WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Musa Hassan Nafi Tidak Akan Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam yang mendakwa beliau tidak akan meletakkan jawatan dan akan kekal dalam jawatannya itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman malam semalam, Musa menafikan sekeras-kerasnya laporan terbabit dan berkata tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara bertulis atau pun lisan kepada mana-mana media.
"Malah para wartawan atau wakil media yang hadir dalam sidang akhbar yang diadakan selepas perhimpunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini tidak mengemukakan sebarang soalan berkaitan," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu PDRM ingin menasihatkan media supaya mendapatkan fakta-fakta yang sahih dan disahkan benar daripada pegawai-pegawai berkenaan.
Mereka juga boleh menghubungi pusat media PDRM Bukit Aman sebelum menyiarkan sesuatu perkara yang diragukan kesahihannya, menurut kenyataan itu. Akhbar itu melaporkan bahawa Musa berkata demikian selepas perhimpunan tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails