WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, July 6, 2010

Himpunan ‘Bersih Dua’ Selepas Parlimen Dibubar

Setelah kekalahan teruk Barisan Altenatif(BA) pada tahun 2004, semangat petugas BA khususnya PAS jatuh menjunam bagaikan jet pejuang menyembah bumi. Apatah lagi himpunan dihadapan Suhakam yang disusun sejurus pilihanraya 2004 tidak dapat di jayakan kerana masalah-masalah teknikel. Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat selepas pilihanraya itu meminta PAS berbuat sesuatu atas kekalahan itu, terutamanya kejatuhan Terengganu yang cukup mengaibkan. 

Antaranya adalah himpunan besar-besaran untuk mendesak kerajaan memulihkan demokrasi. Ucapan wakil Pemuda PAS Pusat sebagai menyokong usul memulihkan demokrasi pada masa itu menjurus kepada himpunan dan kebertanggunjawapan PAS Pusat terhadap kekalahan pilihanraya. Tetapi malangnya media hanya minat terhadap isu kebertanggungjawapan sahaja kerana ia lebih sensasi. Masih tergiang-giang ditelinga, apabila Presiden memberi nasihat kepada pemuda agar jangan menjadi beruang yang sayangkan tuannya. Kerana sayangnya beruang kepada tuannya maka dipukul muka tuannya sampai pengsan. Itulah nasihat tidak ternilai yang menjadi bekalan untuk pemuda khususnya pembahas pemuda.

Isu himpunan pemulihan demokrasi hilang beberapa ketika kerana serangan wabak kelesuan PAS sudah merebak keseluruh negara. Pakar-pakar tarbiyyah PAS diturunkan keseluruh negara memulihkan kemurungan ini. Alhamdulillah berjaya dan akhirnya jawatankuasa dibentuk di bawah Tuan Haji Mohammad Bin Sabu bagi mengadakan himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Himpunan Bersih’ bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Tuntutan Bersih ada empat iaitu pengunaan dakwat hitam, media yang adil, penghapusan undi POS dan pembersihan daftar pemilih. Himpunan itu berjaya diadakan dengan penuh gemilang sehingga memulihkan semangat petugas seluruh negara setelah lesu lebih dua tahun. Selepas ‘Himpunan Bersih’ wujud himpunan kedua dinamakan ‘Himpunan Hindraf’ yang mendesak kerajaan memberi perhatian kepada masyarakat India di negara ini. Kedua-dua himpunan ini secara senyap-senyap telah menjadi faktor yang penting atas kejayaan pembangkang khususnya PAS, DAP & PKR dalam pilihanraya ke-12 pada tahun 2008. Malangnya isu pemulihan demokrasi menjadi senyap dalam negara sedangkan empat tuntutan Bersih langsung tidak ditunaikan oleh kerajaan. Bukan kerana sudah berpuas hati tetapi tumpuan banyak diberikan kepada isu pentadbiran negeri yang telah dimenangi dalam pilihanraya ke-12. Perlu diingat kemenangan pilihanraya ke-12 sangat mudah dipatahahkan dengan penipuan dalam demokarasi di Malaysia. Kalau fakta Dato’ Sri Anwar Ibrahim kena tumbuk pun boleh ditipu, pemberian lesen judi kepada Ascot Spot pun boleh ditipu apatah lagi undi pilihanraya. Orang jawa kata “PENAK WA’YEER AREK NGAPUSI”.

Selepas pilihanraya ke-12, suatu gerakan rakyat telah ditubuhkan dinamakan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Pendidikan Sains Dan Matematik Di Bahasa Inggeris (PPSMI). Gerakan ini mendesak pihak kerajaan membatalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir tetapi telah menjadi beban kepada pelajar-pelajar terutamanya diluar bandar. Tokoh-tokoh besar disebalik gerakan ini adalah Dato A. Samad Said, Dato’ HassanAhmad, Prof Abdullah Hassan, Dr Shahril Mohd Zain dan ramai lagi. Enjin utama gerakan ini adalah pemuda PAS. Mobilisasi seluruh negara dibuat bersama dengan tokoh-tokoh PPSMI akhirnya himpunan rakyat telah di adakan daripada Pusat Perniagaan Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara ke Istana Negara pada 7 Mac 2009. Menariknya tokoh-tokoh PPSMI ini semuanya merasa pedih gas pemedih mata. Atas tekanan-tekanan yang telah dibuat akhirnya pihak kerajaan telah mengumumkan pembatalan dasar PPSMI bermula 2011. Satu kejayaan luar biasa yang dikecapi. Rakyat rasa berbaloi dengan pengorbanan turun ke jalan raya dengan hidangan gas pemedih mata. Selepas PPSMI, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengambil tempat apabila himpunan besar-besaran telah dibuat seumpama Bersih dan PPSMI. Kerajaan juga telah menerima desakan-desakan yang kuat dari dalam dan luar negara. Walaupun kerajaan belum mengumumkan pemansuhan ISA tetapi himpunan ini telah memberi kesan di mana sebahagian besar tahanan ISA telah dilepaskan.

Pada bulan Mei 2010 berlakunya kemelut lesen judi sukan bermula apabila Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Awang Adek Hussin membuat kenyataan bahawa ianya akan diluluskan oleh pihak kerajaan bagi membendung judi sukan tidak berlesen berleluasa dalam negara kita. Kenyataan ini mulanya disokong pula oleh Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, kemudian Tun Dr Mahathir Mohammad, Dato Nazri Aziz dan ramai lagi. Parti-parti pembangkang telah memulakan rentaknya membantah lesen judi sukan ini. Akhirnya suatu gerakkan rakyat telah ditubuhkan dinamakan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dimana kempen pertamanya adalah untuk memansuhkan lesen judi sukan yang telah diberikan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn. Bhd milik Tan Sri Vincent Tan. Kerajaan berdolak dalik samaada telah mengeluarkan lesen judi sukan atau sebaliknya. GMJ telah mengumumkan seluruh negara untuk mengadakan himpunan seumpama Bersih, GMP dan GMI pada sabtu 3hb Julai 2010. Memorandum dihantar ke Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri. Belum pun sampai tarikh 3hb Julai 2010 Kerajaan telah mengumumkan pembatalan lesen judi sukan. Kerajaan takut rakyat berhimpun di Istana Negara dalam keadaan kerajaan dilihat sebagai mempertahankan judi sukan. Kerajaan bakal menerima petaka bila himpunan ini diadakan. Suatu kerjayaan kepada perjuangan rakyat. Belum turun jalan raya dah berjaya merubah keputusan kerajaan. Tahniah Rakyat Malaysia. 

Berdasarkan sorotan peritiwa di atas, PPSMI dan GMJ telah berjaya merubah dua keputusan kerajaan secara total iaitu Dasar PPSMI dan lesen judi sukan. Walaupun banyak faktor lain tetapi gerakan rakyat ini adalah salah satu faktor kuat keputusan tersebut berubah. GMI juga tidak kurang hebatnya di mana telah mengoyangkan keputusan kerajaan untuk memenjarakan orang-orang politik di negara ini. Tetapi malangnya Bersih belum lagi mencapai matlamatnya dimana pihak kerajaan mendiamkan diri berhubung tuntutannya. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pilihanraya ke-13 yang luar biasa. Ucapan-ucapan terakhir ini telah memberi isyarat bahawa pilihanraya akan diadakan terlebih awal daripada waktu yang sepatutnya. Memandangkan bahawa pilihanraya di negara kita masih terlalu terdedah kepada manipulasi maka saya mencadangkan bahawa Jawatankuasa Bersih perlu mengadakan ‘Himpunan Bersih 2’. Tarikh himpunan ini dicadangkan pada hari sabtu terdekat selepas Perdana Menteri membubarkan parlimen. Jika pihak kerajaan tidak dapat memberi jaminan ketelusan dalam pilihanraya maka rakyat akan berhimpun di Istana Negara pada tarikh yang ditetapkan. Jika kerajaan tidak mahu melihat rakyat berhimpun di Istana Negara maka kerajaan hendaklah membuang segala ruang manipulasi dalam undi pos, daftar pemilih dan pemalsuan pengundian. Media mestilah memberi jaminan membuat liputan yang adil kepada semua pihak. Pemerhati antarabangsa perlu dipanggil untuk menjadi pemerhati pilihanraya di negara kita.

Alasan tarikh cadangan himpunan selepas pembubaran parlimen adalah kerana pertamanya bagi mempastikan pilihanraya ke-13 akan berlaku dalam keadaan demokrasi pilihanraya telah dipulihkan sepenuhnya. Apa guna pilihanraya diadakan jika pilihanraya terdedah kepada manipulasi. Keduanya, Perdana Menteri perlu membetulkan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen.Itulah yang dinamakan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ketiga, Jika ada pihak yang mengatakan masa tersebut adalah masa yang terlalu sibuk maka suka saya nyatakan rakyat dinegara ini boleh berhimpun di Istana Negara dengan notis 48 jam. Ini kerana rakyat telah 3 kali berhimpun secara besar-besaran. Lagi pun himpunan ini hanya memakan masa 3 jam sahaja dan ia boleh membangkitkan kesedaran seluruh negara untuk turun mengundi. Memberi rangsangan terus untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Tarikh penamaan calon pun berkemungkinan besar belum lagi diumumkan oleh SPR pada masa tersebut. Jika rakyat telah menerima arahan awal untuk berhimpun selepas pembubaran parlimen maka persiapan dari segi mantel dan fizikel telah dibuat awal. Oleh itu himpunan ini tidak menganggu proses kempen. Yang paling penting adalah rakyat Malaysia berhak untuk melihat pilihanraya yang adil dan saksama. Jika Barisan Nasional (BN) menang atau kalau mereka akan berpuas hati. Begitu juga jika Pakatan Rakyat (PR) menang atau kalah mereka akan berpuashati. Jika ada pihak tidak berpuashati terhadap pilihanraya ke-13 dikuatiri keadaan politik negara tidak akan stabil dan ianya akan merugikan rakyat dan negara Malaysia tercinta ini.
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan PEMUDA PAS Pusat

Apa Dia Zionisma


"APA DIA ZIONISMA
BUKAN MENENTANG YAHUDI TETAPI MENENTANG ZIONIS
APA ITU ZIONISMA
Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi. Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini besabit dengan negara yang dipanggil negara Israel.




Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini.

Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine.

Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar.

Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang menzalimi warga Yahudi di Eropah.

Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini?

Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah : Syria, Turkey, Libanon , Mesir termasuk Palestine.

Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap.

Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik. Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib.

Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis.

Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian.

Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite?

Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama.

Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warga berbangsa semite - Yahudi.
Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa.

Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab.

Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine. Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British.

"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."

Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour. Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British.

Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahalu sebelum tertubuhnya Israel.

Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia.

Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua.

Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi.

Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi.

Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine.

Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya. Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler.

Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat.

Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler. Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel.

Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka.

Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi. Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi, beragama dan berbudaya sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan.

Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya. Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi baru dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah.

Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian.

Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama. Malah pandangan sebagini akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa mereka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma

Petanda PRU sudah hampir


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sebagai antara tanda jelas Pilihan Raua Umum ke-13 semakin hampirAnwar menganggap tindakan terdesak kerajaan Umno-Barisan Nasional terpaksa di ambil supaya semua penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku di dalam Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) tidak diketahui oleh rakyat negara ini khususnya golongan peneroka.
Kepincangan di dalam Felda yang didedahkan oleh akhbar rasmi KEADILAN dalam keluaran 22-29 jun lalu telah menimbulkan ketakutan kepada pimpinan atasan Umno sehingga mengarahkan KDN menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dengan alasan yang tidak berasas walaupun jawapan surat tunjuk sebab telah dijawab oleh Pengarang Suara Keadilan.
"Sekatan terbitan yang dikenakan ke atas Suara Keadilan mengambarkan pilihan raya umum semakin hampir, Umno sekarang berada dalam ketakutan kerana pendedahan terbabit boleh mengugat sokongan mereka nanti.
"Kita melihat tindakan yang dilakukan itu secara terdesak tanpa menunggu keputusan saman yang ingin dikemukakan oleh Felda di mahkamah, KDN mengharamkan penerbitan Suara Keadilan agar kita tidak boleh membongkar penyelewengan yang mereka lakukan di dalam Felda ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain.
"Umno sekarang mengambil tindakan segera menutup isu Felda dengan memperbesarkan cerita pasal Anwar Ibrahim yang dikatakan minta maaf dengan pemimpin Yahudi di dalam akhbar kawalan mereka, Utusan Malaysia.
"Jadi inilah masanya mereka mengambil kesempatan dengan isu terbabit, sekat terbitan Suara Keadilan agar tidak boleh memaparkan isu kepincangan mereka dalam pilihan raya umum nanti dengan harapan rakyat tidak akan mendapat maklumat tentang kepincangan mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.
Tambah Anwar lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan bertanggungjawab untuk membahaskan usul tentang sekatan terbitan yang dikenakan oleh KDN ke atas Suara Keadilan di dalam Dewan Rakyat yang dijadualkan esok tetapi ini bergantung kepada keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Zaid memegang bendera Islam



ZAID bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 611 Masihi dan masuk Islam pada tahun pertama Hijrah.
Pada masa Nabi Muhammad, Zaid berperanan menulis wahyu yang diturunkan dan menulis surat bagi disampaikan kepada kaum Yahudi. Semasa mudanya, Zaid sudah mula menghafal surah dan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.
Semasa hidupnya, Zaid bin Sabit juga terkenal sebagai ahli dalam ilmu al-Quran, tafsir, hadis, dan pembahagian harta pusaka. Oleh yang demikian Zaid diberi gelaran 'ulama masyarakat.'
Zaid adalah seorang anak yatim. Semasa Zaid bin Sabit berusia enam tahun, bapanya meninggal dunia. Semasa Nabi Muhammad berpindah ke Madinah, umur Zaid pada ketika itu berusia sebelas tahun.
Usianya yang muda itu menghalangnya daripada menyertai Perang Badar dan Perang Uhud. Walaupun usianya terlalu muda, Zaid tetap bersemangat berperang melawan musuh.
Pernah pada suatu hari, Zaid berjumpa Nabi Muhammad meminta kebenaran menyertai siri peperangan tentera Islam.
"Wahai Nabi Muhammad, saya mahu pergi berperang," kata Zaid yang masih kecil itu.
"Kamu masih kecil lagi Zaid. Apabila kamu sudah dewasa nanti ikutlah kami pergi berperang," kata Nabi Muhammad kepada Zaid.
Masa berlalu. Zaid semakin meningkat dewasa. Selepas itu beliau sering menyertai peperangan di antara tentera Islam dan tentera musuh. Cerita ini dikisahkan semasa Zaid bin Sabit menyertai Perang Tabuk yang berlaku pada Tahun Masihi 631.Perang Tabuk ini berlaku di antara tentera Islam dan tentera Rom. Pada peperangan itu tentera Rom kalah dan berundur. Kejayaan ini menyebabkan ramai kabilah yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab membayar cukai kepada kerajaan Islam.
Ketika tentera Islam menuju ke medan Perang Tabuk, bendera Bani Malik dipegang oleh seorang yang bernama Amarah.
"Serahkan bendera itu kepada Zaid bin Sabit," kata Nabi Muhammad selepas terlihat bendera itu dipegang oleh Amarah.
Amarah menjadi hairan. Beliau berasa tidak sedap hati.
Beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ada sesuatu yang tidak kena dengan saya? Atau saya melakukan kesilapan tadi sehingga tuan tidak mengizinkan saya memegang bendera itu."
Nabi Muhammad tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab, "Tidak ada yang tidak kena dengan kamu.
"Sekiranya begitu, mengapa saya perlu menyerahkan bendera ini kepada Zaid? Saya juga mampu membawa bendera ini," jawab Amarah pula.
Rupa-rupanya Amarah tidak memahami maksud Nabi Muhammad.
Kemudian Nabi Muhammad menghampiri Amarah dan berkata, "Saya mahu Zaid yang memegang bendera itu kerana Zaid lebih banyak ilmu pengetahuannya mengenai al-Quran berbanding kamu."
Lalu Amarah menjawab, "Fahamlah saya sekarang."
Amarah menyerahkan bendera itu kepada Zaid seperti yang diarahkan oleh Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad bukan pilih kasih. Beliau berbuat demikian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sesuatu kelebihan pada diri mereka. Begitu juga semasa Perang Uhud, Nabi Muhammad mengebumikan mayat tentera Islam yang gugur mengikut tahap ilmu pengetahuan yang mereka miliki di dalam satu liang lahad.
Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Zaid memegang peranan penting dalam urusan pemerintahan di Madinah. Semasa zaman pemerintahan Umar al-Khattab dan Usman bin Affan, Zaid adalah sahabat yang dipercayai dapat memberikan fatwa.
Zaid bertanggungjawab memegang jawatan mufti pada ketika itu di Madinah. Fatwa Zaid yang terkenal adalah dalam bidang pembahagian harta pusaka.
Semasa Nabi Muhammad masih hidup, beliau pernah berkata, "Orang yang paling pakar dalam bidang faraid di antara kalian ialah Zaid bin Sabit."
Jelas di sini menunjukkan bahawa Zaid bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad yang banyak berjasa menegakkan agama Islam.
Kisah ini menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya seseorang individu itu mempunyai ilmu yang tinggi dan kelebihan pada diri mereka, maka orang itu disanjungi dan dihormati. Islam juga memandang mulia kepada manusia yang mempunyai ilmu dan mengamalkan ilmunya itu ke jalan yang diredai Allah.

BN tak mau ka Negara Islam atau Adakah Negara Islam retorik kita?



Penulis Tamu - Roslan SMS,

Utusan Malaysia terus memainkan percanggahan pandangan antara PAS dan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam. Hari ini ditonjolkan pula reaksi balas Pengerusi DAP itu apabila beliau berkata PAS mesti menghormati DAP berhubung pendirian parti itu yang menolak konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Di dalam ruangan Rencananya Sdr Zulkilee Bakar memainkan semula ucapan Tok Guru Nik Abd Aziz semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu di mana Tok Guru pernah berkata: “Di dada Karpal ada bulan….” (merujuk kepada jaket simbol ketiga-tiga parti yang digunakan pimpinan PR ketika itu).

Apa pun jelasnya DAP menolak Negara Islam dan PAS konsisten memperjuangkan konsep berkenaan.

Soalnya Umno bagaimana? BN bagaimana?

Saya mengemukakan persoalan ini kerana Umno dan BN seteru politik PAS dan DAP. Apabila organ Umno, iaitu Utusan memanaskan isu yang bukan isu ini sudah pasti Umno khasnya dan BN mahu menangguk di air keruh.

Bagaimana Umno dengan Negara Islam? Adakah Umno menyokong dan mempertahankan konsep Negara Islam sebagaimana yang pernah ditegakkan di zaman Rasulullah saw? Atau Umno pun lebih kurang Karpal juga atau bagaimana?

Bagaimana pula MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerabat Umno dalam BN? Terbukti mereka semua menolak konsep Negara Islam lalu apa beza antara mereka dengan Karpal?

PAS sedar dan akur penolakan konsep Negara Islam oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia, kerana itu PAS menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan. Kata Karpal yang menjadikan negara yang diperintah Umno ini sekular kerana peruntukkan Perlembagaan demikian. Karpal dan yang lain perlu faham bahawa Perlemabgaan Negara bukan Kitab Allah yang tidak boleh dipinda.

Bagi PAS amalan demokrasi diterima sebagai jalan untuk melangsungkan tuntutan perjuangan ini. Jika berpeluang amalan demokrasi yang digunapakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara sebagaimana yang berlaku di Kelantan.

Karpal adalah kawan PAS sebagaimana Soi Lek, Tsu Koon dan Samy adalah kawan Umno. PAS Berkawan dengan Karpal tetapi tidak sekali-kali menjual tuntutan Allah swt, Umno bagaimana?

Allah swt berfirman
:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al Maidah:49)

Ayat ini terkena atas semua umat Islam, PAS, Umno termasuklah kawan-kawan di Utusan, lantas adakah Negara Islam hanya retorik kita?

Kelaku KARPAL & UMNO nie sama jaa..2x5..5x2...!!!



Penulis Tamu - AnakKedah

alahai ayat karpal nie yg UMNO tak dapat paham sampai skrg2 nie...apa yg mamat nie tekankan sekarang ialah PERLEMBAGAAN MALAYSIA YG TERMAKTUB TIDAK MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM...ini yg perkara pokoknya...PERLEMBAGAAN MALAYSIA...jadi apa masalahnya..skrg nie memang pon tak ada dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA NEGARA ISLAM...yg ada cuma AGAMA RASMI AGAMA ISLAM....takan ini pon semua tak dapat faham....
jadi apa yg dibisingkan oleh UMNO nie...apa isu sebenarnya...mamat tu bercakap atas dasar LAW & PERLEMBAGAAN MALAYSIA... jadi bab ini skrg salah siapa... takan salah PAS kot sebab menolak NEGARA ISLAM... yg sebenarnya beban nie skrg ini terletak atas bahu UMNO/BN..sebab mereka yang berkuasa....tetapi HARAM TAK BAWA pun usul nie ke PARLIMEN untuk di olah semula PERLEMBAGAAN MALAYSIA untuk di masukkan ayat MALAYSIA NEGARA ISLAM.... tetapi asyik dok sebok kacau rumah tangga orang...tapi hakikatnya ekoq terus terpalit selut...
kalau anak jantan sila bawa usul ke PARLIMEN untuk masukkan dalam PERLEMBAGAAN .. bahawa MALAYSIA NEGARA ISLAM....
Ada berani.....???
Karpal minta Nik Aziz terima hakikat 

KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Pas menerima hakikat b:ahawa Malaysia ketika ini adalah negara sekular, bukannya sebuah negara Islam.

:Menurutnya, perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa negara ini adalah sekular dan Pas seharusnya menerima Perlembagaan berkenaan.

:"Pas harus terima apa yang saya nyatakan. Sudah kerap kali dan disokong apa yang saya katakan tadi. Ini bukan isu kompromi, tetapi soalnya sekarang adalah, isu ini perlu diterima," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mencabar beliau supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 adalah salah.

:Karpal bagaimanapun turut memberikan contoh berhubung satu kes pada 1988 bahawa hukuman gantung telah diputuskan lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

:"Jika ia mengguna pakai undang-undang negara sekular, bermakna ia negara sekular, bukan Islam," katanya.

:Pada masa sama, Karpal mempertahankan hubungan DAP-Pas tetap baik walaupun mempunyai pendirian berbeza sambil memberitahu pendirian itu perlu dihargai, diterima dan dihormati kedua-dua parti.

