di Johor selain memiliki pegangan di Malakoff.

Syarikat Tradewinds nya telah berjaya mengambil alih Padiberas Nasional. Turut memiliki Harrods. Antara sumbangan besar ialah Muzium Kesenian Islam Malaysia.  Semoga Allah berkati perniagaanya dan sinari hatinya dengan sinar iman.
3. TIONG HIEW KING
Umur sudah 75. Anak ada 4. Memiliki RIMBUNAN HIJAU yang menguruskan ladang kelapa sawit, pembalakan dan hartanah di New Zealand, Malaysia dan Papua New Guinea. Variasi sungguh.
Turut memiliki Media Chinese International dan 6 akhbar serta 30 majalah di Amerika Utara, Asia Tenggara dan China. Sedang berusaha menjual pegangan di EON kepada Hong Leong.
4. YEOH TIONG LAY
$2.5 billion. Sudah 80 tahun umurnya . Anak ada 7. Pengasas YTL Corp. Berjaya mengambil alih Macquarie Group (Australia) yang memiliki banyak hartanah di Malaysia dan Singapura. Turut memiliki PowerSeraya, power generator kedua terbesar di Singapura.
Meskipun gitu, kebanyakan urusan dibuat oleh anak sulungnya Francis dalam 2 dekad kebelakangan ini.
5. TEH HONG POIW
Umurnya sebaya dengan Yeoh Tiong Lay, 80 tahun . Asetnya dalam $3.8 billion. Bekas kerani bank ini telah mengasaskan Public Bank pada tahun 1966 hasil duit simpanan dan keuntungan dari jual beli hartanah.
6. QUEK LENG CHAN
Junior dalam 10 tahun berbanding dengan Teh Hong Piow dan Yeoh. Umurnya dalam 69 tahun. Anak ada 3. Aset utamanya ialah Guoco Group di Hong Kong. memiliki Hong Leong Bank.
7. LEE KIM HUA
Tidak ada kena mengena Kim Jong Ill di Korea Utara, kui kui. Umurnya 81 tahun. Ada 6 anak. Balu kepada Lim Goh Tong, pemilik casino Genting ini memiliki saham-saham Genting yang meningkat lebih 50% hasil sokongan padu UMNO kepada industri judi negara.
8. LEE SHIN CHENG
aSET DALAM $4.6 BILLION. uMUR 71. aNAK 6. ketua IOI, pemilik rangkaian ladang kelapa sawit.
9. ANANDA KRISHNAN
Aset dalam $8.1 billion. Umur 72. Anak 3. Bekas pedagang minyak yang memiliki Maxis. Turut memiliki Astro. Dengan sikap rakyat Malaysia yang paling suka berseronok-seronok dan berhibur, tak pelik jika beliau menjadi orang kaya nombor 1 nanti.
10. LELAKI TERKAYA: Robert Kuok
Aset saja sudah $12 billion. Umur 86 tahun, anak baru lapan.
Asetnya bertambah $3 billion baru-baru ini. Pemilik syarikat minyak kelapa sawit, Wilmar International. Baru baru ini menjual pegangan dalam syarikat gula, Jerneh Insurance dan tanah-tanahnya di KL. Kebanyakan masa diluang di Hong Kong, sama seperti penulis, kui kui.
KEPADA PAS dan Pakatan, eloklah sekiranya PAS dan Pakatan berusaha melahirkan generasi pelapis yang kuat kewangan mereka agar boleh boleh membantu perjuangan Islam. Contohnya,di zaman Nabi, AbdulRahman Bin Aus dan Saidina Osman antara orang kaya yang sentiasa menyumbang kepada Islam.
Pakatan sewajarnya mengadakan institusi untuk monitor dan membantu pedagang-pedagang Islam khususnya dengan mengadakan seminar seminar, mengajar kaedah berniaga yang betul, memberi bantuan sokongan atau support apabila mereka menghadapi masalah besar.
Ini bukan soal mentaliti tongkat atau subsidi seperti yang dijaja oleh UMNO. Orang bukan Islam khususnya Cina mempunyai sejarah yang lama sebagai kaum peniaga.
JANGAN LUPA, dalam karya sejarah Tome Pires, beliau menceritakan betapa kaum Melayu sewaktu zaman kesultanan Melaka merupakan pedagang dan peniaga yang sangat berjaya sehinggakan hampir setiap keluarga Melayu memiliki bot atau kapal mereka sendiri.
SESUDAH dijajah selama 400 tahun lalu diperintah oleh UMNO, orang Melayu hilang budaya berniaga. Segelintir peniaga Melayu yang ada pun turut ditindas dengan teruk oleh UMNO sekiranya mereka menzahirkan bahawa mereka PAS atau Pakatan. Sokongan UMNO hanyalah untuk kroni-kroni mereka yang berniaga cara alibaba sahaja.
Bak kata Tok Guru: PERGI JAHANAM DENGAN UMNO..

Trick UMNO-BN Menjijikkan !!!


"Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kalangan pemimpin UMNO telah mula berlaku. Tidak kiralah sama ada hal itu wujud secara tersurat mahupun tersirat. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh asakan para pemimpin Pakatan Rakyat yang bertali arus terhadap pelbagai kecurangan yang dilakukan oleh UMNO-BN. Asakan tersebut menyebabkan mereka tertampan ke dinding dan tidak berdaya mematahkan hujah Pakatan. Harus diingat bahawa selama ini UMNO-BN mengecap pemimpin pembangkang hanya tahu membangkang tetapi tidak pandai membina.

UMNO-BN perlu sedar bahawa suasana dan masa telah berubah. Dahulu hanya PAS yang berjaya membentuk kerajaan negeri. Kini DAP dan PKR turut mendapat pengalaman berharga sebagai kerajaan negeri. Sehubungan itu, UMNO-BN tidak boleh lagi main sorok-sorok dalam hal-hal pentadbiran dan pemerintahan serta perlu sentiasa bersedia menghadapi persaingan dalam pelbagai stail dengan Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu, rakyat dapat memperhatikan gelagat UMNO-BN menangkis setiap kritikan yang dihamburkan oleh Pakatan terhadap mereka dan sebaliknya. Kewujudan fenomena ini sepatutnya mematangkan semua pendokong politik di negara kita. Adakah hal itu berlaku?

Jika dilihat telatah Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang korup itu, kita akan mendapati pemikirannya jauh ke belakang walaupun dia lulusan Oxford. Ketika bercakap tentang situasi semasa di Malaysia dia menyebut persepsi negatif pembangkang terhadap pentadbiran negara menyebabkan proses "brain drain" terus berlaku. Kenyataan ini menunjukkan Khairy mengiktiraf kehebatan Pakatan Rakyat. Pakatan bukan sahaja berjaya mempengaruhi golongan profesional dan bijak pandai negara berhijrah ke negara lain malahan juga menghalang golongan itu yang berada di luar negara supaya tidak kembali untuk berkhidmat di negara sendiri.

Jika ditinjau dari sudut yang lain pula, kenyataan Khairy itu membuka pekung di dada kerajaan. Penghijrahan golongan tersebut ke negara lain tidak dapat dihalang kerana Kerajaan UMNO-BN gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik dan tidak mampu menggariskan syarat-syarat perkhidmatan yang memikat mereka untuk kekal di tempat sendiri.

Akhir-akhir ini ancaman pengganas disekalikan pula dengan gerakan Wahabi dicelah-celah riuh rendah 100 ulama nak masuk UMNO, termasuk Dr. Asri. Ancaman JI belum dibuktikan dengan kukuh, tiba-tiba nama Presiden PAS dan Dr. Asri pula timbul dalam dakwaan yang dibuat, tentunya tanpa usul periksa. Orang ramai tertanya-tanya apakah muslihat UMNO-BN selain daripada mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu tertentu? Ada orang mula mengagak, "Inilah kejutan yang dimaksudkan Najib apabila bercakap tentang tarikh PRU Ke-13." Tangkap dulu pemimpin-pemimpin Islam dan hentam habis-habisan parti Islam supaya orang Melayu menyokong penuh UMNO. Jika inilah yang bermain-main dalam kepala UMNO, alangkah jijiknya!!!

Siapa...Dikalangan Ulama join UMNO ???



Daripada Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah meredai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikitpun, Kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya, kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik 2/169).



Hari ini heboh berita ramai ulama akan menyertai UMNO.Rasionalnya sebagai seorang mukmin yang berilmu ( ulamak ) sepatutnya mengelakkan  dari sebarang perisytiharan memasuki sesebuah parti politik  apatah lagi yang matlamat perjuangan islamnya tidak jelas dan ternyata banyak terlibat dalam amalan maksiat.Kesilapan sebegini bukan sahaja mengundang kepada fitnah dalam masyarakat bahkan boleh diangap sebagai pengkhianat kepada ilmu yang dipelajari.
Sebagai pewaris anbiya, para ulama bertanggung jawab untuk menjaga dan melanjutkan risalah islam. Para ulamalah yang perlu berada di saf hadapan dalam mempertahankan dan menegakkan ajaran Tauhid. Imam al-Ghazali ( rha )menasihati Sultan Muhammad bin Malik Syah,”Ketahuilah wahai Sultan, engkau adalah makhluk. Engkau diciptakan oleh Maha Pencipta yang menciptakan alam dan seluruh isinya. Dia Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.” (At-Tibr al-Masbuk fi Nashaih al-Muluk,).
Sabda Nabi saw: ”Seburuk-buruk manusia adalah ulama yang buruk.” Kerusakan ulama adalah kerusakan Islam. Ulama jahat adalah ulama yang jahil tetapi berani memberi fatwa atau ulama yang menjual agamanya untuk kepentingan dunia. Imam al-Ghazali dalam Kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, memberikan penjelasan panjang lebar tentang bahaya ulama-ulama jahat, yang disebutnya sebagai ’ulama dunia’.

Rasulullah saw bersabda: ”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang jahil  dan para ulama yang jahat.” (HR at-Tirmidzi).Ulama adalah orang yang faqih fid-din, dan sekaligus orang yang bertaqwa kepada Allah. Sebagai pewaris Nabi, mereka harus memiliki kemampuan ilmu dalam masalah risalah kenabian dan sekaligus menjadi role model kepada masyarakat.
Selain mewarisi keilmuan dan risalah kenabian, para ulama di terdahulu juga sering menghadapi ujian yang berat, sebagaimana dialami oleh para Nabi. Imam Malik contohnya pernah disiksa, karena pendapatnya bertentangan dengan gabenor Madinah ketika itu. Imam Abu Hanifah masuk penjara dan menjalani hokum cambuk 10 kali setiap hari, karena menolak berbagai tawaran sebagai mufti  dalam pemerintahan Abu Ja’far al-Manshur.Hari ini setiap tahun beribu-ribu ahli agamawan dikeluarkan dari institusi pengajian di serata pelusuk dunia.Persoalannya,Siapakah dikalangan mereka ulama perwaris Nabi yang perlu kita ikuti dan dijadikan pemimpin kita ?
Didalam kitab -Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya - Shaikh Zainuddin al Malibaari menerangkan cirri-ciri Ulama perwaris Nabi  dimana mereka tidak menuntut dunia, dengan ilmunya .Tidaklah berlainan kata-kata dengan perbuatannya. Dan pada perkara perintah dialah yang mula-mula beramalnya. Dan pada larangan dialah yang mula-mula menghindarinya. Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat. Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan. Dan ia menjauhi berlebihan tentang makan. Bermewah-mewahan pada perabot dan rumahtangga. Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian. Dan cenderung ia kepada redho pada apa yang ada (qana'ah). Dan menjauhi diri ia dari menggauli sultan (pemerintah) , dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redho Allah. Maka bolehlah masuk. Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh . Dan dikatakannya : {Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli}. Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya {Saya tidak tau} , bila hal tersebut tidak mudah baginya . Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah)Manakala Sifat-sifat ulama Dunia pula :"Ulamak dunia, Iaitu ulamak yang Jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan disisi ahli dunia".( Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya)Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah :Sifat Ulamak dunia atau sifat ulamak u’ suu .." Dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya cenderong kepada dunia.Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".
Mudahan kita terselamat dari fitnah ini dengan kita berpegang teguh kepada Alquran dan As-sunnah sepetimana Sabda Nabi SAW.
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat". 
Kesimpulannya setiap kebenaran dan kebatilan itu jelas sekiranya kita berusaha mencarinya.Panduan kita bukanlah pada tokoh tertentu sebaliknya pada jalan yang telah ditunjuki oleh para Nabi Nabi dan ulamak yang menepati sunnahnya ( Sunnah Nabi Muhammad SAW )

Kacau sura dalam kuali

"Assalamualaikum,,..
Tajuk ini aku pinjam dari salah seorang pemuda UMNO ketika Terengganu ditadbir oleh PAS tahun 1999-2004 dulu.Ketika itu heboh di kalangan orang UMNO memperkatakan bagaimana Tok Guru dan beberapa EXCO/ADUN PAS yang sudah mula naik toncang kerana memandu kereta Mercedes.Dalam satu perbicangan di antara sekumpulan pemuda UMNO yang sempat aku curi dengar, ada seorang daripada mereka yang membangkang kata kata sebegitu daripada   rakan rakannya.Katanya sememangnya itu kelayakan MB dan EXCO kenapa nak dihebohkan?Tak kan nak kacau sura dalam kuali, mestilah dalam kawah


Menarik kata kata pemuda UMNO yang aku kira adil dalam memberi penilaian kepada tugasan seorang MB dan EXCO.Ini juga bermakna seseorang yang hendak bekerja atau diberi kerja mestilah dengan kelayakan tertentu.Seorang motivator adalah seorang yang telah melalui proses tarbiyah yang tertentu sehingga dia diberi sijil kelayakan menjadi motivator.Seorang Doktor Falsafah pula dengan tarbiyah Doktor Falsafah(walaupun ada setengahnya ditarbiyah dengan doktor kepala sampah) sebelum diberi kelayakan PHD.Oleh itu seorang pengkritik juga harus melalui proses tarbiyah tertentu sebelum dia layak digelar pengkritik.Begitu juga penegur mestilah dengan kelayakan penegurnya.Tetapi semuanya jadi carca marba akibat kebangkitan PAS menuju putra jaya.Si luncai luar parti melantik diri mereka sebagai pengkritik tanpa sebarang pengiktirafan ilmu, penegur pula menegur orang orang yang ada kelayakan menegur mereka.
Inilah akibatnya kalau kacau sura dalam kuali, sura tak jadi tetapi yang mengacau letih percuma.Kata orang menyalak bukit tetapi diri sendiri yang menyalak.Akhirnya tak dapat makan sura, melopong masuk angin saja.Pengkritik pula menjadikan kutuk mengutuk sebagai asas, bukannya jadal mawaddah dalam mencari kebenaran.Akibatnya, kosong belaka tiada pengisian.
UG jadi Gaban, Erdogan pula jadi Doremon.Masuk angin keluar asap kalau dilayan siluncai luar parti ini.Benar kata Tok Guru dalam ucapan dasarnya, Jemaah perlu meletakkan tarbiyah di tempat sepatutnya, seperti sura perlukan kawah,meletakkan dakwah di tempat sepatutnya ,seperti sura perlu dikacau dalam kawah, meletakkan siasah di tempatnya, seperti sura diadun dalam kawah.Meletakkan sesuatu ditempatnya amatlah dituntut oleh agama kerana itu adalah definasi keadilan oleh ulamak.Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya akan menjadi zalim, oleh itu wajar peringatan Tok Guru agar berhati hati dengan luncai luar parti.
Mengkritik dan  menegur  juga perlukan juzuk juzuk ilmu tertentu.Mengkritik dan menegur bukan bertujuan mengutuk dan sedia dikutuk tetapi dengan asas ilmu yang teguh dan bersedia menerima kebenaran

Alkisah Negaraku Malaysia

"Kerajaan BN telah memutuskan agar judi bola dihalalkan malah DR M pun sama juga berpendapat sedemikian rupa. Beliau pun setuju kalau dia masih jadi PM, dia akan buat benda yang sama memberikan lesen judi bola kepada yang layak. Tetapi apabila kita tonton TV3 setaip jam 8mlm, berita tak habis-habis menyatakan judi bola sepak berleluasa sekarang ini. Kan kerajaan telah menghalalkan judi tersebut. Kalau dah halalkan, tak kira lah ape jenis judi yang mereka nak buat. 


Alasannya tak ada lesen!!..Amat tidak munasabah negara kita ini. Sepatutnya sebelum kempen piala dunia ini mereka tidak akan timbulkan pemberian lesen judi kepada Mr Tan. Apabila kerajaan bersetuju, maka anak pinak syaitan yang lain akan mengikutnya juga. Maka tidak hairanlah judi bola berleluasa sekarang ini. TV3 janganlah nak salahkan orang awam semata-mata apabila judi bola berleluasa, sepatutnya mereka menyalahkan kerajaan terlebih dahulu dalam soal ini. Tidak adil hanya rakyat dipersalahkan. DR M cakap orang cina suka berjudi, tak salah kalau mereka berjudi. Tapi kenapa polis duk sibuk-sibuk nak tangkap orang cina yang berjudi tersebut? pelik dan hairan. Cakap mana satu nak dengar. Itulah Malaysia...kalau korang semua hendak tahu..

Lagi satu soal pendidikan negara kita, kalau perasan setiap kali menteri pendidikan yang baru pegang mesti nak bawak perubahan yang mengarut-ngarut. Patutkah Muhyidin yasin menyatakan pemansuhan UPSR dengan PMR adalah salah satu cara untuk mengurangkan belanjawan? Dalam soal pendidikan, kerajaan tidak perlu berkira untuk membelanjakan banyak wang ke arah itu. Ini kerana pendidikan adalah penting bagi sesebuah negara. Negara akan jadi mundur kalau sistem pendidikan tidak mantap. Bagi saya, peperiksaan adalah penting dan tidak perlu dimansuhkan. Sepatutnya kerajaan memikirkan cara untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara kita.

Kalau anda perasan apa dah jadi dengan sistem metrokasi dan sekolah bestari yang di canang oleh Najib satu ketika dahulu semasa beliau menjadi menteri pelajaran? Tidak ada keistimewaan malah memburukkan lagi keadaan adalah.Oleh yang demikian, Muhyidin tak perlulah nak buat pembaharuan yang mengarut-ngarut..

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan

"Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :



  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33
)
 

Mengapa Mahathir Memilih Untuk Menipu Hingga Ke Akhir Hayatnya ???

Umur Mahathir kini kalau tak silap ialah 86 tahun. Pada adat dan kebiasaanya untuk rakyat 1Malaysia , sudah menjangkau tahap subsidi , malah sudah lama meninggalkan dunia ini. Tetapi kalau ada juga yang masih hidup , amat jarang ditemui gagah perkasa macam Mahathir ni


Adakah  mungkin kerana baka dan asal usulnya dari benua kecil India , dikatakan umur penduduk – penduduknya berada dilingkungan ini , maka Mahathir masih bertahan , malah katanya masih muda dan boleh berjalan tanpa bertongkat. Hebat Mahathir kini.
Tetapi , yang sedihnya makin umurnya meningkat , semacam Nampak ianya makin meracau , melalut dan merapu sepanjang masa.
Dalam isu terbaru , adakah benar katanya “"Malah kalau kita lihat sejarah, mereka yang menubuhkan Pas adalah bekas ulama UMNO yang meninggalkan parti kerana tidak dipilih untuk bertanding,”. Betul ke begitu ? Apakah justifikasinya ? Apakah alasannya ?
Tak benar UMNO cuba pikat ulama untuk tandingi Pas
PUTRAJAYA 23 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tanggapan kononnya UMNO cuba menarik lebih ramai ulama menyertai agar ia setanding dengan Pas adalah tidak berasas.Ini kerana UMNO membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr. Mahathir, yang juga bekas Presiden UMNO.
"UMNO selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur."Malah kalau kita lihat sejarah, mereka yang menubuhkan Pas adalah bekas ulama UMNO yang meninggalkan parti kerana tidak dipilih untuk bertanding,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Projek Pendidikan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas ura-ura seorang bekas mufti negeri dan 100 orang ulama berkelulusan tinggi akan menyertai UMNO pada Jumaat ini. –KLIK 
Tak benar tanggapan UMNO cuba pikat ulama untuk tandingi PAS: Tun M


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapan kononnya UMNO cuba menarik lebih ramai ulama menyertai agar ia setanding dengan Pas adalah tidak berasas.

Ini kerana UMNO membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO. 
"UMNO selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama.
Mereka sangat bertolak ansur. "Malah kalau kita lihat sejarah, mereka yang menubuhkan Pas adalah bekas ulama UMNO yang meninggalkan parti kerana tidak dipilih untuk bertanding," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Projek Pendidikan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ura-ura seorang bekas mufti negeri dan 100 orang ulama berkelulusan tinggi akan menyertai UMNO pada Jumaat ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata orang ramai tidak boleh berpegang kepada tanggapan kononnya teladan dan contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin termasuk yang berkelas dunia adalah sentiasa benar.

semua pemimpin ini, katanya, adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
"Kita boleh jadikan mereka contoh, walaupun mereka melakukan kesilapan iaitu dengan cara belajar daripada kesilapan mereka itu dan tidak mengulanginya," katanya. - 
KLIK 
NOTA
Tidak mungkin berita di atas yang dilaporkan oleh kedua - dua media milik UMNO ini menipu !!!. Yang nyata Mahathir benar - benar menipu.
Persoalannya , mengapa beliau terus - menerus memilih untuk menipu , semakin umurnya lanjut , semakin kubur berkata "mari - mari" , dan dunia setiap saat menyuruhnya "pergi - pergi" ?

Pemimpin PAS mula digeruni.........

"Assalamualaikum,,..
Satu masa dulu, pemimpin pemimpin PAS diketawakan, diperlekehkan, dikutuk dan ada yang dilempar telur busuk tetapi kini semuanya sudah berlalu.Pemimpin pemimpin PAS sekarang ini sudah mula digeruni.Munculnya bloggers luncai luar parti yang membawa labu peringgi menjadi petanda gerunnya sesetengah pihak kepada Barisan pemimpin PAS yang ada.Bukan sahaja TGHH dan TGNA bahkan pemimpin lain seperti Ust Nasarudin Mat Isa, Husam Musa,Khalid Samad,Dr,Hassan Ali dan beberapa pemimpin lain tidak lekang dari mulut bloggers luncai ini.Nampaknya bayang Erdogan yang ada pada Husam dan bayang UG yang ada pada TGHH dan Ust Nasarudin masih diperkatakan oleh siluncai luncai ini sehingga membawa kepada berbagai bagai tuduhan terhadap pemimpin PAS.


Sebenarnya kegerunan kepada pemimpin PAS adalah kesinambungan kepada kegerunan UMNO yang selama ini menyembunyikan rasa gerun mereka.Selepas tewas di Terengganu pada tahun 1999,UMNO mula melabur berjuta juta ringgit semata mata untuk melahirkan komrad yang dikenali sebagai cybertrooper atau pencacai sebagai satu cara psaikologi war yang dipelajari di Amerika untuk menyerang PAS.Oleh itu pada tahun 2004 di ketika PRU 11, berbagai bagai serangan telah dilakukan oleh cyebertrooper UMNO ini terutama di chat room Yahoo yang ketika itu dikuasai oleh ahli dan penyokong PAS.Berbagai bagai gelaran keji dibawa mereka seperti Nik najis,Hardy bawang dan sebagainya.
Suara pencacai ini masih kedengaran sehingga kini dengan hadirnya bloger upahan UMNO dan kelab penyokong maya UMNO atau KMU.Namun suara mereka sudah mula tenggelam sedikit demi sedikit tetapi muncul pula fenomena baru ia itu luncai luncai yang membawa labu peringgi berlambang PAS dan mendakwa mereka menyokong PAS dan mahukan kebebasan mengkritik sebagai usaha mendapatkan kebebasan bersuara.Pelik benar kerana sepatutnya kebebasan bersuara ini harus diminta dari UMNO kerana UMNO masih menguasai kerajaan.
Kepelikan ini ada kaitan dengan keyakinan mereka bahawa masa PAS menerajui negara semakin hampir jadi mereka dengan begitu advance menuntut kebebasan itu.Berbagai bagai alasan yang dilontarkan mereka seperti Presiden PAS bukan maksum tidak boleh dikritik,PAS tidak demokratik kerana tidak membenarkan pemimpin mereka dikritik,ahli PAS pak turut kerana memilih Presiden yang tidak dipersetujui oleh majoriti orang ramai yang atas pagar.
Tidak kurang juga tohmahan yang masih diterima oleh Husam selepas kick the fela menikam beliau dari belakang.Masih ada cubaan mencemarkan imej Husam sebagai pemimpin atasan PAS dan masih ada keraguan kepada keikhlasan beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan menegakkan haq dan menentang kebathilan.Tidak kurnag juga percubaan untuk menarik sokongan ahli ahli PAS agar turut sama terlibat dalam kancah peperangan luncai ini dengan meminta ahli PAS tertentu agar menyokong dakwaan mereka seperti ada seseorang yang dikatakan mempertahankan TGHH tetapi dalam halus melemparkan tohmahan kepada Husam.Licik betul siluncai dengan labunya.
Namun apa yang dapat diperhatikan semasa ucapan dasar Tok guru presiden, isu isu utama yang disebut adalah merupakan isu isu yang mampu membangkitkan semangat jemaah di kalangan ahli.Tok Guru sudah dapat menghidu kehadiran PAS Reform apabila beliau menyentuh luncai luar parti, Tok Guru sudah menghidu kehadiran beberapa NGO yang hilang haluan apabila beliau meyebut semua jemaah Islam yang ada mesti dipimpin oleh jemaah yang syumul perjuangannya, di mana di Malaysia, satu satunya jemaah yang syumul ialah PAS, jadi jemaah jemaah lain yang ada harus mengiringi PAS bukannya selain PAS kerana sekiranya mereka berbuat demikian, jemaah mereka akan hilang pedoman.Tok Guru juga menyentuh isu tarbiyah dan dakwah dalam ucapan dasarnya sebagai satu rangkuman kepada siasah yang dibawa PAS.Perkara ini merupakan perkara penting yang sedang berlangsung dalam PAS sekarang dan dengan perkara inilah tok Guru akhirnya menyatakan keyakinannya untuk menawan putra jaya di ucapan penangguhannya.
Sebenarnya ucapan dasar Tok Guru dan ucapan penangguhannya merupakan mesej yang jelas kepada semua termasuk pengundi atas pagar.Apatah lagi luncai yang sedang membawa labunya, tetapi malang sekali siluncai tidak mendapat mesej Tok Guru dan terus menerus membuat kerja kerja luncai yang barangkali tidak lagi terjun dengan labu labunya tetapi akan tenggelam bersama labu labunya.
Inilah kegerunan terhadap pemimpin PAS yang boleh diperhatikan sekarang bukan sahaja di alam siber tetapi di luar juga apabila ada sebuah NGO yang dikatakan serpihan JIM turut sama mengalunkan suara suara yang serupa bloggers luncai apabila mengkritik beberapa pemimpin PAS tanpa hala tuju yang jelas.
Ketiadaan hala tuju ini berpunca daripada rasa gerun kepada PAS dari pihak pihak tertentu yang masih terlalu awal untuk dketahui.Tetapi insyaallah satu hari akan diketahui juga apakah siluncai yang bertempik mengenai UG dan mengenai Husam Erdogan ini betindak sendirian kerana rasa gerun mereka atau ada pihak lain di belakang mereka.Janji ALLAH tetap benar dan marilah bersama sama kita berpegang kepada kebenaran yang termasuk juga bertindak adil kepada kesemua pemimpin tanpa perlu menjadi BATU API kepada mana mana pihak.Berkata benar dan berpegang dengan kebenaran walau di mana kita berada.Yang tidak pasti KIV dulu....

Azmin Ali & Khalid tergagap..tergigit...terluka...


Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.

Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.

Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.
Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Sementara itu dalam Suara Keadilan online, Azmin Ali menafikan perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai tanda protes terhadap perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin dan juga kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sambil mengesahkan perletakkan jawatan beliau dalam anak syarikat kerajaan negeri itu berkuatkuasa semalam, Azmin menegaskan tindakan beliau itu adalah bagi memberi peluang kepada 'darah baru' dalam pengurusan PKNS.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa memberitahu surat perletakkan jawatan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar pukul 12.30 tengahari semalam.
Beliau menafikan andaian yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan perletakkan jawatan tersebut adalah akibat tidak puas hati terhadap beberapa tindakan Abdul Khalid.
"Memang benar saya telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai pengarah di dalam PKNS dan perletakkan jawatan ini berkuatkuasa serta merta.
"Walaupun saya tidak menyatakan alasan dalam surat tersebut, namun alasan saya adalah sudah sampai masanya saya melepaskan jawatan tesebut bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh yang baru dalam membawa PKNS agar terus maju dan menjadi sebuah syarikat yang disegani.
"Saya telah berkhidmat dengan PKNS hampir setahun setengah dan berpuashati dengan sumbang yang telah saya berikan kepada PKNS. Kita melihat telah banyak pembangunan-pembangunan yang kita lakukan sebagai contoh kes Bukit Botak, membaik pulih flat-flat yang lama dan juga beberapa pembangunan baru.
"Ini adalah semua peranan yang dimainkan oleh mereka yang berada di dalam PKNS, bagi diri saya setahun setengah penglibatan saya cukup memuaskan hati saya," jelasnya kepada media di lobi parlimen hari ini.
Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam PKNS yang hanya baru menjangkau setahun setengah sedangkan dibandingkan dengan mereka yang telah lama berkhidmat, adakah tempoh jangka masa itu boleh menilai tahap kepuas hatian yang seseorang.
"Apa yang ingin ditekankan saya berpuashati dengan sumbangan yang telah diberikan walaupun sumbangan saya dalam PKNS hanya setahun setengah, tahap kepuas hatian seseorang tidak boleh diukur melalui tempoh perkhidmatan kerana pengukuran tersebut perlu diukur pada usaha dan sumbangan yang dilakukan untuk memajukan sesuatu syarikat.
"Kita lihat Barisan Nasional sudah lama memerintah tetapi mereka masih tidak berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan kepada rakyat dan KEADILAN walaupun umur parti ini masih muda tetapi pengorbanan yang dilakukan kepada rakyat melebihi apa yang dilakukan oleh BN," katanya lagi.
Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu perletakkan jawatan tidak ada kaitan dengan perubahan yang akan berlaku dalam KEADILAN mahupun pemilihan parti yang akan berlangsung hujung tahun nanti.
Beliau juga tegaskan berita yang menyatakan kerana kecewa dengan kepimpinan Khalid menyebabkan tindakan meletakkan jawatan adalah tidak benar sama sekali.
Sharpshooter :- sifirnya mudah...bukan susah nak baca apa yang tersirat dan tersurat dalam isu Azmin Ali dan Tan Sri Khalid...
Kalau nafi maknanya ya la tu...Suara Azmin maknanya suara Anwar la tu...
Alahai Tan Sri Khalid...apakan daya....tergagap....tergigit...terluka...

Dok Kata kat DAP nak pelingkop negara.. last MCA dalam BN tu sendiri yg dok nak kikisnya..!!


PERKASA ingatkan Khairy jangan jual bangsa sendiri...

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.

Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi.
Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.
Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu.

Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut

Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan.

Sebali
knya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu.

"Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2.

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails