WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 23, 2010

Parti komponen BN harus memikirkan masa depan sendiri



Ditulis oleh DPP Wilayah   
WEDNESDAY, 23 JUNE 2010 02:26

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
PARTI KOMPONEN BN HARUS MEMIKIRKAN MASA DEPAN SENDIRI

Tamak. Inilah yang boleh dilabelkan kepada UMNO kebelakangan ini. Dewan PEMUDA PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat tindakan UMNO melantik Dato’ Shafie Abdullah  sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju yang baru mengantikan Dato’ Yew Teong Look daripada parti MCA dilihat sebagai ‘mengkhianati’ sahabat lama. Ini kerana dari respon yang diberikan oleh Dato’ Yew Teong Look sendiri jelas beliau tidak berpuas hati dengan tindakan UMNO melantik pengerusi BN yang baru. Beliau begitu terkilan apabila dikatakan tiada sebarang perbincangan mengenai perlantikan pengerusi BN yang baru ini.


Umumnya mengetahui bahawa Parlimen Wangsa Maju diberikan kepada MCA daripada UMNO pada 2004 selepas persempadanan semula kawasan parlimen dimana UMNO diberikan kawasan Parlimen Setiawangsa. Dato’ Seri Zulhasnan Rafique yang mana menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Marina Yusuff di Parlimen Wangsa Maju pada Pilihanraya Umum (PRU) 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju yang terakhir dari UMNO sebelum berpindah ke Parlimen Setiawangsa. Sebelum Zulhasnan, Dato’ Kamal Salih menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju untuk satu penggal.


UMNO juga berura-ura mahu melantik Ketua UMNO Bahagian BATU, Dato’ Yahya Mat Ghani sebagai Pengerusi BN Parlimen BATU yang menyebabkan Parti GERAKAN yang selama ini memegang jawatan itu ‘mengamuk’.


Dan jika dilihat situasi di Pulau Pinang, ada suara sumbang menyatakan bahawa UMNO lebih layak memegang jawatan pengerusi BN negeri memandangkan hanya wakil UMNO  telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas. Perkara ini turut disokong oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata permintaan itu adalah munasabah.


Jelas segala tindakan UMNO kebelakangan ini menunjukkan mereka tamak untuk memegang jawatan. Walau apa pun alasan yang diberi, UMNO sememangnya ‘bijak’ mengambil kesempatan berikutan situasi politik semasa. Seperti kenyataan Ketua PEMUDA PAS yang pernah dikeluarkan sebelum ini, sikap parti GERAKAN dan MCA lebih profesional pada PRU 1999 ketika sokongan orang melayu terhadap UMNO merosot namum mereka tidak pernah mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO ketika itu.


DPPWP merasakan sudah sampai masanya parti komponen BN yang lain memikirkan masa depan mereka dengan sebaik-baiknya. Sekiranya mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, mereka tidak boleh terus bersama UMNO yang semakin jelas tindak tanduk mereka bertentangan sekali dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan oleh pimpinan UMNO sebaliknya sentiasa mencari peluang untuk ‘merampas’ kedudukan tanpa memikirkan semangat setiakawan. DPPWP juga berharap agar parti komponen BN dapat menyatakan pendirian mereka agar UMNO tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang tindakan tanpa rundingan tapi menjelang pilihanraya, merekalah kononnya menjadi ‘rakan karib’ kepada parti komponen BN.

Fadhil Osman
Ketua Penerangan
Dewan PEMUDA PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails