Friday, June 18, 2010
SUBAHANALLAH....HARIMAU SELAMAT BAYI KERA YANG BARU LAHIR SELEPAS MEMAKAN IBU KERA.....
inilah Rahmat Allah SWT yg di limpahkan pada mahluk-Nya agar saling mengasihi. seekor harimau, memangsa kera betina yg sedang hamil, setelah membunuh dan menyeretnya tiba-tiba terkeluarlah janin (anak) dari perut kera tersebut, lantas apa yg di lakukan oleh harimau tersebut..? Subhaanallooh.. seakan ia menyesal telah membunuh ibu kera, lantas ia mengasihi, merawat dan melindungi anak kera tersebut.. saksikanlah..!!
Sains mengungkap kebenaran Al-Quran Siri 1
"
Merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)
Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)
Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemui melalui kajian astronomis di zaman ini. Menurut perkiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam.
Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang tersusun.
Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)
Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.
Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang orbitnya dalam keserasian dan teratur yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang orbit yang ditetapkan baginya.
Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau berlanggar dengan lainnya. Bahkan, telah terbukti bahawa sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.
Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula berpengetahuan fizik ataupun astronomi moden.
Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah.
Allahuakbar!
Kisah Pengembala Kambing dan Harimau.
"Assalamualaikum.....
maka datanglah para pekebun tersebut dengan cangkul dan parang untuk mengusir hariamu yang disangkakan sedang membaham kambing remaja itu.Tetapi apabila pekebun pekebun itu sampai, remaja itu ketawa berdekah dekah sambil berkata "padan muka semua, kena tipu".Marahnya pekebun pekebun tersebut tidak dapat digambarkan sambil meninggalkan padang ragut itu untuk kembali ke kebun mereka.Hari berlalu, ditakdirkan ALLAH satu hari harimau betul betul datang untuk membaham kambingnya.Ketika itu remaja berkenaan panik sambil berteriak meminta pertolongan.Mendengar jeritan remaja itu, para pekebun tidak mengendahkannya kerana menyangka ianya satu lagi lakonan.Pendek cerita, habis kambingnya dibaham harimau.Demikian adanya cerita yang selalu aku dengar di zaman kanak kanak aku.
Semasa kecil kecil dulu, aku teruja dengan satu kisah yang selalu diceritakan oleh ibu, ia itu kisah bagaimana seorang remaja yang mengembala kambing mempermain mainkan beberapa orang dewasa yang sedang berkebun bersebelahan padang ragut tempat ternakannya sedang makan rumput.Kisahnya bermula apabila satu hari remaja yang gemar mempermainkan orang itu mendapat idea untuk memperdayakan pekebun pekebun tersebut.Lalu dia menjerit sekuat hatinya "tolong, tolong harimau sedang makan kambing saya".Setelah beberapa kali jeritan itu,
maka datanglah para pekebun tersebut dengan cangkul dan parang untuk mengusir hariamu yang disangkakan sedang membaham kambing remaja itu.Tetapi apabila pekebun pekebun itu sampai, remaja itu ketawa berdekah dekah sambil berkata "padan muka semua, kena tipu".Marahnya pekebun pekebun tersebut tidak dapat digambarkan sambil meninggalkan padang ragut itu untuk kembali ke kebun mereka.Hari berlalu, ditakdirkan ALLAH satu hari harimau betul betul datang untuk membaham kambingnya.Ketika itu remaja berkenaan panik sambil berteriak meminta pertolongan.Mendengar jeritan remaja itu, para pekebun tidak mengendahkannya kerana menyangka ianya satu lagi lakonan.Pendek cerita, habis kambingnya dibaham harimau.Demikian adanya cerita yang selalu aku dengar di zaman kanak kanak aku.
Tetapi tidak terduga juga kisah ini boleh didengar lagi setelah umur hampir mencecah 50 tahun dengan versi dan persekitaran yang berbeza.Kisah yang baru aku dengar ini ialah kisah Abu Zahrin dari satu pulau yang dikenali sebagai Pulau Mutiara.Mula mula dia melompat mengkhianati amanah dengan dakwaan hilang kepercayaan kepada kepimpinan.Satu dakwaan yang pada aku menyamai sikap remaja pengembala kambing memperdayakan para pekebun, kemudian Abu Zahrin mendakwa mahu berkhidmat kepada pengundinya melalui konsesus bebas walaupun pengundinya menuntut beliau meletakkan jawatan.
Lebih teruk dari itu, Abu Zahrin mengugut untuk menyaman KM Pulau Mutiara kerana menuduh dia meminta projek jutaan ringgit dari kerajaan negeri tetapi sampai hari ini saman tersebut masih belum dihantar ke mahkamah.Sehinggalah DSAI mendedahkan Abu Zahrin menerima RM2 juta dan sebuah bunglow dari UMNO sebagai balasan lompat bergalahnya.Sekali lagi Abu Zahrin melompat dan meminta DSAI mengemukakan bukti dan apabila DSAI mengatakan bukti itu akan dikeluarkan pada masa yang sesuai, Abu Zahrin cepat cepat mengatakan DSAI sebagai ketua pembohong.
Inilah versi remaja pengembala kambing yang lebih sofsikated kerana cara dia mengeluarkan kata katanya lebih hebat dari kata kata remaja pengembala kambing yang hanya memperdayakan para pekebun dengan lawak harimau baham kambingnya saja, tetapi lawak Abu Zahrin sudah memasuki beberapa fasa yang menunjukkan keberaniannya bermain dengan fakta.Tetapi Abu Zahrin lebih tahu bahawa ada harimau sedang menanti untuk membahamnya.Harimau tersebut hanya menunggu masa yang sesuai untuk menerkam dan menamatkan riwayatnya.Abu Zahrin bagaimanapun masih percaya bahawa dia masih mampu berdepan dengan harimau itu tidak seperti remaja pengembala kambing.
Kerana itu Abu Zahrin tetap lancang menutup semua perbuatannya dengan cabaran demi cabaran.Sedangkan fakta sudah jelas, kalau sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan, kenapa hanya keluar parti dan tidak meletakkan jawatan sebagai MP yang diperolehi menerusi parti? Kalau bukan kerana belacan UMNO apakah sebab yang lain yang lebih munasabah baginya untuk kekal sebagai MP bebas?Abu Zahrin menipu rakyat seperti remaja pengembala kambing itu menipu para pekebun, tetapi harimau tetap ada menunggu masa untuk menerkam.Nantikan wahai Abu Zahrin.
Anwar Hilang Sabar, Arah RTM 'Shut Up'
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.
Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.
Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.
asak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.
"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?
"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.
Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.
"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab,you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?
Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.
"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"
Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.
BENARKAH BENDERA UMNO BERASAL DARI PKMM??
Artikel berikut di ambil dari surat pembaca yang disiarkan dalam majalah Kenchana bilangan 6, keluaran bulan Jun 1947.
SEDIKIT RIWAYAT MERAH PUTEH
oleh Hamzah
Dizaman ini dimana kapal pergerakan bangsa kita sedang mengharongi lautan perjuangan, sudah tentu sekali kapal itu berhajat kepada suatu chogan yang akan mengenalkan kepada dunia, kapal siapakah yang sedang berlayar dilautan perjuangan? Selainnya Sang Saka Merah Puteh menjadi lambang sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang akan mempertahankan ketinggian saka-nya biar batang tuboh-nya rebah kebumi.
Dunia kapal pergerakan bangsa kita yang terbesar sekali ialah kapal Pertubohan Kebangsaan Melayu (UMNO) dan kapal Party Kebangsaan Melayu (MNP), sedang bertelagah atas so’al bendera. Pekemam tidak beranjak dari pegangannya bahwa bendera kebangsaan Melayu ialah Merah Puteh. Sebaleknya pula Pekembar memakai juga Merah Puteh, tetapi ditambah bulan dan keris.
Darimanakah timbulnya Sang Saka Merah Puteh dan sejak bilakah bendera ini zahir kedunia. Kerana disini tidak akan saya terangkan bendera mana yang dipakai bangsa kita, biarlah saya kembali ketajok karangan saya untok menerangkan sedikit riwayat Merah Puteh.
Sejak beberapa abad kebelakang iaitu diabad ke 17 sewaktu kerajaan Madjapahit memegang tampok pemerentahan seluroh kepulauan Indonesia, adalah lambang Madjapahit Sang Saka Merah Puteh.
Menekala kerajaan Madjapahit lenyap dari muka yang diganti dengan kerajaan Mataram turut sama menjadikan Merah Puteh chogan pemerentahannya sehingga hari rebah kerajaan Mataram ditahun 1735.
Didalam peperangan Djawa dibawah pimpinan Pangeran Diponegoro bendera Merah Puteh tetap menjadi semboyan bangsa Djawa yang menentang penjajahan Belanda.
Tanah Melayu pula Melaka lah menggunakan Merah Puteh sebagai saka bangsa. Apabila jatoh kerajaan Melaka pada tahun 1511 Merah Puteh lenyap riwayatnya dikepulauan Indonesia.
Riwayat Merah Puteh hidop semula dengan adanya Congress Indonesia Raya yang diadakan ditahun 1939 bertempat di-Djakarta. Persidangan itu memutuskan bahwa Merah Puteh adalah bendera kebangsaan Indonesia Raya.
Baharu2 ini Persidangan Partai Kebangsaan Melayu menegaskan bendera kebangsaan Melayu ialah, Sang Saka Merah Puteh.
Sesunggohnya Merah Puteh mengandong erti yang besar bagi kita. Merah berarti darah, Puteh berma’na suchi. Apa bila kesuchian mahu dipadam-kan, darah akan tertumpah sebagai pembelaan. Kini terpulanglah kepada kita semua menentukan bendera manakah yang patut dijadikan lambang perjuangan kita.
Rembau bakal jadi daerah hantu
Semakin banyak rumah terbiar, tanah terbiar, kedai terbiar, kilang terbiar di Rembau dan mungkin beberapa daerah lain di Negeri Sembilan. Sesuatu harus dilakukan. Ketepikan kepentingan peribadi, kepentingan individu dan kepentingan politiik. Orang Melayu di Rembau harus memikirkan sesuatu sebelum Rembau bakal menjadi daerah hantu.
Isu tanah pesaka adat adalah antara salah satu punca banyak rumah dan tanah terbiar di Negeri Sembilan. Ianya diburukkan lagi dengan prosedur pembinaan rumah atas tanah milik persendirian. Banyak keluhan kedengaran untuk membina rumah kampung pun di Rembau ini memerlukan kelulusan pelan, CF dan macam-macam lagi yang kosnya mencecah hampir RM 10,000.00.
Bayangkan nak buat rumah kampung dengan harga RM 50,000.00 pun perlu kelulusan macam-macam sampai hampir RM 10,000.00.
Makin ramailah orang akan lari dari Rembau, tidak berminat untuk menetap di Rembau.
Bandingkan dengan tempat isteri saya di Kuala Terengganu, di bawah Majlis Perbandaran sedangkan Rembau hanya Majlis Daerah. Cukup mudah untuk buat rumah kampung atau rumah banglo di Terengganu. Bersepah-sepah orang Kuala Terengganu buat rumah , prosedurnya cukup mudah.
Setiap inci tanah di Kuala Terengganu boleh didirikan rumah. Tanah seekar boleh buat rumah 7 orang adik beradik. Tapi di Rembau dan lain-lain daerah di Negeri Sembilan , tanah seekar dengan rumah banglo pun terbiar, waris-waris duduk rumah pangsa dan setinggan di bandar.
Sekali lagi ketepikan kepentingan peribadi, kepentingan individu dan kepentingan politiik. Mereka yang ada kuasa lakukanlah sesuatu. Permudahkanlah proses membina rumah jangan dibebankan rakyat dengan pelbagai masalah sekarang ini.
Kalau orang luar Rembau tak percaya, datanglah Rembau, tengok kawasan perindustrian Chembong cukup. Tengok banyak rumah banglo terbiar tepi jalan utama pun cukup.
Kita Melayu hanya Menang Sorak , Kampung Tergadai.
Lagi pasal kamera
"Muqadimah tulisan jawapan saya kepada Pojiee @ Topeng Perak telah diulas oleh TP sebagai lari daripada tajuk. TP itu baru induksi dan induksi tidak semesti menjurus terus kepada tajuk.
Induksi biasanya menjurus kepada intipati atau tujuan sebenar apa yang ditulis.
Tak apa, terima kasih atas komen muqadimah tersebut. Terima kasih juga dengan istilah atau panggilan "Mat Kunyit". Aku tak tahu apa maksud mat kunyit ini, kalau boleh tolong bagi pencerahan. Aku ni kurang arif dengan istilah-istilah geng reform.
Yang aku cerita kamera Nikon D70s sebenarnya sengaja nak bandingkan dengan kamera Sony Alfa200. Engkau ingat aku tersilap tulis ke? Atau main-main ke? Seperti engkau sebut aku menulis ini aku buat"homework".
Sama juga orang bandingkan kanta Carl Zeiss dengan Leica walaupun kedua-duanya teknologi German. Aku pernah ulas Sony guna kanta Carl Zeiss walaupun kurang baik daripada Leica tapi kerana bodynya dipertingkatkan oleh teknologi sony boleh mengalahkan Panasonic yang menggunakan kanta Leica walaupun lebih baik kerana bodynya kurang baik. (ini ada sebab aku tulis.. nanti akan di ketahui)
Aku pengalaman berhujah dengan puak-puak seperti engkau, yang pandai menulis di internet tetapi tidak pandai menjawab bila dihujah. Semacam suka lempar tuduhan tetapi tidak berani untuk bertanggungjawab. Suka membuat persepsi. Ini kira macam "tak ada telur" juga!
Binatang liar yang sukar nak ditangkap kena buat umpan atau perangkap. Semalam aku sempat menonton movie di TV2 (bukan bola) cerita Godzilla, satu petikan daripada cerita tersebut, seorang daripada yang memburu Godzilla mengatakan dia selalu tangkap cacing. Dia menyebut nak tangkap cacing bukan mengali lubang cacing, tapi menarik cacing keluar daripada lubangnya dengan umpan yang disukai.
Kamera Nikon D70s adalah umpan aku...
Kedua @ Dua
Aku ambil petikan engkau TP, Sedap tulisan engkau TP hentam aku.
Jadi kalau tak paham bidang tugas orang lain, baik tak payah komen. nanti bikin malu muka sendiri. tapi aku rasa BatuApi @ FireStone ni jenis tak kan rasa malu sebab blogger-blogger macam BatuApi @ FireStone ni jenis pengecut tak de telur. muka sendiri pun tak berani nak letak dekat blog. ni pejuang "telur bungkus". huha huha huha huha huha dalam blog berani, realiti..? tak yah jawab... aku paham... semua orang paham... tak de telor.
Engkau kenal tak gambar orang yang bakar simbolik Dr Hassan Ali semasa menunggu keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS. Sedangkan masa dia orang "berkhemah" untuk tunggu keputusan itu sebenarnya Jawatankuasa Disiplin PAS baru pertama kali bermensyuarat. Takkan mesyuarat pertama terus dapat keputusan. Engkau pernah kata aku tak buat "Homework". Sebenarnya engkau juga bangang.. tak buat homework. Entah entah lagi bangang!
Ini satu lagi ayat engkau Topeng Perak;
Kenapa engkau blurkan gambar engkau di atas. Engkau tak ada telur ke? Kenapa engkau tak pergi jumpa Dr Hassan Ali untuk bergambar macam engkau bergambar dengan Ustaz Nasa?Aku jumpa dan kenalkan diri sebab aku bukan jenis blogger "tak de telur". apa masalahnya..? kalau ngko rasa apa yang ngko bangkitkan tu betul dan ngko yakin, apa nak dosorokkan..? jenis sembunyi-sembunyi ni bagi aku jenis penakut, pengecut, jenis nak berjuang tapi tak yakin pada diri. bab ni aku lagi respek Papa Gomo dengan Parpu Kari. 2 ekor ni lagi bagus dari BatuApi @ FireStone.
Engkau serang Dr Hassan Ali tanpa 'belas kesihan' tanpa hujah, tanpa bukti. Soal disipilin bukan soal kamera, ini bukan uruskerja engkau. Mana rasional dan bijak pandai engkau?
Pojiee @ Topeng Perak setidak-tidaknya jadikla sorang yang "sedikit cerdik' dari "sebelum" ni. Ada orang kata (bukan aku kata) engkau nanti nak ganti Kickdefella di GMC. Janganlah YB Hussan buat silap dipatuk 2 kali.
Aku akan sambung lagi.
UMNO PERAK BERGOLAK: Zambry Bakal Di Ganti
"Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak....17 Jun 2010.....Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tertarik dengan beberapa ulasan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam menafikan krisis dalamannya yang menyebabkan ketidakpuasan hati kepimpinan Umno Bahagian di Negeri Perak di atas kepimpinannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang jelas berlaku terutama pada Mesyuarat Umno Perak pada hari Jumaat (11 Jun 2010) yang lalu.
Ketua Umno Bahagian Bagan Datok yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno sudah tentu tidak meyakinkannya untuk hadir kerana ketidakmampuan kepimpinan Datuk Seri Zambry. Ini terbukti dengan Majlis Perasmian Persidangan Umno Bahagian Badan Datok pada 20 Jun 2010 ini yang akan di rasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Presiden Umno dan bukannya Datuk Seri Zambry.
Jelas kelihatan juga semasa merasmikan Persidangan Serentak Umno Cawangan seluruh Perak oleh Datuk Zahid yang secara terang-terangan menghentam kepimpinan Datuk Seri Zambry. Malah Datuk Seri Zahid juga telah meninggalkan majlis semasa Datuk Zambry akan berucap selepas taklimat oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak ketika itu.
Dengan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) ini akan mengurangkan sedikit tekanan yang di terima oleh Datuk Seri Zambry. Isu ini yang telah menyelamatkan kariernya sekarang kerana telah berjaya dengan pertambahan ADUN Bebas kini. Tetapi bukan halangan bagi ADUN Umno yang masih kecewa terhadap kepimpinan Datuk Seri Zambry melakukan perkara yang tidak mustahil jika Umno Perak tidak bertukar kepimpinannya.
Ketua Umno Bahagian Bagan Datok yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno sudah tentu tidak meyakinkannya untuk hadir kerana ketidakmampuan kepimpinan Datuk Seri Zambry. Ini terbukti dengan Majlis Perasmian Persidangan Umno Bahagian Badan Datok pada 20 Jun 2010 ini yang akan di rasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Presiden Umno dan bukannya Datuk Seri Zambry.
Jelas kelihatan juga semasa merasmikan Persidangan Serentak Umno Cawangan seluruh Perak oleh Datuk Zahid yang secara terang-terangan menghentam kepimpinan Datuk Seri Zambry. Malah Datuk Seri Zahid juga telah meninggalkan majlis semasa Datuk Zambry akan berucap selepas taklimat oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak ketika itu.
Dengan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) ini akan mengurangkan sedikit tekanan yang di terima oleh Datuk Seri Zambry. Isu ini yang telah menyelamatkan kariernya sekarang kerana telah berjaya dengan pertambahan ADUN Bebas kini. Tetapi bukan halangan bagi ADUN Umno yang masih kecewa terhadap kepimpinan Datuk Seri Zambry melakukan perkara yang tidak mustahil jika Umno Perak tidak bertukar kepimpinannya.
Bagi DPPN Pk, kami merasakan bahawa Umno Perak perlukan nafas baru bagi memimpin mereka di tambah dengan lemahnya kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak. Di lihat juga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia terpaksa turun padang ke Perak bagi menyelesaikan kemelut pergerakan Wanita Umno Perak dan menyatukan semula hubungan Datuk Rusnah Kassim, Ketua Pergerakan Umno Negeri Perak dan Datuk Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia semasa majlis pelancaran Skuad Sayang Wanita UMNO Parlimen Bagan Datoh baru-baru ini (14 Jun 2010).
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Thursday, June 17, 2010
KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA
Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.
Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antarapemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.
Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagaialiran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.
Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan
penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8.Kesatuan Opera Melayu.
9.Persatuan Pemandu Teksi.
10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasalPerlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.
Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.
Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.
Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.
Rakyat Malaysia masyarakat sampah, pengotor
Buatlah apa-apa slogan, namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak bertamaddun, pengotor. Kawasan depan surau pun dijadikan tapak pembuangan sampah haram oleh mereka yang tidak bertamaddun, kurang akal, pengotor. Lokasinya ialah tepi padang hadapan Surau Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan.
Ianya adalah laluan utama penduduk sekitar. Masih dijadikan tapak pembuangan sampah haram. Laporan telah pun dibuat kepada pihak berkuasa.
Ianya adalah laluan utama penduduk sekitar. Masih dijadikan tapak pembuangan sampah haram. Laporan telah pun dibuat kepada pihak berkuasa.
Penduduk setempat menantikan tindakan pihak berkuasa untuk membersihkan tempat ini, menutup laluan ke tempat ini dan meletakkan papan tanda amaran.
Makin maju, semakin mundur, semakin tidak bertamaddun sebahagian rakyat Malaysia.
Gambar kawasan berhampiran Surau Taman Alamanda dijadikan tapak pembuangan sampah haram pada pautan berikuthttp://waghih.blogspot.com/2010/06/rakyat-malaysia-masyarakat-sampah.html
Artikel sebelum ini betapa pengotornya rakyat kita dihttp://waghih.blogspot.com/2010/06/perokok-malaysia-lagi-bijak-dari.html
"
SUKMA Melaka penganjur samseng peniaga dibelasah
Karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.
Kecoh karnival bertukar ganas
Sinar Harian 17 Jun 2010
Peniaga dakwa ibarat berada di medan pertempuran gara-gara pengurusan bertindak ala gengster
KRUBONG - Mereka ke Melaka untuk mencari rezeki, namun tidak pernah menyangka, kunjungan sempena kemeriahan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di negeri ini mengundang episod hitam yang tidak mungkin dilupakan.
Semuanya gara-gara karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng.
Itulah keadaan yang didakwa sebilangan peniaga yang menyewa tapak perniagaan di pekarangan Stadium Hang Jebat, Kompleks Sukan Krubong di sini terhadap penganjur aktiviti berkenaan sepanjang temasya Sukma yang sedang berlangsung kini.
Penganjur dikatakan menggunakan khidmat petugas kaki pukul untuk berurusan dengan peniaga di situ.
Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.
Peniaga makanan, Laisah Laing, 38, mendakwa, dia dicederakan beberapa petugas pihak penganjur.
“Kira-kira jam 10.30 malam, 13 Jun lalu, saya didatangi seorang perempuan dipercayai kakitangan pihak penganjur untuk meminta baki bayaran sewa tapak yang masih tertunggak.
“Namun, saya tidak membawa wang ketika itu dan meminta supaya bayaran tersebut ditangguhkan, sehingga keesokan harinya, namun, tidak dipersetujui petugas terbabit,” katanya.
Laisah kemudian diminta membayar sedikit wang yang menyebabkan berlaku pertengkaran antaranya dengan petugas terbabit.
Keadaan bertambah tegang dan Laisah mendakwa, petugas tersebut tiba-tiba ‘naik hantu’ dan menterbalikkan meja jualannya serta cuba membaling objek ke arahnya.
“Dia seolah-olah hilang akal dengan menarik tudung saya hingga tertanggal dan menumbuk muka saya di sebelah kiri.
“Dalam keadaan kecoh, muncul seorang lelaki yang juga petugas penganjur dan turut menumbuk saya di lengan kiri,” katanya.
Menurutnya, selepas itu, mereka melarikan diri dan dia cuba mengejar, tetapi dihalang peniaga lain.
Kesan daripada kejadian tersebut, peniaga wanita berkenaan mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian muka dan lebam di lengan.
Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak. Sementara itu, peniaga mi sup yang enggan dikenali mendakwa, ditumbuk di bahagian muka hanya berpunca daripada aduan kejadian gangguan bekalan elektrik di gerai sewa mereka.
“Berlaku sedikit kekecohan antara peniaga dan pengurusan kerana elektrik terganggu malam itu. “Bagaimanapun, esoknya saya dipanggil ke pejabat penganjur untuk memberi keterangan berhubung kekecohan yang berlaku, namun diserang beberapa lelaki,” katanya.
Beberapa lelaki dikatakan menumbuknya di bahagian muka sehingga cermin matanya pecah, namun dia enggan membuat laporan kerana tidak mahu perkara berkenaan diperbesar-besarkan. Peniaga itu mendakwa, setelah beberapa hari menjalankan aktiviti perniagaan di situ berlaku kira-kira tujuh kes pergaduhan antara pihak peniaga dengan penganjur sehingga ke peringkat ugut-mengugut serta keselamatan mereka terjejas.
“Saya serik untuk berniaga di sini terutama dengan pihak penganjur yang mengamalkan pengurusan seperti ini dan mengabaikan kebajikan penyewa mereka. “Ini amat menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang popular, apatah lagi di saat penganjuran sukan besar seperti ini,” katanya.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan menerima beberapa laporan mengenai kejadian berkenaan, tetapi menjelaskan kes terbabit kemudiannya dapat diselesai secara aman antara kedua-dua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)