WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 16, 2010

Setuju Judi: Masih Ada Waktu Dr M Ambil BA Syariah


"Mantan Perdana Menteri, Dr M dilaporkan setuju dengan pemberian lesen judi sukan. Beliau juga menyifatkan bantahan pembangkang dalam isu judi bukan kerana agama tetapi politik. Tun! Tun! Ingatkan umur ke hujung makin baik dan cuba fahami Islam, rupanya masih seperti dahulu. Sedikit pembaharuan ialah baru sekarang tahu jahatnya Yahudi.

Dahulu, kalau tak silap, beliaulah yang membawa masuk pasukan kriket negara haram Israel ke Malaysia, kononnya nak beri faham kepada mereka. Tun ada tanya pandangan bekas penasihat agama Tun dahulu sebelum beri pandangan ini? Atau ia hanya semata-mata datang dari akal ‘bijak’ Tun sahaja.

Judi tetap judi, walau apa namanya. PAS bukan hanya menolak judi sukan, bahkan semua judi ditolak.
Penjelasan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasarudin Hasan di akhir muktamar jelas. Pemuda PAS menolak semua bentuk judi, cuma fokus utama sekarang ialah judi sukan. Yang lain menyusul kemudian.
Saya ada mendengar huraian oleh felo IKIM dalam radio IKIM.fm berkenaan pro kontra judi ini. Beliau menghuraikan dari aspek logik dan kesan kepada masyarakat. Mudaratnya jelas lebih banyak dari manfaat. Bukankah penubuhan IKIM ini idea Tun. Ada Tun tanya kepada felonya tentang isu judi ini menurut perspektif Islam?
Perkara inipun sudah dijelaskan dalam artikel sebelum ini. Kalau Tun masih belum faham, saya syorkan Tun daftar nama masuk mana-mana IPT dalam Fakulti Syariah untuk lebih mengetahui, bukan sahaja judi tetapi pelbagai perkara khususnya hukum hakam Islam yang Tun banyak pertikaikan dahulu. Tun kan banyak duit. Masa Tun pun banyak sekarang, tak sibuk lagi jadi PM. Kesihatan Tun pun masih OK. Rambut nampak masih hitam. Sesi baharu IPT pun akan bermula tak lama lagi. Saya rasa IPT berkenaan akan berbangga menerima anak muridnya ialah bekas PM. Setuju cadangan saya Tun?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails