WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Pembelian Kereta Perisai APC Buatan Tempatan Untungkan Negara


KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk membeli 257 unit kenderaan pembawa anggota (APC) beroda 8X8 daripada syarikat tempatan, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), bakal menguntungkan negara daripada segi pembangunan industri pertahanan tempatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu selari dengan objektif kerajaan yang mahu melihat keupayaan dan kepakaran syarikat-syarikat pertahanan tempatan untuk terus berkembang maju.
Beliau berkata, teknologi dan sistem-sistem yang dibangunkan oleh syarikat lain sebelum ini juga akan dapat digunakan dalam pembinaan dan pembuatan APC itu.
"Dalam merundingkan harga perolehan APC ini, Kementerian Pertahanan akan memastikan harga yang dimuktamadkan nanti benar-benar menguntungkan kerajaan tanpa berkompromi dalam spesifikasi kenderaan dan sistem dibekalkan," katanya menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohamed Azmin ingin tahu mengenai senarai terperici pembekalan kelengkapan ketenteraan bernilai RM8 bilion oleh Deftech kepada kerajaan dan rasional pemilihan syarikat berkenaan dalam projek itu.
Ahmad Zahid berkata, pemilihan Deftech bagi pembekalan itu masih belum muktamad memandangkan kerajaan baru menghantar Surat Niat kepada syarikat berkenaan manakala harga pembekalan tersebut masih di peringkat rundingan.
Beliau berkata, pemilihan Deftech dilakukan secara rundingan terus berdasarkan kepakaran syarikat dalam pembangunan kereta perisai khususnya kereta perisai Adnan ACV 300 yang kini digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Harga permulaan yang ditawarkan pihak syarikat adalah RM7.983 juta (hampir RM8 bilion). Harganya antara lain akan turut mengambil kira kos pembinaan fasiliti baru serta pembelian peralatan bagi membangunkan kenderaan, pemindahan teknologi serta perolehan Hak Harta Intelek," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails