Salam bahagia kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh Allah. Islam adalah agama yang diredhoi Allah dan Islam juga merupakan agama yang selamat di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud :
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah : 3)
Tetapi kenapa sekarang ini umat Islam tidak selamat,, sentiasa melakukan maksiat, sentiasa melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sentiasa ditindas dan berpecah-belah. Ini semua berlaku adalah disebabkan oleh umat Islam tidak lagi menjalankan kehidupan yang digariskan oleh agama Islam itu sendiri.
Umat Islam sekarang ini perlu sedar bahawa mereka berada dalam keadaan yang jauh terpesong dari ajaran Islam yang kaffah (sempurna). Kembalilah berpegang kepada tali Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah, nescaya kehidupan kita semua akan jauh dari penyakit hati dan jasmani. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.”
Saya pasti umat Islam akan kembali gemilang, cemerlang dan terbilang apabila berpegang kepada Al-Quran dan sunnah, umat Islam tidak lagi akan sesat dan ditindas, umat Islam tidak akan menjadi agama yang lemah, Umat Islam akan kembali memegang ekonomi dunia, Umat Islam dijadikan sebagai contoh umat yang terbaik dan umat Islam juga akan dihormati oleh umat-umat yang lain. Inilah yang dinamakan Islam yang sebenarnya yang memberikan perlindungan dan keselamatan kepada semua umat.
Untuk memastikan Al-Quran dan Sunnah itu terus diaplikasikan di dalam kehidupan umat Islam, maka umat Islam perlulah menghormati dan mengikuti segala pendapat ulamak yang muktabar dan jangan sesekali memperlekehkan ulamak-ulamak yang muktabar sepertimana imam 4 dan lain-lain. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi)
Ulamak merupakan perintis dan titian kepada kita semua untuk menuju ke jalan Allah, tanpa mereka siapalah kita. Tanpa usaha mereka memartabatkan usaha dakwah melalui ijtihad, penulisan, kuliah dan sebagainya, maka saya rasa belum tentu umat Islam sekarang ini dapat menikmati Islam yang sebenarnya. Jelas bahawa yang menjadi perundangan Islam selain Al-Quran dan Sunnah ialah Ijmak dan Qiyas ulamak berdasarkan keilmuan mereka.
Umat Islam juga perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun berlainan pendapat dan juga mazhab, kerana ini penting untuk memastikan kekuatan Islam dalam memerangi musuh Islam. Jangan mempertikaikan perkara yang kecil dan tidak patut dipertikaikan. Pertikaikanlah perkara yang besar dan perkara yang sudah pasti melanggar undang-undang Islam seperti maksiat, zina, buang anak, arak, judi dan sebagainya. Saya percaya kalau umat Islam semua bersatu, maka satu persatu masalah yang timbul dikalangan umat Islam dapat diselesaikan dengan baik dan hikmah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Al-Imran : 103)
Kesimpulannya
Tiga perkara yang dinyatakan di atas iaitu perpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, jadikan ulamak sebagai jalan untuk menuju kebenaran Allah dan bersatu padu dengan berpegang kepada tali Allah dapat menyelamatkan umat Islam dari kesesatan yang nyata seperti gejala sosial yang berlaku kepada umat Islam sekarang ini. Inilah jalan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan dapat memberikan keselamatan kepada seluruh umat.

No comments:
Post a Comment