:"Parti-parti Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pendirian sama dalam isu penting seperti hak kemanusiaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melainkan Pas-DAP negara Islam adalah isu yang perlu diselesaikan," katanya.

:Beliau menyifatkan isu yang berlaku itu sebagai masalah keluarga dan tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR

Kerajaan Pusat Hutang Pengilang Melayu RM6juta..



RM6 juta masih ‘sangkut’ 
ALOR SETAR - Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia meminta penjelasan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung tunggakan bayaran subsidi beras ST15 berjumlah melebihi RM6 juta.

Yang Dipertuanya, Muhammad Zaini Ahmad berkata, pihaknya resah memandangkan tuntutan bayaran sejak Disember 2009 hingga Jun masih belum dibayar.

“Saya harap Menteri terbabit campur tangan segera dan memberi penjelasan kemelut yang kami hadapi ini. Kami adalah kilang-kilang beras Melayu yang menyertai skim Bernas dan dilantik Kementerian untuk mengeluarkan beras ST15, namun agak sukar untuk meneruskan operasi sekiranya bayaran tidak diterima,” katanya.

Menurutnya, akibat daripada tindakan kerajaan menangguhkan pembayaran terbabit, akan menyebabkan kilang Melayu tidak mampu meneruskan operasi pada musim kedua tahun ini yang akan bermula Julai ini.

“Kilang-kilang yang mempunyai kontrak dengan kerajaan berdepan dengan masalah kerana terpaksa menanggung kerugian dan akhirnya menjejaskan kontrak sedia ada,” katanya.

Muhammad Zaini berkata, pihaknya telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah bahagian Kawal Selia yang dipertanggungjawabkan untuk mengedar beras ST15, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

“Tuntutan bertulis diserahkan setiap bulan, namun tiada kata putus daripada Kementerian. Pengilang Melayu kini resah menunggu sama ada memperoleh bayaran atau sebaliknya. Kita tidak mahu pengilang Melayu kelak gulung tikar kerana berdepan dengan beban hutang,” katanya.

Menurutnya, persatuan berharap pembayaran dapat dibuat segera atau sekurang-kurangnya memberi penjelasan bertulis mengenai permasalahan ini.

Muhammad Zaini berkata, pihaknya juga mahu peranan Bernas dalam melaksanakan obligasi sosial terhadap pengilang Melayu melalui skim yang ada dikaji semula, selain membantu sepenuhnya pengilang Melayu memandangkan tahap kilang-kilang ini masih rendah berbanding kilang-kilang swasta.

“Pengilang Melayu juga berdepan masalah persaingan untuk mendapatkan bekalan padi termasuk pemasaran beras.

"Saya harap pihak terbabit prihatin dengan masalah pengilang Melayu dan tampil menyelesaikan masalah ini,” katanya. 


Menurutnya, terdapat lebih 60 kilang beras Melayu di Kedah ketika Lembaga Padi Nasional (LPN) beroperasi, sebaliknya jumlah itu berkurangan kepada 14 setelah kerajaan menswastakan kepada Bernas.

Sunday, July 4, 2010

Biodata Iblis & Syaitan





Nama :
IBLIS LAKNATULLAH
T.Kelahiran : 

Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri :
 
Fasik kelas pertama
Agama : 

Kufur
Tempat Tinggal : 

Hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : 

Neraka jahanam
Kawasan : 

Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan :
 
Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : 

Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Suami : 

Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…
Kaum kerabat : 
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : 

Angan angan kosong
Tempat pertemuan : 

Pasar pasar
Musuh ketat : 

Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto kerja :
 
'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi :
 
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita cita : 

Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya : 

Bila orang membaca istighfar
Logo : 

Sebarang tatu
Pejabat operasi : 

Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
Rakan kongsi : 
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan :
 
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : 

Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
Tempoh perkhidmatan : 
Sehingga hari khiamat
Matlamat : 

Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
Teman sejawat :
 
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : 

Dosa dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : 

Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran : 
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang ditakuti : 

Orang mukmin yang bertakwa
Yang dibenci : 

Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : 

Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : 

Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas yang paling disukai : 

Homoseks dan lesbian
Janji janji : 

Janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis : 

Bila orang sujud kepada Allah

Tiga Cara Gemilangkan Umat Islam



Salam bahagia kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh Allah. Islam adalah agama yang diredhoi Allah dan Islam juga merupakan agama yang selamat di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud :
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah : 3)

Tetapi kenapa sekarang ini umat Islam tidak selamat,, sentiasa melakukan maksiat, sentiasa melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sentiasa ditindas dan berpecah-belah. Ini semua berlaku adalah disebabkan oleh umat Islam tidak lagi menjalankan kehidupan yang digariskan oleh agama Islam itu sendiri.

Umat Islam sekarang ini perlu sedar bahawa mereka berada dalam keadaan yang jauh terpesong dari ajaran Islam yang kaffah (sempurna). Kembalilah berpegang kepada tali Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah, nescaya kehidupan kita semua akan jauh dari penyakit hati dan jasmani. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.”

Saya pasti umat Islam akan kembali gemilang, cemerlang dan terbilang apabila berpegang kepada Al-Quran dan sunnah, umat Islam tidak lagi akan sesat dan ditindas, umat Islam tidak akan menjadi agama yang lemah, Umat Islam akan kembali memegang ekonomi dunia, Umat Islam dijadikan sebagai contoh umat yang terbaik dan umat Islam juga akan dihormati oleh umat-umat yang lain. Inilah yang dinamakan Islam yang sebenarnya yang memberikan perlindungan dan keselamatan kepada semua umat.

Untuk memastikan Al-Quran dan Sunnah itu terus diaplikasikan di dalam kehidupan umat Islam, maka umat Islam perlulah menghormati dan mengikuti segala pendapat ulamak yang muktabar dan jangan sesekali memperlekehkan ulamak-ulamak yang muktabar sepertimana imam 4 dan lain-lain. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
 
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi)

Ulamak merupakan perintis dan titian kepada kita semua untuk menuju ke jalan Allah, tanpa mereka siapalah kita. Tanpa usaha mereka memartabatkan usaha dakwah melalui ijtihad, penulisan, kuliah dan sebagainya, maka saya rasa belum tentu umat Islam sekarang ini dapat menikmati Islam yang sebenarnya. Jelas bahawa yang menjadi perundangan Islam selain Al-Quran dan Sunnah ialah Ijmak dan Qiyas ulamak berdasarkan keilmuan mereka.

Umat Islam juga perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun berlainan pendapat dan juga mazhab, kerana ini penting untuk memastikan kekuatan Islam dalam memerangi musuh Islam. Jangan mempertikaikan perkara yang kecil dan tidak patut dipertikaikan. Pertikaikanlah perkara yang besar dan perkara yang sudah pasti melanggar undang-undang Islam seperti maksiat, zina, buang anak, arak, judi dan sebagainya. Saya percaya kalau umat Islam semua bersatu, maka satu persatu masalah yang timbul dikalangan umat Islam dapat diselesaikan dengan baik dan hikmah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Al-Imran : 103)
Kesimpulannya

Tiga perkara yang dinyatakan di atas iaitu perpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, jadikan ulamak sebagai jalan untuk menuju kebenaran Allah dan bersatu padu dengan berpegang kepada tali Allah dapat menyelamatkan umat Islam dari kesesatan yang nyata seperti gejala sosial yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini. Inilah jalan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan dapat memberikan keselamatan kepada seluruh umat.

Tangan Kiri Serang Anwar Tangan Kanan Peluk APCO



Serang Anwar Tapi Enggan Putus Hubungan Apco

Media arus perdana terus memainkan kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Washington DC, dengan pemimpin BN berganding-bahu dengan media pro-Zionis untuk mengecam dan mencemar imej pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Utusan Malaysia dan media pro-BN memetik laporan dan rencana asing untuk memaparkan Anwar tunduk kepada Washington DC selepas beliau dikritik hebat kerana kenyataan yang disifatkan anti-semitik oleh pertubuhan-pertubuhan pro-Israel.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata Anwar di Washington DC tempoh hari tidak sama-sekali memohon maaf kepada rejim Tel Aviv mahupun dan enggan menarik-balik kecamannya terhadap Rumah Putih dan mana-mana syarikat berkaitan Zionis.

Shamsul berkata demikian mengulas serangan media mutakhir ini yang mendakwa Anwar berlutut kepada komuniti Yahudi, yang berang dengan serangan Anwar terhadap persekongkolan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma rundingan berkaitan Zionis, APCO Worldwide.

Najib sebelum ini dikecam hebat kerana melantik firma kontroversi itu untuk membantu kerajaan Umno. Najib juga dikritik kerana bersekutu dengan Presiden Barack Obama dalam menekan republik Islam Iran.

Disebalik serangan terbaru terhadap Ketua Pembangkang ini, Shamsul berkata Najib, dan jemaah menteri Umno masih enggan memutuskan hubungan mereka dengan firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

“Apa yang kita lihat Utusan ,seolah-olah Utusan memainkan berita bahawa Anwar ini pula agen Yahudi, dan kemudian kita dedahkan kerajaan barisan nasional dibawah Dato’ Najib melantik firma yang didokongi oleh orang-orang yang terlibat dalam tentera perisikan ini dan kita dedahkan dalam Parlimen dan kita dedahkan bukti bahawa barisan nasional sebenarnya kerajaan yang betul-betul menggunakan khidmat Israel dan zionism ini dengan bayaran RM77 juta, jadi ada bezanya antara BN yang menggunakan khidmat terus dengan Dato’ Seri Anwar yang menerangkan apa yang berlaku di Malaysia ini,” katanya.

Pemerhati politik menyifatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kini berlumba-lumba untuk membina imej di luar negara, terutamanya untuk bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Najib juga membuat kejutan dengan mengambil pendirian untuk bersekutu dengan Washington DC dalam menekan republik Islam Iran.

Shamsul menjelaskan kewibawaan dan ketrampilan Anwar di persada antarabangsa tidak dapat disangkal mana-mana pihak, bahkan Ketua Pembangkang itu tidak perlu menikam belakang mana-mana negara Islam atau melantik mana-mana firma berkaitan Zionis untuk menjalin kerjasama dengan dunia luar.

“Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta ,beliau untuk memberi ucaptama mengenai Islam and democracy in southeast asia,itu adalah satu isu yang terus menerus diperjuangkan oleh Dato’ Seri Anwar,tokoh reformasi di rantau asia ini,mengungkapkan makna Islam dan demokrasi,dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan tokoh-tokoh penting di dalam negara Amerika,tidak timbul dia datang ke sana untuk memujuk,dan menagih simpati daripada mereka yang Yahudi dan jew dan sebagainya di Amerika,” katanya.

Shamsul berkata Anwar mengambil peluang dari jemputan Woodrow itu untuk menjelaskan bahawa penentangan masyarakat Islam Malaysia adalah terhadap ideologi Zionis, dan rejim Israel yang menjajah bumi Palestin.

Bantahan kepada pencerobohan perisik Israel ke Bukit Aman serta perlantikan firma perunding berkaitan Zionis adalah manifestasi kemarahan rakyat Malaysia yang menolak ideologi gasar itu.

“Saya yakin,penegasan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar itu jelas Dato’ Seri Anwar menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Zionism dalam konteks masyarakat Islam di rantau asia khususnya di Malaysia bahawa Zionism itu satu perkara yang bersifat ganas, satu fahaman yang membawa kepada penjajahan,dan penjarahan,satu fahaman yang membawa kepada agression,kepada keganasan dan ini yang diterangkan oleh Dato’ Seri Anwar,” katanya.

Keajaiban Telah Berlaku di Terengganu?

Ukuran kemiskinan dibuat berdasarkan perolehan pendapatan isi rumah iaitu RM529 sebulan, manakala termiskin ialah RM264.50 sebulan iaitu separuh daripada pendapatan penduduk miskin. 
Ketika Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata pada tahun 2002 kadar kemiskinan telah berjaya diturunkan dari 16.5 peratus pada 1990 ke 5.1 peratus pada 2002., Malaysia hanya mempunyai kira-kira 50,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar atau hanya satu peratus daripada keseluruhan 25 juta orang penduduk negara ini. daripada jumlah itu seramai 40,000 keluarga berada di luar bandar manakala 10,000 lagi tinggal di kawasan bandar.

``Dengan bilangan tersebut, kerajaan percaya dapat menghapuskan kemiskinan tegar ini dalam tempoh lima tahun akan datang,'' Hari ini sudah 8 tahun berlalu iaitu tahun 2010. Adakah kemiskinan tegar ini berjaya dihapuskan. Yang pasti anak Dr Mahathir dah jadi antara billionaire di Malaysia, begitu juga adik Najib Razak.

Ketika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah telah menyebut pada Ogos 2008 bahawa kerajaan mampu menghapuskan masalah kemiskinan tegar di negara ini menjelang tahun 2010 berikutan kejayaan pihak kerajaan melaksanakan beberapa program.

Sekarang sudah tahun 2010? Dah takde miskin tegar ke di Malaysia. Setiap kali naik menteri baru, adalah pelebongan baru untuk basmikan kemiskinan. Projek dilulus berjuta-juta tetapi rakyat miskin yang terlopong juga. Mana dia Menteri PPRT yang kebas duit orang miskin, Datuk Seri Aunar Musa. SPRM hanya tangkap keretanya sahaja tetapi melepaskan orangnya.

Kalau di sorot kemiskinan di Terengganu dengan hasil minyak yang melimpah ruah, lagilah ajaib. Sebelum tahun 1999 itu, Kelantan ialah negeri yang mempunyai peratusan orang miskin tertinggi iaitu 25.2 peratus; berbanding Terengganu, 22.7 peratus; dan Pahang, 9.8 peratus. Semasa Terengganu dibawah pemerintahan PAS pada 1999 kedudukan kemiskinan negeri itu telah dibaiki daripada tempat kedua iaitu dengan kadar 17.3 peratus kepada tempat ketiga (14 peratus)pada tahun 2001. Pada awal 2004 percapaian itu dibaiki lagi ke paras keempat dengan kadar kemiskinan iaitu 10 peratus setelah membuat perubahan polisi sebaliknya negeri itu kembali miskin iaitu tempat kedua (15.4 peratus) setelah BN memerintah kembali pada pilihan raya umum 2004 dan bilangan isi rumah miskin di Terengganu berjumlah 30,860 orang. Manakala Kelantan menurun ke angka 10.6 peratus
Pada tahun 2005 dilapurkan bahawa Terengganu yang menduduki tangga kedua tertinggi dalam carta kemiskinan negara selepas Kelantan, Berdasarkan rekod Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) Terengganu, ada 10,776 penduduk miskin di negeri ini termasuk 3,343 penduduk termiskin.

Tetapi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006 telah menyebut bahawa Terengganu masih menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300,. Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang Ekonomi .
Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan.

Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’. Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;

1. Sabah - 32,297
2. Terengganu - 8,300
3. Perak - 5,730
4. Sarawak - 5,243
5. Kedah - 4,938
6. Kelantan - 3,550

Walaupun Terengganu di gelar sebagai Kuwait Malaysia tetapi Terengganu yang dicatatkan mempunyai kemiskinan tegar seramai 8,300 orang. Ada kenyataan lain pula menyebut (portal kerajaaan sempena pelancaran ECER pantai timur) bahawa terdapat 7,688 orang atau 30.6 peratus miskin tegar di Terengganu iaitu di Setiu (866 orang), Marang (1,024 orang), Hulu Terengganu (1,031 orang), Dungun (1,186 orang), Kuala Terengganu (1,394 orang), dan Besut (2,011 orang); Kemaman (175 orang) Pada 30 Jun 2010,

Baru-baru ini ketika Kerajaan Terengganu merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 40,000 hektar ladang sawit bagi membantu golongan miskin, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menyebut pada 30 jun 2010 bahawa Terengganu kini mempunyai kira-kira 5,500 rakyat miskin dan miskin tegar dan pihaknya yakin jumlah itu dapat dikurang atau dihapuskan dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun projek berkenaan bermula.

Ikut jangkaan 2014 akan berkurang kemiskinan. Tup-Tup akhbar Sinar harian melapurkan beberapa hari lepas bahawa Jumlah keluarga miskin tegar di Terengganu telah menunjukkan penurunan angka drastik kepada 480 sehingga pertengahan Jun baru-baru ini.

Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT), Ahmad Abdullah berkata, penurunan ini menunjukkan kejayaan yang dicapai hasil daripada pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan penyediaan peluang pekerjaan. Menurutnya, PPPNT akan cuba membasmi keluarga miskin tegar di negeri ini kepada angka sifar pada Oktober ini atau selewat-lewatnya sebelum penghujung 2010 agar Terengganu dapat keluar daripada kelompok kemiskinan.

Ini dah pelik bin ajaib. Boleh percaya ke angka ini? Takkanlah dalam bulan yang sama, baru lancar dan projek ladang kelapa sawit masih belum dimulakan dengan tiba-tiba kadar kemiskinan turun serta merta. Dari 5,500 kepada 480 dalam bulan yang sama. Ini dah jadi “kun fa yakun”. Hebat ni. Apakah berlaku keajaiban di Terengganu. Atau berlaku penggelapan angka bagi menghadapi serangan Parti Pas yang menyebut isu kemiskinan yang tinggi di Terengganu meskipun pendapatan hasil minyaknya tinggi. Adakah kini, seluruh Terengganu kini hanya ada 480 orang yang miskin? Dan bulan Oktober atau akhir tahun ini tiada seorang lagi yang miskin di Terengganu.
Maknanya apabila diumumkan pilihanraya sudah takde orang miskin di Terengganu setelah UMNO-BN memerintah. Dari kedua termiskin menjadi tiada sorang yang miskin. Hebat-hebat. Adakah Mat Said pakai Jin Baghdad? Mengalahkan Idris Jusoh yang membuat projek yang tak pernah dilihat oleh mata! Percayakah saudara dengan keaijaiban ini? Jangan hairan nanti kalau mari melancong ke Terengganu melihat kekayaan rakyatnya yang tidak pernah kelihatan!

MAHASISWA KEMPEN,MENDESAK PIHAK UNIVERSITI MELAKSANAKAN KAMPUS SEJAHTERA



Unisel Bestari Jaya ,1 Julai 2010,(Jumaat) 2.00 pm :- Seramai 1000 mahasiswa telah turun bersama –sama mengadakan kempen bagi mendesak pihak UNISEL dalam melaksanakan Kampus Sejahtera. Wakil aktivis mahasiswa telah diminta mengulas mengenai kempen tersebut,beliau mengatakan ianya

“sebagai permulaan kempen bagi mendesak pihak pentadbiran UNIVERSITI melaksanakan Kampus Sejahtera diperingkat kampus,seterusnya akan bergerak ke peringkat Negeri dan juga seterusnya ke peringkat Nasional & Global bagi menggerakkan kempen “Kampus Sejahtera”.




Juga memberi kenyataan bahawa “Mahasiswa disemua Kampus adalah bersih dari tuduhan sarang Jemaah Islamiyyah (JI)” serta mahasiswa juga kecewa terhadap tuduhan sesetengah pihak yang diberikan terhadap beberapa pemimpin dan ulama’ yang dikaitkan dengan Jamaah Islamiyyah .Mahasiswa boleh berfikir mana baik dan mana buruk ,ini kerana mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan merupakan aset Negara yang bernilai.

Mahasiswa UNiSEL juga menuntut agar suara mahasiswa didengari dan dijadikan sebagai salah satu penilai dan pengkritik kepada sesuatu undang-undang yang dilaksanakan samaada diperingkat kampus dan juga diperingkat nasional.




Kempen tersebut telah berarak bermula dari Masjid Unisel dengan menghantar memorandum kepada Pengarah Pusat Islam iaitu Tn Hj Mokhtar yang menyatakan pendirian sebagai mahasiswa yang menginginkan Kampus Sejahtera.Memorandum itu telah disambut baik oleh Pengarah Pusat Islam dan telah menandatangani di kain rentang sambil melaungkan Takbir, bagi menghantar bersama-sama dengan memorandum tersebut kepada Timb,Naib Canselor UNISEL Prof. Madya Zainal Abidin Bin Kidam oleh Presiden Persatuan Islam di dalam UNiSel iaitu Persatuan i Rakan (Saudara Shardiansha Bin Shamsuddin).



Kempen tersebut berarak bermula dari perkarangan masjid sambil mengibarkan sepanduk dan poster seterusnya berjalan mengelilingi UNISEL.antaranya tertera Kampus Sejahtera ,Unisel Sejahtera ,Islam Bukan Pengganas ,Mahasiswa Prihatin ,Coca Cola meant “No Muhammad,No Makkah”=Penghinaan Kepada Islam ,Persekitaran Sejahtera,KedamaianUntuk Semua ,”Selamatkan Gaza,Boyscott Israel,Boycott Israel =Hanya ini mampu kita buat,Mahasiswa Sejahtera,Tolak Apco,Mahasiswa Kami Bukan Pengganas , No Couple = Sejahtera.
Kempen tersebut akan berakhir sehingga akhir malam ini dengan mendapat tandatangan kesemua mahasiswa UNISEL bagi menyatakan sokongan terhadap “Kampus Sejahtera”.Jangkaan tandatangan yang terkumpul dari pihak Persatuan i Rakan adalah sebanyak lima ribu orang mahasiswa UNISEL sehinggalah akhir malam ini.


Antara isi memorandum tersebut adalah :

Peringkat Kampus

1)Suasana kampus yang SEJAHTERA
2)Aktiviti kampus yg SEJAHTERA
3) Tata pemakaian yang SEJAHTERA
4) Pentadbiran dan sistem pengurusan yang SEJAHTERA
5) Peraturan, undang-undang dan keselamatan yang SEJAHTERA
6) Pembelajaran dan pengajaran yang SEJAHTERA
7) Te)mpat makan dan rekreasi yang SEJAHTERA
8) Kolej kediaman yang SEJAHTERA
9) Kakitangan dan mahasiswa kampus yang SEJAHTERA


Peringkat Nasional dan Global

1)Kearah keamanan dan keSEJAHTERAan yang sejagat
2) Negara yang SEJAHTERA tanpa kompromi dengan mana-mana musuh
3) MENYATAKAN penolakan sepenuhnya kewujudan negara haram yang menyalahi undang-undang antarabangsa
4) Kepimpinan yang SEJAHTERA
5) Masyarakat yang SEJAHTERA
6) Kesihatan yang SEJAHTERA
7) Kebajikan yang SEJAHTERA


Penulis Merupakan aktivis Mahasiswa UNISEL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails